MARBLE CHOC BANANA CHIFFON CAKE and step by step - masam manis f

Breaking

Apr 3, 2011

MARBLE CHOC BANANA CHIFFON CAKE and step by step

Assalamualaikum...

Sekejap aje dah penghujung minggu dan dah masuk ke bulan baru. Begitu pantas masa berlalu bagai tak terkejar rasanyer.

Hari ni ita nak berkongsi cara2 bagaimana ita menyediakan kek chiffon. Ita terima banyak msg dari rakan2 yg menceritakan ttg masalah yg mereka hadapi setiap kali membuat kek chiffon. Ita bukanlah mahir sangat, tapi sekadar berkongsi ilmu dan panduan untuk adik2 kita yg baru berjinak2 ke dapur. Ita pun dulu cam tu jugak selalu aje tak jadi bila buat tapi, kata org tu gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selamanyer.

Melalui pembacaan dan rujukan ita pada beberapa buku masakan akhirnyer ita dapat buat kek chiffon dgn mudah. Sekarang ita tak mengalami lagi kegagalan untuk buat kek ni. Sebenarnyer bila kita dah mahir kita boleh menghasilkan pelbagai resepi kek chiffon yg menarik dan kita suka. Ok jom kita mulakan...


MyKitchen's Recipe

MARBLE CHOC BANANA CHIFFON CAKE

10 gm coco powder
30 ml hot water
100 gm banana - mashed
35 gm cooking oil
1/2 tsp choc paste
85 gm cake flour
1 tsp banana esen
1/2 tsp double action baking powder
80 gm caster sugar
5 egg yolks
5 egg whites
1/4 tsp salt
20 gm caster sugar

ok bila ita dapat resepi seperti di atas, ita akan bahagikan resepi itu kepada beberapa bahagian seperti dibawah

Bahan A
5 kuning telur
20 gm gula caster
1/4 tsp garam
35 gm minyak masak
1 tsp bananan esen
100 gm banana yg telah di lenyek

Bahan B
85 gm tepung kek
1/2 tsp double action baking powder atau baking powder biasa pun ok

Bahan C
5 putih telur
80 gm gula caster
1/2 tsp cream of tarta - tak letak puntak apa

Bahan D
10 gm coco powder
30 ml air panas
satukan menjadi paste
1/2 choc paste atau choc emulco



Langkah 1
Masukkan kuning telur dlm bekas pukul sikit dan kemudian masukkan semua bahan A yg lain. Bancuh hingga sebati seperti dlm rajah sebelah. Guna whisker aje ye!


Langkah 2
Masukkan  bahan B yang telah diayak bersama ke dalam bahan A, dan gaul sempurna. Ketepikan


Langkah 3
Dalam bekas lain kita buat pula bahan C. Mula2 pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  2 dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula dan cream of tarta dan pukul lagi sehingga kental dan bertanduk seperti gambar  3 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Adunan yg telah siap ini kita namakan meringue.


Langkah 4
Ambil 1/4 meringue dan gaulkan dgn adunan kuning telur dari langkah 1. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki meringue dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.


Langkah 5
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letakkan paste choc dan choc emulco. Dan satu bahagian lagi di biarkan dlm warna asal.
Sediakan acuan angel food seperti dlm gambar berdiameter 20 cm. Acuan ini tidak perlu diletakkan butter atau tepung ye!
Tuangkan aduna dlm acuan Angle food secara berselang seli sehingga habis.
Bakar di rak  bawah pada suhu 170C  ( ini bergantung pada oven masing2 mengikut kepanasan oven - biasa klu oven ita, ita hanyer gunakan suhu 160C sahaja) selama 1 jam atau sehingga masak.


Langkah 6
Keluarkan kek dari ketuhar setelah masak, dan terbalikkan atas redai seperti dlm gambar dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan.
Setelah sejuk, Sisipkan tepi acuan dgn pisau yg nipis mulakan dari bahagian tepi. Setelah tanggal dari acuan , kita sisipkan pula pisau di lubang tengah dan tapak acuan pula.


Dlm msg ita juga ada beberapa persoalan yg sering ditanya kan. Ita cuba huraikan ye! walaupun ita juga sebenarnyer masih belajar lagi. Ita cuba jawab berdasarkan pengalaman.

Soalan 1

Kek selalu merekah di permukaan kek.

