DAGING MASAK LEMAK MEMPELAM MUDA - masam manis f

Breaking

Mar 9, 2011

DAGING MASAK LEMAK MEMPELAM MUDA

Assalamualaikum...
hari ni kita disajikan lagi dgn resepi dari Pak Engku. Kali ni ita memilih resepi Daging Masak Lemak Mempelam Muda, kerana tertarik dgn resepi masak lemak yg menggunakan buah mempelam. Resepi macam ni mmg tak pernah dicuba lagi.. ingin juga tau apalah rasanyer kalau masak lemak diletakkan buah mempelam.

Resepi ni juga sedap! buah mempelam tu membuatkan kuah lemak tu rasa masam2 lemak... mmg sedap! Tapi kali ni ita kurangkan cili api kerana takut terlalu pedas... kesian pulak Dalili tak dapat merasa lauk ni.. Mari kita kedapur kita intai-intai bahan2 yg diperlukan...


My Kitchen's Recipe

DAGING MASAK LEMAK MEMPELAM MUDA
By: Pak Engku

1 kg daging - dipotong dan dicuci bersih - ita guna batang pinang
2 biji manga muda belah 4
6 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inc halia - dikisar
2 inc kunyit hidup - dikisar
3 batang serai - dititik
15 tangkai cili api - dikisar - ita kurangkan
2 biji bawang besar - potong baji
2 inc lengkuas - dikisar
4 biji tomato - belah 4
2 helai daun pandan
5 helai daun limau perut - disiat2 atau dihiris2
500 ml air
500 ml santan pekat
garam secukup rasa
1 kiub daging - ita tambah

"DO IT YOURSELF"

Rebus daging dgn air dan daun pandan sehingga lembut dan empuk. Ita tak rebus sebab ita menggunakan daging batang pinang.
Keluarkan daun pandan, masukkan serai, bahan yg dikisar, kiub daging dan daun limau perut, dan masak hingga mendidih. Apabila telah mendidih masukkan santan, mangga dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato.

10 comments:

izahdaut said...

kak itaaaaaaaaaaaaaa..
apa ni..jeejs air liur saya tengok lauk kak ita ni..uhuhu..sedap nyer..lama tak merasa lauk pauk cam ni..huhuuhu

Azlita Aziz said...

waa... izah kita gi rumah dia... rupanyer dia dah sampai sini... hihi

tukar lah dgn lauk terung Izah tu... terliur jugak akak melihatnyer...

hana said...

sedapnyer kak.... banyak menu tertinggal..semua sedap222!! aiyyyaakkkkk pingsan dulu!

Azlita Aziz said...

amboi! boleh main pengsan2 pulak.... hihi

Mas said...

kak ita..sedappnya masak lemak letak mangga muda tu....
terliue weehh....

shahliza81 said...

em sedak nya kak..kalo belah2 utara mmg dorg suka buh mangga dlm gulai..maklumkla abg kita org belah2 sana..kalo buat kari buh mangga @ pauh muda mesti abg suka..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun rasanya lom pernah buat gulai boh mangga muda ni.. tp sure suka jugak ni sbb kita mmg suka yg masam2 nih.. kalau buat kerabu mangga tu siap boleh meratah lagi.. hehe..
nampak sedap gulai tu ita.. tp mana nak ku cari mangga muda? kalau ada jual kat sini pun selalunya yg dah bersabut keras.. huhuhuuu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

p/s: ita.. boleh akak tanya sikit? ita guna kamera dslr jenis apa yer? gambar2 cun semua.. pandai ita snap.. kalau ada rezeki nak jugak sambar 1 dslr...(tp mungkin lambat lagilah.. hehe) cumanya skrg ni tak tau nak pilih yg mana satu paling sesuai & mampu milik... hehehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ingatkan dah reply.. hehe..

ekin mahmud said...

kalau tukarkan mangga tu guna kan rebung..bolehkan kak ita.

Post Top Ad

test