MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES - masam manis f

Breaking

Mar 10, 2011

MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES

Assalamualaikum...

Hari ni marilah kita sama2 dok melayan Brownies yang sedap yg ita ambil dari dapur kak Nor. Hari2 kalau bertandang ke rumah kak Nor tak sah kalau tak bawak balik satu resepi. Kali ni ita dah tergoda lagi dgn hasil sentuhan kak Nor yg mmg berseni... Terliur sungguh melihat coklat yg meleleh2 tu buatkan ita mmg tak boleh tahan... ita mmg pantang kalau nampak coklat... aduh! sukanyer....


Buat brownies ni mmg mudah ita rasa... sebab kita tak payah nak pukul memukul, cuma kita satukan semua bahan kacau bagi sekata dan kemudian masukkan dalam loyang dan bakar... mudah kan?? tak payah nak risau kenapa kek ni tak naik sebab brownies mmg kek bantat yg tak akan naik menggunung. tak usah risau jika browinies tu merekah atau mengelembung diatasnyer kerana jika keadaan itu berlaku bermakna jadilah brownies kita tu... bila dah masak nanti gelembung tu akan turun dan rata semula... apa nak pening2 kepala...


Kita balik semula pada resepi Moist Orange Mocha Brownies ni, rasanyer sedap! penuh rasa coklat, terasa sedikit harum nescafe dan orange, teksturnyer juga sangat moist... sangat sedap jika dimakan bersama toping coklatnyer tu... lagi terasa nikmatnyer!..... Kalau nak lagi sedap! scoopkan ice cream vanila emmmm.... mmg lagi tak terkata! bagi pengemar2 brownies bolehlah mencubanyer...


Kalau pandai mengayakannyer brownies juga sangat sesuai dijadikan buah tangan untuk teman2. Atau juga sebagai hantaran untuk majlis pertunangan atau perkahwinan. Antara cup cake dan brownies ita lagi suka brownies kerana mudah nak mamam! hihi...

Terima kasih pada penyumbang resepi, kerana sudi berkongsi resepi yang mudah cepat dimasak dan sedap dimakan. Terima kasih juga pada kak Nor dan rakan2 yg lain yg juga telah mencuba resepi ni... Kepada kak Nor, ita minta izin untuk CNP resepinyer disini pula...


MyKitchen's Recipe

MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES
sumber : kak Nor Secubit Garam

Bahan A :
1 cawan butter cair / minyak masak
1 cawan susu cair
2 cawan gula perang
1 cawan air panas
1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
2 - 3 sudu besar sunquick orange

Bahan B : (kacau rata) - guna whisk
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur gred B

Bahan C : ( ayakkan )
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara - cara :
Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
Kacau bahan A supaya sebati.
Masukkan bahan B dan kacau rata.
Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
Bakar selama 45 - 50 minit.
Sejukkan kek dan salutkan dengan topping coklat.

Chocolate Topping
250 gm coklat masakan-(Ayu gunakan milk chocolate)
1 sudu besar butter
1 sudu kecil susu cair-(Ayu gunaakn 4 sudu kecil)

Cara-cara untuk topping :
Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.




14 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rasanya baru je kita komen kat puding mangga kat bwh tu.. ni dah kuar pulak brownies yg sgt mengancam kalbu ni... sukanya tengok hasil kretiviti deko dari tangan ita ni.. sangat halus & kreatif orgnya.... sukaaaa!

Azlita Aziz said...

terima kasih Madiha....

Anonymous said...

aduiss kat ita ni memang mengancam la....!!

izahdaut said...

kak ita..
sedapkan kan kan....tak reti nak komen apa bile tengok gambo cun melecun neh..ishh ishh

tun_telani said...

assalamualaikum kak ita..
wahh.. sungguh menawan kalbu.. lagi2 dgn strawbery tuh, mkn 3-4 ketul x cukup nih..

Ayu said...

very the cun lah ita..
nak stroberi nak brownies..semua nak dah tentu it comes togetherkkan.. haha..kita ni pun..

umi's cup cake said...

cantiknya kak ita, rasa tergoda sangat...mesti sedapkan..nak satu boleh tak?

K.Nor said...

wahhhhhhhhhh.. ngelat betul la ita ni, bronis dia lagi cun tau.. dgn topping meleleh, dgn stoberi lg.. wahhhhh ... sedapnyer.. cam nak buat lagi ler.. sedap2.. :)

Mas said...

wahhhh..menggoda betul brownies kak ita ni....
tak kelip mata mas nengoknya....
cantikk....

Unknown said...

wah terpegun kejap nengok kejadian brownise ni...sedapnya ni kalau buat sure mkn byk ni....ngeri pulak kalau timbang...haha tapau akaknya skitla...hehe

Unknown said...

Assalamualaikum....Cantik kalau buat hantaran!

IDAZS said...

salam kenal kak.
terliurnya tgk brownies nie.
tiap2 hari sy bukak tgk. huhuhuhu

saya copy resepi yea, insyaallah nak buat juga nanti :)

Shaz said...

Salam Ita,
Topping coklat saya jadi ketul2 kecil balik lepas masuk susu cair(ke salah teknik saya double boil kut)..huhu...kena buat lagi sekali. Tak tahan tengok gambar brownies u...

Unknown said...

hi kak..sya baru nak belajar baking2 ni.. mohon tunjuk ajar yer.. brownies ni kena bakar api atas bawah?

Post Top Ad

test