MY 1st BLOGGERSARY - masam manis f

Breaking

Oct 24, 2011

MY 1st BLOGGERSARY

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah SWT yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, para keluarga dan sahabat baginda dan juga mereka yang mengikuti petunjuknya hingga ke akhir hayat


Syukur Alhamdulillah....
Meskipun sibuk dengan tugasan harian menguruskan keperluan keluarga, ita tetap memperuntukkan sedikit waktu untuk berkarya. Biarpun tidak sehebat mana, demi semangat untuk menghimpun koleksi resepi pilihan keluarga juga koleksi resepi yang telah ita cuba ita gagahi jua...


Syukur ke hadrat Mu Ya Allah...
Yang memberikan ita kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan ini.
Pejam celik, pejam celik.. sudah setahun ita memerah idea dan keringat dalam bidang baru yang ita ceburi ni. Ini lah usaha ita untuk mengumpul dan menghimpunkan segala koleksi resepi yang telah ita cuba yang juga kini menjadi hidangan yang sangat istimewa di hati kami sekeluarga.


Terima kasih kepada suami yang sangat memahami, pada anak2 yang meniupkan semangat, kepada ibu dan bapa yang banyak memberikan tunjuk ajar serta kepada rakan2 dan sahabat-handai yang sentiasa memberikan sokongan. Tanpa kerjasama yang kuat, pastinya impian ini tidak akan terlaksana...

Tapi ita percaya, jika dihati ada niat ikhlas dan jujur dalam apa jua yang kita lakukan, insyaAllah.. pasti akan tercapai apa yang dihajatkan.
Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua dan yang lebih penting lagi kita sama2 beroleh kerberkatan daripada ilmu yang Allah Taala berikan..


Bersempena dengan setahun usia blog ita, marilah kita sama-sama soroti beberapa resepi yang menjadi kenangan terindah buat ita dan keluarga, resepi yang kini menjadi sangat istimewa di hati ita, resepi yang banyak sangat dugaannya di mata ita dan  foto2 yang menjadi kesayangan ita. Setiap resepi yang ita sharekan di sini adalah ikhlas dari hati ita,tiada niat yang tersurat atau tersirat...

RESEPI PILIHAN ITA DAN KELUARGA
8 resepi yang telah menambat selera ita dan keluarga dan ita meletakkan resepi ni dalam kelasnya yang tersendiri. Terima kasih kepada mereka yang sudi kongsikan resepi ini.. Anda juga patut mencuba dan rasai sendiri keenakannya...



Sebenarnya banyak lagi resepi yang sedap2 dan ini adalah antara yang benar2 memikat selera ita dan keluarga.
Resepi di atas ini tidak mengikut turutan ye sebab semua resepi ni memang benar-benar memikat selera ita


RESEPI MENDAPAT RATING TERTINGGI
Antara resepi yang menjadi pilihan pengunjung Masam Manis. Adakah anda juga tertarik dengan resepi ini?? Anda yang membuat pilihan....




Resepi di atas mengikut turutan pengemar

ANTARA YANG MEMBERIKAN CABARAN
Ini pula adalah antara resepi yang memberikan cabaran pada ita. Adakan anda juga menghadapi cabaran yang sama ketika menyediakan hidangan ini..??


BISKUT TEMBIKAI by Kak Wan
Inilah cabaran yang paling hebat bagi ita sepanjang setahun ita berblog..
Makkk aiii... memang betul-betul mencabar buat biskut ni.. dah lah buat dalam bulan puasa.. Lepas buat kepingan yang terakhir ita terus tersandar.. macam ade bintang pusing-pusing atas kepala.. aduyaiii...
Pas tu dah tak leh nak berjalan.. dah rasa macam nak tanggal pinggang ni.. terus terbongkok-bongkok macam nenek kebayan.. sampai Dalili kata mak dah kenapa mak?? nak tongkat tak?? hihi
Malam memang terbongkang tidur kepenatan.. memang serik dan tobat ya amponnnn... memang tak nak buat lagi lah rasanya..
Bak kata perpatah 'kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak di duga.. '


Cabaran kek ni sangat hebat hingga ita sudah hampir putus asa untuk mencuba. Setiap hari ita akan belek FB rakan2 yang dah mencuba, ita baca setiap komen yang di berikan sehingga ita betul-betul temui kaedah yang berkesan bagaimana cara untuk dapatkan kek yang cantik dan gebu! Terima kasih kak Munira atas cabaran ni..
Kata orang.. 'usaha tangga kejayaan'

