BEGEDIL DAGING - masam manis f

Breaking

Sep 17, 2011

BEGEDIL DAGING

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Hari2 cuti ni mesti ramai yg masih dok guling2 atas katil.. nama pun cutikan ini lah masanya nak melepaskan lelah. Tapi bagi surirumah macam ita ni mana lah ade cuti kan. Hari2 pun kerja dan kerja dari celik mata sampailah tutup mata. Kadang2 terasa juga penatnya.. tapi kata orang tu dah tugas dan tanggungjawab, haruslah dipikul juga dgn sebaik-baiknya..


Ade lagi ke nak pergi open hause hari ni??  Ade juga yg mengambil kesempatan cuti panjang tuk mendirikan mahligai bahagia.. Kepada yg mendirikan rumahtangga Selamat Pengantin Baru ita ucapkan semogga kekal bahagia hingga ke anak cucu.  Ramai juga yg menyambut ulang tahun hari ni.. Selamat Hari lahir kepada yg menyambut B'day hari ni dan Selamat Ulang Tahun Perkhawinan kepada yg meraikannya hari ni..

Semalam ita dah buat soto. Hari ni ita nak sharekan resepi tuk buat begedilnya. Soto mmg sedap makan kalau ade begedil. Resepi yg ita nak kongsikan ni pun tak kurang juga sedapnya. Resepi sekali lagi ita intai dari dapur Mas. Masa mas buat soto hari tu nampaklah mas buat begedil. Ita kecek lah sekali resepi begedil tu.. aduyaii.. terima kasih mas kerana sudi sharekan resepi begedil tu. Biasa ita kalau buat begedil selalu guna resepi dari kakak ipar. Kali ni nak cuba resepi yg mas titipkan ni pula..


Resepi asal dari My Resepi. Resepi dari Diana. Terima kasih juga pada Diana yg sudi berkongsi resepi begedil yg sedap ni. Tapi ade ita tambah sana sikit sini sikit ikut keserasian anak tekak ita ni. Dagingnya pula ita gunakan daging buger. Ita mmg suka buat begedil ni guna daging buger sebab daging buger ni dia dah letak rempah ratusnya yg buatkan begedil ni lagi kaw! eceh.. eceh..

BEGEDIL DAGING
by : Diana


Resepi untuk 30 biji
1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 gram daging cincang - ita guna daging buger
2 biji telur, asingkan kuning dan putih - ita guna 1 biji kuning telur
3/4 cawan bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa 
1 biji cili merah - di cincang halus - ita tambah


Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.


13 comments:

Mas said...

kak ita..
sedappkan kak bergedil ni..
ain ngan daniel ratah gitu jerk tau kak..he3
wahh..cantikk la bergedil kak ita tu..
menyelerakan....

dZana said...

pagi2 dah jengok dpur ita.. huishh.. sedapnya .. ank2 akk pun suke intai dpur ita jugak..

icaland pelangi indah said...

sedappppppnyeeeeeeeeeee!!!

izahdaut said...

saya pun pernah makan begedil yg guna daging beger. memang best sangat. tapi begedil yg saya makan kat rumah mas hari tu apa kurang nyer. memang best..terbaikk

W a n a Eiskay said...

Sedapp! Ini makanan favourite Wana. Tapi wana suka yang ayam punya :D

azizi said...

nyum nyum.. harap2 ada freebies begedil kat blog ni.. haha ... :Q

Kasturi Nusi said...

sodap........kitaorang dekat Tawau,Sabah selalu makan begedil ni ngan soto atau sup....nyaman......cuba la tentu tak renti makan

Unknown said...

Wahh.. Sedapnyeee... Fancy jer nampak bila letak cili merah tu..huhu..tq..nk try buat lah..hihi..

Unknown said...

Wahhh sedapnyeee... Nmpak fancy jer bila letak cili merah tu..tq ita..nk try buat lahh..hihi..

Unknown said...

next resepi kak ita akan dicuba. hihi

Coffee said...

😍

nuqudnabawi.com said...

Memang sedap sangat begedil ni, resepi terbaik. Highly recommend! ^^, terima kasih kak azlita. Tabarakallahu fik

myself said...

terbaik. mohon share

Post Top Ad

test