MACARONS - masam manis f

Breaking

Mar 11, 2011

MACARONS

Assalamualaikum....

Hari ni lambat sikit bersiaran dek kerana menguruskan Dalili. Sekolah Dalili hari ni menganjurkan sambutan Maulidur Rasul. Tu lah yg kelang kabut sikit. Ni pun belum sempat masak untuk makan tengahari hari ni... Rasa2 masak petang sikit kot! suami ita pun tak pulang makan tengahari hari ni.. Hari ni kan hari Jumaat. Esok dah mula cuti sekolah penggal pertama. Petang ni anak2 ita balik lah... wah! sibuk sikit lah maknyer. Dalam kepala ni macam2 menu nak dimasak. Awal2 anak yg sulung dah pesan suruh buatkan air batu jagung... Ujan2 ni nak makan air batu jagung jugak ke??? alahai anak omak...

Hari ni ita nak tunjukkan percubaan pertama ita buat Macaroon... hihi. Macam burger pun ada kan?? Hari tu nampak Yani buat, pas tu nampak Ain buat... sebelum tu ada jugak perasan Rima buat. Apalah rasa macaroon ni kan?? Ita mmg tak pernah makan dan tak pernah lihat depan mata... Bila tengok kawan2 buat alahai... comelnyer... sukanyer tengok... nak jugak merasa...



Dan malam tadi memberanikan diri  mencuba! dan inilah hasilnyer.... tarrraaa... tak tau lah kan... jadi ke tak ni? Dalili kata terlalu manis... hahaha itu pun ita dah kurangkan gulanyer... kalau ikut resepi Rima lagi banyak pakai gula... resepi ni ita ikut resepi Yani. Tapi cara membuatnyer ita ikut cara Rima dan melalui pembacaan di Google.

Kepada yg tak pernah makan Macaroon ni ita nak beritahu rasanyer sedap! ita suka, suami ita pun suka! nak kata macam cookies, ia sangat lembut dan rapuh... dalam dia macam rasa apa ek! susah nak explain.. pulak! tapi mmg sedap lah!... tapi mmg manis ditambah pulak bila letak Chocolate Ganache lagi lah manis! jangan makan selalu silap bulan boleh kena kencing manis....



Tapi dari tadi ita dok ngap! aje.... lepas satu... satu mmg tak puas makan... syok pulak! tapi setiap kali ita masuk mulut setiap kali itu jugak suami ita kata " 1 kg..... 2 kg..... 3 kg..... " waaarrrgggghhhh!!!! geram!!! nak makan pun tak senang tau!

Kepada tuan empunyer resepi ita minta izin untuk copy disini pula. Ita letakkan resepi Yani dan resepi Rima sekali untuk rujukan... selamat mencuba!



MyKitchen's Recipe

MACARONS
By: Yani

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):

  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
inti :- sy guna chocolate filling je.. ;)

Cara-cara:
  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (  Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..


FRENCH MACARONS
By: Rima

Ingredients
Swiss Meringue
80g egg white (at room temperature)
65g caster sugar

80g ground almond
140g icing sugar
1/2tsp lemon juice
orange yellow colouring powder (i did 2 batches.. used purple in the other batch)

Filling
Chocolate Ganache
100g dark chocolate (i used valrhona 64%)
50g whipping cream


Method
Swiss Meringue Macarons:
1. Line 3 to 4 baking trays with silicon sheet. (i used baking sheet)
2. Use a round cookies cutter, press it into some cocoa powder or flour.
3. Use the cookies cutter to make some round imprint on the silicon sheet and set aside.
4. Sift icing sugar and almond together and set aside.
5. Pour sugar and egg white into a heatproof pan and place it over a saucepan of simmering water.
6. Stir constantly until sugar has dissolved and the mixture is warm to the touch (about 50 to 55C).
7. Pour the egg white and lemon juice into the mixing bowl with the whisk attachment and beat on medium-high speed until soft peaks then add in the powder colouring. (this time i used purple and yellow - shud hv added more powder as it turned out to be pastel purple lol)
8. Continue to beat until the egg white has cooled down and it look smooth and shiny. (medium peak but not dry)
9. Fold in the sifted mixture in 4 portions into the meringue. Do not over fold batter until it turn watery, batter should be slightly thicker than cake batter.(I hv tried dumping the sifted mixture all at once.. it works too)
10.Spoon batter into a piping bag and pipe it within the round imprint which had made earlier on.
11.Let the macarons to rest for 30mins.
12.Preheat oven to 150C.
13.Bake a tray at a time for 20-25mins, depend on individual oven. (i baked mine for 12mins)
14.Remove macarons and cool on a wire rack. (if ur having difficulty removing shell, spray a little water (mist) under baking sheet.. let it sit for a few sec and peel it off)


Chocolate Ganache:
1. Heat up the whipping cream.
2. Pour it into the dark chocolate and stir until it melted and smooth.
3. Leave it aside to set. (Slightly thicken for piping.)