Sebenarnya ita bukan pengemar kek buah. Ita buat kek ni atas permintaan rakan di FB. Bila mengenangkan masa mengukus kek yang lama ita hampir melupakan permintaan dari rakan FB ni.. Tapi atas rasa keikhlasan akhirnya ita buatkan juga.. Selepas habis mengukus 4 jam, gas pun habis... ita mengurut dada tanda syukur kerana kek ita terselamat dari mangsa tong sampah..
Bila ita rasa kek ni alhamdulillah kek ni sedap!
Tu lah kan... 'tak kenal maka tak cinta'

Kek ni ita buat atas faktor tergoda dengan kejadian kek yg begitu memikat! sedangkan ita tahu berat ita sudah melepasi garisan berbahaya... hihi. Kerana terlalu teruja ita buat kek ni tanpa rasa bersalah kerana menggunakan biskut yang tidak disarankan dan biskut yang tak mencukupi.. dan akhirnya 'kalau tak de rotan, akar pun berguna juga'

Membuat macaroon memerlukan penelitian. Ita mengambil masa yang lama untuk membuat macaroon. Ita study setiap cara membuat macaroon di google dan youtube. Setelah ita dapatkan cara pembuatan yang jelas barulah ita memberanikan diri mencuba. Alhamdulillah percubaan ita berhasil.. Cabaran macaroon memang hebat.. dari permulaan kita membuat sehingga lah akhirnya.. hingga kini ita masih lagi terpaksa menjawab setiap pertanyaan berkenaan macaroon dari rakan2.. ade yang happy kerana macaroon di buat jadi dengan cantik! tak kurang juga yang bising2 bila macaroon yang di buat tak menjadi..  apa yg ingin ita katakan ...
'kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya...'

Selain dari cabaran dalam menyediakan setiap hidangan, ita juga menghadapi beberapa lagi cabaran yang kadang kala buatkan ita surender..


CABARAN FOTOGRAPHY
Merakam foto bukannya senang seperti yang disangka. Kadangkala, hasil foto yang dirakam tidak sempurna dan kurang menarik. Untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik juga memerlukan kesabaran. Banyak faktor yang menyumbang kepada keindahan sesuatu gambar. Cabaran yang selalu di hadapai setiap kali mengambil gambar adalah faktor cahaya.

Tidak sempat menetapkan setting yang bersesuaian dengan keadaan cahaya. Oleh itu sesetegah situasi yang sudah di rakam tidak mungkin dapat diulang kembali. Kadang-kala bila dah siap masak dan bersedia untuk foto shoot, tiba2 hujan turun dengan lebat. Bila hari hujan keadaan cahaya menjadi gelap dan suram. Kekurangan cahaya membuatkan sesi foto tidak dapat berjalan dengan lancar. Kadang-kala ianya membuatkan ita hilang sabar astragfurullahalazim.... ya Allah ampunkanlah ketelanjuran hambamu ini..


Ada sesetengah makanan yang boleh kita simpan untuk diambil gambarnya ketika cuaca cerah tapi ada yang tak boleh seperti kuih muih, nasi, dan lauk pauk..

Ada masa bila ita dah siap masak, dan bersedia untuk foto shoot cahaya pula terlalu terang contohnya pada waktu tengahari. Makanan pula tidak boleh di simpan untuk diambil di sebelah petang kerana sura-suara sumbang kat belakang dah berbunyi... " aiiii... bila nak makan ni...??" aduyaiiii... sabor je le...


CABARAN INTERNET
Internet juga merupakan faktor penyumbang utama dalam ita berblog. Ialah kalau tak de internet tak de lah blog ita ni kan.. Bila internet tenatttt... maakkk aiii.. sabor je le.. memang amat menduka citakan.. pulak area rumah ita ni memang sukar sangat nak dapatkan line. Kadang kala terpaksa dok usung latop ni ke hulu ke hilir untuk dapatkan line.. Memang sangat mencabar!


Pelbagai cabaran yang harus ita hadapi dalam berblog. Bak kata perpatah di telan mati emak di luah mati bapa.. Dunia berblog pada ita sangat hebat. Ia membuka mata dan mida kita, Kita dapat menilai hasil karya sesorang.. keikhlasan, kejujuran dan keegoan bloger menulis. Semua menjadi asam garam dalam kehidupan bloger... Apa yang ingin ita katakan.. hanya jauhari mengenal manikam

Pada kesempatan ini juga ita ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pengunjung setia Masam Manis. Kalian adalah nadi Masam Manis tanpa kalian Masam Manis tak berada di sini...


