Aduyaiiiii.... berakhir sudah sumpahan.... Lega rasanya... Alhamdulillah akhirnya menjadi juga.. syukur...
Penangan kek karemel ni mmg hebat kan.. hari2 ita tengok orang dok tayang kek ni dari mula ita berkecimpung dalam dunia FB, ita dah nampak akan tsunamai yg melanda kat ruangan kongsi resepi.. Hari2 kek ni berposing dan memang meruntum kalbu betull...
Sebenarnya sebelum ita berkecimpung dalam dunia khayalan alam maya ni.. ita dah pernah merasa kek karemel ni.. Masa tu ita balik Kelantan. Pas tu adik ipar ita ade beli kek ni dari seorang kawan dia yg mmg jual kek ni di Kota Bahru.. Bukan di Kota Bahru aje tau! kek dia juga telah di eksport.. amboiii!! eksport lagi.. tapi ke KL lah dan beberapa negeri lain dalam Malaysia ni..
Bila ita rasa aje kek ni... emmmmmm... walla.. sedapnya!! memang mengasyikan betullah rasanya.. dan ita boleh katakan kalau durian tu raja segala buah dan semestinya kek karemel ni raja segala kek.. Suami ita cukup suka akan kesedapan dan keenakan rasa kek ni.. dgn karamelnya lagi dan tekstur kek yang sangat gebu..
Tau tak ita tanpa segan silu telah order 5 bijik kek ni dari kawan adik ipar ita tu.. amboii.. tamak betulll... bila adik ipar ita tanya nak buat apa banyak2 hihi jawapan cover line... nak bagi kawan dan jiran2 hahaha tau tak pe... bila sampai rumah ita dgn suami yg melantak bagi perabis.. sayang oiii... nak bagi orang sebab sedap! adoiii... buruk betul perangai... >^<
Pas tu bila dah habis siap order lagi ni.. dan kawan adik ipar ita tu siap kirimkan dgn bas express.. uii... naik bas lagi kek karemel ni tau! pagi2 ita dah dok tercanguk depan bas stesen tunggu kek sampai.. Bila sampai mmg tak sabar2 nak makan... pekara ni berlanjutan... hinggggggaaaa... toing! toing! toing! tercabut skru dan jarum timbang... uuuuuuuwwwwwaaaaaa.... makkkkkk tolong!!! aduiiii!!! berapa banyak kilo sudah naik!!! warghhhhhh..... errrrrr..... gerammmm!!!!
Sejak hari tu... ita bersumpah tak mau makan kek ni.. tak nak sentuh pon!! dan ita mula lah berdiet.. pekara yg paling tak suka buat.. makan tahun... baru ita dapat balik berat badan ita.. itu pun jangan tak caya 2 tahun ita tak sentuh nasi.... waaaa.... sedihh... :(
Bila ita nampak kawan2 dok buat kek karemel ni hati meruntun2 nak menjamahnya.. dan tak sabar nak mencuba.. tapi bak kata perpatah kerana mulut badan binasa.. itu lah yg terjadi... aduyaiiii... sudah 7 kali ita cuba buat tapi semua tak menjadi.. mmg frust sangat..!! sampai ita rasa cukup takut nak buat kek yang satu ni..
Semalam ita cuba memberanikan diri tuk mencuba semula kek ni.. dengan ucapan kalimah Bismillah yg tak putus dari bibir ita memulakan projek tuk buat kek karamel ni... Waaaaaa.... akhirnya.... berjaya juga!! apakan sumpahan ita sudah berakhir....????? sudah tujuh bijik buat dan akhirnya... berakhir sudah tujuh sumpahan... eh! macam mahsuri pulak! eceh.. eceh.. perasannnnn... :p
Jutaan terima kasih ita yang tak terhingga buat rakan2 Fb
Zuriani Alias
Sasha Rahmat
Zuriana Abd Latip
Puteri Manja
yang tak putus membantu memberikan penerangan bagaimana tuk buat kek karemel ni.. Sampai buatkan step by step dan ade yg sampai buat video tuk tunjukkan bagaimana nak menghasilkan kek yg menjadi pujaan ramai ni.. aduyiiii... jasa kalian semua hanya Allah juga yg dapat membalasnya... terima kasih sekali lagi dan ita mmg sayang kalian semua muahhhh!!
Hari ni ita nak tunjukkan step by step tuk buat kek ni.. ini semua adelah hasil dari cara2 yg telah di ajarkan oleh rakan2 ita yg kat atas tu dan ade beberapa orang lagi yg ita dah tak jumpa cari link dorang tu.. eiii.. sabor je lah kan..... Kali ni ita nak simpan kat sini supaya ita ingat cara2 nya dan tak buat silap lagi nanti.. hihi ini juga tuk anak ita Dalili manalah tau kan kalau mak dia dah tak de nanti boleh lah Dalili rujuk kat sini kalau ayah minta buatkan kek ni..
Kepada rakan yg tak cuba lagi meh le cuba kek ni! resepi ni mmg sedap! Sebelum terlupa jutaan terima kasih yang tak terhingga dari ita buat kak Munirah Baharum yang sudi sharekan resepi kek yg marvelous ni.. dan terima kasih kerana sudi melayan banyak songel ita dulu masa ita buat asyik tak jadi aje.. tu... hihi.. sekarang dah jadik dah kak...!! bravooo!! suka sangat!! tapi takut woooo... takut bam bam balik.. tulah bila makan ni mmg tah hingat.. hingat..
KEK KAREMEL
by : Munirah Baharum
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunanTuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.
210 comments:
1 – 200 of 210 Newer› Newest»terima kasih kak ita utk penerangan yg sgt detail..
cuma nak tahu.. betul ke akak masa dgn api bawah ja. langsung tak guna api atas?
ye Fazlinil akak bakar guna api bawah sahaja selama 1 jam
akak pernah guna api atas dan bawah sebelum ni tapi kek akak tak jadi gebu.. kali ni mmg benar2 gebu dan memang puas hati sangat!
cuma lapisan karemel lain kali kena tambah 2 kali ganda supaya lebih cantik..
terima kasih kak.
betul juga. saya guna api atas bawah bila sesekali tak jd, potong nampak padat.
tp tu pun habis org makan.
nampak gaya esok kena beli telur sepapan lg. :)
nak cuba ikut kaedah akak.
salam auntie, camne auntie letak lapisan karamel tu pada kek tu pulak ye ?
Excellent and well presented. Thanks Ita, bimbingan yang mantap. Cukup manafaat saya pasti akan cuba. Baru aje cuba Apam Belang Ita tapi tak secantik Ita buat.
Salam Kak Azlita,I am your hard core fan,follower and never missed even a post of yours...but I'm so shamed that I never left a comment before and I'm trying to leave one from now on ;)
Kak looks so young and beautiful...not only that even post kak was so impressible and made me drooling each time...Loves the creativeness of kak and the clicks was irresistible.
