fuhh!!... penat gilerrr.... bayangkanlah dari pukul 7 pagi bertolak pukul 10 malam baru sampai rumah... satu hari duduk dalam kereta mmg amat memenatkan.. namun sebab nak menghantar anak2 balik keasrama digagahkan jugak lah diri ini....
Masa pergi tadi perjalanan sangat lancar... kereta pun tak banyak. Hari ni ita kena hantar anak2 pulang ke asrama kerana esok dah mula persekolahan. Anak ita yg belajar di Kuala Lipis tu ita hantar sampai KL aje. Dia naik bas dari Stand Bus Pekeliling. Nasib baik ada tiket beli last minit... itu pun yg last, naik bus pukul 2 petang. Sebelum tu sempat jugak singgah kat KLCC cari barang2 keperluan dia. Pukul 2, bas tak sampai lagi... dah resah dah ayah dia.. kalau bas tak sampai mmg kena hantar sampai Lipis. Alhamdulillah akhirnyer sampai jugak bas pukul 2.30 petang... dgn alasan jalan jam dan Lipis banjir...
Selepas bas bertolak kami terus bergegas ke Putra Jaya untuk hantar anak yg kedua pulak balik asrama. Hati dah mula terasa sunyi... hanya doa yg mengiringi... semoga anak2 dilindungi Allah, diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan, mudah menimba ilmu pengetahuan, dimurahkan rezki, mencapai segala hajat yg diinginkan dan menjadi anak2 yg salleh.... AMIN
Selepas tu terus pulang kerana esok dah mula persekolahan dan ayahnyer pun kerja. Lepas exit Kajang kereta dah mula banyak. Masuk Seremban dah jam!... aduh jalan ngensot-ngensot... bila lah nak sampai umah.... R&R tak payah citer lah penuh sesak dgn manusia dan kenderaan. Sampai susah nak masuk. Selalu kalau kereta tak banyak 2 jam 1/2 dah sampai JB dari KL ni dari pukul 3.30 pukul 9.30 baru lepas exit Skudai... penatnyer rasa badan....
Sebelum tu sempat lah jugak maknyer siapkan Seafood Pizza ni tuk anak2. Resepi ni ita ambil dari dapur Yatie Sinar kehidupanku. Yatie pula ambil dari dapur CMG. Ita minta izin cnp kat sini pulak ye! terima kasih banyak2.... dah tengah mlm ni badan pun dah letih dan mata pun dah mengantuk kita layan lah pizza ni dulu ye sebelum terlena....
MyKitchen's Recepi
SEAFOOD PIZZA
By: CMG
Sumber: Yatie
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :
- 300 g tepung gandum (tpng roti pun boleh)
- 6 g instat yeast
- 20 g mentega
- 10 g gula halus
- 1 camca teh bread improver (optional)
- 1/4 camca teh garam
- 1 1/2 camca besar madu
- 170 ml air
- Sedikit tepung untuk ditabur
- 1 cwn daging cincang - ita gantikan dgn tuna
- 5 btng crab stick (ptng serong)
- 4 hirisan gegelang red capsicum - ita tak letak
- 4 hirisn gegelang yellow capsicum - ita tak letak
- 4 hirisan gegelang green capsicum
- 1/2 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
- 3 keping nenas dalam tin dipotong kiub
- 5 biji cendawan butang - dihiris
- 1 cawan sos pizza/ sos prego/ sos spaghetti
- 175 g keju mozzarella- ita campur ceddar cheese, ita beli yg dah diparut
- dried oregano and dried pasley - ita tambah
- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
- Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.
- Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
UNTUK PIZZA GEBU :-
- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
- Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
- Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella.
- . Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran.
- Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
5 comments:
nak pizza...
sedappnya....
As Salam Ita,
Sempat lagi tu masak pizza utk anak2..takpelah, walau penat tapi puashati sbb dpt mengembirakan hati anak2 kan..seronok tngk diaorang makan..
Mcm kat pizza hut tngk pizza Ita tu...arini yatie buat apam harum manis resepi kat sini..tq Ita..mmng sedap sangat apam tu.
ala dah habis lah mas... tu laaa... napa sampai lambat... nanti akak buat lagi eh!
wasalam yatie...
aduh! padan lah dah terbau2 dari tadi.. apam harum manis tu... jap lagi ita terjah... tingalkan ita sikit tau!... hihi
Salam..kak ita,
macam mana nak buat doh pizza tu 'mengggelembung' d bahagian tepi dan leper d bahagian tengah nyer?..bila saya bakar, size ketebalan doh nyer tu sama jer...huhu...
satu lagi..sos pizza/prego tu letak bila yer?sapu sebelum tabur bahan2 yang lain atau macam mana yer?..
thanks kak atas perkongsian..^___^
Post a Comment