KEK KASTAD PANDAN LAPIS CENDOL - masam manis f

Breaking

Jul 7, 2011

KEK KASTAD PANDAN LAPIS CENDOL

Assalamualaikum....

Salam bersiaran di pagi khamis yang ceria..  salam 1 Malaysia...
2, 3 hari ni badan rasa macam letih aje.. buat kerja sikit pun terasa penat, mata pula macam asyik mengantuk aje.. Kekadang terfikir jugak adakah faktor cuaca yg semakin panas.. sejak dua menjak ni.. pemakanan..... atau faktor usia yg melewati warga gangsa... adoiiii...

Tu lah yg selalu dok teringat.. kurangkan lemak dalam makanan.. kurangkan manis dalam minuman... Anak- anak  pulak menambah.. kurangkan bercakap dan kurangkan membebelll... boleh gituuuu...!!


Hari ni ita buat kek Kastard Pandan Lapis Cendol. Resepi asal sebenarnya Kek Kastard Pandan, tapi terlebih rajin sebenornya tak de kejor  cari kejor... ita dok lapis pulak dgn cendol.. hihi terlebih sudaaa..
Tapi kek ni mmg best laa... sedap lembut dan gebu.. harum pulak dgn bau pandan.. manyak syok! ooo..
Resepi dari Sweet 4ever yg ita ambil dari My Resepi. Terima kasih untuk sweet 4ever kerana sudi berkongsi kek yg sedapnyaaaa... ni...


Memang teruja betul nak buat kek ni sebab feedback yg ita lihat kat My Resepi rata2 memuji kesedapan kek ni.. tu yg berkobar2 nak mencuba dah macam lagu Yasin pulak... berkobar... kobar... eh! mana ek Yasin sekarang dah lama tak buat album baru.. ita suka sangat lagu Yasin Mimpi Laila.. asyik masyukkk betul kalau lagu tu berkumandang kat corong radiao....alamak!... apahal pulak masuk cerita Yasin pulak ni.. cerita kek ni tak habis lagi...

 
Kek pandan dia best! sedap! rasa mcm kek chiffon pun ada jugak! mmg lembut sangat.. Kek ni dapat besar jugak sesuai sangat kek ni kalau nak buat B'day Cake. Perasa tu kita boleh tukar ikut citarasa kita. Kira resepi kek ni macam basic kek lah kan...
Peringatan! jangan lupa tuk tebalikkan kek sejurus keluar dari oven kerana kalau kita tak buat cam ni.. nanti kek akan mendap ke bawah atau atas kata nama lain kek kita penyek! kalau dah penyek tu nanti tak cantik lah kan kalau nak di layerkan..
Untuk resepi ni ita guna loyang 8 inci. Dia naik cantik aje dan tinggi. Aiii... suka kita! tu yg ita dapat bahagikan kek ni kepada 3 layer. Nak potong pun senang kerana ia tak lah terburai2 atau berserabai kek dia tu.. dan nak melayer dgn kastad pun mudah.

Kastard dia pun sedap! Masa tuang kastad atau masa kita nak melayerkan dia tu kena pastikan kastard tu masuk kat celah2 loyang. Kalau tak nanti tak cantik pulak bila dah buka loyang.. banyak pulak ruang udara kelihatan di tepi kek. Boleh juga hentak loyang sedikit supaya kastard tu turun ke bawah.



KEK SPAN PANDAN
by : Sweet 4ever

150 gm tepong super fine - ita guna tepung kek
150 gm gula kastor
5 biji telur telor gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml air daun pandan - ita ganti susu segar
80 ml minyak / mentega cair
1 sudu teh pes pandan
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna hijau

Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita mendap atau turun atau penyek


KASTAD PANDAN

Bahan A
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar segera
Bahan B
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau
secubit garam

Untuk hiasan
1 cawan kelapa kering
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. 
Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. 
Masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. 
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. 
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya. 
Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.
Cara Ita
Setiap layer kastad yang ita tuang atas kek ita akan taburkan dgn cendol.
Untuk lapisan akhir atau atas kek, Ita masak sedikit agar2 segera dgn air, gula dan pes pandan. Biar hingga didih. 
Kemudian ita masukkan 1 senduk cendol dan gaul rata.
Kemudian tuang atas kek. Tapi masa tuang ni kek belum di keluarkan dari loose tin tau, supaya agar2 tu tak meleleh ke bawah.

