Salam sejahtera... semua! Apa khabar mu disana??? harap2 semuanya sihat dan ceria2 selalu.. Selangkah lagi kita ke minggu baru.. berbekal semangat baru... Sekembali dari bercuti sememangnya banyak perkara yg nak di borakkan... Macam mana cuti hujung minggu anda dan keluarga.. Sudah tentu semuanya berjalan sebagaimana yg telah dirancang kan..
Hujung minggu lalu ita hanya lepak2 aje kat rumah kebetulan anak ita Azrul balik pulang bermalam bersama kawannya. Jadi ita pon dok sibuk lah masakan makanan kegemaran nya. Cuti tak lama, sampai hari Jumaat malam dan semalam hari Ahad dah kembali semula ke sekolah. Mula peracangannya mereka berdua balik naik bas aje.. Pas tu suami ita pula tersalah beli tiket. Tersilap hari bulan sebenarnya.. tak tau nak salahkan siapa?? salah penjual tiket atau salah suami ita kerana tak check semula tiket selepas dibeli. Kesudahannya terpaksalah kami menghantar mereka berdua pulang..
Lagipun sebenarnya ita pun tak sampai hati lihatkan mereka pulang naik bas dengan barang yg banyak... pulak kena bertukar bas pula sesampai disana.. Akhirnya ambil keputusan hantar dengan kereta aje.. Dapat jugak ita ambil peluang untuk singah di kedai menjual barang2 kek dan kuih di Bangi. Sebenarnya kawan ita yg mencadangkan ita supaya pergi membeli barang keperluan tuk buat kuih dan kek disana.. murah katanya dan banyak pilihan.. Cari punya cari alhamdulillah akhirnya jumpa juga kedai yg dituju.. Tapi makkk... datukkk... ramainya orang.. mungkin disebabkan hujung minggu dan kebetulan ramai yg sibuk membeli barangan tuk buat kuih raya.. tu yg ramai org tu.. sampai nak bergerak pon susah..
Kepada mereka2 yg dok area bangi bolehlah singah ke kedai ni tuk cari barangan kuih.. macam-macam adaaaa.....
Yummie
Bfee Bakery Ingredients Sdn Bhd
26-G-01 & 25-G-01, Jln Medan PB2B
Medan PB2, Seksyen 9,
Pusat Bandar Bangi
Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8925 8098
Balik2 aje Azrul dah berbunyi minta ita buatkan kek dan cookies untuk di bawa pulang ke asrama. Ada request dari rakan2 minta buatkan cookies yg pernah ita buat dulu... boleh tengok di SINI. Katanya sedap! dan kawan2 semua suka dan pesan minta buatkan lagi.. Kerana masa yg terbatas.. dapat juga lah ita buat kan 2 jenis cookies dan satu muffin untuk Azrul bawa pulang ke asrama. Nak ikutkan memang tak larat rasa badan ni.. dgn kepala yg masih ting tong digagahi juga tuk tunaikan permintaan Azrul.
Hari ni ita nak tunjukkan muffin yg ita buatkan untuk Azrul bawa pulang ke Asrama. Kalau cerita ttg muffin ni.. siapalah yg layak di gelar Ratu Muffin kalau bukan adik kita sorang ni.. Tauke muffin. Memang tersangatlah rajin betul adik sorang ni buat muffin.. banyak betul resepi muffin yg sedap2 dari beliau.. kalau sesiapa yg berhajat nak buat muffin singahlah ke dapur adik kita ni di blog beliau Izah Muffin Lover.. kalau nak order pun boleh.. dari segi pernghantaran tak tau pulak bagaimana??? kena lah tanya dengan tuan empunya badan....
Kali ni ita cuba resepi Muffin Coklat, yg menurut Izah resepi asal di ambil dari Mak Lang dan kak Ummi. Kalau Izah dah kata sedap pastilah sedap kan Izah...??? Dan sememangnya sedap! gabungan antara coklat dan nescafe memberikan suatu kelainan pada muffin ni. Pulak bila ditambahkan sedikit oren sunquick memang membuatkan kita tak berasa muak tuk menghabiskan setiap cebisan...
Muffin ni pun sangat lembut dan gebu.... Pasti akan menjadi kegemaran anak2 juga. Kalau ada jamuan kat sekolah atau pejabat.. tak salah kalau kita buatkan muffin ni sebagai hidangan.. almaklumlah mudah aje buatnya.. tak payah nak dipotong2.. membuatkan lebih mudah untuk di nikmati..
Terima kasih pada empunya resepi.. Kepada Izah dan kak Ummi juga yg sudi sharekan resepi muffin yg sedap ni.. akak minta izin tuk share kat sini pulak.. lah ye! dan masih lagi selongkar dapur kak Ummi tuk cari link muffin ni...
MUFFIN COKLAT
by: Mak Lang Azie
Sumber : Izah
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
Bahan B
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick
Bahan C
1-2 sb oren sunquick
Bahan C
3/4 cawan air panas
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
34 comments:
uwaaaaa comelnya muffin coklat yg Ita buat ni...teruja melihatnya....rajin tul Ita wat cookies dan muffin utk bekalan anak2...walau penat tapi seronokkan....
kalo tgk akak buat mesti cantek....bila ayu buat x jadi gitew pow hahaha
perhhhh...cantikk la mapin coklat tu...
dah bentuk macam musroom jerk....
mas pun suka mapin ni...
sedappp.....
ayarrrkkkkk.. pengsannnnn... mak haiii lawo bebenor mapin ni bila kena kat tangan kak ita. tu buat dlm tak larat..gagah betul kak ita ngangkat senapang nak menembak gambo. saya ni kan kak.. kalau memang dah ting tong memasak gambo pun tak ambik. tak larat sungguh rasanya...
