Assalamualaikum...
Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi yang ita sajikan untuk hidangan tetamu yang datang ke rumah baru-baru ni. Nilah hidangan suggestion rakan baik ita Azita. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak ita beli tulang ni walaupun terpaksa tunggu 1 jam kerana tulang ni kalau nak beli kita kena order dulu kalau tak mmg susah nak dapat. Ita berharap tetamu yang bertandang ke rumah berpuas hati dgn hidangan yg ita sajikan. Segala kekurangan harap di maafkan... dan jangan lah serik tuk datang lagi ke pondok buruk ita ni..
Resepi sekali lagi ita ambil dari Buku Planta Resepiku Warisanku. Resepi mee rebus tulang ni cukup sinonim dgn bandar Johor Bahru. Sebut sahaja Restoran ZZ pasti sudah terbayang akan kesedapan mee rebus tulang pemilik restoran En. Zainal Abdul Aziz ni. Peniaga sup tulang ni telah berniaga secara kecil-kecilan sejak tahun 1975 lagi.
Gerai kecil yg dibuka di Jalan Sultan Abdul Samad, berdekatan Jabatan kimia di bandar Johor Bahru, pada mulanya hanya menjual mee rebus, roti tampal dan sup tulang. Memang di luar jangkaan beliau, hanya berbekalkan menu sebegini, gerai beliau mula mendapat tarikan terutama pegawai kerajaan dan penduduk sekitarnya.
Sekarang restoran milik beliau telah diwarisi oleh anak2 beliau sebagai penyambung resepi warisan keluarga.
Ita dan keluarga juga selalu berkunjung ke restoran milik beliau. Ita sukakan suasana santai yg terdapat di restoran beliau, makan sambil bersila di bawah pondok yg beratapkan daun rumbia di bawah pohon-pohon rendang sambil menghirup kuah mee rebus tulang mmg mengasikkan. Terasa damai dan seakan berada di desa.
Kuah mee rebus yang pekat dan tulang yag penuh dengan rasa lemak pasti akan membuat selera terpukau sejenak. Memang sedap! lebih-lebih lagi dapat menghirup sum-sum tulang dengan straw.. Aduh!! pasti tak perasan orang rumah di sebelah.. haha
MEE REBUS TULANG ZZ
by : Zainal Abdul Aziz
Pemilik Restoran ZZ Sup Tulang
Sumber : Buku Resepi Planta
Sup Tulang
Tulang Lembu secukupnya
1 bungkus rempah sup bunjut
5 ulas bawang di hiris
1 halia - dititik
1 inc kunyit - dititik
1 inc lengkuas - dititik
2 batang serai - dititik ita tambah
1 kiub daging - ita tambah
garam secukup rasa
Mula-mula kita buat sup tulang dahulu.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yg secukupnya untuk merebus daging.
rebus tulang hingga daging empuk. Boleh juga jika nak tambahkan daging.
Bahan Rencah
3 biji ubi keledek saiz sederhana - di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
10 biji bawang kecil - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inc halia - dikisar
1 inc kunyit hidup - dikisar
30 tangkai cili kering - di kisar boleh kurangkan
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar udang kering - di rendam lembut dan dikisar
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air asam jawa - ita tambah
1 kiub daging - ita tambah
1 buku gula melaka - ita tambah
1 cawan santan - ita tambah
Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.
Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah.
Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.
Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.
Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan )
Akhirsekali masukkan tulang dan santan.
Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.
Mee rebus tulang siap untuk di makan bersama
Mee kuning
Tauhu goreng
Taugeh
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang yg telah dihiris halus
Cili hijau dihiris
Taburan bawang goreng
Limau kasturi
13 comments:
perhhhh,...tak tahan tengok tulang tu....
walaupun lemak...sedapppp tu..
menyelerakan betoi nengok set mee rebus tulang kak ita ni...
adoyaiii....mengancam!!
terima kaseh banyak lah ita sbb post hidangan mee rebus pagi2 ni..
Tulang lembu beso2 dok dendiam je dlm freezer akak tu memandangkan tuannya mogok masak raya tu hari..hehe
sdg dok berkira2 nak buat apa dgn tulang tu..insyaAllah dlm masa terdekat ni mesti cuba resepi en zainal ni..nampak sedap tu.tp kdg2 ada jugak org letak taucu dlm kuah mee rebus ni kan ita?
nmpk mudah jugak bahan2 nya, byk yg mmg dah ada d rumah..:)
yummmmmmmyyyyyy..laparnya bila tengok resepi nih...uwaaaaa kena g mkn nih..hehehehe..
akakkk..nak hirup supe yer..
tak pernah lg buat sup yg ada rencah boh keledek kan..menarik nih...
As'salam Ita
rasanya ct pernah buat resipi kuah mee rebus dr resipi ni dlm buku resipi planta gak. tapi nak gak merasa hasil dr tuan punya tu sendiri. kalau balik jb nnt nak gak cari lah ita.
itu hari balik jb mesti xbukak lagi sebab bulan puasa dan raya kan. nak singgah rumah ita pun tak sempat.. hehehe
tengok tulang tu yang tak boleh tahan tu..sedapnyaaa! kena sediakan straw lah kalau nak sedut dalam tulang tu ita.. hahaha
waa... best10x!
ica pnh mkn kat restoran tu. mmg glamor dgn sup tulang. mmg sedap!!!
suasana mmg damai di bawah pohon2 yg rendang. rindunya nak balik johor....
Mee rebus sedapppp....
tgk gambar pun dah nmpak sedap..nmpak mcam mi kari jer...sukaaa
Fantastic pictures, nice presentation.
saya pernah buat last year..mmg marveles..terbaeek..terima kasih tuan empunya resepi..dis weekend nk buat lg utk tetamu dtg.. :)
RASA share ya..
Post a Comment