* cara ita

  1. Sediaka dulang pembakar. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan keretas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
  2. Ayak serbuk almond dan gula icing, ketepikan.
  3. Masukkan gula kastor dan telur dalam satu bekas. Ambil sebuah lagi bekas yg besar sedikit dan letakkan air panas. Masukkan bekas gula dan telur kedalam bekas air panas. kacau perlahan sahaja hingga gula larut dan suhu larutan gula dan telur mencapai 50 - 55C.
  4. Keluarkan dari bekas air panas masukkan vanila dan pukul adunan telur dan gula ini dgn kelajuan maksima hingga menjadi pekat dan bertanduk.
  5. Masukkan sedikit2 cula ising dan almond yg telah diayak tadi kedalam 4. Kacau rata menggunakan spatula aje. Ingat ye! adunan ni lebih pekat dari adunan kita buat kek.
  6. ita bahagikan aduna kepada 2 bahagian. Letak pewarna dan ratakan. 
  7. Masukkan adunan dlm beg plastik atau piping bag, kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. siapkan sampai habis.
  8. Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint.
  9. panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven
  10. Bakar selama 15 - 20 minit.
  11. setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. kemudian bolehlah buat ganache pulak!

63 comments:

tun_telani said...

wahhh.. macaroonnnn!!!! xpernah wat lagi nih. makan pon xpenah.. tp aritu tgk dlm whi mmg dia ckp manis2x.
hehehe.. taktik yg berkesan oleh husband akk spy x mkn byk ;p

oshin-jamel said...

sedapnye akk..nyum²...

Unknown said...

Bestnya kak ita punya resipi resipi kat blog ni... terliur wan.... huhuhuh...
dlm ruangan masak apa tu dah keluar gambar2 resipi kak ita yang baru update.. mcm mana kak ita buat? wan try xboleh..huhuh

hazila said...

Salam,
WOW!!!! Betul betul kagum sebab nampak cantik sangat. Saya pun tak pernah makan lagi ,macaroon ni. And nice shot too.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

WOW!!! cantek bangetttttt!!!
dah lama jugak nampak macarons ni terutama dlm blog auntie yochana... memang geram tengok benda ni sebab terlampau cute... heheeh...
pandainya ita buat.. menjadi cantik! akak suka yg ijau tu.. hehe.. bila agaknya akak nak cuba ekkk.. sebut manis tu yg seram sikit nak buat tu..

Nuridah said...

Salam Jumaat,

Cantiknya Azlita macaroon tu...gambar pun cantik2 belaka...terpesona akak tengok.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ehh.. lupa nak tambah.. itu kucennng pun sangat2 cute.. gerammm jer tgk!

Unknown said...

wow...terpegun kejap nengok macaron akak ni...cantik! pernah mkn memang manis..tapi tak pernah buat lagi...teringin juga nk buat sendiri tapi boleh jadi mcm ni juga ke?...takut lak nk cuba.

Nadia said...

macaroons tuh akak buat ke whhh jadi nye nadia nk try buat jugak lah ^__^ tq to resepi

izahdaut said...

wahhhh tepuk tangan tepuk tangan sambil buat standing ovation..tahniah dan sangat sangat cantik..pandai tul mak dalili nih..salute lah kak ita!!!!

Mas said...

perhh..cantiknya maracon kak ita ni....
mas tak berani buat lagi..senang tak buatnya kak....

Ummi said...

Ita...cantiknyaaaa macaron tuh...nmpak sungguh sedap...tp citer bab kilo2 tu yg potong stim tuh..heheh

Anonymous said...

memang tabik spring la..1st time buat terus jadi..selalu dgr..payah benor nak buatnyer....boleh wat niaga nih..silap haribln boleh bukak kelas....nak cuba gak lerr...

dZana said...

tahniah ita.. kagum betul akk tgok hasilnya.. cantik..ikhlas akk cakap ni.. teruja juga nk mcuba... kene kumpul keberanian nampaknya..

fashah84 said...

salam ziarah...

cantiknye kak..menawan btul macarons akak ni...manis sgt2 ke?

cik ain | sweet thots said...

waa... jeles... k.ita punya cun sgt, macam chef lah! harus kita buat lagi ni. mmg best kan kak, dlm pada kata manis tu, kita g buka fridge, & makan lagi... tp mengenangkan kilo tu, mmg sungguh tension la... aduhai..

cik ain | sweet thots said...

kak... yg cam kaler purple tu, warna apa eh? cer citer sket camana nak dpt warna tu? ke beli siap xyah mix kaler dah? di dahulukan dgn ucapan tima kasih ye.

