CARROT OAT CAKE - masam manis f

Breaking

Apr 1, 2011

CARROT OAT CAKE

Assalamualaikum....

Bersempena dgn Birthday suami ita yg jatuh pada hari ni... ita buatkannyer Carrot Oat Cake. Sebenarnyer dah lama mencari resepi Carrot Cake. Ada beberapa resepi Carrot Cake dalam simpanan ita. Ita mmg tunggu Birthday HB untuk buat carrot cake ni sebab suami ita mmg suka sangat makan carrot cake. Kalau gi makan ngan dia kat cake shop dia akan pilih Carrot Cake.


Resepi Carrot Oat Cake ni ita ambil kat dapur Kak Jee. Menurut kak Jee resepi asal dari resepi Heavenly Carrot Cake dari dapur CMG. Ita pilih resepi kak Jee sebab ada sedikit kelainan kerana kak Jee menggunakan oat. Kak Jee juga gantikan kacang walnut kepada gajus. Ita pula tukarkan kepada kacang pistachio.

Sebenarnyer ita bukanlah pengemar carrot cake. HB ita yg suka sangat!. Tapi sebab hari ni Birthday HB ita pun jamah lah kek ni kang merajuk pulak cik abang kita bila kita tak rasa birthday cake dia... Bila ita rasa walla.... sedap lah kek ni... sangat moist dan lembab. Padat dengan rasa nenas dan carrot. Haruman kulit kayu manis dan serbuk buah pala sentiasa terhidu setiap kali kita mengigit setiap cebisan kek. Kelemakkan oat dan keranggupan kacang pistachio menambahkan lagi kerancakkan kita untuk menghabisan setiap cebisan di hujung garfu. Ditambah pula dgn kelembutan cream cheese sehingga kita terlupa yg kita perlu berdiet.... oooooo... ampun sudah terlebih rupanyer ita makan ingat nak jamah aje tadi....


Terima kasih kepada penyumbang resepi, kepada CMG dan tentunyer pada kak Jee kerana ita copy resepi kak Jee kat sini pula sebagai rujukan ita.  Dengan resepi ni dapat ita buatkan suami ita kek yg paling disukainyer. Tersenyum lebar cik abang kita sepanjang hari...

MyKitchen's Recipe

CARROT OAT CAKE
Sumber : Dunia Dari Dapur Kak Jee

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder * ita guna double action BP(atas saranan kak Jee)
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung (kjee guna canola)
¾ cawan gula halus (kjee guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus - ita guna pistachio (bakar sekejap)

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icin
2 sudu besar  whipping cream - ita tambah

Cara membuatnya:
Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.

Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.
* cara ita :
Setelah kek masak sejukkan dahulu. Potong kek kepada 2 bahagian.  Letakkan Cream Cheese toping atas lapisan kek yg telah dipotong. Kemudian tindihkan dgn satu lapisan lagi. Untuk kek ita ni ita terpaksa buat 2 adunan cream cheese kerana tak cukup kalau satu adunan. Untuk carot yg kat atas kek tu ita gunakan fondant.


 Happy Anniversary to kak Ummi and suami juga...

17 comments:

NoorMasri said...

bestnya!

ummiakid said...

Wahhh!!!! sedapnya ita..tentu senyum sampai ke telinga hb ita nanti kan bila npk cake kegemaran...

Unknown said...

amboi rajinnya kak ita carrot cake pulak...sedapnya tgk.... nk kena tunggu special day jugalah kalau nk buat kek ni...hehe btw happy birthday buat suami kak ita semoga dimurahkan rezeki selalu dan dirahmati Allah selalu..:)

cik ain | sweet thots said...

kak ita... feedback akak psl jamah kek tu sangat la kecur air liur dibuatnya. mcm special sket kek ni sbb letak oat. nnt bila dtg rajin, nak cuba juga. kita pon peminat carrot cake!

Ummi said...

Ita...tq for the wishes...dahtu mana keknya..bg la akak separuh..hehee...mengecurkan sungguh..tp akak x buat kek pun..akak wat agar2 jek...diet sekejap dgn kek..hahahahhaha, kelakor kan, wat puding tuk anniversary...hehehe

izahdaut said...

cantik!!!
sedap ye.saya pun tak gemor sngt kek carot. tapi bile bacakak ita nyer cerita trasa2 nk try.

Azlita Aziz said...

noor - :D

Azlita Aziz said...

ye Ummi dari tadi dok senyum aje...hihi

Azlita Aziz said...

terima kasih Nieza...
AMIN...
nanti akak sampaikan ye!

Azlita Aziz said...

tu lah ain dulu akak mmg tak suka betul carrot cake. Bila hb beli dia makan sorang. pernah dia suruh akak buat tp kenangkan kek ni akak tak gemar tu yg selalu tertangguh aje...
tp mcm mana yg ni akak boleh tersuka pulak mungkin ada nenas kot tu buat rasanyer mewah gitu... hihi

Azlita Aziz said...

ok lah tu kak Ummi... ita lagi suka puding.. tak mengemukkan boleh makan lebih cikit... hihi

Azlita Aziz said...

terima kasih izah
pada akak yg tak gemarkan carrot cake ni... kek ni sedap!
tapi mungkin budak2 tak suka sebab dia ada bau serbuk kayu manis dan serbuk buah pala... tapi akak suka pulak! macam bau kek rempah.. hihi
try lah izah
klu nak try cuba buat 1/2 adunan dan letak dlm cup cake... cubalah!

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam kak ita. hanim nak tanya sikit. topping cream cheese tu mudah lembik / cair tak?
hanim nak bawa pi office tapi takut topping tu cair sementara nak makan masa t/hari. Kat office takde fridge. harap kak ita dapat membantu. tq

Aidawati CheeseTart said...

salam kak ita...kalau guna minyak masak biasa bloleh tak

Unknown said...

SEDAPNYA..XSABAR NK BT..
http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

Nazra said...

Salam Kak Ita, Cantiknya kek2 akak, teruja setiap kali tengok...Saya dah buat carrot oat cake nie...memang sedap...saya mohon share resepi yep...terima kasih kak...

feerony kitchen said...

as salam kak ita..mmg sedap kek karot ni..idea yg menarik tuk campur oats tu (",)...tq kak ita...

Post Top Ad

test