Longing to try most of the recipes and thanks a bunch for sharing with us:)
Love,
Kavi @ My Cookingdom
http://kavisaromaticworld.blogspot.com/
selamat pagi..
memang menjadi...
tektur nampak tersusun....
tahniah......
pengorbanan kakak azlita berbaloi2
dan tahniah syer mcmana nak buat yang
sedap....
Kak itaaa.. Wah wahh.. Sangat cantikk. N tahniah sebab sumpahan dh brakhir. Hehee.. Kek ni ada kenangan buat saya, sebab kek ni juga saya dpt mnang ga dari kak rima. Hehehe.. Mmg sedap kek ni
kena sumpahan yer kak ita?hehe..tahniah sbb hasilkn kek yg cun melecun..! suka kek keju di bawahnya tu..gandingkan dgn karamel..yummy!
aarrgghhhh...!!! cantek nyaaa.....
Salam ita .cantiknya kek.Ita org klantan ke??? Akak pun
maceh kak ita atas perkongsian bersama tentang cara membuat dan tips kek karamel ni...
mas pun buat kali ke-3 baru menjadi kek karamel mas tu..
tapi tak secantik kek karamel kak ita...
tahniah kak..
akhirnya.... cantikkkkk sangat kek karamel akak ni...
usaha tangga kejayaan kan....
salam ,
apa kesannya kalau menggunakan api atas dan bawah? Saya nak mencuba.,,
Salam..
Ya ammpunzzz....nampak enak banget. Terima kasih kak share step by step dan citer sgala...teruja nak cuba...duhhh...dah leleh air liur ni bila akak cakap kek ni raja sgala kek..
Ya Allah..cantekkknye kek akak...terima kasih juga atas setiap inci penerangan setiap kali entry akak...bagus utk yang x hebat di dapur mcm kite...heehee...ilmu yang baik...tq kak
uits... takotnye. kek ni ada sumpahan la pulak. hehehe..
ica tak pnh rasa lg kek ni. tp..semua org ckp sedap. mmg kena cuba la. dah ada step by step ni...lg bersemangat nak cuba. resepi masuk list! :)
tahniah ye kak ita.. sbb dah telepas dr sumpahan. hihihii..
kak ita cantik kek ni.. hnya nak tanya akak guna loyang yang boleh dibuka dibawah atau macam dalam gambar cara2 akak tu yang tidak boleh terbuka dibawah .. soalannya macam mana akak keluarkan kek supaya lapisan karamel tu tak terjejas atau tak elok.. ada tip tak?
oh, dah tahu dah mcm mana. ter 'missed' pulak satu baris ayat :)
Assalamualaikum Ita
Rindunya kat ita dan nak mengomen kat sini..hihihi. ct ni tgh mood malas nak update blog, macam sakan betul raya kannn...hahaha.
Ita ct mcm teringin nak mencubalah kek karemal ni, tapi kena beranikan menyahut cabaran macam ita ni. belum cuba belum tahu kan...hihihi
kek yg ita buat ni nampak halus dan cantik, terasa sedap pulak kalau masuk mulut ni bila melihat kejadiannya :)
salam kak ita...
cream caramel tanpa kek tu kena bake dulu ke x payah sebelum tuang adunan kek tu...?
kalau xpayah bake before tuang adunan kek, x bercampur ke atau meresap ke dlm adunan kek tu atau cream caramel tu ketepi loyang bila adunan kek di tuang sebab adunan cream caramel tu liquid kan while adunan kek thick dari cream caramel..?
ke bila da masak nanti cream caramel tu memang akan terpisah ke bawah kek..?
sorry kak banyak tanya...saya confused...hehe
thank you kak...
Salam Kak Ita...
Sy dah cuba buat petang tadi..mcm jadi..tapi tak pasti sebab tak pernah makan kek ni seberrum ni...Kak ita..kek tu gebu yg macam mana ekkk...adakah segebu Red velvet? or camno...
Tang karamel tu...ma-be-les..sy rasa jadi..(perasan kejap)hehe..tang kek tu..nak konherm sepatutnya gebu macam mana? Kak ita tolongggg...tolonggg jawab soklan sy ekk..tq..muaahhhh!
terimakasih seribu coz share wesepi & sgala tip yg sgt usefull.. lap u aa kak Ita..
cantiknyer.. pasti sesedap rupa.
thanks for the step by step instructions. Kena cuba ni.
akakk... thanks.. ini la resepi yang saya cari-cari selama ni.. tak sangka ada di sini! hari2 bukak blog akak. sehari tak bukak rasa x boleh wat keje.. hehe.. thanks sbb share mcm2 resepi dgn kami..
ini blog saya ya kak..
http://chantekdress.blogspot.com/
rajin2 jenguk la yee.. :)
Salam K Ita...
Mmg betul2 cantik n nampak sedapppplah kek K Ita buat... Bilalah nurul nak buat jgk ni... dah siap ader step by step tu... thanks K Ita sbb share... :) jamu mata dulu kat cni...
alahai sedapnya....
Ita, i have started to follow your blog for the past 3 weeks... love your blog... sangat kemas, senang nak baca & tidak berserabut... and you are so generous in sharing the recipes. :)
kalau i buat selalu, mau kena bebel dgn suami :P errr... nak order jer leh tak? :P
i hope you don't mind i put your link in my blog :)
ein
www.ngobrolwae.blogspot.com
sama fazlinil.. betul tu dulu bila akak bakar guna api atas bawah dia mampat dan padat
ada kalanya kek turun leper bila dah masak..
waaa.. abis lah ayam lari...
wasalam Shairah...
1. ok mula2 kita buat gula hangus dulu
2. lepas tu buat karemel
3. pas tu tapis karamel tu dlm loyang yg ade gula tadi.
4. pas tu kita masukkan pula adunan kek
5. pas tu baru bakar
faham tak?? kalau tak faham nanti boleh tanya balik mana yg tak faham..
mmg kena cuba juga buat sebab kek ni sedap!
terima kasih paty's
tak cantik tak pe! janji sedap..
bila selalu buat akan bertambah cantik nanti! :D
Itaaaaaaaaaaaa...weeeeyyy cantik ya amattt kejadiannyaa...huhu...duk termenung akak tengok...nak gak la try nnt..harap2 kegebuan kek tu sudi menyebelahi akak sepenuhnya...hehehe
salam kak ita, kalau merinque tu tak letak cream of tartar, apakah hasilnya?....
Thanks Kavis for dropping by. I am also yr frequent visitor. Love yr writtings and can't wait for yr future N3
Terima kasih Citarasa Rinduan
waaa... dapat menang GA lagi ye!
alhamdulillah.. mmg kek ni betul2 hebat izah!
Tu lah... sendiri sumpah kan dah.. jadi sumpah sumpit pulak.. hihi
terima kasih hasue
Terima kasih Gee
wasalam Pn. Ros,
ita orang JB suami ita org Kelantan. orang Kota Bahru..
btw terima kasih
terima kasih mas..
tulah mas.. kalau kita takj tahu cara yg betul payah juga nak hasilkan kek yg gebu!
sebab kek ni akak dah pernah makan jadi bila buat tu hasil tak sama macam yg akak dah pernah makan .. akak rasa kek tu belum cukup sempurna kejadiannya..
kali ni mmg puas hati sangat bila dah dapat cara yg betul
terima kasih mas
wasalam... lalalovy
akak dah berapa kali buat guna api atas bawah..
