IKAN JENAHAK BAKAR ALA NYONYA - masam manis f

Breaking

Feb 14, 2011

IKAN JENAHAK BAKAR ALA NYONYA

Assalamualaikum....
Senyuman dihari isnin yg ceria.... apa khabar semua... melangkah sekali lagi kita diminggu baru... alhamdulillah kita masih lagi bernafas dibumi Allah ini... dengan semangat baru disamping insan2 yg kita sayangi...


Ok lah berbalik pada resepi kita hari ni ita masak Ikan Bakar Ala Nyonya. Resepi ni ita ambil dari dapur kak Ummi yg menurut kak Ummi ia adalah resepi dari CMG. Kalau masuk dapur kak Ummi ita jadi rambang mata semua nak dicuba. Banyak sungguh resepi yg menarik dan sedap2 belaka. Resepi masakan beasaskan ikan aje ada 194 jenis... bayangkanlah...banyaknyer... kak Ummi telah cuba untuk memudahkan adik2nyer macam ita ni untuk mencuba... so jangan bagi alasan lagi untuk tak tau nak masak ape ye!

Resepi asal menggunakan ikan pari Tapi, ita menggunakan ikan Jenahak yg dibeli oleh suami. Ikan ni bila dah dibakar isinyer sangat lembut dan halus. Rasanyer juga sangat lazat... dan sukar digambarkan dgn kata2... kpd yg ingin merasa kelazatan ikan ni ha... nanti boleh lah gi cari kat pasar....

Resepi ni juga sangat sedap! dan menepati selera suami dan anak2. Kebetulan yg tinggal kat umah ni yg suka makan ikan, jadi ita masak lah mengikut selera orang rumah... Tengok ramuan yg digunakan dalam masakan ni aje dah dijangkakan yg ia akan "bombastik!!" pes yg dikisar telah membangkitkan aroma , itu belum lagi baunyer setelah ditumis.... mmg menusuk sekali... apalagi bila telah dibakar aduh! sungguh membangkitkan selera betul!!... tak sabar nak makan... dan membuatkan ku terlupa yg berat dah semakin bertambah... warrrggghhhh!!!!!!


MyKitchen Recepi

IKAN BAKAR ALA NYONYA
By: CMG
Sumber : kak Ummi

  • 2 keping (500 gm) ikan pari (dipera garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan) ita gunakan ikan Jenahak
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan santan
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 2 keping alluminium foil
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Pes (ditumbuk lumat):
  • 4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah) - akak guna lada merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 hirisan nipis halia
  • 2 biji buah keras
  • 2 batang serai - hiris halus
  • 1/2 inci belacan yang dibakar
  • 1/2 inci kunyit hidup
"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat tadi hingga harum.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
Bentangkan alluminium foil dan letak daun kunyit di atasnya.
Bahagikan pes kepada 4 bahagian. Ratakan satu bahagian atas daun kunyit tadi, tabur hirusan kantan, letak ikan dan akhir sekali lumurkan satu bahagian lagi pes atas ikan dan tabur lagi bunga kantan. Ulangi proses yang sama untuk satu keping ikan lagi.
Bakar atas bara api dapur arang. Boleh juga gunakan oven...(akak gunakan oven je lerrr pada suhu 190C selama 30 - 40 minit. Pada 10 minit terakhir, akak buka pembalut foil dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja untuk sedikit garing..jangan terhangus dah ya)

Untuk menu ni ita juga mengunakan cara yg sama macam kak Ummi iaitu membakar dalam Oven... senang kerja dan menjimatkan masa. Kita tak bimbang ttg ikan yg akan rentung kerana semua masa telah disetkan. Dapur juga tak berkecah...

12 comments:

izahdaut said...

kak ita kalau bercerita, dan dan tu jugak rasa nak membakar ikan tau..hehee... ikan jenahak dapat g segar memang best sesangat..maniss gitu kan..nak try jugak la nanti

Mas said...

bestnya ikan bakar...
memang peberet mas...
terliur ni tengok ikan bakar akak..sedappnya...

Azlita Aziz said...

Wah! dah tergoda dah tu Izah... hahaha
gi cepat pasar akak nampak ada sekor aje lagi... sapa cepat dia dapat....

Azlita Aziz said...

nah mas ambil tisu ni.... dah meleleh2 ayak liur tu akak tengok... hahaha

Wan said...
This comment has been removed by the author.
Wan said...

perhh..best tu..dh lama x makan ikan bakar..nak skit..hehe..

(Gambar) Pertunangan Ally Iskandar TV3 Dan Aishah Zainal Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama

Ayu said...

Assalam ita, sedapnya ikan bakar!!..kita suka ikan bakar..kecurlah tengok ikan bakar ita ni!!!

Ummi said...

salam Ita, hehe..akak pun mmg x puas kalau makan ikan bakar ala nyonya CMG nih...eh Nyonya CMG lak..marah la Mat tu kang..hehe..Komain memuji sakan dapur akak tuh...akak masak sempoi2 jek Ita, cara org x cukup masa balik kerja..huhuuu

Azlita Aziz said...

Mama Hanim, nak jemput makan ...tapi dah habis la....
mama boleh cuba best! ni... betul tak tipu...

Azlita Aziz said...

Wasalam Ayu....
ita pun suka ikan bakar... sedap kan pulak tu bila makan dgn nasi panas2 mmg kalau mak mertua lalu pun tak perasan.... hihi

Azlita Aziz said...

Wasalam kak Umnni....
Kak lupa ita nak cakap terima kasih.... ita copy resepi tu ye kak... sedap lah kak resepi ni... mmg betul lah mmg kalau makan tak kira lah baba ke... nyonya ke... kalau lalu mmg dah tak pandang dah... dok pandang ikan aje takut orang lain bagi perabis pulak...hihi...
walaupun masak sempoi2 kak tapi semua resepi tip top! ita suka... ni tak habis lagi meround kat dapur akak... banyak ita dah masuk list sampai tak tau mana nak dicuba dulu... hihi

Unknown said...

kak, sedapnya nengok ikan ni ...terliur jer nengok ikan ni posing2 ni..hehe

Post Top Ad

test