Talam yang tak perlukan kukus.. sedap! weiii... - masam manis f

Breaking

Jul 12, 2011

Talam yang tak perlukan kukus.. sedap! weiii...

Pagi ni.. bumi JB disirami Sang Hujan.. setelah beberapa hari ditemani sang Mentari..

Assalamualaikum warahmatulAllah hiwabarakatuh..
Kepada semua warga kota dan juga warga desa, walau dimana sahaja anda berada...
Mulakan hari2 anda dengan senyuman... :)))

Kepada pengemar2 talam.. Jom kita tambahkan koleksi kuih talam kita dengan mencuba resepi kali ni. Talam yang sangat mudah penyediannya.. sangat ringkas... tak perlukan kukusan... apa yang penting talam ni memang sedap!


Tak tau kenapa sejak dua menjak ni ita rajin pulak ronda2 kat My Resepi. Dok intai2 resepi yang berkenan di hati. Intai punya intai terjumpalah resepi talam ni yang cara membuatnya cukup simple.. tak perlu kukus.. aiii... menarik ni.. nak jugak mencuba.. ni pun angin menalam macam dah nak ilang2 di bawa angin... malas betul nak keluarkan kukus yang baru di simpan... Bila komen yang di berikan juga rata2 memuji kesedapan talam ni.. waaa... angin nak mencuba bagai bertiup kencang..


Ada juga yg kata rasanya macam kuih tepung pelita.. waaaa.. tu kuih fav suami ita tu.. harus cuba! harus ku cuba! tu yang ita dok menalam semalam.. Tapi ita cuma buat 1/2 adunan memandangkan tepung Hoen Kwee dah tinggal 2 kotak.. memang tak cukup nak buat 1 adunan. Yang tinggal pun hanya pewarna hijau. Ala.. boleh je lah.. kita layan je le..

Bila dah siap dapatlah ita buat tuk buka posa. Baunya harum dan wangi.. adoiii... berseleranya nak merasa.. kalau kuih wangi2 ni tau!


Bismillahirahmannirrahim...... emmmm..... sedapnyaaaa.... sungguh!! tak tipu ni.. sedap lah weiii... terasa coklatnya tu.. dan rasa lemak2 santan dan harum tepung Hoen Kwee.. memang serasi nya... emmm... memang tak terkata sedapnya.. uiii... macam tak percaya resepi yg simple macam ni dapat menghasilkan kuih yang sedap!

Terima kasih lah banyak2 kat kak Fida yang menyumbangkan resepi talam yang sedap ni.. Dah lah sedap! buat pun mudah bahan pun simple... tak nak cuba ke weiiii... ???
Tapi sebelum buat tu nak bagi tau lah kat sini... kuih ni cara membuatnya macam kita buat puding.. dan bahan ni pula cepat benar mengeras.. oleh tu masa nak marblekan adunan tu jangan pulak nak berlengang - lengang kangkong... aiii... nangiss kang bila dia mengeras sebelum sempat di marbelkan...


TALAM MARBLE
By: Kak Fida

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
240 g tepung Hoen Kwee hijau
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko 
choc emulco - ita tambah

Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan.
Siap utk dipotong dan dihidangkan.
Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.

Untuk resepi ni ita hanya buat 1/2 adunan aje.. Ita gunakan hanya santan kotak. Ita guna 1 kotak santan 200 ml dan selebihnya ita campurkan dengan air untuk mencukupkan sukatan santan tu.

Lagi satu lupa nak bagi tau.. talam ni selepas dibahagikan kena masak dalam dua periuk yg berasingan secara serentak.. tak leh masak satu2 nanti dia dah keras pulak.. jadi.. kena lah jadi wonderwomen sekejap! kacau guna dua2 tangan.. hihi


Kepada adik-adik akak yang bertanya tadi bagaimana rupa tepung Hoen Kwee aaa... macam ni lah rupanya.. tengok tu.. siap ade harga lagi.. Boleh di beli di mana2 sahaja pasaraya.. kadang2 kat kedai runcit pun ada..

33 comments:

quinnie said...

salam...selamat pagi kak ita...cantik rupa kuih talamnya..macam puding....:)

cik cek said...

Adoi!ai...pepagi dah tayang kuih cecantik ni...bikin kita jelezzzzz je...apa taknya....tayang je....kot kirim2 kat kak cek ...dpt gak rasa...sedappppnya kuih talam ni....he he....:)

Gee® said...

aaarrgghhhh... mneleh air lior dah...

E-na Zarina said...

menarik ni...masuk list dulu...hihiii

Yatie said...

uwaaa cantik lerrrr... mmng mudahkan wat talam ni, takyah kukus2 segala.....sedap tu guna tpng hoen kwee je...lembut jek...arini tak pose, so bolehlah tenung lama2...ekekeke..

CT Delima said...

As'salam Ita

Kat KL hari ni pun sejuk, damai dan angin sepoi2 gitu sampai seram nak pijak lantai rumah macam ada ais jer..hihihi

Ita, ct tengok kejadian talam ni, macam buat puding pelangi gitu kan. Tak payah kukus dah satu keajiban. pastu cepat mengeras. boleh cuba ni, nampak lembut dan sedap. Cara melapis pun cantik jer. Masuk list dulu, bila nak buat tunggu angin rajin menalam sampai. esok lusa tak tahu lagi... hihihi

Wanieyra said...

salam kak ita...

ira ni belum pernah lagi buat kuih talam ni. Tapi beli selalulah.... kak ita nak tanya, sukatan santan tu dah betul ke tu? banyak juga ye?

ijayuji said...