Penghargaan juga tidak dilupakan kepada semua rakan2 bloger dan FB yang sama2 berkongsi resepi, cerita suka dan duka.. Daripada Allah SWT jua dipohonkan ganjaran untuk semua pihak yang sudi berkongsi dengan ikhlas... bak kata pepatah... Ular menyusup akar tak kan hilang bisanya.. amboiii... banyaknya peribahasa dah macam Karam Singh Walia pulak rasanya.. hihi


Jutaan terima kasih juga kepada tulang belakang ita selama ini yang banyak memyumbang kepada terlaksananya impian ita. Tanpa kru-kru belakang tabir ita ni,  pasti tiada juadah istimewa untuk disajikan...


Sepuluh jari disusun , mohon maaf dipinta jika ada kekurangan atau setiap resepi yang di sharekan tidak menepati citarasa anda semua. Jika boleh ita ingin menjadikan setiap resepi yang ita kongsikan adalah resepi yang terindah buat ita dan anda semua. Sesungguhnya yang  baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kealpaan ita sendiri..


Akhir sekali ita memohon kehadrat Allah SWT agar usaha yang kecil ini di terima Allah SWT sebagai amal jariah dan mendapat keredaan Nya di dunia dan akhirat...

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
'Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Allah semata-mata, dan mendirikan solat, serta mendermakan sebahagian daripada apa-apa yang kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara berterang-terangan, dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik, mereka itu semuanya adalah di sediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat'


Menuai padi habislah sudah,
Jerami emas disusun rapi,
Kerjanya ibu memang tak sudah,
Pahala besar diakhirat nanti

Jika rusa masuk ke taman,
Belailah ia jangan di buru,
Jika muda jadikan teman,
Jika tua jadikan guru.

Wasalam.....

173 comments:

Don't Afraid to Try said...

Congrates kak ita...

first time tgk blog akak terus jatuh cinta....ur blog mmg special sgt..resepi2 akak dlm ni mmg buat sy jatuh cinta...tp hasil kerja sy xsecantik kerja akak...tp rasanya mmgs edap..hrp akak dpt bg tunjuk ajar pd sy...

mala said...

congratulations on your 1st anniversary!

Antan Bertingkah said...

Tahniah Ita... Happy 1st anniversary ye....

Azlita Aziz said...

Terima kasih Travel&Food Lovers

Azlita Aziz said...

Terima kasih mala

Anonymous said...

tahniah akak...semoga terus sukses !!syok aa tgk gambar cantik2 tuh...

MiNaH nGokNgEk said...

congrats kak....selama setahun akak curahkan segala ilmu pada suma hamba Allah yang buta masakan....satu tempoh yang tak terkira ganjaran pahala yang akak dapat di atas keikhlasan akak berkongsi ilmu tu....terima kasih kak =)

Azlita Aziz said...

Terima kasih Antan Bertingkah

Azlita Aziz said...

Terima kasih chikadakbiru

Little Miss Yana said...

K.Ita @ Masam Manis...
Selamat ulangtahun yg pertama...Moga blog Masam Manis akan lebih happening di masa hadapan...;P. Thanks for the great & delicious recipe ye...;D

Junie Octovian said...

Happy 1st Anniversary Azlita @ Masam Manis........

Azlita Aziz said...

Terima kasih Minah.. :D
terharu akak...
setiap ilmu itu datang dari Nya jua..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Miss Yana

Azlita Aziz said...

Thank You Junie Octovian

nam@along said...

"Hepi anniverseri Masam Manis"..harapan agar bertambah berseri2 di masa hadapan..sememangnya 'masam manis' memang telah berjaya menambat ramai ramai blogger masakan..tahniah!

kakwan said...

Happy Bloggersary Masam Manis, hasil kerja yang kemas, kreatif dan photography yang sungguh cantik, hasil kerja yang sungguh sempurna seperti seorang pro.. Tahniah semuga terus berkarya ...
Salam sayang Kakwan :)

zura said...

congrats kak ita..

zura baru nak bertatih2 dlm dunia blog ni,, kak ita dh menyambut ulang tahun.. semoga terus kreatif.. chaiyok2..

Azlita Aziz said...

Terima kasih nam@along
insyaallah doa-doakan semoga masam terus subur ye!

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak Wan..

Terharu ita kak wan.. terima kasih juga atas segala resepi dan tunjuk ajar yang kak wan kongsikan..

Kak Rose said...

Tahniah Ita... dalam setahun ita berjaya mengumpul hampir 3k follower and almost 2million pengunjung, yg sangat beyond reach buat kak rose!

jeles dengan kerja ita yg sangat perfect... teruskan berkarya dan terima kasih kerana banyak pandaun n tunjuk ajar yg kak rose dapat dari blog Masam Manis

Happy 1st anniversary.

Azlita Aziz said...

Terima kasih Zura..
Semoga blog Zura juga terus suksess!

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak Rose

terharu ita, terima kasih kepada semua yg setia mengunjungi masam manis

Sama-sama lah kita memeriahkan lagi bloger masakan.. :D

Ida,Japan said...