lawaaaa... suke mapin bentuk cendawan gini.. lawoo lawoo lawooo...
waaaaa...inilah tempat saya selalu beli barang kek!! Kalau pergi semalam mesti terlanggar bahu ngan Kak Ita.. Tapi memang selalu ramai orang. Nak ambil barang kena letak bakul kat satu tempat dulu. Kalu tak nak lalu pun susah, kan?
cantiknya mapin ita tu..ni takleh jadi nih.dah tergoda sungguh2 dah ni.rasa cam ada tenaga je nak buat hari ni..:D
oh ya!kedai bakeri kat bangi tu area mana ya ita?..rasa akak cam nak pergi je hari jumaat ni nanti.boleh ita bg guideline nak ke sana.kat town ke,kat area warta tu ke?.
Kak Ita,kalo air tangan akak,semua mmg meletup kak,cantik sungguh..
thanx ita..mmuuuaaaahhh..kiss2 lap u.akak dah nampak dah kedai tu kat mana..
Ita...sika masuk kt kedai tu...sedap muffin tu...macam cendawan ya...boleh try nanti..
Salam Kak Ita,
wow menarik tol muffin tue..tersgt lah coklat..suka2
Kita pon same kak kalau ke KL confirm pujuk en.abg kita pi sana..jauh beza ngn harga kt tmpt kita...kalau kt KL ni kita suka gi Yummy,Bangi ngan BWY,KL...kalau dh masuk berejam-jam..kih3 dok belek sana sini..yummy mmg kalau pi mesti ramai org ;D
ouh!sangat menggoda muffin tersebut,dah la chocoholic!hihi :)
yer ita,,,kat Yummies tu kalo sabtu dan Ahd tak payah ler pegi..sure tak muat nk masuk..hehehe...saya pegi hari sabtu,bersesak2 nk mencari barang, nk membayar pun satu hal jugak..huhhh... serik dah... lepas ni baik la pegi Bake With Yen kat Puchong jer, kedainya dh diubahsuai , besar macam pasaraya, kaunter nk bayar pun banyak...
salam....morninggg Ita!! Adeeii akak pun penat sakan balik berkenduri di kg. Kena jadi tukang masak lauk pauk pulak aisshh...makcik2 jiran mak akak sume dah uzur2 belaka...last2 kitaorg buat segalanya dr A - Z...Akak handle masak 25 kg daging masak kicap, 10 kg udang masak sambal dgn petai, sayur labu segala....adeeeii, sedap x sedap belakang citer, janji leh makan jek laa....hehehe, alhamdulillah, licin jugak. Puding Berkuah Koktel pun xdan nak rasa...hahaa..50 mangkuk tuk org masjid...licin. Letisss baru terasa...hehe, igt nak rest masak 2 3 hari..boleh kot eh..hehee
tol cakap izah tu kak cam cendawan, cantikkk....boleh buka kedai bkery pasni kak...
Comelnyaaa..nk mkn pun sayang.. nape yana bt xcomel pun tapi sodap hikhikk :=)
cantik... macam pokok mushroom
isshh.. kak ita membuatkan aku tergoda untuk turun ke dapur..lagi dan lagi..
WoW!...Mapin yg gebu2....cantikkkk...
Mcm tula kita kan Ita...bila anak2 request nak bwk balik...seboleh mungkin kita mesti nak buat walaupun bdn tak berdaya...utk anak2 ibu sanggup buat pe je kan...letih digagah2kan jugak....Puas rasa hati bila permintaan anak2 dapat dipenuhi...kan....:)
comeynya muffin k Ita...
x terkata ;)
assalam akak, cute nye muffin tu, cam na nk buat jd cam mushroom gitu...comey
cantiknya muffin mesti sedap ug cookies dulu tu lg sedap anak sy mmg suka sgt yg tu
wahhh menariknya muffin akak tu...cam ner leh jadi selawa bentuk cendawan tu kak...menarik dan tertarik tul...memang tgn akak ni berseni masakx2 la..:)
camne nak dpt bentuk cam mushroom tu yer..ade teknik membakar ke..
kak ita ni mesti guna acuan dari ikea dengan papercupnya sekalikan..:) cantik hasilnya... geram je tgk rasa nak ngap.. untuk azrul ada mak rajin macam akak
Kedai Yummie tu senantiasa ramai.. akak suka pergi time hari kerja.. parking mmg susah dan sempit kena cari jauh sikit..
Salam kak ita cantiknyer kejadian muffin tu....baru tadi kat ofis member duk sebut-sebut teringin nak makan muffin coklat, boleh try nih...
salam ita...
rajinnyer lahaiii..... beruntunglah kawan2 si azrul tu yer.. hehehe.. takper.. murah rezeki ita sekeluarga bersedekah ngan budak2 tu kan....
ita.. lawonyer muffin tu... bak cendawan gitu.. ita boh dlm acuan apalah agaknya tu yer... cantik paperliner tu jd tinggi gitu... ada2 aje idea ita yg sgt kreatif ni.. akak tak dpt bygkan acuannya tu..
xpahit ke kak?
cantiknya...comel sgt...
Kak ita..klu koko tu digantikan dgn coklat powder blh x..?mohon reply..tq
Kak ita..klu serbuk koko tu di gantikan dgn serbuk coklat blh x..?mohon reply...
bestnyer...kak ita mcmna nak bg jd mcm cendawan ni...nak letak penuh ke adunan ni dlm cup...
Saya dah buat... sume org kate sedaap...
tak payah mix ke bahan B?
Post a Comment