LABU LAGI.... - masam manis f

Breaking

Feb 28, 2011

LABU LAGI....

Assalamualaikum...
selamat pagi semua... sekali lagi kita melangkah ke minggu baru... membawa semangat baru... impian dan harapan baru...

Hari ni ita sarapan dgn kuih koci. Tapi kuih koci ita ni ita campur dgn labu. Selagi labu tu tak habis selagi tu lah kita akan disajikan dgn menu2 labu... kira2 sekarang ni minggu melabu se blog... hihi


Kuih koci ni kalau kita buat guna tepung pulut aje ia akan jadi liat.. kalau orang2 muda makan mmg lah ok tapi cuba bagi kat atuk2 ade tertanggal gigi palsu dorang... hihi tulah sebabnyer kalau nak ia lembut campurkan sedikit dgn labu, keledek atau sedikit kentang... insyaallah ia akan lembut dan sedap dimakan.

Hari ni tak boleh nak membebel banyak2 sebab banyak kerja dah menanti... kalau berceramah panjang kang semua kerja terbengkalai... jom lah kita layan kuih koci pagi2 ni... sambil menghirup secawan kopi panasss....


MyKitchen's Recepi

KUIH KOCI LABU

Daun pisang yg telah dilayurkan

Untuk Doh
1 cawan tepung pulut
100 gm  labu diparut
secubit garam
1/2 cawan santan
1 cawan santan - dimasak

Satukan tepung pulut dengan santan dan garam gaul rata masukkan labu dan gaul lagi hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat ditangan jika doh masih melekit tambahkan sedikit lagi tepung pulut. dan ketepikan
1 cawan santan lagi dimasak ini untuk mencelup doh.

Untuk Inti Kelapa
200 gm kelapa parut
2 ketul gula Melaka
50 gm gula pasir
1 gelas air
sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul

Masak gula Melaka dan daun pandan dgn air dan biarkan ia cair. Campurkan dgn gula pasir dan sedikit garam. Kemudian ita tapis dan masukkan pula kedalam kuali. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan gaul rata sehingga agak kering. Angkat dan ketepikan.


"DO IT YOURSELF"

Daun pisang dilayur dahulu.
Kemudian dipotong ikut bagaimana cara kita nak membungkusnyer. kalau ikut cara ita ita buat bentuk bulatan dgn menggunakan piring cawan.
Ambil sedikit doh bentukkan bulat dan leperkan dibahagian tengahnyer. Letakkan sedikit inti. Bentukkan kembali doh. Kemudian celupkan doh kedalam santan yg telah dimasak tadi.
Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
Letakkan doh diatas daun lalu dibungkus kemas. kukus adunan selama 20 minit atau sehingga masak.




9 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..
tengok koci labu ni teringat masa akak kawin dulu.. koci labu antara hidangan yang disediakan utk orang yang rewang2 masa kenduri akak dulu selain kuih muih yang lain.. sedapp.. akak suka..!

izahdaut said...

la kak ita.
saya pun tak pasan kak ita buat donut tu
sah akak buat satu adunan ye
saya kalau buat memang tengok dulu cemana doh tu..lepas putar sekejap tekan2 rasa lembikkkk sangat..hehe..saya tak buh telur tapi mmg lembik.rasanya air tu mmg kena kurang la kalau gitu..
pastu mmg agak naik membuak2...saya pun kurangkan jugak yis sikit..tapi mmg gebu dan best..
lama tak makan kuih koci labu.best sangat kan.time kenduri slalu jumpa.boleh ngap berbiji2 pun tak pe..sejuk pun best jugak kuih koci labu ni

Sheila Shafeareen said...

Salam k.ita, pehhh ada kuih koci lee sdp dan mmg npk menarik, tetarik sagat..dah lah sy ni FV dgn labu...ada masa ingat nak jugak try wat koci labu ni..apa pun mkn dulu kat rmh k.ita boleh

Yatie said...

Assalammualaikum Ita,
Ciannya dia membersihkan BM tu...takpelah sesekali kerja keras, apa salahnya kan...masa Yatie buat, yatie letak air sikit2...mmng tak letak semuanya...tapi Izah tak guna telur dan butter pun still lembik juga kan..so mmng kena kurangkan airlah...

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam kak...
ita mmg suka kalau letak labu atau keledek ke... sebab ia lembut tak liat...

Azlita Aziz said...

izah akak mmg buat 1 adunan sebab nak bagi kawan2 tapi separuh dah tumpah dapat lah separuh aje... itu pun banyak jugak dapat...
akak mmg nak buat lagi... sebab dalili suka pulak dia kata sedap!... dia tak tau akak letak labu... hihi...
rasa2 mmg kena kurangkan air, tapi kalau letak telur dia lembut tau! cuma cabaran cikit tang nak membentuk dia sebab mmg kena terap terus celup dlm kuali... akak terap atas tangan sebab tak leh letak atas piring dia melekat...

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Sheila
dah tertarik tu ambil lah seketul 2... hihi buat2 jamah kata org jgn kempunan...

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam Yatie...

ini lah akibatnyer tak baca betul2 yatie... bila tengok donut yatie yg montel2 tu terbekenan terus... tak sabar nak mencuba... hihi akhirnyer... berperang dgn BM tu hihi... tapi tak pe... belajar dari kesilapan dan pengalaman...

ita silap lah tak baca betul2, tak perasan yatie cakap yatie rebus labu tu dgn 1 cwn air. ita dah rebus dgn air pas tu tambah lagi 1 1/2 cawan lagi tu yg lembik kot... pas tu ita letak minyak... lagi lah bertambah2 lembik... patutnyer ita letak butter... tu yg ita dok bebel2 bila baca balik resepi yatie... aiii mmg dah nak jadi labu labi... hihi...

Azlita Aziz said...

bukan salah resepi... tapi salah ita sebab tak sabar dan ambil mudah aje... hihi

Post Top Ad

test