Salam hari Jumaat penghulu segala hari...
Seperti biasa hari jumaat mmg kelang kabut sikit... terasa masa terlalu suntuk sedar tak sedar dah masuk dinihari.. Macam biasa kalau hari Jumaat ita masak serba ringkas. Sebab semua nak cepat, nak hantar anak sekolah, mana suami nak balik makan tengahari dan nak sembahyang jumaat di Masjid.
Hari ni ita masak Ikan Kembung Masak Asam. Orang Johor mmg tak boleh lari dari ikan kembung. Suka sangat makan ikan kembung. Mak ita pun mmg selalu sangat masak ikan kembung apa2 lauk pun sedap kalau masak ikan kembung ni...
Ikan kembung masak asam ni mmg fav ita dari kecik2 lagi. sebab mak ita mmg suka sangat masak lauk ni, bukannyer apa lauk ni cukup ringkas dan mudah penyediannyer. Bahan2 pun yg simple tak yah nak ke pasar... semua dah ada dlm peti... ais.
MyKitchen's Recipe
IKAN KEMBUNG MASAK ASAM
2 ekor ikan kembung - disiang, cuci bersih digaul dgn kunyit dan garam dan digoreng hingga kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknyer.
2 biji bawang besar - dipotong bilat
1 biji cili merah - dihiris serong
1 biji cili hijau - dihiris serong
6 biji cili api - dibelah 2
3 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
sedikit belacan jika suka
200 ml air asam
garam secukup rasa
Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang hingga harum. Masukkan air asam dan belacan yg telah dikisar dan masak hingga didih. Perasakan garamnyer.
Kemudian masukkan cili api, cili hijau, cili merah dan bawang besar.
Akhir sekali masukkan ikan kembung biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidangkan.
9 comments:
Salam Ita...
Sedapnya makan kalau masak lauk cam gini...mensti bertambah2 nasi ni...lapo lak kak cek....
akak..mas pun goreng ikan masak kicap jerk ari ni...he..he..
sedappnya tengok kembung masak asam tu..
Kak Ita, rindunya nak balik Johor bila kak ita tunjuk lauk ni..fav. ni..memang boleh buat sendiri tapi bila air tangan ibu lebih umph...
akak pun pernah masa style gini.. resepi lebih kurang.. cuma takde campur belacan jer... lenkali boleh cuba resepi ita/mak ita ni... suka gak mkn ikan kembung.. isinya sedap..
EM SEDAPNYE...NAK SALIN RESEPI TAU...
sedap nie...nak cuba lah
Sedapnye tgk
Tq 4 the recipe
Sedap ☺
Uniknya resepi ni..nmpk mudah...tq kak ita
Post a Comment