Selamat pagi semua... Sihat tak hari ni? pada yg tak sihat tu cepat2 makan ubat ye.. tapi lepas buka posa petang karang lah kan... tadi sahur dah makan ubat belum..?? jangan simpan penyakit tu lama2 tak baik utk tubuh badan...
Hari ni 17 Ramadhan, adalah hari yg paling penting bagi umat Islam di seluruh dunia. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya ianya berlaku secara berperingkat-peringkat dan menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Wallahualam.
Minggu ni adalah minggu mengemas rumah utk ita.. aduhhh.... lama dah tak tengok rumah ni.. aii.. dah banyak dah sawang.. spiderman pun... dah pandai dah buat buat sarang dalam rumah ye! ni yang mula dah terasa sakit pinggang ni.. adeh.. deh.. deh...!!! belum mengemas lagi tu.. baru dok kira berapa sarang spiderman ni buat.. ni mmg nak kena bukak silat gayung pulak lepas ni.. aduyaiii... masa2 macam ni lah baru dok terfikir.. adoiii... bestnya kalau ade maid.. " bik... tingkapnya jangan lupa di cuci.... lantainya mop ya, bik..!! kasi bersih.. aduh! bik... ni banyak sarang spidernya di sini bik... kok di biyarin spidernya bersarang dalam rumah... ni karpetnya ni.. kapan mau di cuci... " WWWWwaaaaa..... best kan dok arah2 orang.. hihi sekarang.. ya!!!!... saya yg jadi bibiknya... mana mau di bersihrin.... biar saya ngerjarin....waaaaa.... caaaaaa.....
Sebelum bibik cuci tingkap, yok kita cuci mata dulu dong pagi2 ni.. kita lihat dulu menu yg bibik masak tuk di makan bersama dgn nasi ketumbar yg bibik masukkan N3 semalam... yokkkk!!!
Haaaa... ini lah Daging Masak ala Kaprau waaaa... chaaaaa....!!! ramai yg dah buat resepi dari kak Jee ni dan ramai yg memuji kesedapan resepi yg cukup ringkas penyediannya ni.. ini termasuklah ita dan suami.. mmg sedap lauk ni.. sedap ratah gitu aje... aii.. mmg licin pingan makan lauk ni.. bertambah2 lah.. makan.. aduyaiiii... muat ke baju raya ni...??
Lauk ni makan dgn apa pun sedap! lagi2 kalau makan dgn nasi goreng kampung pasti terangkat!! mmg sedap! cubalah jangan segan2 mmg sedap! masaknya pun cepat.. bahan pun simple.. yg pasti.. kenyang.. betul tak??
Terima kasih buat kak Jee yg sudi berkongsi resepi yg sedap ni.. !! walaupun ita tak letak daun selasih lauk ni mmg tetap sedap ! ita minta izin tuk share kat sini ye kak Jee..
DAGING MASAK ALA KAPRAU
by: Kak Jee
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam
cili api diketuk2 - ikut kepedasan.
2 labu bawang besar - dibelah lapan dan dicerai2kan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
daun selasih- ita tak letak
Capsicum hijau - ita tambah
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8.
Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.
Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng.
Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan.
Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar dan capsicum
Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.
5 comments:
Salam kak! oh tidakkkkkkkkk... kalau kat emsia sure belum kemas lagi, biasanyer seminggu sebelm raya lap2 tingkap sume, pastu tukar langsir malam raya SELALU TIAP2 TAHUN mcm tu wakakaka.,.... tp seronok tau! Minggu depan nak kena order daging kalau tak ssh nak dpt :D mesti takde stok memanjang daging batang pinangnyer :D Selamat mengemas ya kak :D
kak ita... memang sedap kan daging tu... memang xleh nak pertikaikan, tapi tetibe je nak lihat keliling bilik ni...macam kena kemas je jugak... adoyai....
memang sedap daging ni..simple lak tu... pasti dibuat lagi dan lagi..
huhu akak buat sya lapar la....
daging ni kena dgn nasi ketumbar.
thanks for sharing...
Post a Comment