WAN MAMUANG ~ Thai Coconut Mango Jello Dessert - masam manis f

Breaking

Mar 9, 2011

WAN MAMUANG ~ Thai Coconut Mango Jello Dessert

Petang ni ita nak tunjukkan projek membuat puding yg ita buat malam tadi. Walaupun cuaca sekarang mendung berarak kelabu tapi dek kerana tergoda dgn kejelitaan puding kak Nor, ita terpanggil lah nak mencuba jugak puding ni.


Kalau pergi rumah kak Nor mesti nak bawak balik sesuatu. Mmg tak boleh tahan mata ku ini.. menatap setiap pic2 yg mengancam dan menggoda kalbu. Resepi puding yg berasal dari Thailand ni kak Nor ambil dari rumah Yat Maria. Ita pula ambil dari dapur kak Nor.


Bagi pengemar2 puding boleh lah mencubanyer... ita rasa kalau buat hantaran untuk majlis pertunangan pun cantik jugak kan?? berbalik pada puding ni, ita ikut juga cara kak Nor iaitu telah menyonsangkan resepi asal. Yang sebelah bawah ita letak atas dan yg sebelah atas ita letak di bawah.  Tapi kan yang ita dah pindah naik atas tu kira yg tak bersantan tu... kalau mengikut resepi asal tak letak gula. So ita telah letakkan sedikit gula supaya manis. Puding ni kalau tak manis tak sedap kan... nanti budak2 tak nak makan... sebab puding ni mmg fav kanak2...  Ita rasa lain kali kalau ita nak buat lagi yang tak letak santan tu ita kena gunakan serbuk jelly supaya lembut. Kalau guna agar2 ia agak sedikit keras. Kalau yg santan tu mmg dah ok lembut aje.


MyKitchen's Recipe

WAN MAMUANG ~ Thai Coconut Mango Jello Dessert
source : Yat Maria
sourse : Kak Nor

Bottom layer 
1T plain agar-agar powder ( T = tablespoon)
375ml water
50g sugar
250ml coconut cream
250ml mango puree

Top layer (My bottom layer in pic)
1 T plain agar2 powder
375ml water
1t pandan essence
60ml mango puree
pinch of salt
ita tambah sedikit gula

Method
Bottom layer -
Bring to a boil on a slow fire all ingredients except mango puree. Stir often
When sugar has dissolve, remove from fire & set aside to cool halfway. Add mango puree & mix well.
Pour mixture into mould 3/4 full. Chill in fridge for 20 mins (I didnt - just left it room temp to semi set before I add the top layer...works fine for me)

Top layer-
Bring to a boil pn medium fire all ingredients except mango puree. Stir often. Add pinch of salt. Stir mango puree.
Pour carefully & slowly onto semi set bottom layer. Allow to cool at room temp & chill thereafter in fridge till set firmly.
You may add mango slices in top layer for added variety.

Di bawah ini adalah cara2 bagaimana ita buat agar2 ni

Lapis Atas - kalau masa tuang dlm acuan ia jadi lapisan bawah kalau ikut yg mcm ita buat
1 sudu besar serbuk agar2
375ml air
1 sudu teh esen pandan
60 ml jus mangga (kisar mangga halus)
secubit garam
2 sudu gula - ita tambah
potongan buat manga - ita tambah

Lapis Bawah - kalau masa tuang dlm acuan ia jadi sebelah atas kalau ikut mcm yg ita buat.
1 sudu besar serbuk agar2
375 ml air
50 gm gula pasir
250 ml santan
250 ml jus manga (kisar manga halus)

Lapisan Atas
Masak semua bahan kecuali jus mangga dan buah mangga yg dipotong dadu. Masak atas api yg perlahan dan kacau sentiasa. Setelah gula larut matikan api. Biar seketika, dan masukkan jus mangga. kacau rata. Tuang sedikit dahulu dalam acuan kemudian masukkan potongan mangga dan tuang semula adunan selebihnyer, dan biarkan sejuk. segera buat lapisan bawah.

Lapis Bawah
Masak semua bahan kecuali jus mangga diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau perlahan.
Setelah gula larut tutup api. Biarkan sekejap dan masukkan jus mangga. Kacau rata. Tuang atas lapisan atas dan biarkan ia mengeras. Setelah sejuk bolehlah di masukkan dlm peti ais.

10 comments:

Ummi said...

Ita....cantiknya puding...cantiknya bungerrr...hehehehe...leh makan x bunga tuh... ^___^

Kak Am said...

baru berangan nk buat puding mangga tapi nak buat yg simple jer kononnya. wah.. lawa gilerrrr puding ita, semua lawa2 belaka cam tuannya jugak.. nk sikit puding blh tak..? heeeee..

Mas said...

wahhhh..akak..cantiknya puding.....
memang cepat sampai dapur akak...he..he..
terliur betul mas tengok...

Yatie said...

Betul kata K.Ummi tu....semuanya cantik...nak cari mangga dululah....aritu tngk je mangga tapi tak beli..kan dah teringat2 ni.....uwaaaa...

izahdaut said...

cantiknya...nmpk mangga tu mentuk munge munge..lawaaa

fynn said...

ita...cantik puding mangga neh..tros akak ada idea nak buat apa ngan mangga yang melambak kat umah neh...

Unknown said...

wah cantiknya kak....rasa sayang lak nk mkn puding ni...hehe

faizah---sweetcake johor said...

kak ita, mango puree tu nk wt camana ye?ada jual siap ke kita amik isi mangga tu..almaklumlah saya budak baru belajar...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

baru semalam tgk kt rumah kak nor.. hari ni kat umah ita pulak.. memang cantik nampak & dah tentu sedap jugak tu kan? berkenan ngan acuan puding tu... belum ada lg mcm nak kena cari jugaklah satu.. hehe..

K.Nor said...

cantik!!! khelas gitu hehe.. betul kan, yg part atas tu keras sket tp bila dah diletak potongan mangga tak la keras sgt.. k.nor pun suka jenis puding yg lembut2 sket.. part atas ada lebih sket, so k.nor letak dlm cup lain tanpa ada potongan mangga, mmg keras gak la teksture dia.. rasanya kalau kurangkan sket sukatan serbuk agar2 tu ok kut.. opss.. akak lupa la ita, mmg akak letak gula dlm part atas tu.. akak letak 2 - 3 sudu besar rasanya.. nanti nak edit balik kat resipi.. thanks peringatkan :)

Post Top Ad

test