Assalamualaikum...
Selamat pagi semua.... Nampaknya cuaca hari ni cerah.. harap2 perjalanan ita sekeluarga hari ni lancar dan di bawah lindungannya... Doa2kan ita selamat menghantar anak2 pulang.. dan semoga ita selamat sampai ke rumah.. semula..
Sebelum ita berangkat, ita nak kongsikan satu lagi resepi yang menjadi kegemaran ita dan keluarga. Hidangan ini juga merupakan kesukaan anak sulung ita Amirul.
Terlebih dahulu ita nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Amirul yang mengirimkan rempah mi bandung segera ni... alhamdulillah sedap mi bandung ni.. susah.. susah aje.. Cikgu!.. sekali lagi jutaan terima kasih dari akak sekeluarga.. dan rasanya belum terlewat untuk akak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin buat cikgu dan keluarga... kalau Amirul nakal2 kat sekolah tu tegur2 lah dia ye cikgu.. jasa dan pengorbanan cikgu hanya Allah jualah yg dapat memberikan ganjarannya...
Resepi ni ita ade tokok tambah sana sikit.... sini sikit untuk menepati citarasa kami sekeluarga. Rencah mi bandung ni juga tak pedas. Oleh itu ita tambahkan sedikit cili dan sos cili untuk menambahkan lagi kepedasan rencah ni. Ita tambahkan juga sebiji kentang yg ita goreng dan kisar halus untuk memekatkan kuah mi bandung ni.
Mi bandung segera ni mmg sesuai kalau kita nak menjamu kawan2 yg bertandang ke rumah. Nak2 bila tetamu datang dan beritahu last minit.. aaa... ini lah antara menu yg paling ringkas dan mudah di sediakan.
Biasa kita rasa mi bandung ni tak sesuai untuk dihidangkan pada tetamu kerana ia kena hidangkan panas dan kalau lambat di makan mi nya akan kembang pulak! Apa kata buat cam ni.. kita masak kuahnya dahulu pas tu boh lah ape2 yg kita nak letak macam.. daging, udang, fish ball, fish cake dan lain2 yg sewaktu dengannya yg kita rasa kita nak letak. Kuah ni kita letak dalam manguk besar. Mi pula kita celur je dgn air panas. Sayur sawi pun kita celur juga. Telur tu kita boleh guna telur rebus atau telur goreng. Lain2 bahan yg di tabur tu macam biasa kita letak dalam bekas berasingan macam tauhu, bawang goreng, daun bawang dan cili jeruk. Bila tetamu datang mereka boleh ceduk sendiri dalam pinggan masing2.. tak lah kembang mi tu kan.. Biasa ita buat cam tu aje.. mudah kan..
Jom kita tengok cara penyediaan mi bandung segera dari ita ni
MEE BANDUNG MUAR
By: Adami (perencah segera mi bandung)
1 bungkus mi kuning
1 ikat sawi - dipotong
1/2 kg daging - dipotong
2 biji tomato - dipotong baji
bawang goreng
daun sup dan daun bawang
tauhu - digoreng dan dihiris
2 biji telur
10 ekor udang
1 keping fish cake - di goreng dan dihiris
10 biji fish balll
1 peket perencah segera mi bandung
1 biji kentang - di hiris nipis, di goreng dan kisar halus
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula jika perlu
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili hingga garing. Masukkan perencah mi bandung segera dan tumis lagi hingga terbit minyak.
Tambahkan air dam masukkan daging masak hingga daging empuk.
Kemudian masukkan kiub daging dan ikan bilis dan tambahkan juga sos cili. Biar merenih.
Barulah masukkan udang, fish ball dan fish cake.
Masukkan tomato buah biar didih dan masak sempurna.
Rasakan garam dan gulanya. Mi bandung ni sedap kalau manis2 sikit kuah dia tu..
Kuah ni telah siap untuk di hidangkan bersama bahan2 yg perlu di makan bersama.
Jika kita nak makan sendiri masukkan terus mi kuning dan sayur sawi. Pecahkan sebutir telur dan biar telur masak jangan di kacau.
Siap untuk di hidangkan bersama taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang, cili jeruk dan hirisan tauhu. Mudah je kan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
5 comments:
salam kakita...nasib baik akak kuarkan menu meebandung ni..baru saya teringat nak suruh makcik belikan..dia tengah jalan2 kat muar nih...hehehe..kalau ada dia belikan lepas ni saya pulak nak cuba...;)
Ucu & keluarga mengucapkan
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Izinkan ucu gantung Kad Raya disini:
http://ucubakery.blogspot.com/2011/08/koleksi-kad-raya-2011.html
Assalamualaikum akak...
waaah.. nampak sgt sedaaaap .... terliur tgk... mee bandung fav diana .. sedaaapnya
kak ita, yatie pun dah beli pesnya...dan cuba buat jugak best!
Kentang kisar tu time bile nak masukkan kak?
Post a Comment