CHECKERED BUN - masam manis f

Breaking

Oct 28, 2011

CHECKERED BUN

Firman Allah S.W.T di dalam surah Al- Hadid, ayat 22

     Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang di timpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab ( pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya...
     Tinta pena telah mengering, lembaran -lembaran catatan ketentuan telah disimpan, setiap perkara telah diputuskan dan takdir telah ditetapkan. Maka....
.....tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah di tetapkan Allah bagi kami...
At- Taubah : 51

Assalamualaikum,
Salam di pagi Jumaat yang barakah, penghulu segala hari..
Apa khabar semua..?


Musim tengkujuh telah menjelma.. setiap hari cuaca mendung dan hujan yang tak berhenti. Kadang kala di sebelah pagi hujan petang pula Sang Mentari bersinar cerah. Ada masanya pula Sang Mentari muncul dengan amarahnya dan panas yang menyakitkan kepala tapi tiba-tiba mendung pula di diniharinya... Itulah lumrah alam.. kita terima qadak dan qadar yang telah di tetapkan Allah dengan redo dan penuh kesabaran..

Cuaca yang tak menentu sejak dua menjak ni buatkan kesihatan ita sedikit tergangu. Anak tekak sudah terasa perit, dan kepala mula berdenyut-denyut.. Aktiviti harian masih berjalan seperti biasa.. dah tugas dan amanah kenalah kita pikul juga..


Semalam satu hari tak dapat bersiaran.. Maaf siaran tergendala sebentar sebab memberikan laluan untuk iklan.. hihi
Sebenarnya semalam pada sebelah pagi ita pergi pasar, kemudian gi beli barang-barang dapur sikit. Ita ingatkan nak masukkan N3 bila balik nanti emmm... tak dapat sebab anak dara ita dah tak bergerak depan komputer ni.. aduyaiiii... Dalili sibuk pulak dia nak buat Blog jugak!
Bila dia tanya ita, ita kata memng lah tak tau macam mana nak buat sebab yg ita punya ni pun abang dia yg buatkan.. Mak mana lah pandai Dalili kang ada rosak komputer tu.. nanti tak dapat mak bersiaran Dalili oiiii...
Tak puas hati lagi dok minta ayahnya tolong.. emm.. ayahnya pun kata tak tau juga.. aduyaiii.. kesian Dalili.
Pas tu sibuk nak talifon abangnya.. tanya macam mana nak buat blog..? malang lagi bila abang tak angkat talifon.. huhu pas tu lah yg tak berderak depan komputer tu.. aduyaiii.. Dalili


Nape jadi cam ni?? tu lah sebabnya, dia gi ikut ayahnya gi Bank. Bila dia masuk dalam Bank waaa... terkejut member bila orang kat bank semua kenal dengan dia.. semua dok panggil nama Dalili... Dalili..
siap salam-salam lagi..
Masuk kereta emm.. termenung sekejap! pas tu tanya ayahnya "macam mana orang kat bank tu kenal Dalili ayah? " ayah nya pun jawab lah... "kan Dalili dah fames amos... sekarang...!!  nama selalu keluar dalam blog mak.." waaaa.... member pun apa lagi.. tersenyum simpul lah... tu lah yg sibuk nak buat blog tu.. aduyaiii Dalili.. anak omak!! kwang.. kwang.. kwang.. sabor je le...


Semalam ita dok buat roti, dok melayan anak dara sorang ni.. emm.. bila dah dia dok mengadap komputer semua blog dan FB mak dia habis dia dok selongkar.. Pas tu dia nampak lah ada orang tag roti ni kat wall dan minta maknya buatkan.. katanya macam papan chess yg dia dok selalu main dgn abang dia.. Dalam gambar tu tak di sertakan resepi. Jadi terpaksalah ita terjah dapur Ros untuk cari resepi yang sesuai untuk bun ni.

Resepi dari Ros Jintan manis yang memang pakar dalam pembuatan roti. Sedap roti ni lembut dan sangat gebu. Tapi kali ni ita tak letak inti. Ita buat bun manis aje berperisa coklat dan vanila. Terima kasih pada Ros yang sudi sharekan resepi bun ni. Ita minta izin untuk salinkan semula sekali lagi di sini.
Tapi sebelum tu ita minta maaf sebab ita tukar nama bun ni, bukan apa mudah untuk ita buat rujukan.. maaf ye Ros!


