Assalamualaikum....
Dah malam2 cam ni baru dapat menjenguk blog. Minggu ni terasa sangat sibuk sebab Dalili periksa. Siang tadi pulak banyak sangat kerja yang nak di bereskankan. Lagi2 pulak hari ni birthday suami ita sibuk jugak lah kita memasak di dapur. Masak special cikit untuk suami dan Dalili, untuk ita juga hehe
Sebelum malam melabuhkan tirainyer dan sebelum fajar menyising... wah! bermadah pulak memalam ni. Sebenarnyer ramai rakan2 yg menyambut ulang tahun, ulang tahun perkahwinan, ulang tahun blog, ulang tahun FB dan bermacam2 lagi lah kan... semuanyer tentu lah yg teristemewa dan sesuatu yg sangat bermakna kan?
Di kesempatan ini juga ita ingin mengucapkan Tahniah pada 2 orang rakan bloger yg sangat ita kagumi bakat dan kebolehan beliau yg baru2 ini telah dilamar majalah Jelita. Walaupun sedikit lewat ucapan ni, tapi ita benar2 berbangga dengan kalian dan sememangnyer kalian layak sampai ketahap ini. Ita baru sahaja dapatkan senaskah majalah Jelita, hari ni... setelah berhari mencari. Bila dapat sahaja ruangan masakan dulu yg ita terjah. Banga dan kagum! itulah ucapan yg dapat ita lahirkan...
Ok sejambak jambangan bunga ni khas ita kirimkan untuk Kak Nor Secubit Garam. Ita rasa kak Nor triple happiness kerana pertamanyer dilamar oleh majalah Jelita, kedua kerana menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 23 bersama suami dan anak2 tersayang dan yg ketiga ulang tahun ke 2 blog SecubitGaramNor67.blogspot.com
Tahniah! dari ita ye kak Nor semogga kak Nor dan Secubit Garam terus success. Semogga mahligai yg di bina berkekalan hingga ke akhirnyer... dilimpahi rahmat, hidup dalam kebahagiaan dan kecerian dikelilingi insan2 tersayang.
Yang ini pula untuk HaNa's Family Selamat pulang ke tanah air. Semogga dapat menyesuaikan diri dgn cuaca di Malaysia yg indah ini. Walaupun mungkin hana sedih meninggal kan bumi Jepun tapi, ibarat kata perpatah " hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"
Tahniah! juga dari akak kerana telah dilamar Jelita. Walaupun ini mungkin bukan kali pertama untuk hana tapi akak percaya mmg hana layak. Bila pulang ke tanah air ni nanti jangan lah pula sepi tampa berita. Rindu rasanyer nak menatap wajah mugil Darwish.
Yang ni pula untuk Kak Ummi yang menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 23. Ita tak dapat nak bagi kak ummi kek sebab tau kak ummi on diet hehe. Ita berikan kak Ummi lilin ni kerana mengambarkan kak ummi sebagai lilin yg sangup menerangi alam blog walaupun dlm seribu kepayahan... ialah susah rasanyer untuk menjadi bloger masakan yg berkerjaya. Manalah sibuk dgn urusan kerja, terpaksa pula berhempas pulas didapur, dan bersengkang mata didepan komputer mengedit dan mengemas kini blog untuk tatapan semua. Kagum! mmg ita kagum dgn insan bernana Ummi Zaihadi
Jambangan bunga ini pula untuk mereka2 yg juga turut merayakan hari yg berbahagia dan penuh makna tak kiralah pada hari ini , semalam, esok... dengan ucapan... semoga hari2 yg mendatang lebih beroleh kebahagian dan keceriaan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
1 comment:
Assalamualaikum Ita.....waaaaah dapat lilin cantik! Terima kasih banyak2...nnt bila black-out, akak akan terangkan sume dapur cyber kat sini..hehheee...tp jgn masak guna lilin dah laa... Thanks atas pujian terlampau melambung tuh Ita...akak ni masak biasa2 jek...kalau wat apapun, xdan nak deco2 bagai., masa amat terhad + x rajin jgk kot, hehe..Apapun akak kagum dgn Ita yg menghasilkan entry cantik2 dr segi gambar dan deco segala...thanks atas en3 ini Ita...InsyaAllah akak akak akan cuba jadi lilin, nnt dah kontot lilin, Ita kasi baru eh..hehehe, Nnt akak letak lilin kat entry akak tu eh..muaahhh!
Post a Comment