Rasa dia seakan2 masak kurma tapi ia pedas2 sikit. Penuh dgn aroma jintan manis dan rasa lada hitam. Terasa lemak manis kerisik yg bergabung pula dgn rencah membangkitkan lagi keenakan lauk ni. Ita rasa sesuai juga kalau dimakan dgn nasi minyak, nasi beriani, atau apa2 yg sewaktu dengannyer.
Anak ita Dalili makan bertambah2 sampai minta bawa bekal ke sekolah. Extra ayam lagi. Siap dijamu kawan2nyer disekolah, dan rata2 rakan2nyer memuji tentang kesedapan lauk ni hingga emaknyer dah tak muat seluar nak sarung hihi. aiii lebih2 pulak ini lah yg dikatakan "lembu punya susu sapi dapat nama"... wakaka...
Untuk resepi ni bahan2nyer mmg banyak mungkin Pak Engku buat untuk keluarga yg ramai atau untuk ukuran seekor ayam. Jadi kalau nak buat untuk 2,3 mulut aje pandai2lag adjust ye! lagi satu, cili api yg digunakan juga banyak. Walaupun ita hanyer buat setengah dari bahan tersebut tapi, ita tetap kurangkan cili kerana takut terlalu pedas.
Mykitchen's Recipe
RENDANG AYAM MINANG
By: Pak Engku
1 ekor ayam kampung - klu tak de ayam bandar pun ok! dipotong 8
5 ulas bawang putih - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
30 biji cili api - dikisar
2 inc halia - dikisar
4 batang serai - 2 kisar 2 lagi dititik
1 inc lengkuas
rempah tumis - 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
1 sudu teh jintan manis - kisar serbuk pun boleh
1 sudu makan lada hitam - kisar serbuk pun boleh
minyak
sebiji santan kelapa
2 sudu makan kerisik
garam dan gula secukup rasa
daun kunyit dimayang
2 kiub ayam - ita tambah
1 sudu kecil serbuk kunyit - ita tambah
Tumiskan rempah tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai titik dan masak hingga kekuningan. Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam, serbuk kunyit, dan kiub ayam. kacau rata.
Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik satu persatu.
Bila ayam sudah masak, masukkan garam dan gula seenak rasa dan daun kunyit.
Tunggu sehingga kuah pekat barulah sedia untuk hidangan.
3 comments:
dah lama tak makan rendang...terliur lah plaks...
mas nak semangkuk kak...
nampak sedapp la rendang tu...
nak tanya.ini ialah makanan minang,n.sembilan?
Post a Comment