Hepi 1st blog anniversary kpd Masam Manis.....keep up more & more ye k'ita..tak tau nk kata apa, masuk sini mmg terpegun sgt2 dgn keseniaan air tgn akak

Cheq Sue said...

slmt ulangtahun pertama MASAM MANIS... semoga kak ita akan terus menampilkan karya2 yang menggugat pandangan mata, menggoda hati untuk mencuba dan sama berkongsi cerita... semoga sukses selalu

quinnie said...

terima kasih kakita..tak sangka nasi ayam ipoh tersenarai dalam list akak tu...:)

happy anniversary...tahniah...tiap2 hari mesti nak tengok hasil masakan akak ni...sebab saya suka cara akak yg kreatif...:)

Unknown said...

tahniah kak & happy anniversary 1st "MASAM MANIS" jujur lia b'tau..sehari x masuk sini rasa mcm resah gelisah...suka tgk hasil air tangan kak ita yg cantik n kemas...byk juga resepi kak ita yg lia dah cuba n menjadi kesukaan anak2 n suami...terima kasih kerana b'kongsi ilmu dgn kami....

Hanim said...

happy anniversary k.ita...saya xpandai lg buat macaroon. 1st buat xmenjadi dan kenaq cuba lagi hehehe. TQ segala tunjuk ajar.

Anonymous said...

Happy 1st Anniversary to masam manis...muga blog kak ita terus memberi sumbangan yang berbaloi utk sesiapa sahaja...muga sukses selalu kak...

cik cek said...

Happy 1st Blog Anniversary....Tahniah...teruskan berkarya...berkeiatif...sememangnya MasamManis punya kelainan dan identiti tersendiri.....Syabas!...:D

Azlita Aziz said...

Terima kasih ida,

terharunya.. :D

Azlita Aziz said...

Terima kasih Cheq Sue..

Insyaallah.. doa-doakan ye..

EmbunRosaliza said...

Assalam ita,selamat ulang tahun pertama masam manis, walaupun baru tahun pertama, tapi masam manis tersangatlah popular dikalangan blogger. Ita pun tidak kedekut ilmu untuk dikongsikan bersama

Azlita Aziz said...

Terima kasih Quinnie..

Yup! nasi ayam tu memang sedap gilerrrr... akak memang sangat bersyukur kerana dapat berkawan dengan mereka2 yang baik hati dan ikhlas berkongsi...

Ia bukan sahaja dah menjadi kesukaan akak dan keluarga malah turut di minati oleh rakan2 akak yang lain.. semoga Quinnie diberikan ganjaran pahala dariNya setiap kali nasi ayam Ipoh itu di cuba oleh hambaNya..

Terima kasih banyak2 ye Quinnie..

bunga matahari said...

Tahniah kak ita !! selamat ulang tahun yang pertama....terima kasih di atas idea2 dan resepi2 yang dikongsi....

Azlita Aziz said...

Terima kasih Mamamya..
Terima kasih lia.. terharu akak..

Setiap yang baik datang dariNya juga...

Unknown said...

salam kak ita, tahniah atas ulangtahun masam manis pertama,moga2 bertambah meriah blog akak di masa akan datang dgn resepi2 dan gambar2 yg lebih 'happening'.sy mmg sgt suka tengok gambar2 akak, cer akak buat cerita pasal cara2 akak buat photo shoot tu nanti, pasti ramai yg tak pandai macam saya ni suka sangat,apa 'probs'nya,backgoundnya,camera settingnya dll berkaitan food photography.terima kasih kak ita...

Azlita Aziz said...

Terima kasih Hanim
tak pe Hanim jangan putis asa ye! cuba dan cuba lagi..
Usaha tangga kejayaan...

Azlita Aziz said...

Terima kasih Ummiakid @ lily :D
insyaallah..

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak Cek..
:D

Azlita Aziz said...

Terima kasih EmbunRosaliza
terima kasih sangat-sangat...

mamanajmi said...

Tahniah & Happy 1st blog anniversary MASAM MANIS. Moga usaha K.Ita sentiasa diberkati & diberi kesihatan yg baik oleh Nya untuk terus berkarya & berkongsi ilmu dgn kami semua. Gembira & bertuah sungguh dpt kenal dgn K.Ita w/pun hanya di alam maya...

Azlita Aziz said...

Terima kasih juga bunga matahari :D

CA said...

Salam Kak Ita..

Tahniah and hepi anniversary blog masam masam manis.

Ternyata usha akak membuahkan hasil dan memberi kesan yang besar kepada mereka yg mwngunjungi blog akak...

Terima kasih atas sgala perkongsian yg telah titipkan dalam setiap entry..

