Hari ni ita buat mee kari. Ita pernah buat dan tunjukkan resepinyer dulu. Mee kari ni mmg fav keluarga ita. Hari ni anak2 minta buatkan mee kari sebelum semuanyer akan berangkat pulang esok. Untuk tak menghampakan permintaan anak2 ita buatkan lah hari ni..
Membuat mee kari ni tak lah rumit sangat. Bahan2 yg di perlukan pun tak susah nak dicari. Resepi ni pun adalah resepi dari kakak ipar ita yang dah lama ita gunakan. Ita pun dah rasa serasi dgn resepi ni dan anak2 serta keluarga pun menyukainyer. Terima kasih yg tak terhingga kepada kakak ipar tersayang Kak Yati, kerana sudi mengajar dan menurunkan ilmu memasaknyer kepada ita.... kakak ipar ita ni mmg pandai memasak. Bapa ita pun suka akan air tangan kak Yati yg sentiasa menjadi... banyak resepi yg sedap2 dari beliau yg telah ita cuba dan semuanyer mmg ita suka... beliau bukan saja pandai memasak tapi pantas dan cekap didapur. Walaupun rajin memasak tetapi dapur beliau sentiasa kemas dan rapi...
Jom ita tunjukkan bahan2 yg diperlukan dan bagaimana penyediaan mee kari kak Yati ni....
MyKitchen's Recepi
MEE KARI KAK YATI
By: Kak Yati (kakak ipar ita)
8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cwn udang kering - direndam n dikisar
1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
1 biji santan
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 btg serai - dititik
3 kpg asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kg daging - ita guna batang pinang
10 ekor udang - yg besar
fish ball
kerang
tauhu sponge yg dah goreng
Bahan2 yg dimakan bersama
Mee kuning Timun dihiris halus
Tauge
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi
Cili Jeruk - jika suka
"DO IT YOUR SELF"
Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai. Masukkan air dan biar ia didih. Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali). Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih. Masukkan udang, kerang dan fish ball. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge. Siappp!!
Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak... kalau nak lagi pedas bolehlah dimakan bersama cili jeruk.
4 comments:
slm ita.. mee kari mmg sedap.. mcm2 aksesori boleh letak..klau buat mmg mewah makan...
WAAA !! Nak try lah .Sodap tu . HUHU =)
Jika Islam Baca Ni
http://myungdae92.blogspot.com/2011/02/islam-itu-sangat-indah.html
family mas pun suka mee kari...
sedappnya...
mas nak semangkuk kak ita...
Salam Kenal kak Ita..
Emmmm sedapnya mee kari..Lebih2 lagi nampak udang yang tertenggek kat atas mee tu..siap ada limau kasturi lagi..pehh..terliur nie..
Post a Comment