24 comments:

Ida,Japan said...

horeyy!!!ida sampai dulu,...wahh sedapnyer ..sedapnyer....cantiknyer K'ita,lama tak buat, ida pernah sekali try buat kek ni...sedapkan, kalau pesen letak cendol cam akak buat ni, mesti lagi sedaptu...kena dgn rasa pandannya

ijayuji said...

Salam kak ita!!! kek sweet4ever ni mmg best! kita pun suke guna basic sponge resepi dia :D tp apa pun kak ita buat SUMEEEE nmpk sedap! kretif betul letak cendol, yummmyyyy!!!

Gee® said...

aargggghhhhh.....!!! nak sepotong

CT Delima said...

As'salam Ita

haaa...sampai juga kek yang ditunggu..hihihi. dari tadi dok minum kopiO jer naik kembung dah perut..hehehe

banyak dapat tu, meh lah spotong :D

Juwita Jamaludin said...

Kak ita sedap2.. Ita pun pernah buat gak .. Berbaloi.. Kalsu buat letak cendol tu lagi sedap

anymz said...

nampak menarik lah ita..akak angkut resepinya ya..

noorsafone said...

cantik betul la ita,berselera tgok kek tu...ada cendol kt atas tu...ermmm sedappp.

Ummi said...

Ita, as always...! Looks tempting and sooooo inviting....hantar kat akak 2 potong bole tak...bole kan..kan...

Hanim said...

wow! mabeless hehehe Cnp recp ek...sedapnyer..n terliur nengok nih :p

::Azura Rahman:: said...

cantiknyer kek tu kak ita.. pandai kak ita advancekan kek tu dgn tambah cendol.. pandan+cendol mmg kombinasi yg best.. nk satu slice!!! =)

Mak anak tiga said...

Uish, best nya rupa kek ni..ada cendol lg tu..mmg best ni nampak nye..

K.zai said...

salam ita...mmg teruja tgk kek ni...cantik..nk mintak sepotong...hehehe

Cendana Kasih said...

mengancamnyer kek... saya takde bakat lagi nk buat kek seumpama itu..oleh itu, bagi saya rasa sepotong yer..hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

macam biasa.. masuk sini pasti akan terpukau & terpana sekejap.. tunggu 5 minit barulah boleh berkata2 kat komen box.. hehehe... akak nak jadi anak murid ita boleh tak??? ita jadi cikgu yg ajar masak2 & klik2 gambar ye!

Nina Mirza said...

Kesian Nina ~~~
kalau singgah blog kak ita nie ..... selalu buat nina terliur ajerrr !!
fav Nina lak kek pandan ...
bak sikitttt sepotong kak ita

Otai chef said...

Salam kak Ita, tumpang lalu,nice knowing u and your blog also so many your creation marvelous and appetite, i know so many very good Home Chef out there, nak tanya, what is so sour and so sweet about your blog, i hope including the blog owner, but i choose the sweet one, tq kak ita, afternoon joking.

cik cek said...

Itaaaa....

nampak sedapnya...ada cendol lak kat atas kek tu...fuyoooo...bestnya...amik resepi dulu...pjgnya list resepi...tak kisah lah nak amik jugak....nak sepotong kek boleh Ita....:)

Mas said...

perrhhhh...cantikkk bangat kek cendol tu..
menggoda betoi....

HomeKreation said...

Waduh2... sedap ni ada cendul.

TulipKu said...

kak,kalau kek tu tak bakar tapi kukus jd tak?

Anis said...

Wak akak, menaril betul.... nak kek sure tak dpt nak resepi la ye.... tq

Mrs Nabila Ridzuan said...

salam kak,minta izin share resepi yer...

Unknown said...

Salam Kak Ita...

Nak tanya tepung Hoen Kwee hijau boleh diganti dengan tepung lain tak...
Kat mana boleh dapat tepung nie.?

Air cendol itu diperolehi daripada blend daun pandan ke?

TQ.

JOHOR MASTERBLOGGER said...

Wah.. kek pandan cendol wak radol. .. sedap nih... tq for sharing. .

Post Top Ad

test