Moga terus berkarya...kerana blog akak memang kreatif dan sentuhan akak buat sy terkesima dan kagum...muah2..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Ummi Nor..

Insyaallah nanti akak akan ceritakan.. ramai juga yang minta akak sharekan..

kalau ada kesempatan akak akan buatkan..

norhanim md zain said...

Happy 1st anniversary..Teruskan dgn karya karya yang cukup mantap..tak lengkap rasa nya kalau sehari tak buka blog ita..Terimakasih jua atas tunjuk ajar dan menu menu yang semuanya menjadi..Happy 1st anniversary..

iva said...

congratulations kak. baru terjumpa blog akak and sangat impressed la! will definitely be following you blog. Love the recipes and photos!

Iva
http://www.inmystudio.com.au

Miesah Sapian said...

HAPPY 1st ANNIVESSARY...TAHNIAH krn BLOG anda adalah yg TERBAEK! TERUSKAN USAHA BAIK DN MURNI ANDA..SAYA SELALU KE SINI..WLPUN SETAKAT DI ALAM MAYA IANYA AMAT MENYENTUH JIWA..SEMOGA DPT MYAMBUT UTK TAHUN2 YG AKAN DTG..INSYALLAH...

Azlita Aziz said...

Amin....

Terima kasih mamanajmi
akak pun gembira dan bertuah dapat kenal dengan mamanajmi dan rakan-rakan bloger yang lain..
semoga persahabatan kita terus kekal selamanya walaupun hanya di alam maya..

JaSSNaNi said...

Hepi 1st aneversary ye... :) semoga terus success dan berjaya dalam menghasilkan karya2 di dapur.. :)

Azlita Aziz said...

Wasalam Cha

Terima kasih ye Cha..
terharunya... :D

Azlita Aziz said...

Terima kasih Norhanim...

Azlita Aziz said...

Terima kasih iva
Salam kenal dari akak..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Miesah...

insyaallah.. doa-doakan semoga masam manis terus subur dalam menyumbangkan idea..

Azlita Aziz said...

Terima kasih JaSSNani..

:D

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita,
Tahniah diatas ulangtahun yg PERTAMA!!!
Banyak dah resipi dr blog akak yg telah menawan anak tekak & perut Nina sekeluarga. hehehe . . .. .
setiap hari pasti nk tengok n3 akak, kalau tak rindu bertahta.... kalah org bercinta tau... hik hik hikkk
teruskan berblog kerna Nina pasti ramai sayang kak ita dan sentiasa tertunggu2 n3 terbaru akak.
All the best & Good Luck :)

ikhlas,
Nina Mirza

K.Nor said...

tahniah ita.. semua ni adalah pinjaman Allah juga.. semoga terus sukses.. :)

mas said...

Tahniah ita. Semoga lebih sukses di masa depan. Teringin nak gi rumah ita. Agak2 kalau akak balik jb, nak singgah rumah ita, sudi terima tak?

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam nina Mirza

Terima kasih ye Nina..
Terima kasih juga kerana sudi mencuba resepi dari masam manis

aduyaiii... terharu akak..
insyaallah doakan yang terbaik buat Masam Manis

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak Nor..

Betul tu kak Nor.. ini semua hanya pinjaman dari Nya...

Semoga ilmu yang baik akan mendapat ganjaran dari Nya..

Unknown said...

assalamualaikum kak
congrats on yr 1st anniversary..teruskan usaha untuk berkongsi resipi2 menarik..saya selalu menjenguk blog ni dan juga di FB..the first thing yg buat saya melekat ialah gambar2 yg sgt cantik dan menarik..sampai sgt teruja nak cuba..yr blog jd inspirasi bagi saya yg baru2 balajar masak resipi2 baru..teringin juga satu hari nak ada blog camni..kena belajar lagi nampaknya...keep up the good work sis..wasalam

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak Mas...

Insyaallah kecil tapak tangan nyiru ita tadahkan...

boleh kak apa salahnya.. janji akak bagi tau bila akak nak datang.. takut pulak kalau datang langkah kiri.. hihi :D

Liza said...

Salam kak ita...happy 1st anniversary masam manis...teruskan usaha akak utk berkongsi resepi dan karya akak..semoga Allah merestui apa yg kita semua lakukan..Aminn

Leen Loyangkuih.com said...

As-salam dan Tahniah Kak Ita...I do enjoy your blog walaupun selalu salin jek resipi (buat entah bila..heee)...I started as a food blogger jugak kak to get friends and link...dalam tak sedar minat bercambah dah jadi bisnes lak... but I appreciate semua kawan blogger yg ikhlas share resipi ... tengah skodeng dslr ni kak, nanti ajar leen..heee... congrats again sis...

