Sepetang di Kuala Lipis - masam manis f

Breaking

Jun 27, 2011

Sepetang di Kuala Lipis

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua....
Minggu baru... semangat baru dan azam baru... Mulakan minggu baru dgn hati yg ceria..
Sehari tak bersiaran terasa bebulan lamanya.. Rindu rasa nak menatap tenet.. banyak resepi dari kawan2 yg dah ita tertinggal.. tak pe ita akan kayuh perlahan untuk menjengah dari satu rumah ke satu rumah...

Semalam ita berada betul2 di tengah2 Malaysia. Nape tak percaya???? ok kita lihat lah bukti dibawah...


Dah percaya?? haha semalam ita berada betul2 di tengah2 Malaysia di atas tulangbelakang Malaysia, iaitu di atas banjaran Titiwangsa. Selama berkali2 ita bertandang ke Kuala Lipis barulah ita tahu bahawa kedudukan Kuala Lipis betul2 berada di tengah2 Malaysia. Aiiii... buat malu aje ita ni kan?? rakyat Malaysia yg tak tau Geografi... hihi


Seronok bertandang ke Kuala Lipis... selain ita dapat bertemu dengan anak ita Amiru yg belajar di sini.. ita juga masih dapat melihat keistimewaan Bandar Lipis yg masih lagi mengekalkan seni bina asal. Ita boleh kata kan Bandar Lipis adalah bandar yg sunyi dari pembangunan, kerana tidak banyak pembangunan dapat kita lihat disini.. tapi ita suka kerana ita masih berpeluang melihat seni bina bangunan lamanya yg masih gah berdiri walaupun semakin uzur... ditelan zaman. Ita harap jangan lah bangunan yg usang ni dirobohkan.. biarlah ianya menjadi salah satu mercu dan sejarah yg boleh di lihat oleh anak2 bangsa kita...

Antara bangunan lama yg masih kekal dengan senibina lama yg unik

Antara Masjid yang tertua di Malaysia

Station Keretapi di bandar yg semakin sepi...

Peti surat lama yg masih jelas kelihatan walaupun dah berkurun usianya...

 Lorong-lorong kehidupan....

Sungai Lipis

Ini antara pokok yg terbesar yg berada ditengah2 Malaysia. Pokok yg palig tua dan paling besar ni sangat sukar nak ambil gambar dia.. sebab besar sangat... seram pun ye jugak!


 Hitam putih kehidupan....

Antara sekolah yang tertua... dan disinilah sekolah Penyanyi Popular kesayangan Malaya... Dato Siti Nurhaliza.


Anak2 bangsa ku...

Jelajah Pahang




 Antara kehidupan dan kematian.....









Sepanjang jalan kenangan.......


Halus teratur jambangan cempaka,
Ditepi jejawi molek kedidi,
Takkan luntur semangat merdeka,
Dijulang pertiwi sentosa abadi.....

Cindai si desa selasih mewajah,
Gamat Melaka bertingkah kelicap,
Andai nusa masih dijajah,
Nikmat merdeka dapatkah dikecap???

16 comments:

izahdaut said...

kak ita buat saya rinduuuu sangat nak balik kampung.... sayu menengok bando lipis dengan lagu winter sonata ni.. sob sob... lawanyer gambar2 akak... kat batu tanda 0 tu la slalu saya pijak tu kak. pastu station ketapi sepi tu...duk melintas ke seberang nun.memang tak banyak berkembang pun lipis tu..tapi tetap istimewa dihati saya...especially station bas yang akan membawa kenangan saya pada arwah abah. arwah dulu driver bus...kat situ rezki kami..pastu masa saya dah belajar kat KL arwah dah pencen..kat station tu la arwah hantar ..sedih tringt dia akan tunggu sampai bus jalan...oh ngalir jugak air mata saya ni bila dengar lagu..aiseehhh..hehe

Ummi said...

Ita, waaaaaahhh bertandang ke Lipis semalam eh...akak sendiri pun x sampai lagi sana...tp tang batu jalan angka 0 tu mmg dah pernah masuk Majalah 3 kan...mmg itulah tanda aras tengah bumi Malaysia nih..hehe. Apapun, gambar2 yg Ita ambil mmg cantik dan dapat jgk lah akak bayangkan...hehee...Tengok bangunan2 tu ala2 kat bandar Taiping lama taaauu..mcm tu gak.. ^_^

CT Delima said...