Tekstur kek sedikit mampat.. kek tak gebu!
kadang kala kek akak mendap bila dah keluar dari oven.
ade kala permukaan kek merekah dan hangus tapi dalam belum cukup sempurna masaknya..
ini bedasarkan pengalaman akak buat kek keremel ni.. kalau kek lain biasa tak bermasalah sangat kalau guna api atas bawah
wasalam... mmg enak bangetttt!! Ca
Kerna cuba ca.. pasti nak lgi dan lagi dan lagi.. :D
sama-sama ummi..
sama berkongsi ilmu dan pengalaman.. mungkin ianya dapat membantu rakan2 lain yg ingin mencuba!
terima kasih juga dari akak
hihi... nakal juga ye ica ni...
hihi tulah akak dah jadi sumpah sumpit hihi...
kena cuba ica mmg sedap kek ni..
Juwita loyang yg buka bawah tu tak boleh guna tuk buat kek ni sebab nanti caremelnya keluar.. sebab karemel tu kan cair. Kena guna loyang biasa
loyang yg berpatri atau bersambung pula kena bungkus loyang dgn aluminium foil supaya air tak masuk bila kita bakar sebab kita bakar guna kaedah steam bath
lepas bakar akak biarkan kek dalam oven dgn pintu oven terbuka sikit tapi pastikan suiz oven dah tutup
tunggu kek sejuk. nanti kek ni dia akan renggang sendiri dari loyang
bila dah renggang tu ambil pinggan yg kita nak letak kek ni tutup mulut loyang dgn pinggan dan terbalikkan kek hati2 jangan sampai karemel tumpah dan kena dekat kek. pas tu biar kek turun sendiri. nanti bila kita angkat loyang kek tu dah tanggal sendiri.
kalau ade lebihan air gula cepat2 lap dgn tisu supaya dia tak meleleh dekat kek.
Naziha :D
waalaikumussalam CT
ita pun rindu kat CT.. ingat CT singah rumah raya tu.. tapi dah agak kalau dah balik kpg manalah sempat.. pasti banyak rumah sedara mara yg nak diziarahi.. mesti terkejar2 kan..? tak pe insyaallah satu hari pasti kita bersua..
kek ni mmg kena cuba CT.. mmg sedap!
boleh kurangkan gula kalau tak suka manis..
kalau ikut cara2nya yg betul senang aje buat dia.. CT
insyaallah Ct kalau buat mesti jadi punya!
wasalam miratika
karemel tu tak payah bake.. kita akan bake dia sekali dengan adunan kek
Adunan karemel dan kek tak akan bercampur. Adunan kek tu akan terapung atas karemel.. jangan takut!
ye ! karemel dan kek akan ade pada lapisan yg berlainan
wasalam CA
maaf lambat reply
ok kek tu gebu dia macam kek chiffon sikit tapi kek chiffon tu dia macam sponge sikit tapi kek ni lembut dan macam lembab2 sikit
pas tu kek chiffon bila kita makan dia macam kering dan kadang kala macam sangkut kat tekak ni.. tapi yg ni tak sebab dia lembab sikit dan lembut, tu yg licin aje bila lalu kat anak tekak ni.. hihi
dia lagi lembut dari kek red velvet
sama CA
yup! ibundo mmg kena cuba!
pasti tak puas makan sebab banyak syookk!! hihi
sama2 ibu.. :D
chantekdress... sama-sama kasih :D
terima kasih juga dari akak sebab sudi intai2 akak kat dapur buruk akak ni..
insyaallah akak singah...
pasti singah!
wasalam nurul...
sama2 nurul..
nanti cuba ye! sedap kek ni dan akak mmg cadangkan supaya buat.. nanti dah buat asyik nak buat aje.. sebab tak puas makan..
terima kasih Ein...
hihi.. :P
boleh...ein.. nanti ita share link ein juga boleh ye??
amboiiii... kak ummi..
akak kalau buat mesti lagi gebu gebas kak... insyaallah pasti boleh!
cayok! cayok! kak Ummi.. :D
kak ita geram kek oreo tu.. eiii... macam nak godek2 sekarang aje..
wasalam... me
boleh juga me tapi pukul lama2 lagi sampai dia betul2 kaku dan kalu terbalikkan loyang tu mmg tak tumpah adunan putih telur tu..
salam kak ita. ..lambatnya wani bagi komen ..sejak semlm lagi tengok kek karamel kak ita yang cun ni tapi tak sempat nak komen .. wani pun pernah sekali buat tapi x jadi lepas tu takot dah nak buat kek barhantu ni hihi..tapi leapas tengok kak ita bg step by step ni confidence tu dah datang,,, hihi tapi kak ita cakap kat situ kak ita panaskan suhu 170 dulu lepas tu masa letak kek tu turun kan kpd 160 nape ?
wasalam wani..
terima kasih sudi singgah.. :D
ok bila kita masak kek kita kena panaskan oven dulu dalam 15 minit sebelum kita masukkan kek
suhu yg sesuai utk bakar ke antara 160 - 180 bergantung pada oven dan utk kek ni oven akak hanya perlukan 160 C aje kalau lebih dia akak retak2.
akak panaskan oven tu 170C sebab bila kita buka pintu oven tuk masukkan kek suhu panas dah keluar kalau akak set 160 suhu jadi 150 klu set 170 suhu kekal 160
tapi bila kita masak kek lepas 1/2 jam atau 45 mint jika permukaan kek nampak macam nak retak cepat2 turunkan suhu supaya tak panas sangat dlm 150C
salam kak ita ...datang nak beri komen lagi hihi.. oooo mcm tu ya .. ok2 faham2 .. kak ita bakar ni dalam satu jam ke ? lagi satu ,,kak ita cakap guna api bawah saja.. habis tu masa kita nak panaskan oven dulu tu ..onkan api bawah saja je lah ... macam tu ?
salam..akak xjual kek karamel 2 ka..tgk pun da telan air liur ni...
saye penah makan. memang sedap giller kot karamel nie. thanks kak. details penerangan. herm, kena cari masa utk cuba nie :)
wasalam wani
akak bakar dlm 1 jam
tapi kalau akak turunkan suhu masa bakar ke 150 c akak akan tambah lagi 10 - 15 minit masa membakar
masa panaskan oven pun akak gunakan api bawah sahaja
wasalam..
hihi akak buat utk makan sendiri aje..
ye reen...mmg sedap kan.. kalau org dah pernah makan mesti akan kata kek ni the best!