Yatie said...

waduhhhh tak tau nak ckp apa daaaaaa....mmng cantik betul macarons ni...mmng berseni betul tangan Ita ni...kalau dpt pun sayang nak mkn...tenung je lama2..hehehe..

Yana Shaiful said...

salam kenal..dh lama follow br skg nk tgl jejak hehe..cantik tul macarons nii..nk try bt.. hubby sure suka sesangat coz ada coklat..

julia said...

salam k.ita julia siap dah beli almond powder tp x buat2 lg,cantik la akk nyer macarons

Azlita Aziz said...

Tun
mmg manis tun.... akak dah kurangkan gula pun masih manis... tapi kalau kurang sangat gula pun tak boleh jugak nanti kaki ia tak tinggi... tgk ita punyer tu kan kaki ia tak tinggi sangat...

tu lah dia bagi amaran... tak kasi makan banyak hihi..

Azlita Aziz said...

sedap oshin ... cubalah buat.. :)

Azlita Aziz said...

Terima kasih Shah...

ooo yg kat kongsi Resepi tu ke??? itu kena add dulu lps aprv baru boleh pos gambar n resepi...
gi dekat pos yg kat atas tu pas tu masukkan lah kita punyer komen dan photo... pas tu tekan share aje...
yg ptg kena add dulu dan tunggu ia aprv...

Azlita Aziz said...

Terima kasih hazila...

ita pun tak pernah makan... tapi sekarang dah tau buat dah kira ok lah tu... hihi

Azlita Aziz said...

hihi madiha... tu kucing anak ita dalili...

mmg manis... kalau nak rasa boleh lah cuba... sekali2 makan tak pe... jangan selalu hihi boleh kena kencing manis...

warna hijau tu ita guna hijau apple...

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak Nuridah... :D

Azlita Aziz said...

Cuba nadia.. akak tau nadia tgh cari resepi macrons kan??? ok boleh cuba yg ni... :D

Azlita Aziz said...

wakakaka.... kelakor lah Izah ni... :D

Azlita Aziz said...

Izah tergolek2 akak ketawa baca komen izah ni tau1

Azlita Aziz said...

mas buat dia tak susah sangat tapi kena hati2 sebab dia mcm manja2 gitu...

pegang pun nak kena pelan2 sebab dia macam rapuh sikit telangar aje dah pecah...

lagi satu api nak kena jaga.. tak boleh panas sangat nanti ia pecah dan tak boleh pulak tak panas nanti ia tak naik... dan tak de kaki...

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak Ummi...

betul lah kak Ummi... tadi ita tgh syok2 makan bila suami ita cakap cam tu pun... mmm.... terberhenti... sekejap! pas dia pergi kerja ita sambung balik makan... hihi... kejam mata aje kak ummi... sekali2...
tak leh selalu... nanti bersemut... hihi

Azlita Aziz said...

amboi3x.... puji melambong ni.... nanti ita upah macron ye!...
ambil lah yg dlm gelas tu... hihi

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak zana....

cubalah kak buat dia tak susah sangat cuma kena hati2 dan perlahan2 ikut segala arahan insyaallah... jadi..

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam fasha...

manis jugak lah tapi akak ni mmg suka manis... tapi yg ni mmg manis nak kurangkan lagi gula nanti takut pulak tak jadi...

terima kasih... :)

Azlita Aziz said...

tu lah ain ... walau manis tapi sedap kan?? akak pun sama curi2 makan... hihi

warna purple tu akak beli dah siap dlm botol... akak beli kat kedai jual barang kuih n kek....

Azlita Aziz said...

waduh2 yatie.... :D

kalau dekat boleh share... kan???

mmg sayang nak makan sebab comel2... ita pun tengok aje.. mula2 pas tu mana boleh jadi... ngap jugak 2, 3 ketul... hihi

Azlita Aziz said...

Terima kasih yana...

kalau hubby suka kena buat ni... hihi

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam julia...

kalau pakai almond powder lagi senang... akak kisar tu yg leceh sikit sebab akak kena ayak 2, 3 kali bagi halus...

buat dia tak susah sangat... kalau ikut cara dia betul2 insyaallah jadi... :D

K.Nor said...

wahhh bravo.. tahniah ita.. cantik macaron tu.. pandai ita buat.. akak tengok aje la ita, nak membuat tu, rasanya tak kut disebabkan rasa dia yg manis tu.. mmg tak buat la.. kalau buat kena ngap.. kang akak jugak yg kena 1kg, 2kg.. hihi.. lain la kalau merasa yg org buat kan.. at least nak rasa, sekeping pun ok kan.. nak buat? mintak ampun ler.. :)

Rima said...