As'salam Ita

CT pun suka melihat bangunan lama2 tak kira dimana saje ct pergi melawat atau pergi akan ct semat kan atau ct abadi kan dalam gambar2. Hb pulak jenis yang suka pada bangunan2 lama macam ni berbanding yang baru. seni katanya. Kalau nak bandingkan di bandar KL dan di ceruk2 kampung. Ct akan katakan ct pilih dikampung saje. situasi yang mendamaikan tanpa hiru pikuk kebisingan situasi dibandar. kampung dan bandar2 lama amat mendamaikan jiwa sebenanya.

Masih tak sampai lagi ke Kuala Lipis ni :D

Gee® said...

Salam ita, terpegun tgk gambar2 tuh...w'pun akak org Phg tapi tak berkesempatan nk menikmati keindahan alam dan bangunan2 purba di bumi lepeh ni.. terima kasih ita

..nOj.. said...

salam kak ita, cantek2 sgt gambar ni. buat hati sayu. rindu sgt kt lipis. tempat tumpahnye darah. tempat pertama kali menghirup udara dunia. tempat menuntut ilmu kt clifford, tempat dimana ibu dan ayah serta adik2 sy mencari rezeki. oh rindunye. tak sabar nak balik minggu ni.

mintak izin copy gambar2 sket ye kak. nanti sy credit akak. thanks

ijayuji said...

Salam kak ita! tak pernah pun sampai sini :D seronok kan jalan2 sambil2 ambik gmbr, gmbr akak ni cantek2 lah! akak guna dslr apa eak? lens apa eak? byk soal pulak :D

Mas said...

amboii mek ijahhhh tu....kikikikiki

kak ita...gi lipis...makan tak patin tempoyak.....sedapp tu...

hmmm....suka mas tengok semua gambar2 tu...cantik.......

tun_telani said...

morning kak ita... tun pun baru tau kuala lipis ni kat tgh2 malaysia.. kalau x baca ni mmg x tau.. hihi..
tumpang sayu gak tgk gambar.. there's something in the pics that are nostalgic.. mmg bakat photography akak x dpt dinafikan lah =)
ps: x penah sampai lagi kuala lipis nih.. betol ke ada batu tanda jalan ke umah siti nurhaliza?

ucubakery said...

salam ita..dah terubat rindu kt anak...
cantik2 gambar yg ita ambik...

ilahjy said...

kak ilah dah 3,4 kali sampai lipis.. tapi x pernah simpan gamabr sbb tak sempat amek pun..huhuu..tapi bangunan tu kalu djaga mmg cantik. cat lahh sikit..kasi idup..huhuu
apapun kak terpegun cantik2 gmbr ita amek..prooooo gitusss

syarasin said...

Salam K.Ita..
Nmpk bandar Lipis tu..teringgat lak kita masa kecik2 dlu...klu blk kmpung lps ambik bas dr KL..mesti naik keretapi ke Bkt Betong ...betul2 mengusik jiwa..huahuahuaa rindu nnye kampung halaman ku..!!

Nadz Nazharzan said...

Kak Ita.. Naz kalau balik kg mmg lalu kuala lipis tp x pernah singgah masuk pekannya.. Cantik la gmbr2 yg akak shoot..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pernah sekali dua sampai ke lipis ni.. itupun masa perjalanan ke kelantan.. sek clifford tu sekolah adik ipar akak jugak tu... sempat jugak tengok.. tapi batu 0 tu tak sempat tengok.. sebab masa kami pegi pun cuma ronda2 dlm kereta aje tak turun pun..
memang lawa ke semua gambar2 ita ni.. suka betul tengok...

Wani Sukarno said...

kak ita memang lovely picture .. pandai kak ita snap hehe.. wah memang lama bandar kuala lipis ni

Love2cook Malaysia said...

Been to Kuala Lipis many times since my uncle's family is there. Such a historic place. And yes, my cousin sister was Dato' Siti Nurhaliza's classmate! :D

Thanks for sharing the pictures. But I really pitied the inhabitants in that mini zoo when I visited few years back.

I also met a reader of my blog in Kuala Lipis recently. She recognized my daughter and confronted me :)

CT said...

wah...Ita bestnya gi Lipis....

Post Top Ad

test