Azlita Aziz said...

Terima kasih Pearl..
terharunya...
insyaallah akak doakan semoga blog pearl juga akan suksess..

sama2 lah kita belajar dan menimba ilmu..

Juwita Jamaludin said...

Happy anniversarry masam manis.. Masuk sini memang selalu teruja dgn hasil kerja akak .. Keep it up kak... Moga perkongsian ni membawa kebaikan buat kita semua... Sgt kagum dgn gambar2 akak thanks atas tunjuk ajar..:)

KOALAJEPONG said...

hepi 1st anniversary kak ita...sy mmg suka blog masak2 kak ita...selain drpd resepi yg best2, gambar pon cantik2 blaker...

Azlita Aziz said...

Terima kasih Liza...

Ya, semoga perkongsian ini mendapat keberkatan dari Nya..

MamaFaMi said...

Happy first bloggesary to Masam Manis. Semoga Ita akan terus berkarya dan semakin mantops. Amin.

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Leen..

terima kasih...

tahniah juga dari akak kerana dah jadi bisness women!
semoga Leen juga suksess...

insyaallah.. nanti kita belajar sama2 ye!

Azlita Aziz said...

Terima kasih Juwita..

Semoga ianya membaewa kebaikan buat kita semua..

Akak juga dah ternampak2 akan muncul lagi pelapis bloger masakan yang hebat.. akak doakan blog Juwita juga sukses.. teruskan usaha dlm menimba ilmu dan pengalam...

Azlita Aziz said...

Terima kasih KOALAJEPONG...

terima kasih sangat2.. :D

Azlita Aziz said...

Terima kasih MamaFami...

mama juga sumber inspirasi ita..
terima kasih atas sumbangan resepi dan idea..
hanya Allah juga yang dapat membalasnya...

ZarinAziz said...

Salam Kak Ita...

Selamat ulang tahun yg pertama MASAM MANIS...semoga blog ini akan terus kekal dan terima kasih kerana sudi berkongsi segalanya disini...banyak ilmu yang saya peroleh disini...

Faz Abas said...

Congratulations! I love your blog ~ nice recipes and pics as well, keep up the good work :)

Btw, it is an achievement to have thousands of followers within one year!

Azlita Aziz said...

Wasalam....

Terima kasih Zarina...

Semoga terus memasak resepi istimewa untuk insan tersayang..

zawani yusoff said...

congrates kak ita...moga2 lps ni lagi bnyk mknn sedap2 n comey k.ita akan hasilkan(*_*)

Azlita Aziz said...

TQ Fas Abas, Congrat to you too. Actually its you and the followers who give me the energy. Alhamdullilah

Azlita Aziz said...

Terima kasih zawami...

insyaallah...

salam peluk cium untuk si comel tu ye! cutenya...

Pink Mama said...

Happy 1st Anniversary blog Masam Manis. Kak Ita, ni blog yang saya mesti nak kena bukak hari-hari. Syabas...keep up the good work =)

nieda said...

happy 1st anniversary blog masam manis..
Yes, setiap hari wajib skodeng blog akak. Food presentation sangat cantik membuatkan tergoda untuk mencuba..Hasilnya semua menjadi kecuali kek karamel. Saya buat bila bakar karamel tu tak membeku. Mungkin sebab guna convention oven kot. Ataupu kena tunggu sampai tujuh sumpahan baru menjadi.hehe jokes aje akak.

Jane Chew said...

Well done and happy 1st anniversary of blogging. You really have a fantastic blog which I admire so long but yet to achieved. I always came here to read ur story but this is my first time to drop a note :) you really got talent not only Pandai masak-masak but ur photography skill is awesome and pro. Keep up ur good works and looking forward for more good recipes fr you. Cheers for ur future success!

Azlita Aziz said...

Terima kasih sangat-sangat pink mama..
aduyaiii... terharunya..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Nieda...

tak pe Nieda cuba dan terus mnencuba.. hihi biarpun sampai 7 sumpahan.. kerana berbaloi bila jadi!

Azlita Aziz said...

I can't believed the cutest girl on earth likes my blog. Tq for the admiration Jane. You have a good day now

Roses_Leo09 aka Hanim said...

selamat ulangtahun dan semoga idea2 kak ita akan bertambah tambah tambah .... keep it up. Hanim suka idea2 kak ita. all d best kak ita

lina said...

salam ita - Ibu mithali yg lina layak gelarkan pada ita. ALhamdulilah sekalung tahniah drp lina utk ita anugerah ALLAH utk hambaNYA yg tidak terbilang ita salah seorg insan terpilih diilhamkan oleh ALLAH mempunyai kreativiti yg sgt menarik...sepanjang lina mmenyelongkar blog ita jelas terpacar keikhlasan ita dlm menulis....Lina dpt rasakan...Ini adalah suatu nikmat ALLAH yg tidak dpt di jual beli.
Insya ALLAH jika melakukan nya utk menraih redha dan rahmat ALLAH pasti nya iaNYA tidak di kecewakan oleh penciptaNYA yg ESA.

