Assalamualaikum....
Aiik!! ita dah raya ke??? jangan ade yg terkezuttt pulak tengok puding ketupat ni.. haha saje je buat dalam acuan ketupat kecil2 tu...
Inilah dessert yg ita buat untuk berbuka posa semalam. Setiap kali bulan ramadhan ita mmg akan buat puding kastard berkuah ni.. sebab ita mmg suka sangat! Suami suka dan anak2 pon suka!
Puding Kastard ni ita buat atas permintaan adik ita kat FB. Minta tolong tunjukkan cara tuk buat puding ni. Akak buat puding ni simple je dik... tak banyak kerenah sangat puding ni.. rasa pon sedap! Biasa kalau Hari Raya, puding kastard ni mmg menjadi satu kewajipan untuk ita sedikan sebagai hidangan kerana keluarga ita suka.. lebih2 lagi mak dan bapa ita! kalau ita tengok bapa ita makan puding ni pasti bertambah2 suka betul dia...
Kali ni ita buat versi lebaran... Sangat sesuai kalau kita nak buat untuk Open House. Pasti teruja tetamu yg datang berkunjung. Jom lah intai2 resepi puding berkuah yg simple dari ita ni.
PUDING KASTARD BERKUAH
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
beberapa biji ceri merah utk hiasan
1 sudu kecil perasa vanila
Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.
* Untuk larutkan agar2 tu, ita masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur.
Untuk versi ketupat ni ita gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yg berwarna kuning. hati2 kerana puding ni panas.
KUAH KASTARD
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan
Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
24 comments:
adoyai Ita, comel dan menggoda... sedapnyaaaa....
Sedapnyer pepagi nih nengok pencuci mulut ni. terasa sejuk tekak kalau cuaca panas kan? hehehe cumil2 ketupat tu tp sayangnya kalau saya buat org dalam rumah ni xmakan...terbantut kerajinan nak buat. pepon best nengok semua mskan kat blog akak ni, menyelerakan :)
cantik....mcm2 bentuk...rajinnya k.ita nie....:)
menarik idea kak Ita, i likeeeeeeeeee!
haii... orang yg rajin jer akan buat ketupat gitu ita.. kalau akak.. main lambak jer terus... entah2 guna acuan dabak terus.. heheheeh... kira nak cepat jer akak ni kan.. mmg sedap puding kastard lawan ngan sos & buah2an tu.. menyelerakan!
cantiknya kak ita ketupat tu...comel...saya ni kalau buat puding sememeh je rupanya...hehhehe...akak buat elok je cantik licin....:)
cantikkkkk....
menawan la puding tu kak ita.....
Cantiiikkk, menariiiikk, mmg d'bomb la puding Ita tuh...sama mcm tuan dia...berseni... ^__^
rajinnye kak ita ni..buat comel2.. mesti berselera sgt2 dalili mkn...
best!! nk try! thanx, sis!
ni feveret miraaaa!!! =)
alahai .........
kiutnya ketupat tu kak ita
nak try cara kak ita ni pulak lah.. saya pun sukeee sangat puding ni. leh makan banyak kali round..hehe
uwaaa dah citer raya ni.....teruja plk di buatnya...biasanya anak2lah yg paling seronokkan...puding ni sedapkan..yatie mmng antu puding mcm ni..hehehe..nak wat gaklah..
kak ita...xtahan la tgk kastars bentuk mini ketupat tuh....mmg besh la kn...chumel jek..kak mane nk cari acuan cenggitu...pastu ade x tips nk bg senang kua puding dr acuan.....sadis la saye buat ssh nk kua kn...
adoyai kak...tergoda atie di buat nye....boleh la nak try buat pasni
errmmm...menyelerakan betul tengok dessert kak ita. Sejuk ank tekak bila dimakan sejuk2...memang syok kan..ahaks
Salam Ramadhan K Ita...
alahai, comey sangat puding kastard akak tu... betul2 menambat selera... :)
salam ita - dah la cantik bertambah2 sedap la makannya :)
aslmkum ita.. msk ape hr ni.. suke akk dtg dapur ita ni.. hari2 mengendap..
kak ita cantik .. comel2 acuan2 akak ada.. geram je tgk
Assallamualaikum kak ITa..
Tomeinya ketupat diaaaa.. Naz pun selalu buat puding kastad berkuah ni.. Mmg best.. Mana akak dapat acuan ketupat tecik2 tu.. Cantik arr..
akak ita....
cantiiiiiknyaaa puding tu akak.... sungguh menarik!!sukaaaanya tgk..
sedapnya .. nak sikit boleh ?? :)
Post a Comment