Salam ita....bestnye tengok kek ni..sgt terliur..leh x kita nak contact kek yg dr kelantan tu ;) sebab kite nk blk kelantan celebrate besday anak raya aji nanti..nak buat cam xsempat aje...tq ita ;)
Salam,
Mula2 dok musykil jugak pasal lapisan karamel ngan lapisan kek tu...Tapi bila Ita da explain faham da kot...Kene try dulukan barula tau d outcome....InsyaAllah will try ASAP...tak sabar da nak rasa king of all cakes ni....Thanks a Million for sharing....
Salam kak ita,
sedapnye kek kak ita..saya memang peminat setia akak lah..semua cantik belaka..bak kata org, tangan akak ni sejuk..buat semua menjadi n cantik..=) akak, nak tanya, klu tak guna oven tapi guna steamer boleh ke? =)
kak ita saya suka baca blog akak..dan ini la first time saya tulis komen sebab tertarik dengan caramel cake yg akak bt ni(b4 ni saya baca je blog akak practice kan resepi2 akak tak pernah lagi..hihihi)tpi kali ini hati saya betul2 tertarik nak bt cake ni..
saya nak tanya akak..
*caramel 2 kita bakar sekali dengan dengan cake ker??..
sebab dalam pic yang akak tunjuk tu saya just nampak akak bakar cake tak nmpak pun caremel..
apa pun saya nak cakap dengan akak yang saya mmg suka baca blog akak saya rasa dalam semingu 5-6 saya jenguk blog akak..saya suka sangat2 blog akak, mmg sangat mafaat pada saya yg tak berapa pandai masak ni..hihihi...
first step je pun dah gagal huhuhu..gula tu tak tutup keseluruhan loyang so dah agak mesti tak jadi..siap bawak tab lag masuk dapur, ish ish tak pandai langsung masak. By the way..thanks for the step by step kak :-)
salam akak..
Elly pernah makan cake ni 2 thn sudah.beli kat bazar ramadhan..this year dah takde dah..kecewa sangat..nak buat tak tau cara..nasib lah follow blog akak nie..skang dah tak risau dah..nanti ada masa elly nak try..dulu yang elly makan tue ada dia buat cheesecake caramel..
thank you very much kak. Dah try buat cam k.ita cakap..jadi..cuma tak lawa je..kena buat banyak kali ni. Chaiyo chaiyo for me :)
oohh thanks ya kak ita ,, nanti wani akan cuba ... dup dap dup dap.. nak cuba buat kek ni ;p
salam kak ita,
saya sdh coba kek ini, alhamdulillah baru cuba dan berhasil. Terima kasih atas sharingnya dan salam sukses slalu untuk kak ita sekeluarga. Semoga dpt terjalin kasih bersama, salam hangat ..
Salam Kak Ita..^_^
TAHNIAH kak sebab dapat wat kek yg begituuuuu cantik+marvelous nih..hihi..saya sangat teruja nak buat kek nih..sebabnya raya haritu ke jamuan raya..hubby pun cakap kek tu syeedap sgt2!!..jika sebelum nih kalau sy buat kek hubby saya akan makan ckit jer..pastu saya jer ler yg abiskan..huhu..tapi kali ni dia yg suruh saya belajar buat sendiri!!itu yg membuatkan saya sgt teruja...
jadi utk yg pertama kalinya saya buat..tak menjadiii!!!..hubby pun cenyum jer..dia kata keras cam biskut..kruk krak bunyi bila makan...=.=! kek tu jadi mampat semampatnya..bila d fikir balik adakah sebab saya tak guna tar2 krim?dan baking powder?dan saya guna api atas bawah..huhuhu..
ni tgok blog akak,rasa cam de semangat balik nk buat..hihi..cuma itulah..saya nk thu..tar2 krim+baking powder tu wajib ek letak?..saya xletak sbb saya full breastfeed baby..jadi bila letak tu..takot baby jadi kembung..huhuhu..kalau wajib saya wajib letak juga lah..untuk hubby tersayang xpelah..heee ^_^
btw,thanks kak ita 4 sharing..muuacas..loveu..@];---
opss..lupa nk kenalkan diri..saya Hidayah..heee..terlebey eksaited nk meng'komen'..:P
alhamdulilah akhirnya berjumpa jugak dgn kaedah yg detail di blog ni..
terima kasih kerana sudi share :)
aritu dah buat tp tang karamel tak menjadi
salam kenal dari MDT
Puan Azlita, saya dah try cake ni... Saya ada buat post pasal kek ni...
http://twinkleiris.blogspot.com/2011/09/my-caramel-cake.html
Kek tu memang sedap. TQ for the recipe...
Kak ita,
Loyang tu kak ita sapu butter ke x?
salam kak ita,
sy baru je try buat kek ni semlm. tp guna 1/3 dr adunan je sbb takut x jadi. alhamdulillah agak menjadi tp x sure betul2 jd ke tak sbb x penah rasa pun. keknya mmg lembab. bila masuk mulut tu mcm halus je dan senang nak telan. anak2 pun suka
salam kak ita.nanae mohon izin utk mengambil resepi kek karemal akak.
terima kasih kak ita atas kesudian akak berkongsi cara-cara membuat kek karemel ni.
salam..akak..nak tanya.. macam mana nak dapatkan corak kek karamel tu?
Salam kak
Dah buat malam tadi kek ni, tapi baru nak minta izin guna resipi dan ur steps. sorry ya and many thanks...
Azita..nak tanya ttg pattern yg cantik tu.Adakah lapisan pertama (3 sudu)menutupi cake tin ke?dan adakah lapisan kedua lebih kecil drp lapisan pertama?
Wasalam syazwanie adoii.. maaf lama akak tak jengah sini.. maklumlah line tenat sekarang ni selalu aje tenat mmg payah betul..
ok utk phone no org tu wanie call adik akak ni sebab yg buat tu best fren dia ni no adik akak
019-9152677
wasalam tamar... hihi king of all cakes
memang berbaloi mencuba pasti nanti nak buat lagi dan lagi..
sama2 tamar
wasalam mama danial..
terima kasih..
alhamdulillah...
guna steamer akak rasa boleh juga sebab ade kawan akak dah cuba tapi mungkin tekstur kek tas sama sikit.
boleh di cuba mama Danial.. tak cuba kata org kita tak tahu kan...
terima kasih norazrinna..
terharu akak di buatnya..
terima kasih kerana sudi jenguk2 dapur akak ni..
karemel dan kek tu kita bakar sekali
dlm gambar tak nampak sebab karemel dah di sebelah dasar kek..