Well done!! macs ni memang very the pwetty bila dihidang kan buat tetamu.. the craze for macs kat sini dah tak sehebat kat sana.. its the craze here one or two years ago.. :o)

ARIESHA said...

wahh..cantiknya...sodapnya..saya minta share ek resepi..dah lama tingin nak buat tp xreti..thanks 4 sharing the receipe..

ARIESHA said...

cantik n nampak sodap...nak try uat la..thanks sbb sudi kongsi resepi..dah lama tingin nak buat tp ssh nak dapat resepi..thanks again 4 sharing..

Anonymous said...

kak... tak jadi lar kta buat.. tau tau mana silap.. hukhuk... :(

Azlita Aziz said...

terima kasih kak Nor...

mmg rasanyer manis kak nor tapi sedap.. anak2 mesti suka!

Azlita Aziz said...

TQ Rima...
sebenarnyer mmg dah lama intai resepi ni kat dapur u. but still tak berani lagi nak cuba takut tak jadi... hehe
tapi bila dah tak tahan ita kena beranikan diri mencuba...
I'm still learning and tq so much for the techniques and tips. Yr blog is absolutely comprehensive for cakes & pasteries. I adore yr Lapis Lengit. I should have the guts to have it in my blog 1 day.

Azlita Aziz said...

terima kasih Ariesha...
boleh! ambillah... n cuba.. insyaallah klu ikut steps2nyer tu pasti menjadi...

Azlita Aziz said...

laaa... ye ke??? apa ye masalahnyer.. tak jadi mcm mana tu...

nur nadzirah said...

assalamualikum kak. saya suka sngt blog akk ni :) erm, kak nak tny macaroon tu bole ke kita kurg kn gula ? kata nya macaroon ni manis sngt kan ?

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam nur...
terima kasih..
boleh nur... boleh kurangkan sikit gula tu... mmg macaroon ni manis..

nur nadzirah said...

ouh, terima kaseh kak :) eh boleh panggil kakk ke ?

Azlita Aziz said...

boleh... pamggil aje akak.. hihi :)

Sharing with SuperMak said...

nampak senang...saya penah cuna sekali tapi tak jadi sbb slps picit,saya terus bakar..langung cair..haha..ape2 pun,saya nak cube ikot resepi ni pula..thanks,kak ita..

Nurul Azwa said...

salam kak ita..sy dh try buat macaron ni.resepi ni jd perfect macaron sy.thanks kak :)

::HomeMade Bakery:: said...

salam kak ita..ske bace blog akk..dpt byk knowledge..sy nk tnye la kak..tul ke kalo kte msk macarons kena gne oven khas for macarons je?kalo oven tu cmpur2 msk ngn kuih/kek ln nnt macarons tu x menjadi..pe pndapat akk? de akk wt macarons ni die ckp cmtu kt sy..tp sy x pasti la..

Azlita Aziz said...

oh ye ke... tak pe nanti cuba lagi..
sama2 glory

Azlita Aziz said...

Terima kasih Nurul kerana sudi mencuba..
suka akak bila kawan2 buat menjadi :)

Azlita Aziz said...

Wasalam HMB
terima kasih...
yg tu akak tak pasti.. tapi akak buat guna oven yg sama aje sebab akak ade 1 oven aje...
mungkin kalau mereka yg jual macarons, mereka akak guna oven yg khas tuk buat macaron aje...

Unknown said...

nak tanye..yang bakar tuh pakai api atas bawah ke cam ne?..dah lame usha blog kak ita nie..n dah beli dah bahan2 tuk buat mak aron nie..tapi cam takut xjadi je..hehe..plus leh share x cm ne nak buat filling?..sbb kak ita pakai nutella kan..my mum xmakan choc..so nak buh filling selain choc...

tq

susanah夏夢 said...

kakak. May i now after filling inside feel like soft? hard?

Unknown said...

salam..k.ita..zaty nk tanya sikit psl suhu nk larutkan gula dgn telur tu xpyh guna termometer kew?confiuss..

fuzzwin said...

slm kak.. sy da buat ni tapi tak jadi la bile bake je atas dia crack.. sy da ikot step sebijik2, tapi still tak jd.. ape silap nye ye kak??

fuzzwin said...

slm kak.. sy da buat ni tapi tak jadi la bile bake je atas dia crack.. sy da ikot step sebijik2, tapi still tak jd.. ape silap nye ye kak?? bake api atas bwh ke??

Unknown said...

nk buat...tapi nmpk mcm susah jer...mcm sng pown ade...

Post Top Ad

test