Salam kak ita, sblm tu nak gelak jap baca komen kak yatie kat atas tu kata nak tenung lama2 sbb tak puasa wakakakaka..... MMG CANTEK!!!! hasil tgn akak ni mmg cantek sumenyer! pinjam tgn akak! nanti lepas raya kita pulangkan hihihi.... sedapnyerrrr!!! suke kuih talam, tp kita pun kena tenung jugak sbb tepung hoen kwee tu dah nak abis! lg sikit jer ada takat 4sb tu adalah! hihhi...

Wanieyra said...

Ira pun selalu guna santan kotak je. Malas nak beli kelapa parut sbb tak larat nak perah santan...hehehe. Tepung Hoen kwe tu akak guna yg warna putih je kek. yg hijau ni akak letak pewarna atau mmg akak guna tepung HK hijau? banyak tanya betul ira ni...

Ummi said...

Ita, bila tengok cara buat kuih talam ni teringat dulu2 akak duk kat Muadzam Shah, selalu belasah tepung hongkwee ni dgn santan, kacau2 jek atas dapur, tuang dlm loyang mmg best gilos, xda teringat pun nak marble2 camni..hehe...tp xda sukatan, ikut taram jek..dah lama x buat...ni letak perisa coklat, mst lg best eh..

Juwita Jamaludin said...

Wah cantik kak.. Ada kwn pernah buat kuih ni tp x tercuba plak.. Nak try gak la nanti sedapnya nampak kak

lina said...

SubanaALLAH cantik nya pastinya sedap...ita sgt menarik!

Mas said...

wahhh..memang menarik dan ku tertarik sangat dengan talam ni...
kene cari tepung hoen kwe dulu...
nak buat gak nanti......

tun_telani said...

Morning kak ita! jap jap.. nk tanya jugak nii.. hehe... perlu masak asing2 kan, nnti aft masak yg 1st, nk masak yg 2nd kaler tu, yg mula2 masak td dh keras. hehe. masak 2 periuk sekaligus ye? jenuh pulak nk mengacau periuk dua2 tangan.. hehe.. camner yg kak ita wat? ce citer.... ce citer...

Zana~Sweet Rose said...

salam...wah cantiknya talam marble nie...mmg sedapkan kalau guna tepung hoen kwe ni, zana pun penah cuba dulu..

OmbakSutera said...

salam..sedapnya!!! pagi2 lg kak ita ni dah menggoda puasa saya..huhu, nak bikin hari ni tepung xde..waaaa

Nurul said...

Salam, K Ita...
Cantiknya talam marble tuh... Akak ni kalau buat aper pun, semua mesti jadi cantik... ;)

Umm Mymoonah said...

Gorgeous pudding, looks lovely.

nOOrsha said...

huhuhuh..melelehhh... kak ita wat pape pun nampak sedap.. sebenarnye da lame tgk resepi ni kat myr.. tapi tak terlintas nak mencube.. tp ble tgk akak wat terus rase terguling2 nak menjamahnye..ahahaha....psstt.. kak, dah siap dah tag n award tu..tq ye :)

Roses_Leo09 aka Hanim said...

sodapnya kak ita ......

icaland pelangi indah said...

nmpk menyelerakan la kak ita. nak cuba juge la...semntra ada stok tepong hoen kwe ni. tp nak tnya sket la kak ita.. ish! malunye nak tnya.. kita ni baru blaja buat kuh. cam ner ekk..cara nak memarble tu? bukan buat lapis2kan.

fazian.batrisyia said...

Salam perkenalan. Sy ada juga dok intai2 blog akak ni...mmg menarik perhatian sy...mmg berbakat & kemas kerja akak ni...i follow!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Aduh Ita... meleleh tgk talam marble ita nih... tenung lama2 lah cam Yatie..hehehe suka ngan hasil kerja Ita yg cun & kemas ini :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita...
dah lama kita simpan resepi ni tau.. memang menarik sangat. tapi bila mengenangkan kena kacau dua2 bekas berasingan tu terus terbantut kejap nak membuat sebab takut tak mampur nak lakukan.. hehehe.. kena tunggu ada assistant baru boleh buat kuih ni.. dari bahan2 tu mmg boleh teka mesti sedap. kuih2 dari tpg honkwee mmg sedap2..

p/s: TAG dah disiapkan.. dipersilakan membacanya yer..

ibundo said...

Salam ita,
cantiknyer...
mudah pula caranya tu. Ni yang nak buat ni..

Anonymous said...

errr..kalau tak guna tepung tu tak boleh eh??

maaflah tanya sbb MDT makbudak baru nak belajar masak.. :D

mrs kayrul said...

cantik kuih tue...kak nak tanya..santan tue 200ml ke 2100 ml??..tengok kat bahan2 tue 2100ml

Hanim said...

leh try ni kebetulan ada tepung hoen kwee tu...menarik tertarik memang da booom la gmbrnya hehehe

Unknown said...

wahh menarik kuih talam akak ni...harus dicuba nanti..:)

masfird said...

kalo santan tue ganti kan dgn susu cair bole ker

Luvly Aliyn said...

Salam Ka Ita... Boleh ker kak Ita postkan cara2 nak buat..sebab tak fahmlah nak buat tang marble tu...masak asing2 pastu nak wat apa erk..huhuhu....tak tahu nie...

Unknown said...

kak ita, nk tanye cmne nak elak lapisan atas kuih yg dikukus tu jd lembik ye.. disebabkan air pd tutup pengukus tu ke yg jatuh ats adunan??

Azlina said...

mcm2 kegunaan tepung HK tu ek.. sy thu buat kuih tako jer

Post Top Ad

test