Jangan sedih zarina..
gula tu tak tutup loyang pon tak pe still ok! nanti bila dah bakar dia akan rata sendiri..
wasalam..
laaa.. tak pe dah tau ni nanti elly boleh buat lagi berbaloi bila buat sendiri boleh makan puas2
ye mmg ade macam kek sekarang yg dah di jadikan karemel cake
ok! good luck! zarina.. cuba dan cuba lagi ye!
wani - :D
wasalam nelly...
alhamdulillah dah berhasil juga! tahniah dari akak
wasalam together...
mmg kalau dah pernah makan pasti akan selalu terbayang2 dan terasa2 akan kesedapan kek ni..
akak pun dah banyak kali cuba .. mula2 dah giveup dah tapi alhamdulillah akhirnya berhasil juga setelah akak dapat cara2 yg betul tuk buat kek ni..
semoga together terus mencuba dan kalau ikut step yg akak terangkan insyaallah menjadi..
salam kenal MDT
sama2 nanti boleh lah cuba!
terima kasih twinkle.. akak dah singah pon dan dah melihatnya...
hihi tak pe nanti cuba lagi ye!
azee loyang tak payah sapu butter..
sebab bila dah masak kek akan mengecut sikit dan akan renggang sendiri dari loyang
wasalam...
1/3 adunan aje ke ein.. kalau akak mmg tak cukup! hihi
tahniah! menjadilah tu.. sedapkan??
wasalam...
boleh nanae silalah..
wasalam..
unknown
corak tu bhg adunan pada 3 colour pas tu tuang 3 sudu besar cth warna biru dulu di tgh2 loyang pas tu tuang pula 3 sudu warna merah pula atas warna warna biru tadi dan di tgh2 juga dan sama juga dgn warna hijau pula 3 sudu juga letak kat tenngah2 warna merah pulak.. buat lah begini secara berselang seli sehingga 3/4 adunan
pas tu buat dgn cara yg sama tapi guna 2 sudu pula dan yg terakhir guna 1 sudu
pas tu boleh lah kita lorek2 ikut cara kita suka tapi jgn sampai terkena lapisan caremel pulak ye masa lorek dgn lidi tu
salam ita..
akak dah cuba buat semalam..nak tanya adunan kek tu waktu masak mmg lembik ker?? maksud akak bila nak tengok masak atau tidak, akak try cucuk tapi stil melekit.. sampai almost 3 jam tunggu masak!! tapi x keras2..last2 fedup tutup api dan terbalikkan..
tapii..habis gak, anak2 kata sedapp. Bila rasa cam mampat dan masak pulak.. confuse jap..hehehe..anyway tq for sharing step by step..nak buat lagi sampai jayaaa..
akak nape bila maria bt kek ni bau mcm hanyir cikit..tp kek tu menjadi jg tapi tak secantik kek kak ita.
kak ita, satu malam nani study resepi ni...akhirnya berjaya juga buat. rasanya sama macam yang nani pernah makan di kota bharu lepas raya baru ni...terima kasih banyak2 kak ita di atas tunjuk ajar yang panjang lebar tu..
kak! sedapnye...yang ni pun konbinasi warna yang cantik!menarik! =)
Saya dah cuba, memang menjadi ... cuma agak comot skit bila lelehan gula dari karamel tu terkena dekat kek.. apa pun rasanya memang marveles ... Thankz kak Ita 4 d resepi dan detail step by step ...
msraiza@beautiful-mistake
saya buat nape kek pecah kat
tengah2..
boleh x sesape bagi komen nape kek tu cam pecah kat tengah2...
masya Allah ..sedapnya .. blum wat lagi tue, dah nmpak sedap .. huh.. terliur la akak.
ASKUM..K.ita terima kasih dgn resipi yg iklas diberikn kek karamel dah 2 kali buat alhamdulillah dgn jayanya menjadi...sedap sgt....x sia2 kakk ipar saya pekenalkn blog k.ita..hari2 mengadap pun x jemu.saya ada buat puding cheese oreo juga..baru sekali buat jadi.semoga k.ita di murahkn rezeki..dan sentiasa ceria.
salam perkenalan...
saya dah mula jatuh cinta dgn k.ita.. dua hari lepas saya mula cuba resepi dari k.ita, try buat kek karamel, ikut semua yg k.ita beri... menjadi.. happy tak tau nak cakap. saya x pernah buat kek, sebab x yakin, tapi mulai saat ini saya akan try resepi2 dr k.ita.
k.ita memang best.. ble yer, saya copy resepi k.ita ni.
Akak..thanks sharing..saya bace resepi akak tadi terus semangat nak buat...dah cantik everything semua...skalikk xperasan ad org tukar suhu tinggi dekat oven tu....terus hangus bwh die...hitam legam lagii tu Y__Y sadisss sgt!haha..tp seb bek bole makan bhgn atas n tgh2..huhu..xsbr nk tnggu die sjuk..n nnt nk buat lg if best...
sy pinjam satu gmbr cake ekk sbb nk tnjuk dkt kawan :)
sedapnyer...tgk kawan dah jadi buat kek kak ita...jadik pulak tu ...ni yg x sabo nak cube jugak...kemas aje kek kak ita ye...
SALAM KAK ITA,
NAK TANYE, NAPE BILE SAYA TERBALIKAN KEK KARAMEL PAS SEJUK GULA DIA TURUN JUGAK..NAK TAKNAK TERKENE GAK PADA KEK..ADE TIPS TAK AKAK
munna baru nje cuba buat kek ni ikut akak punya resepi...alhamdulillah menjadi...cuma puding karamel kat atas tu je ter cantik sgt
Assalamualaikum Kak Ita,
Terimakasih kerana berkongsi cara membuat kek karamel ni step-by-step. Saya asal dari kelantan tapi tak ada seorang pun nak ajar saya macam mana nak buat. Emak saya suka sangat sebab dah lama dia nak belajar. Semoga Allah merahmati Kak Ita yang sentiasa pemurah dan tidak lokek berkongsi ilmu.
kak ita ,first time comment N3 akak walau da sebulan follow blog akak .kek nie mmg best (da try pon 2 ari lepas)tp kan nape karemel die ble jadi cair sikit ?
Salaam Kak! Nak Tanya sikit, boleh tak klu kita order kek caramel ni? Tq!
Salam Kak Ita... Teringin sangat nak cuba resepi nih. Tp kat umah takde oven lagi. Jadi, saya nak tanye. Ade kaedah utk kukus tak for this cake? And, one more thing... Api bawah tuh macam mane? Sori, saye budak baru belajar... Hehe!
Salam kak..huhu saya dah cuba byk resepi dlm ni..slalu ikut step by step pe yg akk tulis...tp muskil la kek karemel ni..kek nyer jadi..karemel x jadi..kene sejuk kan dulu baru terbalikkan ke..atau sbb saya bakar api atas bawah sbb oven saya tade api bawah (jetcook Europa)..adoiyaiii..
klu kukus bole ke ye?
:)
mintak izin copy resepi ngan gambonyer sekali yea....tqvm
Salam kak ita,
sy dh try buat kek karamel dri resepi akak ni.. tp nk ty sikit adunan utk kek tu mmg akan terapung kat bhgn caramel tu ke? bila sy nk lapiskan dgn warna lain dia boleh gerak2 dia xmelurut ke bwh..
satu lg cm mana nk kasi kek tu jgn pecah kat permukaan tgh ye?
dh 2kali buat xjd.. sgguh kecewa :(
salam kak ita, nak tanya, krim tar2 tue cmner upenya?? kat kedai bakery mmg senang cari ke..
saya nie tak brape arif dgn bahan2..
tq kak..