  1. Suhu oven terlampau panas atau terlalu tinggi.
  2. Kedudukan meletakkan kek tidak betul. Biasanyer jika kita membakar menggunakan acuan angle pan, kita hendaklah meletakkan acuan itu dlm rak di sebelah bawah dlm oven.
  3. Serbuk penaik terlalu banyak di gunakan. Gunakan sudu penyukat khas untuk menyukat bahan2.
  4. Kemungkinan kandungan tepung terlebih.

Soalan 2

Kek mendap, turun atau penyek.

  1. Besar kemungkinan terlebih bahan cecair.
  2. Putih telur tidak dipukul dgn sempurna dan tidak kental
  3. Kek di bakar dlm ruang yg salah dlm oven. Ingat ye, jika menggunakan acuan angle pan kedudukan kek biarlah di rak bawah di dlm oven. Jika dasar kek tidak dibakar dgn sempurna, kek akan jatuh dari acuan apabila sejuk nanti.
  4. Masa pembakaran kek terlalu pendek. Anda kena pastikan kek dibakar dgn sempurna. Pintu oven hanya boleh di buka bila kek telah dibakar selama  1/2 jam ( seelok2nyer jgn dibuka sehingga kek benar2 masak). Gunakan lidi satay untuk mencucuk kek bagi memastikan kek telah sempurna masaknyer. Jika lidi keluar licin ini bermakna kek telah masak dgn sepenuhnyer.
 Soalan 3

Kek terlalu tinggi atau rendah atau bentuk tidak secantik yg anda inginkan

Mungkin anda tersalah memilih saiz acuan. Saiz acuan juga mempengaruhi kejadian kek. Jika acuan terlalu kecil dari adunan, maka kek anda mungkin akan menjadi tinggi dan ramping dan begitulah juga sebaliknyer jika anda menggunakan acuan yg besar ada kemungkinan kek anda menjadi bonsai dan tidak menarik. Oleh itu anda harus bijak memilih acuan yg sesuai dgn kandungan adunan.

Harap tips ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 yang bertanya.


Buah cempedak  diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Happy Baking

11 comments:

Bee said...

Assalamualaikum Ita,
cantiknya aje chiffon tu possing, ni yg buat tak tahan nih...!!!!

Mas said...

kak ita..mas setuju semuanya yang kak ita katakan....
betul tu...kek cipon ni klu kita sambil lewa masa membuatnya...kek tu akan terbantut.....
mas pun banyak belajar dari kesilapan baru pandai mencipon.....he..he...
maceh sudi berkongsi tips2 ...
sayangggg..akak..

izahdaut said...

kak ita.. mekasih untuk soalan dan jawapan tu.banyak membantu tu.tapi memang kena buat lagi dan lagi baru belajar dari kesilapan kan..

anymz said...

salam ita...
cantiknyaaaaa.
terima kaseh ya ita.sebab sudi berkongsi ilmu..mahal harga ilmu hari ni tau..akak pernah buat cipon marble pisang ni tapi tak berapa nak jadi marblenya tu.nak cuba jugak buat sampai berjaya..

umi's cup cake said...

Terima kasih kak ita,
ilmu ni amat berguna buat umi yang baru2 belajar ni..jasa mu dikenang...

Wanieyra said...

ira tak pernah try kek chiffon ni sebab tak de acuan bulat tu....

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita...
Thanks untuk panduan ni..Suke kek chiffon....

Unknown said...

salam kak ita,
terima kasih sebab post step by step ni. saya rasa mungkin saya pukul telur tak cukup kental kot. sbb resepi tu saya follow betul2 resepi kek sipon pandan kak ita (separuh adunan). selain tu mungkin tak sebab saya tak guna acuan kek sipon ek. saya takde acuan tu tapi sebab gigih nak makan kek sipon, saya boh dalam acuan spring tu. acuan kek biasa. tak aci ek..

Unknown said...

oh yek..satu lagi..saya pukul telur tu guna pemukul tangan tu sbb takde mixer..huhu..saya tambah air limau kasturi instead of cream of tartar..

note;//encik suami dah kembang tekak asyik makan kek sipon pandan tak jadik saya je..haha..

Marissa's Collection said...

lama cari resepi ni...dlu ada tp dh hilang
mekasih share resepi...

maknya anakku said...

halo ka ita, saya lidia dari indonesia, mau tanya,bagaimana caranya supaya keknya dapat berlapis? tuang berganti baru bakar atau tuang satu warna bakar sebentar baru tuang lagi bakar lagi begitukah. terimakseh sebelumnya

Post Top Ad

test