UDANG GALAH MASAM MANIS dan aktiviti anak2.. - masam manis f

Breaking

Apr 24, 2011

UDANG GALAH MASAM MANIS dan aktiviti anak2..

Assalamualaikum....

Selamat malam semua... malam ni nak masukkan N3 makan malam kami sekeluarga. Tapi bila dah malam2 ni kan susah sikit nak ambil gambar sebab kurang pencahayaan.. main snap lebih kurang aje.. sebab semua dah tak sabar menunggu.


Hidangan ni adalah hidangan fav kami sekeluarga. Actualy lauk ni boleh dipelbagaikan bahan asasnyer... boleh guna kupang, lala, udang, atau apa2 jua yg sewaktu dgnnyer.. kali ni ita masak udang galah. Berselera anak2 makan... ini pun menu request dari anak2.. esok semua dah balik... so ita cuba tunaikan segala hajat dan permintaan mereka.


Sebenarnyer nak dapatkan udang galah sekarang ni mmg agak sukar. Kat pasar mmg tak de org jual udang galah. So terpaksa lah ayahnyer ajak anak2 gi mancing kat kolam udang. Kali ni banyak jugak dapat udang tapi kecik2 ada seekor aje yg besar.. yang besar tu Amirul yg dapat tangkap! ... hihi ada pulak lucky draw sapa dapat yg besar dekat sepit dia tu ada tulis nombor so dapatlah cabutan bertuah... hihi rezeki Amiru hari tu.. pulak tu banyak pulak yg dapat dia tangkap. 

Dalili dapat tangkap 4 ekor dan Azrul dapat 2 ekor. Sedih Azrul  dan frust sebab sebelum balik tu jorannyer dimakan udang besar.. tapi masa nak tarik tu joran putus pulak! dah terlepas udang besar tu... hihi tapi tak  pe.. tak de rezeki lain kali kalau balik lagi boleh lah gi mancing lagi.. jom kita layan gelagat anak2 di kolam udang...

 Azrul tekun betul.... hihi
 Dalili senyum sokmo...


 Amirul... dapat udang banyak... hihi tapi takut dgn udang.....
Tengok! dalili tak takut pegang udang... haha

MyKitchen's Recipe

UDANG GALAH MASAM MANIS

2 kg udang galah - berus dan cuci bersih
1 labu bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1/2 cwn air
1 kiub - ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 pokok daun ketumbar - mayang halus
2 batang serai - dititik

Bahan kisar
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah


Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan air, serai,sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak masukkan tomato, bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar.
Kemudian masukkan udang galah dan biar hingga ia masak.
Biar seketika. Siap untu dihidangkan




5 comments:

ilahjy said...

ooo aku tergoda terkecewa.. nada lagu 60an ni.. hukhukhukkk tergoda sbb udang galah.. terkecewa sbb tak dpt rasa... terliuq la ita...
masa kak di kedah dulu umah tepi sungai kedah.. atok ajak naik perahu pasang jala/pukat.. dpt udang mcm ni lah apa lagi buat bakar dan ratah laa sedappp huhuu..

Azlita Aziz said...

aha kak.. kalau bakar colek pulak dgn air asam... lagi lah terangkat kan... uuu... sedap tu...

Mas said...

mas pun tergoda tengok udang galah tu...
sedappnya...

Sofea said...

uikk sedapnya udang tu..bestkan sesekali riadah sama anak2 :)

LUBUK LOBSTER said...

kat pasar mmg tak dapat tapi kat blog ader .. sekarang bukan setakat udang galah, udang yang lagik besar udang kara(lobster) pon boleh dapat dari blog .. huhu :)

http://lubuklobster.blogspot.com

Post Top Ad

test