Sudirman fav food...?? - masam manis f

Breaking

Feb 22, 2011

Sudirman fav food...??

Hari ini genaplah 19 tahun kepergian seorang insan seni yg amat ita kagumi bakat dan kebolehannyer.. The Singing Loyar, penyanyi dan penghibur ini masih berbekas di hati peminat2 Allahyarham. Ita dibesarkan dgn lagu2 Allahraham. Seruling Anak Gembala, Basikal Tua, Anak desa, Balik Kampung dan Tanggal 31 masih berkumandang dicorong radio. Lagu2 rakyat yg tak mungkin dilupakan....


Datuk Sudirman Hj. Arshad dilahirkan di Termerloh Pahang. Meninggal dunia pada 22 Feb 1992 di Kuala Lumpur. Dikenali sebagai Penghibur, Penulis Lirik, Penyanyi, dan Kartunis. Anak bungsu dari 7 org adik-beradik bagi pasangan Arshad Hassan dan Ramlah Dahlan. Tiga lagu nyanyiannyer Merisik Khabar, Milik Siapakah Gadis Ini dan Salam Terakhir meletakkan Sudirman sebagai penyanyi yg amat popular di kalangan peminat muzik di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.


Antara makanan yg menjadi kesukaan Allahyarham ialah sambal tumis telur dan masak lemak telur. Ini diakui sendiri oleh kakak Allahyarham Datin Rodziah Arshad. Hari ini ita ingin berkongsi resepi kesukaan Allahyarham iaitu Masak Lemak Telur. Sebelum itu marilah kita sama sedekahkan Al-Fateha dan panjatkan doa agar Roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg beriman... Al-Fateha...


 MyKitchen's Recepi

MASAK LEMAK TELUR DAUN KUNYIT

6 biji telur - direbus dan dikupas kulitnyer
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
10 tangkai cili padi - ditumbuk
2 inc kunyit hidup - ditumbuk
2 helai daun kunyit - dihiris
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
500 ml santan
garam secukup rasa

"DO IT YOURSELF"

Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup. Masukkan ke dlm periuk dgn santan. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana.
Masukkan serai, daun kunyit, garam dan asam gelugur. kacau sehingga mendidih. kecilkan api.
Masukkan telur. Setelah beberapa minit barulah tutup apinyer.

 

4 comments:

izahdaut said...

alfatihah..
suka la entry kak ita ni..sangat kreatif..
ingat lagi masa meninggalnya arwah ni, saya di masjid ada program untuk upsr.masa tu darjah 6.ustaz bagitau sudirman dah tak de..alfatihah

Azlita Aziz said...

alfateha....
terima kasih Izah...
Allahyarham adalah artis yg paling kak ita minati dulu kini dan selamanyer....
seorang pebghibur yg berbakat besar....
al fateha.... AMIN..

Ummi said...

Al-Fatihah untuk arwah....akak pun membesar dgn lagu-lagunya....tp hb akak memang satu sekolah dengan arwah masa di Abu Bakar School Temerloh, kira arwah senior sikit jek dr hb akak...hehe..Tp akak x sempat dgn arwah kat sekolah tu dulu sbb akak the very the junior dgn arwah..hehehe...dgr radio Hotfm pg tadi pun rasa sedih gak bila diaorg putar lagu2nya jeekkk...Waah Ita masak lauk2 arwah....special tribute nih! Hehe..

K.Nor said...

smlm tengok gak kat astro.. sedih dan sayu jer teringat arwah.. mmg suka dgn lagu2 dia..

eh.. dlm lemak telur tu apa yg hitam2 tu, cendawan ke?

Post Top Ad

test