CHECKERED BUN
Di adaptasi dari resepi :
BUN PANDAN
By : Ros
Rujukan : Bukan Sekadar Masakan

250 gram tepung roti
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
2 sudu besar waterrox
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit paste vanila
sedikit choc emulco


Kalau ade breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh kecuali paste vanila dan choc emulco dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua , dalam bekas adunan kecuali paste vanila dan choc emulco, dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2 bahagian
1 letakkan paste vanila
1 lagi letakkan choc emulco
uli sekali lagi hingga adunan rata

Bulat-bulatkan bun 6 biji setiap satu warna.
Susun dalam loyang 8x8 inc
Tutup doh dengan towel dan simpan di tempat yg hangat hingga doh naik 2 kali ganda.
Bakar pada suhu 180 darjah selama  20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.
Setelah masak sapukan butter atas permukaan bun, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.

WATER  ROUX 
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pada suhu bilik baru lah digunakan.

13 comments:

cik cek said...

Dalili...peneman setia Ita ek...kalau tak de dia kat rumah tu confirm Ita rasa lain kan...sicomel yg makin menawan...mcm mama dia la kan....
he he...request anak2...comelnya bun2 tu....mesti suka Dalili kan...pemintaan dipenuhi...beruntung Dalili ada mama rajin cam Ita....:D

NoorMasri said...

Assalam.....cute nya roti Ita.....bak seketul nak cicah kopi O panas !

Junie Octovian said...

Salam Ita...
Akak ni sekejap timbul dan selalu je ketinggalan KTM ke selatan tu. Weekend sekarang ni sibuk dgn weddings sana sini.
Anyways...seronok masuk blog Ita yg rajin bercerita kisah anak perempuan tunggal tu. Harap dapat menerai roti resepi Ita ni....entah bila. Thanks 4 sharing.

siti said...

Adoiiii jd lapor tgk kak ita punya roti ni....

CT Delima said...

As'salam Ita

Meroti nampak..! nak 3-4 ketul lah nak celup ngan air milo..hehehe

ct pun dah lama tak meroti ni Ita. BM tu dok betapa lama juga jangan merajuk terus tak nak gerak sudahh!..hehehe

Gee® said...

Waaah... dh femes si Dalili tu yer... cam mak dia jugak, chef pro gitu!! hari2 tayang resepi2 hebat... tabikk la kat Ita nih!!

Akak Kembang said...

anak pun glamer sekali ek Kak Ita..hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hehe.. gelak baca kisah dalili ni... mesti sedang dilamun angan2 jadi sang puteri yg dikenali ramai bila dah ada blog nnt.. semestinya dalili akan punyai ramai peminat nnt sebab dalili sangat comelllll sama mcm mamanya juga yg sangat jelita.... peramah & baik hati bijak berkata2.. tentu disenangi oleh sesiapa saja tak kira di dalam blog maupun di luar....

roti2 yg terhidang tu ada lagi tak dalili? sedap ni cicah ngan nescafe panas2... hujan2 gini.. mmg sesuai sgt mkn roti kan.. sbb musim ujan ni perut selalu je mintak di isi.. hehe..

Ummi said...

Assalam Ita...apa kabor...adeei lama x bersiaran, baru blk bercuti2, tp x baru gak la..dh 2 hari dah, duk menyetel kain baju n rehat2..malas nak jenguk blog..hehhehee.. NI baru jenjalan...cantiiiiikknyaaa roti dam Ita tuh..elok sama besar jeeek..bagai diukur2... :))

Ummi said...

Ooppsss! Baru perasan Ita punya 1st bloggersary....tp akak dah tulis pjg kat entry tuh...hehee...

farida tarmize said...

pinjam gambaq ye kak?buat review..xda banyak sangat pon..

nurul huda said...

tertunggu-tunggu jugak entry kak ita semalam.. comel je Dalili.. hehehe.. cantik nye roti.. tp tak berani lagi lah nak buat.. tak jadi nanti kecewa.. heheh

Aini Iskandar said...

wah..bestnye kak ita, teruja saya !!!

Post Top Ad

test