Kak Ita,
Its better late than never.Saya ketinggalan sikit nak try Kek Karemel yang sangat sedap tu.
ni link my blog:http://mytravelmyfood.blogspot.com/2011/12/kek-karemel-my-first-trial.html
hrp kak ita dan rakan2 blogger lain sudi bagi tunjuk ajar..
salam perkenalan akak...
saya suke bace blog akak..=)
kek karamel akak ni nampak PERFECT sangat!!!
jenguklah saya dekat sini:
http://kalaudahjodoh.blogspot.com
assalamualaikum kak ita <3 terima kasih byk2 sbb share resipi ni & show step by step. akhirnya jumpa jga sy resipi ni =3 love u kak ita ^^ masa 1st time makan kek ni sedapnya! my sis belikan utk anak dia tp sy rasa sy yg menghabiskan. hehe :P
kak ita, Noormie dah try buat kek nier sedap sangat.. pertama kali buat terus jadi...
hubby ngan anak2 suka sangat.. noormie ader C&P kak eta punyer gambar kek nie.. noormie letak nama akak kat FB. harap akak tak kisah.. cari no.HP akak nak call tp xde..
salam akak,boleh x nk mntk no telefon kwn adik akak yg buat kek ni kt k.bharu..saya pon mengidam pas baca ni..saya kt kb skang
Salam kak, saya dah try buat cake caramel ni..tengah baking tu.Debarnya rasa..harap2 menjadi la..memang lama dah nak buat tp x berapa percaya dengan keupayaan sendiri
slm k.ita..iza dh try da bt kek ni..kek menjadi tp xcantik la ckit akak..tp auty iza ckp sedap..tq akak..share resepi ni yer..
Salam. Nak tanya kalau karamel retak tengah apa puncanya ya??? Pernah sekali dua rina terpaksa letak plastik sekeliling utk elakkan karamel retak menjadi lebih teruk... Satu lagi oven yang rina gunakan tidak ada untuk bakar bawah je ... yg ada bakar terus atas bawah ....Macam mana ya ... tolong!!!
Assalam Kak Ita,
sy browse cari resepi utk buat kek ni jumpa kat blog akak yg mmg lengkap, sy buat hari ni terus jadi...Alhamdulillah, terima kasih atas tunjuk ajar
Assalam Kak Ita, thank u for sharing this wonderful cake recipe :)
slm..thanks ye sudi kongsi recipe. sy dh try buat..mmg best n jadi keknya..i likeeeee! hehe
salam kak ita....
saye dah try resepi kek akak dan bbrp repi lain mmg beshhh, jadi n mmg sedap..
utk kek karamel ni mcmne nak pastikan bhg tepi kek x lembap...???
Salam kak..nak tnya la..bape lama agaknye nak kene pukul utk Merinque tu utk dia jadi pekat camtu???
teringin sgt nk buat....huhuh
mm yg musykilnya mcmana kak gabungkn karamel dgn kek tu?
salam kak ita...today sue cuba buat kek ni for the 2nd attempt...kek tengah membuak buak naik sampai habis tinggi loyang...kihkihkih...cuma kak ita,sue bakar pakai api atas n bawah sbb oven sue kalo api bawah sekali dgn fan,agak2 kak ita boleh ka pakai api bawah n fan tu..thanks kak ita
salam kak ita sayang, salam dari sepanyol.. tima kasih sebab kongsi resepi n penerangan yang bergitu jelas.. sy ni baru nak blaja2 masak.. blog akak mmg terbaik tuk rujukan saya..
kak..mmg kne gune oven je ke?
klu gune kukus jd x gaknye?
Salam...Kak Ita...terima kasih sebab tunjukkan step by step cara buat kek ni....sungguh memudahkan saya nak try buat kek ni....Dan yang seronoknya....menjadi.....hehehe...TQ kak...izinkan saya copy resepi dan cara2 buat kek ni kat blog saya ye....apa2 pun...gambar2 dlm blog ni mmg buat saya teruja nak try....hehehe
Salam Kak Ita,
Alin dah buat last week..memang menjadi walaupun tak cun cam akak punyer..hihihi..mintak izin C&P ye
Salam K Ita, Thanks for sharing this receipe step by step. tak sabar nak cuba kali kedua (1st fail). warna puding yg menarik :o)
dari Linda:
http://mamalindacutecupcakes.blogspot.com/
salam..ptama sekali sy nk ucapkan terimakasih atas pkongsian resepi ni..sy nk kongsi kan di sini, untuk karemel tu sy tbahkan sedikit saja serbuk nescafe untuk tambahkan rasa
azlita...saya baru cuba buat kek ni...tgh masak ni taktau apa lg jd...hrp2 ok lah..saya minta maaf byk cuba resepi azlita tnpa minta izin...minta dihalalkan ye...apapn blog masam manis mmg terbaik..
assalamualaikum..terimakasih ajar kek karamel ni step by step...minta maaf byk resepi ita saya dah try buat tanpa minta izin...minta dihalalkan ye..apapn blog ita mmg terbaik...tahniah dan moga dimurahkan rezeki lg...
salam kak ita..terima kasih share n tnjuk cara2 buat kek tu.. sy buat alhamdulillah jadi.. bg kawan2 rase, dorg mintak resipi plak.. so sy bg je link blog kak ita.. mintak halalkan yer :)
Hari tu kata beli dari seorg kawan berapr harganya
K.Ita, kalo letak perisa oren/ros..kene tak dgn karamel tu? hilang pulak esen vanilla nye tah mn letak..haha..
salam kak ita, saya baru saja 'berkenalan' dgn blog akak ni...
t.kasih banyak2 sbb sumbangan resepi2 yg cukup detail utk org macam saya.resepi pertama saya cuba, kek karamel....Alhamdulillah menjadi dan menaikkan semangat utk mencuba lain2 resepi esp aneka jenis kek yg menjadi kegemaran anak2 saya...TQ...
saya pernah cuba buat kek ni (tp resipi lain). tak menjadi, mungkin disebabkan api atas bawah tu..
akan cuba semula dgn resipi ni.. terima kasih sebab beri penerangan yg sangat jelas :)
salam kak ita, kalau takda cream of tartar tu boleh ker? atau boleh substitute dgn apa?
kak ita, sya dah dua kali try buat x menajdi. keramel saya jadi cair. kek ok. apa masalh nye ye kak, time nk bkar tu sya tgk mmg kek tu terapung elok je atas keramel tu. time bakar tu, boh air pnas, n letak loyang dlm tu kn, pas bakar tu, sya perasan air dlm bekas tu kering. ag stu, microwave sya xleh nk set bkar dari bwh. sbb tu ke? harap akak boleh tlg, tringin bebenor nk mkn. saya pnh try wt cheesecake n atas tu keramel, walaupon keramel tu cair, tp rasa dia mmg sgt lah sdap sbb keramel manis, cheesecake msam2 sket.
Hi ita,
I'm your new follower.