Puan Eka said...

tahniah akak..sememangnya blog akak memang best!!!!!!!

semoga akak akan terus berjaya....suka sangat tgok gambar2 dlm entry ni....

ada makna

Ibu Lala said...

saya memang wajib tengok blog akk setiap hari. Cantik, menarik tertarik dan sememangnya blog akk the boom. Teringin nak contact akak tapi tak tau cane. Kagum sangat dengan blog akk nih.

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO said...

Salam,

Congratulation on the 1st anniversary....seindah rupa sesedap rasa....itula resepi2 dalam blog kak ita ni...:-)

myamyza said...

WALAUPUN SAYA SUKA MEMASAK TAPI MASA SAYA AMAT TERHAD, BULEH JENGUK BLOG KAK ITA NI MEMANG SORGAA BETUL BAGI SAYA, PUAS HATI DAN KADANG2 JEALOUS.. HUHU.. CONGRATE KAK ITA!..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Congratulation on the 1st anniversary..... betul seperti apa yg kamu tulis bila dah masak nak ambik gmbar cuaca pulak menjadikan masalah dah tu time kita tgh ambik mood nak bergambar ada pulak suara sumbang kat belakang tu mengilai pasal lambat..yelahkan perut dah laparkan.

Sy sendiri tak terkejar masa nak masak dan mengambil gambar masakan elok2 pastu bila nak up entry line tenet pulak slowww...semuanya nya mencabar bagi yg kurang sabar macam saya.

Tapi hasil kerja kamu memang terbaik suka cuci mata dengan gambar2 kamu bak kata CMG blogger masakkan memang byk kerja dan kena byk sabar... kamulah salah satu yg terbaik diantara yg seribu.

Yanti bt Zaini said...

untuk ita,

tahniah, moga terus gigih berkarya dengan kreativi yang tersendiri.

terima kasih, atas resepi yang menarik dan gambar2 yang cantik.

wanmar said...

tahniah kak ita...harap k.ita teruskan berkarya kerana saya begitu meminati hasil seni k.ita...sentuhan tangan k.ita memberi inspirasi kepada maria..teruskan usaha

zihAn said...
This comment has been removed by the author.
Yati said...

Tahniah buat kak ita...first time saya baca blog yang buat celebration annivesary..

ingat lagi first time jumpa blog masam manis ni...jatuh cinta dengan teknik photografi yang bagi saya sangat2 kemas dan cantik...

kdg2 jeles...bukan je resepi sedap..gambar cantik..bahasa pun kemas tersusun

terima kasih juga pada kak ita yang sudi berkongsi dengan kami...blog akak banyak bagi idea dan semangat utk saya mencuba...terutama resepi2 biskut dan kek ...bab2 biskut ngan kek ni saya sangat2 la lemah...tak pandai...huhu

tahniah sekali lagi dari saya

yati
http://my-khai.blogspot.com

zihan said...

congratulation on your 1st blog anniversary!blog ni betol2 mmberi inspirasi pd sy di dapur..sehari tak jenguk blog akak bagaikan kekurangan sesuatu tau even blog sndiri pon x terupdate..hehe btw keep up the good work and salam perkenalan dari saya..:)

salam,
mama zihan

ilahjy said...

tahniah tahniah tahniah
walaupun baru setahun jagung tapi jasamu bak berkurun lamanya.. kak ilah dah 3 tahun tapi masih lembab..hehehe..gmbr2 dan persembahan tak berapa cantik huhuu..
teruskan usaha murni ini dek ita lawa..

Nor said...

Wow..! (tak perlu kata apa-apa) senyum!
Mantap sungguh sambutan anniversary ni, paling suka gambar abang guard 2 org tu, sporting!

Kintan Salleh said...

Selamat menyambut Ulangtahun Pertama ita...intan sentiasa mengikuti perkembangan blog ita nie...memang tak akan miss..semoga terus berkarya dan menemani hidup kami semua..terkadang celoteh dan hidangan yg ita persembahkan mampu menghilangkan kepenatan kami yang berkerja ini...salam sayang dari temanmu dan semoga terus berjaya..amin

ibundo said...

happy anniversary. Really like your blog. Resepi dan gambarnya are amazing.... Menjadi inspirasi kepada pengunjung.

Rinah said...

Happy 1st bloggersary :"D
Tahniah Sis Azlita...

