LIGHT CHEESE CAKE - masam manis f

Breaking

Jun 16, 2011

LIGHT CHEESE CAKE

Assalamualaikum....


Ita rasa ramai yg dah buat kek ni kan?? kek yg sangat lembut dan gebu sesangat.. Macam biasa ita selalu ketinggalan ketapi.. sebenarnya banyak sangat yg nak dicuba dan di rasa.. kerana rata2 resepi yg di pamerkan kawan2 sedap2 belaka dan mengocang diet ku... hihi


Tapi bila singgah kat dapur love hari tu.. ita mmg dah tak tahan.. adoiii... cantiknya kejadian yg love hasilkan.. nampak sangat lembut dan gebu.. pulak dgn gambar yg mmg menarik dan memikat yg akhirnya telah betul2 mengoda ita untuk membuat kek ni...

Sebelum ita terlupa... ita nak ucapkan Congratulations and Happy 2nd Blog Anniversary!  khas untuk rakan masak kita LOVE2COOK "It has been great knowing you and your lovely blog!"

Sebenarnya dah lama ita follow blog love, cuma kadang2 segan nak tegur.. ita suka setiap resepi yg love sajikan.. sukan presentation dan fotonya yg cantik..!! anak2 love pun cute2 dan comel2 belaka... mesti macam mumy dia kan???


Resepi asal adalah dari Hasue.. seorang ibu dan tukang masak yg handal jugak ni... segan akak kalau singgah dapur Hasue.. terasa diri ni kerdil sangat.. banyak lagi yg nak kena belajar dari Hasue..
hasue ni pun rajin jugak masak.. banyak sangat resepi yg telah hasue sajikan. Siap tunjukkan step by step lagi... Terima kasih ye Hasue.. semoga setiap ilmu yg Hasue berikan akan mendapat ganjaran pahala dari Allah..
Akak minta izin tuk copy kat sini pulak lah ye!
Kalau nak versi Bahasa Inggeris kat bawah tu pun ita dah catatkan dan ita copy dari dapur love. Terima kasih sekali lagi buat kalian berdua...


LIGHT CHEESE CAKE
HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


LIGHT CHEESE CAKE 
copy : Love2cook

Ingredients :~ 8" pan ( I used a loaf pan )

• 125gm cream cheese (add up to 150gm if you prefer more cheesy )
• 300ml fresh milk
• 80gm butter or margerine ( I used butter )
• 80gm plain flour
• 80gm refined sugar
• 3nos A sized eggs ~ separate egg yolks and egg white
• few drops of vanilla essence / lemon juice ( I added lemon juice )

Method :~
  1. Heat up fresh milk in a saucepan and add cream cheese. Stir constantly using a hand whisk until cream cheese melted. Add the butter / margarine, stir until melted, turn off heat and set aside.
  2. Beat egg whites with sugar until a stiff peak is formed. 
  3. In the larger bowl, beat egg yolks until fluffy. Add cheese mixture and stir. 
  4. Sift in flour gradually and beat again using low speed. Scrape the sides of the bowl if needed and stir slowly using a hand whisk. 
  5. Finally fold in the beaten egg white until well combined. 
  6. Pour mixture into greased and lined cake pan. Place the cake pan in another pan containing hot water. 
  7. Bake at 160C for 45 minutes (or until done) using steam bath method. 
Note : 
You may sprinkle some almond nibs/flakes or grated cheddar cheese over the cake mixture before placing it in the oven.
You may substiture fresh milk with chocolate or strawberry flavoured milk. 


Ita dapat 1 buku kek yg sedang, dan bakinya ita buh dlm acuan kecil2. Untuk corak yg kat atas kek tu ita gunakan teknik cheese tart. Ita ambil 1 sudu besar adunan dan campurkan dgn sedikit coklat emulco pas tu dot2 kan atas kek dan tarik dgn lidi. 
Ita gunakan api yg perlahan masa bakar kek ni sebab api oven ita tu apinya panas sangat jadi ita terpaksa turunkan suhunya sehingga 130 C.

12 comments:

cik cek said...

Ita...tgk gambo je kak cek dah tergoda...teringin lak nak merasa...cam kena buat je ni...masuk list dulu...tq2 kongsi2 resepi...

Mas said...

cantikkkk...
suka mas tengok gambar2 tu....
memang nampak gebu la kek tu kak...
terliur mas...

Gee® said...

adoiii...menggodanya kek ita nih...tabik spring laa... tgk gambor pon dah kecor air liur belom makan lagi... kalau dapat makan berguling gamaknya... hehehe...syabas chef ita...

Wanieyra said...

Sedapnya! kek yang paling kita suka....tak tahu bila nak buat

Anonymous said...

sedapnya

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer cheesecake!! lama sungguh tak buat cheesecake.. kalau buat.. cik abang langsung tak sentuh.. anak2 pun kurang gak.. mkn tp mkn sikit jelah.. tak suka kot sbb rasa masam2 tu.. kalau buat jwpnya mkn sorang2la.. mana tak kembang ibu dia ni.. hahaha...

Mylady said...

Gambar2 entry akak memang menggetarkan jiwa la...

Yok singgah :-
IBUNDA'S DELIGHT

Alamdamai said...

K Ita,
comeyyy sgt cheese cake akak tu....
tergoda tgk... tapi, bila plak nurul nak try buat ni... :)

CT Delima said...

As'salam Ita

dah lama teringin nak buat, sesekali dah teringin kang tak nak berhenti camana tu.. hihihi

geram tgk yang comel2 tu ngappp! masuk molot :D

qaseh johanna said...

indAH SUNGGUH kek tu ye..hihi

akak..kalau saya kukus jadi ape ye kek ni..?? hehe

tun_telani said...

kak ita.. gambar akk selalu cun melecun.. tun terasa rendah diri nih.. huhu..
lama dh simpan resepi nih, agak2 dh jd perkasam agak nyer.. tp nk kene amik vitamin R byk2 br blh wat nih.. tun kalau tgk steps dia byk n perlu byk2 mangkuk nih, mula laa virus M dtg menyerang. (makan je yg rajin nyer.. kui kui.)

Unknown said...

wahh sedapnya kek itew...comel jer akak buat tu...kalau buat ni sure mkn byk lak ni...rasa yg akak buat jer lah hehe

Post Top Ad

test