I dah try kek last week tapi tak jadi. Dalamnya tak masak tapi atas dah hangus..oven i ada api atas je...camne yek caranya. Harap sudi explain. Tqvm.
,
,
.
This is such a beautiful cake. Do you have a recipe in english. I love this so much & cant wait to try this.
salam....pertama sekali sy nk ucap tahniah utk kek ita yg cantik sgt tu...thanks jgk utk resepi yg sgt detail ni...sy dh try buat smlm..mmg sgt2 menjadi n kek sgt lembut...mak mentua, hubby, adik2 ipar smua suka...happy sgt2...1st try dh jd elok..thanks sekali lg utk resepi kak ita ni..
salam cik ita..saya nak tanya,apa kelebihan kaedah steam bath nie?dan semua kek boleh masak guna kaedah nie ke?
Salam.. Tahu tak kalau nak guna microwave oven macam mana? Nak buat kek ni
Assalam;
Bestla blog akak coz ada cara n step by step utk setiap resepi.tq sesgt atas segala guide dlm blog ni saya sgt suka blog ni...
Kukus bole tk?
Kukus bole tk?
Bole kukus tk kek ni?
salam kak, kenapa masa bakar kek guna teknik double boil tu kan loyang jd senget n kek pon jd senget jgk sebab bekas xstabil.. loyang yg berisi air kena guna yg ngam2 ke utk bagi xgerak?
Hi kak ita, saya baru cuba recipe ini semalam. Masa saya letak loyang dalam oven baru saya tahu oven saya tak boleh adjust to api bawah, so saya guna api atas dan bawah. Kek itu naik banyak, sampai tinggi daripada loyang. saya nak tanya bagaimana saya boleh elakkan ia daripada terlalu kembang? Ita mentioned guna api bawah akan lebih gebu, apa maksud "gebu"? Minta maaf, saya tak ada kamus :P
Saya skipped langkah pertama untuk masak gula dalam loyang, pudding caramel saya itu sudah failed, tak boleh keluarkan dari loyang :( adakah ia disebabkan langkah yang saya skipped? Terima kasih banyak untuk menjawab soalan banyak ini.
tq kak ita. first time try mmg kelam kabut. sbb byak step. bile da rasa kek tu, macam nak nangis je.. sedapppp sngattt!!! kwan2 sy pn suke!!! pastu buat lagi dan lagi!! kembang hidung jgk bile kawan2 asik puji je kek ni sedap... hahahah
papepn, terima kasih kak ita!!!
Kak ita... cmne diet? Hu3...~
Assalamu'alaikum kak ita. Saya dah try buat sebijik ikut step kak ita bagi dan guna api bawah je. Alhamdulillah menjadi walaupun karamel spoil sikit. Saya guna loyang berpateri. Lepas dah siap lapis2kan baru saya perasan bancuhan karamel tu dah mengalir keluar keliling aluminium foil tu. Loyang berisi air dalam oven pulak dah menitik-nitik air dia. Sedih jugak bila tengok karamel tinggal seciput je dan tak cantik. Tapi yang lain memang marvellous....sedap! Mekasih kak ita. Oh ye, kalau ada yg baru nak try pakai loyang berpateri, saya nasihatkan jangan la. Nanti patah hati macam saya. Hehe....jemput tengok hasilnya kat blog saya ye http://www.aurelia232.blogspot.com
salam kak guna oven apa saya guna oven kecik kek sy slalu hangus huhuhuh suka sgt blog akak!!!
Salam..thanks sudi bg resepi dan tjuk cara2 sekli..semoga ALLAH merahmati puan n family.mintak halal ya sy ambik resepi.(tgh membaking)
Mudah2an menjadi kek sy.thanks sekali lg;)
sgt2 terkasima dgn olahan akak.. saya x pernh buat kek ni sbb takut tak jadi.. tapi lps baca step2 yg akak ajar, semangat nak wat kek ni membuak2 jer.. harus dicuba ni..
Kek nie x bleh kukus keep kak ??
Kek nie x bleh kukus keep kak ??
Assalamualaikum Kak Ita... i love ur blog. U made it easier fr a 1st timer like me... Br skrg nk bake... My sis told me bout ur blog, she challenge me to bake ur caramel cake... Haahha duno if i can do it bt will surely try... Nw tht i found U, im addicted to ur blog hehehe... I thnik y u owez succeded in baking coz akak x lokek ilmu.... Wnt to ask, akak guna oven jenama apa? Coz im looking fr one... Tq muaaah hugs....
adunan caramel n kek... bakar sekali yer kak? @ bakar asing2?
kalau bakar sekali plak... adunan x bercampur ke??
nak try wat nie.... :)
Akak tumpang tanya ye. Untuk susu cair tu, akak guna tin susu yg berapa ml ye? Dan untuk minyak masak, akak pakai minyak masak jenis apa? Sbb kadang2 org guna palm oil, canola oil.
Terima kasih ye kawan-kawan.. dah lama ita tak singah sini.. banyaknya lah komen yang terlepas.. maaf sangat-0sangat
Fatimah zaharah
Sedapnya nama.. dulu pernah berangan kalau dapat anak perempuan lagi nak letak nama fatimah zaharah ^_^
ok susu tu akak biasa guna susu Carnation
Untuk sukatan 1/2 tin susu = 200ml
minyak pula biasa akak akan guna Marzola dalam setiap resepi masakan terutamanya kek
As salam
Terima kasih atas resepi yang di berikan,first buat tak jadi sekarang dah 3 kali buat jadi...tq sesangat....saya nak guna resepi ni ,mohon halalkan ye....tq
As salam....saya dah cuba resepi ni first buat tak jadi...sekarang dah 3 kali buat dah, ok dan sedap sangat...saya memang nak guna resepi ni ,mohon halal ye...tq
Salam kak saya nk try wat guna resepi akak minta halal ye
Salam kak sy nk try wat kek n resepi2akak minta halal
salam akak..
krim tatar 2 camne??
sama x cam whipping krim??
salam akak..
krim tatar 2 camne?
sama x ngn whipping krim?
Salam akak....nak tanya sikit...api bawah tu cmne nk tau dia api bwh ke atas? sy confuse skit...slalu bake apa2 pakai api yg ada kipas tu skali...pakai yg tu xleh ke eh?
Krim tatar tu berbentuk serbuk dalam botol kecik, macam baking powder tu...
Boleh dibeli dekedai yg menjual bahan2 kek atau di pasaraya pon ada..
Salam...
Maafkan sy mencelah... :))
Krim tatar tu berbentuk serbuk dan dalam botol kecik macam soda bikarbonat tuu...
Boleh dibeli dikedai yg jual bahan2 kek dan dipasaraya pon ada.
Nurul tgk dulu label kt botol tu akan ada tulis Krim of tartar.
Salam... kk ita yg baik budi, slalu sudi share2 ilmu...
Sy dah cuba buat kek ini mengikut step2 juga instructions yg akak ajarkan itu.
Alhamdulillah.... berjaya di prcubaan yg pertama..
