Tengah buat apa tu?? biasa hari minggu mcm ni kita manfaatkan masa bersama keluarga tersayang kan?? bersiar2 atau menonton wayang... atau gi makan2 kat luar... hari ni tuan rumah tak masak kita rehat dan santai2 aje... jap lagi nak keluar jalan2 dan makan2...
Ini kek yg ita buat malam tadi setelah seharian melayan kerenah anak dara tu sorang. Kalau tak masak satu hari rasa tak syok pulak. Sebenarnyer mood mengekek ni belum datang lagi... tapi dah berapa hari kak Mastura kenalan ita kat FB menyarankan supaya ita membuat dan mencuba kek Mousse Browniese yang dikatakan sangat sedap! beria-ia kak Mastura menyuruh ita membuat kek ni... dan akhirnya terbuatlah kek yg tak seberapa ni....
Actualy ita tak de springform pan yg bersaiz 18 cm dan yg ita punyer tu agak besar. Pada mulanyer ita ingat nak buat 2 adunan memandangkan springform pan ita yg besar, tapi suami ita kata buat lah satu adunan saje kerana tak ramai kat umah ni... kek2 ni anak ita Dalili tak berapa suka. Kalau ada Azrul tak pe mmg peminat kek... Nak gi membeli dah mlm pulak! esok pun kedai tak bukak... tapi kata2 kak mastura yg menyatakan kek ni sangat sedap! dan seperti kek Kat Secret Resepi tu masih terngiang2 kat telinga....yg buatkan ita tak sabar nak mencuba...
Alhamdulillah... walaupun kek ni tak tinggi tapi rasanyer mmg Yummy! dan menepati anak tekak ita yg mmg gemarkan kek coklat. Sampai Dalili yg tak suka kek pun kata kek ni sedap! dan habis jugak dia makan sepotong kek tu... kalau tak mmg selalu mak dia akan kena habiskan...
Ucapan terima kasih pada Kak Mastura Matzin yg menyaran ita supaya membuat kek yg bakal menjadi kesukaan ita. Juga pada Puteri Manja yg telah membantu menerangkan cara2 bagaimana nak menghasilkan kek ni dan mewar2kan tentang kesedapan kek ni.. Juga pada Yani yang sudi berkongsi resepi kek Choco mousse Brownies yg sedap ni... ita minta izin tuk share resepinyer disini pula... insyaallah akan ada susulan kek ni tapi kena gi cari springform pan yg bersaiz 18cm... hihi
Choco Mousse Brownies
by:Yani
Bahan-bahan ( 18cm )
Brownies45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus
- Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
- Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
- Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
- Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
- Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
- Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
- Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
- Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
- Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
- Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
- Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse. Ita campurkan dgn Milo supaya tidak terlalu pahit.
16 comments:
Wah kak ita.. Tak tinggi pun menggoda jugak kek tu kak.. Mmg mcm kek sec recpi tu ke kak ita? Kna try nih...
sedappnya kak ita...
mas tengok pun dah terliur....he..he..
Ya Izah, rasa kek ni sedap! macam kat Secret Recepi.. dah tak yah gi SR lagi dah!...
yg koko kat atas tu jgn tenung lama2 sangat sebab letak Milo... tu anak sudah colet2... maaaa....
sedap mas... buat lah mas.. kalau guna pan yg 18 cm aka rasa cantik lah kejadiaannyer nanti... hihi
salam...
cantiknya gambaq....
rasa dh tentu sedap nie...
nak sikit...
wasalam Mr Mama... selamat berhujung minggu...
dah makan???
terima kasih....
nanti ita tapawkan...nak berapa potong?? hihi
Assalamualaikum Ita,
Dah lama Yatie teringin nak buat kek ni...tak terbuat2....pas Ita buat ni, barulah teringin balik...mmng nmpk sedap dan mengiurkan...
salam kak...
lama gler kiter tak wat kek nih... masa dulu kerap kali sgt membuatnyer... asal ada jamuan jer mesti nak wat kek nih! hihihihi
wasalam yatie...
sedap! yatie kek ni boleh cuba... sebab buat dia tak susah sangat...
ita mmg lah suka! sebab coklat... hihihi pulak tu makan dia sejuk2 pas keluar peti ice mmg sedap! nyaman aje rasa.... (tgh goda yatie ni... hihi)
wasalam Hana...
sedap kan Hana kek ni... Hana kalau buat mesti lagi cantik... akak suka tgk hasil kerja Hana yg selalu mengoda anak tekak ni... hihi
Cm masuk list ni:)nampak enak sekali:)
enak dan sedap! masuk list CM... buat jangan tak buat...
salam kak azlita..saya nak tanya..200g whip cream tu bila dia dah jadi cream ke before dia jadi cream?..
tak senang tidur saya dibuatnyer, selagi tak buat kek ni..:)
salam kak ita,
menarik la kek ni, sy nk cuba buat la, nk tanye tang air 100 ml tu guna air biase atau panas. hehehhe soory mnyak tanye plak, anyway tqvm byk.info & resepi dlm blog ni, hrp dpt bljar byk lg dr akak yer ;)
salam kak ita,
menarik la kek ni, sy nk cuba buat la, nk tanye tang air 100 ml tu guna air biase atau panas. hehehhe soory mnyak tanye plak, anyway tqvm byk.info & resepi dlm blog ni, hrp dpt bljar byk lg dr akak yer ;)
Thank you kak banyak sangat kongsi resepi. Dari dulu suka sangat buka n baca blog akak ❤
Post a Comment