LALA MASAK MERAH BERSERAI - masam manis f

Breaking

Mar 1, 2011

LALA MASAK MERAH BERSERAI

Sebenarnyer hari ni ita tak berapa sihat... dari semalam lagi tekak ni dah terasa perit! kot cuaca yg panas ditambah lagi ita suka benar minum ice sejak kebelakangan ni... badan dah rasa dedar2 macam nak demam aje...


Hari ni ita masak lala. Macam mana ita boleh terlupa yg ita ada beli lala hari tu masa gi pasar dgn suami. Masa dok belek2 peti ice bila nak masak tadi baru terperasan ada lala... Alamak! dah beku... mesti payah nak masak cam ni... lama juga nak merendam ia semula supaya mudah terbukak bila masak nanti... ayoooo... macam mana boleh terlepas pandang ni.... mula lah mulut ni mengomel sesorang...

Walaumacam mana pun mmg kena dimasak jugak lala ni... tu yg ita masak Lala Masak Merah Berserai. Actualy resepi asal adalah udang masak merah berserai resepi dari Pak Engku. Ita rasa kalau guna lala pun sedap! Bila dah makan tadi mmg sedap resepi ni! ita suka suami ita pun suka! dia kata sedap dan terasa kuahnyer tu... jom kita semak resepi dari Pak Engku ni..


MyKitchen's Recepi

LALA MASAK MERAH BERSERAI
By: Pak Engku

1 kg lala dicuci bersih
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inc halia - dikisar
10 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos tiram
3 helai daun limau perut
3 batang serai - dititik
250 ml air - ita kurangkan air kerana nak kan kuah yg pekat
100 ml minyak masak
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis - ita tambah
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus - ita tambah
1 pokok daun bawang - dihiris halus - ita tambah
1 batang cili - dihiris - ita tambah
 
"DO IT YOURSELF"

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar hingga naik minyak.
Masukkan sos tomato, sos tiram dan serai, tumis lagi hingga garing.
Tuangkan sedikit air masukkan daun limau perut dan kiub ikan. Biarkan hingga mendidih.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah agak pekat.
Masukkan lala , kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak anggaran 5-10 minit. Buka tutup kuali kacau sebati. Akhir sekali masukkan cili hiris, daun ketumbar dan daun sup. Tutup api dan siap untuk hidangan.

1 comment:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau kami kat sini panggil benda ni KEPAH.. hehe.. kepah ni kulitnya tebal..

kalau lala kulitnya nipis & bentuk yg agak lonjong sikit tu.. corak kulit mcm retak seribu tu yg kitorang panggil lala.. ada satu lagi kalau yg kecik2 tu orang panggil remis..

mungkin kat sana yg ni org panggil lala.. tak kisahlah.. yg penting dua2 pun sedapp..

Post Top Ad

test