KUIH TAKO dan cara buat kota pandan - masam manis f

Breaking

Aug 5, 2011

KUIH TAKO dan cara buat kota pandan

Assalamualaikum....

Selamat petang semua...
Waaa... semua dah nak kedapur dah tu.. masak apalah hari ni.. dah terbau-bau dah kat dapur ita ni...

Masak sedap2 ye nanti jap lagi ita singah bawak tapin..  hihi boleh tapaw


Semalam ita buat kuihTako. Kuih tako ni pun adalah salah satu kuih yg popular kat Johor dan kalau bulan posa tu.. kalau kita jalan kat bazar Ramadhan tu mmg ramai orang yg jual kuih Tako ni. Buat kuih ni sangat senang dan rasanya pon sedap!

Kalau kat Kelantan terkenal dgn kuih Tepung Pelita kat Johor ni kuih ni lah yg popular. Kalau kenduri kendara pon nampak kuih ni mesti akan ade dlm senarai menu tuk tetamu. Begitu juga kalu buat open haouse.. mesti ade tak ketinggalan...


Kuih ni di buat menggunakan tepung Hoen Kwe. Tak payah nak kukus2. Masak aje atas dapur pas tu tuang aje dalam bekas2 comel tu.
Pada yang tak tau tepung Hoen Kwe tu tepung apa ? boleh tengok kat SINI

Yang istimewanya kuih ni di letakkan dalam bekas comel bentuk empat segi ni. Bekas tu pula di buat dari daun pandan.. tu lah yg menjadikan kuih ni sangat unik dan istimewa.  Kalau nak buh dalam gelas pon ok jugak tapi macam ilang lah pulak keseniannya tu kan... Pandai aje orang2 ni mereka2 kuih... bijak-bijak... memang bijak!


Kuih ni ade inti kat dalam dia. Diletakkan sengkuang Cina untuk menambahkan rasa kesedapan kuih ni.. kalau kita makan tu bila tergigit sengkuang tu.. uii.. sedapnya.. best kan..!! Tapi kalau susah nak dapatkan sengkuang Cina boleh gantikan dgn buah Pear. Cari yg agak keras sikit supaya, bila kita tergigit tu dia rangup.

Macam mana nak buat kota-kotak tu?? Ok nanti ita tunjukkan macam mana nak buat kotak dia tu.. senang aje.. jomkita lihat dulu bahan2an yg kita perlukan tuk buat kotak yg comel-comel ni..


Inilah antara bahan-bahan yg kita perlukan.
12 helai daun pandan, pilih yg lebar2 sikit. Daun pandan tu kita cuci bersih dan keringkan.
Gunting, pembaris , lidi untuk menanda dan stapler.
1 helai daun pandan tu di gunakan tuk membuat satu kotak. jadi kalau kita nak buat banyak banyak lah daun pandan yg kita perlukan.


Mula2 kita ukur dulu daun pandan tu. Kita perlukan 10 inci panjang. Ukur dari bahagian ujung tapi, yang lebar. Jangan ambil dari pangkal kerana bahagian pangkal agak keras.
Potong Daun pandan tu sepanjang 10 inci.
Tandakan pada setiap 2 inci. Gunakan lidi untuk menanda.
Kemudian kita lipat pada setiap 2 inci tadi macam dalam gambar 3


Pas tu buka lipatan tu. Dan kita dah dapat garisan untuk menanda.
Potong setiap garisan lipatan tapi 1/2 daun aje, iaitu sampai ke urat tengah dia.
Pada bahagian yang hujung pula potong dan buangkan 1/2 daripada petak tersebut.
Lihat gambar 6 dan 7.


Kemudian lipat ia untuk membentuk kotak.
Tapak dia pula di selang selikan macam kita buat tikar.
Hujung yg lebih tu di lipat dan di staplerkan.
haaaa... dah siap! mudah je kan....

Sekarang kita buat pula Kuihnya.
Adunan kuih ni dapat dalam anggaran 12- 13 kotak pandan tadi.


KUIH TAKO

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau 
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas 
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

29 comments:

nonierahman said...

sedapnya...bestla siap ada cara-cara nak buat kotak pandan tue lg..nyummm...

Nazrah said...

kuih ni memang kuih yg paling laris masa bulan Posa ni...tapi susah nak jumpa yang sedap...mintak akaknyer la..boleh...

Yatie said...

ini kuih kegemaran Yatie tau Ita...lama dah nak buat tapi tak terbuat sbb daun pandan kecik2...eloklah Ita tunjukkan cara2 wat kotaknya sekali...biasa yatie wat guna tpng jagung, leh cuba yg Ita punyalah guna tpng hoen kwee...waduh dah terliur ni...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

berseri2 siap ada cerry, baguslah idea kak Ita, gantikan sengkuang cina ngan buah pear, rasanya lagi mudah mcm tu...

Kak Wan said...

Bestnya kak ita....siap ajar cara wat kotak lg.....

hazila said...

Kena cari daun pandan yg lebar sikit tapi susah juga nak jumpa. Paling senang isi dalam gelas kecil tu...