Happy sangat! tak sangka tauu... hehehe
Walhalnya dah lama kott sy slalu dok cuci mata jer dgn gambar2 n baca diblog mengenai kek ini.
Nak try buat, rasa tak yakin. Entah mcm mana kali nie sy kuatkan gak azam & tekadkan semangat utk mencuba walaupon sekali.
Dan... baru sebentar tadi sy siap membakar kek ini untuk kali yg ke-5...
semangat... semangat... hehehe
assalamualaikum kak ita..
cantik sungguh kek nya..emm teringin sgt nk mencuba dr dulu lagi tapi simpankn dulu hasrat dlm hati sbb takut tk mnjadi..bila baca step by step dalam blog kak ita ni..yakin plk nak buat..memandangkan dh lewat mlm..esok sahaja hasrat ini di tunaikan..mohon unt berkongsi di blog Cek Ah ye..
farahwahida961@blogspot.com
klu rajin jengok la Cek Ah kt pondok blog Cek Ah yg x seberapa tu ye..klu nk follow lgi la syukur..hihihi
terima kasih kak ita..
assalamualaikum..
suka sgt dgn blog ni..Cek Ah pn dh jadi follower..mmg x sabar nk mncuba dan brkongsi di blog Ceh Ah jgk..mohon halal ye..klu x keberatan jom lah melawat pondok Cek Ah yg tk seberapa tu ye..klu nk follow lagi la syukur..:)
farahwahida961@blogspot.com
asssalamualaikum kak..
sy sllu follow blog akk.. n smlm try resepi kek karamel tu.. walaweii.. sedap kak..gebuss je.. hehe...terima kasih ye sebab kongsi resepi kat sini...
slm kak..sy mmg dh pnh rse kek ni coz sy asal klntn..sodap sgt2..bg sbijik pon bleh abes kot...hihihi...dlu nk try wat tp xyakin,tp ble tgk step2 yg akak bg ttbe je kyakinan tu dtg..hihi..tp b4 try ekin nk tnye beberape kemusykilan ckit yea kak...
tang nak wat decoration tu...lapisan yg 1st (3sudu) tu kne menutupi keseluruhan karamel tu ke or juz letak kat tgh2 karemel tu je?yang tu ekin bebenor xphm..then 1 lg,time nak wat corak ngn lidi tu kte leh cucuk smpi dlm or juz lorek atas acuan tu je?yg ni pon xphm..hihi
soklan seterusnye..akak ckp time nak wat karemel tu leh gandakn supaya lg cantik...so bahan2 kne ganda gak la kn?contohnye susu 1/2tin jd 1tin..kuning telur 3biji jd 6biji..cam gitu ke kak ita?bkn pe ekin takot kang memandai xjd lak karemel tu...hihi..
last soklan...camne kalo xnk kasi kek tu pecah kat tgh2...coz ekin bace komen yg len rmai gak ckp kek diowg pecah kat tgh2...so cmne nk elakkn yea kak ita?
ekin minx maaf kalo byk tnye...ekin dh lme nk mkn kek ni..tp kat kL ni xjmpe..nk blik klntn lmbt lg...so hrp2 akak dpt bantu...minx izin amek resepi akak yea..semoga Allah pnjgkn umor & murahkn rezeki akak sekeluarga...time kasih kak sudi bace n jwb soklan ekin..wslm...
Wasalam Ekinwisly
Ni berapa solan yg akak perlu jawab
1. Utk lapisan (3 sudu)
letak di tengah-tengah atas lapisan karamel tak payah ratakan tompokkan sahaja di tengah2 karamel, nanti bila dah tuang lapisan seterusnya ia dgn sendirinya merebak ke tepi
2. Cucuk lidi sampai bawah tapi jangan kena lapisan karamel yg bawah, pandai-pandai lah anggarkan jarak lidi dengan karamel tu
3. yup bila kata di gandakan semua sukatan kena gandakan cth 1/2 cawan susu jika di gandakan kenalah jadi 1 cawan susu.
4. kalau tak nak kasi kek pecah tengah, api kena jaga jangan terlalu panas
Kek kena simpan dalam peti ais hingga sejuk baru di keluarkan dari loyang
semoga segala jawapan memberikan keyakinan pada ekin utk mencuba
selamat memasak ^_^
Assalamualaikum...
saya telah 2kali cuba buat kek ni..
mmg sedap..tapi cubaab kali ketiga cermin oven saya pecah...
kenapa jadi mcm tu??adakah disebabkan kaedah steam bath??
Ada cara tak nak elakka daripada cermin oven pecah lg??
Salam akak, boleh tak Kalau saya kudus kek ni
Salam akak, boleh tak Kalau saya kudus kek ni
salam kak ita....
alhamdulilah, terjumpa juga resepi kek ni. saya pernah makan tahun 2006....kwn masak... xsempat nak menurun ilmu...lost conteck laks lepas 2.... 7tahun menunggu. memang berbaloi2 buat kek ni. sedap sgt... memang sesauai sgt dgn titel "raja kek" 2 kak.... 1st saya buat rasa dia pahit sikit...xtau kenapa. 2nd time saya bual alhamdulilah mmg menjadi. mcm nak nagis jer. sbb dpt buat.... cuma kalau krim tatar dia lebih. rasa dia leh jd pahit yer kak.? tapi saya ikut sebiji2 resepi akak.... mmmmmm
salam kak.....alhamdulilah, terima kasih pada Allah sebab menjumpa kan saya dgn blog akak. dan terima kasih pada akak sbb sudi berkongsi dgn kami ttg cara mmbuat kek ini. saya pernah makan kek ni pada tahun 2006, 7 tahun saya mencari cara nak buat kek ni.... alhamdulilah. tq so much akak.... cuma saya nak tanya, kalau kream tatar dia lebih leh jadi pahit ker kek ni?
Alhamdulillah dpt jg belajar cara betul, 1st saya try jadi, x ingat dah baca kat blog mn, pas2 buat kali ke 2, 3, 4 dah tak jadi. Karamel nye lembik sgt dan keknye padat. saya pakai api atas bawah dan masa bakar saya letak Loyang kek atas, air kat bawah. maksudnye tak letak direct atas air. InsyaAllah saya cuba cara kak Ita ni plak pasni.
Salam k.ita..nape selepas sejam masih lg goyang2 kek tu mcm x masak..tanda2 kek tu dh masak cane ye?
K.ita..knape kek mcm x masak guna api 160c bwh saje... lembik je.. ape silap ek..tanda2 kek masak tu cane?
Salam Kak Ita,
Mohon untuk guna resipi ni, La nak cuba cuma tak tau bila.. :)
Thanks ye kak.
Assalam kak.
This is my 3rd trial for dis cake....
Cubaan 1st n 2nd xbrp nk menjadi(resepi org lain)
3rd time ni ikut resepi akk...Minta2 menjadilah...huhuhu
Assalamualaikum..saya nak tanya Ita..masalahnya oven saya ni auto api atas n bawah...cam ne ye...
Post a Comment