Farizah Shamsudin said...

heee.. dah lama saya teringin main kraftangan kotak ni... thanx kak ita!

sabar dubai said...

wahh kak itaa bestnyee.....feveret kite ni..tp kt japan ni xdak daun pandan yg segar...semua yg frozen2 aje..huhuh

AnakPakZohar said...

wahhh.. saya pun pernah buat.. tapi dah lama tak buat dah.. huhuhuhu... memula buat dulu tak geti.. asyik salah je buat kotak nye.. huhu

ucubakery said...

dah 4 hari berturut2 ucu beli kuih tako ni (faveret)..tengok ita buat mcm senang jer..esok cuti nk try buatlah..tq ita..
comel kuih tako ita..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang sedap kuih tako ni.. tp nak membuatnya tu agak bercinta sebab malas nak buat kotak tu.. heheeh.. rasanya dah byk kali jugak belajar wt kotak masa mula2 dulu tengok kat fotopages maklang azie.. ni ita plak tunjukkan.. entah bila la nak buat ni.. hehee.. sengkuang cina selalu gak beli.. tp wat mkn gitu jer.. mmg suka mkn sengkuang cina.. rangup2 manis2 buah gitu.. hehe..

Hanim said...

Kuih Kegeraman gak ni tp sbb somi n anak xmkn tu yg mls ckit nak buat. Arini tringin la plak, kebetulan tpung tu ade Dan daun pan dan pong ade....nak try buat la, nak beli sengkuang tu dulu. Saya amok recpnya ye kak, TQ :)

Ummi said...

Itaaaaaaaa...watkan akak kotak2 pandan tuh...akak x reti...x seni..hehee, nnt lah nak buat jugak..kena cari daun pandan yg lebar2 dulu....1 helai pandan cukup utk 1 kotak daun la yea...nak wat 15 kena cari 15 helai la kan..hehee..

Mas said...

berbunyi dongdang sayang perut mas tengok kuih tako kak ita tu.....
sedapppppnya....
maceh kak tunjukkan cara membuat bekas pandan comei tu....
baru mas tahu cara membuatnya....

Nurul Azwa said...

rajinnnnnye kak ita buat bekas comel2 gitu..siap pakai pembaris lg.kelassss lah akak :)

Farah Shamsudin said...

sedappnyaa!!!rajin betul buat bekas tu kak..

DG said...

Manisnya, sudah lama ngga makan, jadi kepengen nih :)

cik cek said...

Ita...tq tq share resepi dan tutorial ngajo buat kotak tu..memang kak cek dapat ilmu petang ni...sebelum ni tak tau buat...memang berseni...boleh ke kak cek nak buat kotak2 comel tu ek....kalau kat tgn Ita...confirm cantik nya...:)

ijayuji said...

Salam kak ita! tgk akak buat daun pandan tu terasa nak main2 jugak dgn daun pandan, kat sini byk jual kuih nii tp tak pernah beli takut tepung yg dia guna tu pulak satu hal.. Tgk air kathira kat bwh tuuu, td sebelum mak kita hantar brg2 dr mesia ke sini kita pesan brg2 buat air katira nii hihihi tak sabo nak buat!

quinnie said...

salam kakita...sedapnya rupa kuih akak ni..terima kasih sebab tunjukkan cara nak buat bekas dia tu...sebab memang tak pandai..kekkeke...saya nye resepi kuih tako ni buat peram jek...tak pernah cuba lagi....ngeeee

Juwita Jamaludin said...

salam kak ita.. terima kasih ajar buat kotak tu... cantik tako akak.. sedapnya kalau dapat makan satu..:)

Mama Feti said...

Tabik spring untuk kak ita! ni yang best ni siap ada step by step buat kotak daun pandan tu. Thanx ye kak..nanti leh try.

:: eiDza miRa :: said...

nape kite buat x jadi...wuuuu...
25gram = 1 sudu teh ke?

Nur said...

pernah dengar tepung sengkuang x?? klu ye, dimane sy boleh beli ye sbb dh cri dr kedai runcit sampai kedai jamu x jumpe pun...harap dpt mambantu...

cekgu_huda said...

Eee bestnya kak. Senang je buatnya. Ingatkan susah ngat. Hubby suka makan kuih ni. Boleh la saya cuba buat nanti. Thanks for sharing.

Khairani said...

Salam kak ita, Saya minta izin link kan recipe dan masakan akak di blog saya, kalau akak tak izinkan bagitaw ya, nanti saya remove. Thanks!

Kate,
http://fortytreesfarm.blogspot.my/2015/10/daun-pandan-pandan-leaves.html

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita, nak tanya. Kalau kuih tako ni, tepung hoen kwe tu nak jadikan hijau boleh tak ambil tepung hoen kwe putih letak pewarna hijau?
Sebab dah terbeli yang putih. Hijau terlupa nak beli. :(

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam, boleh amirah atiqah

norsadira said...

baru lepas makan semalam beli je..memag sedap kuih ni nk try la
jemput singgah blog saya ea :http://dirawanhartawan.blogspot.my/

Post Top Ad

test