CT Delima said...

Assalamualaikum Azlita

Kupanjatkan syukur kehadrat Allah kerana Ita dapat memberikan yang terbaik buat teman2 semua trmasuklah untuk CT juga. Kerana ilmu yang dikongsikan bersama ini tersangat lah ikhlas maka Allah balasnya dengan kebaikkan juga..Alhamdulillah.

Happy 1st Annivesary Masam Manis. semoga fromintankitchen.blogspot.com ini akan menjadi yang terbaik dimasa2 akan datang. terima kasih untuk segala2nya Ita... muahhhhh!!

~mrs azmi~ said...

happy 1st anniversary masam manis!

tahniah!

suka sangat tengok gambar2 dalam blog akak ni.. superb n creative! ^_^

norhayati said...

tahniah ita...n tqvm coz sudi share smuee resepi yg mmg t'baek r...;-))

SUE said...

Tahniah Ita!! Blog yang sangattttttt cantek dan membuatkan saya sehari tak mengadap blog Ita rasa rindu bangat....Terima kasih diatas kesudian Ita berkongsi resepi yang sedap2 , dengan gambar2 yang menarik dan begitu kreatif.....Happy 1st Anniversary Ita @ Masam Manis.....

azizah@cutemamadelicacies said...

Alhamdulillah dan tahniah ita.. kzah minat sngt2 kunjung blog ita. memberi inspirasi yg berkobar2 mula berbloging. walaupun tk sehebat blog ita, kzah rasa hapi dpt kongsi resepi kpd yg sudi ke fb dan blog kzah. Izinkn kzah link blog ita ke blog list kzah. Semoga ita truskan apa yg ita lakukn skrg.

Mie said...

Happy 1st Anniversary Masam Manis..!!
Tahniah kak Ita..!!
(^___^)

Yat Maria said...

Happy 1st bloggersary, MMM!

Your blig rocks Ita!! mudah2an lebih banyak lagi tersiar resepi2 yg power2 & gambar2 yang fantastic..Gd job Ita..Well done!

Anonymous said...

Tahniah and Happy Anniversary Masam manis . GambarII yang sangat menarik dan terima kasih atas resepi dan idea .

eliyaezlinalias said...

Tahniah kak ita!!!
Sentiasa kagum ngn keSENIan akak tu!
sukeeee lah!

Mimiey.. (^-^) said...

happy 1st anniversary Masam Manis!!!!!

Unknown said...

Salam kak ita..congratulation on 1st anniversary of Masam Manis..semoga akak tak jemu2 menyumbang hasil air tangan akak untuk tatapan fan semua...

Yatie said...

Happy 1st anniversary of Masam Manis Ita, Tahniah...tahniah...tahniah....Yatie tumpang gembira dan berbangga dngn pencapaian yg sungguh membanggakan ini. Moga Ita terus berkongsi resepi dan idea2 yg mantap pada kita semua. Sayang Ita...muahhhhhhsss...

Faeez said...

Happy anniversary! Baru setahun tapi dah macam pro! Terima kasih berkongsi resepi & idea, & beri akak inspirasi utk berblogging. Congrats!

nuazma said...

congratz k.ita..!!! the best blog ever..:)

syhnm said...

Happy Anniversary , u r my inspiration =) Well done!

azie aimee said...

congrat akak....suka tgk blog akak...semoga kita boleh jadi kawan di alam maya ini......

dZana said...

tahniah ita.. setiap hari akk menunggu post2 menarik dari ita.. well done!

rozita-mj said...

wow!!! Tahniah ita sempena 1st Anniversary masam manis..i like..i follow..

ira-meare said...

tahniah kak azlita.terima kasih byk2 sbb sudi share resepi n tips2 yg berguna.moga Allah merahmati hidup kakak,amin....;)

Family Pastry Bakery said...

tahniah n happy anniversary masam manis...1st time tengok blog ni terus jatuh cinta, suka semua yg ada kt cni..GOOD LUCK, semoga terus cemerlang n sentiasa beri yg terbaik...

CT Delima said...

As'salam Azlita

Tahniah!! Happy 1st annivesary buat Azlita Masam Manis. semoga dimasa2 akan datang akan memberikan inspirasi lagi bagi ct untuk memasak ya :)

Rasanya tadi dah tinggal komen, tapi tak tahu mana pegi komen tu :)

darin ulfah said...

Alhamdulillah..moga akak terus berkarya..tiap2 hari saya n the geng buka blog akak..n for ur information..saya n geng pejabat every jumaat buat class memasak mencuba resepi2 akak..teruskan..best sebab akak kreatif..

Gee® said...

Tahniah dan syukur alhamdulillah... resepi yg enak, gmbr yg cantik, celoteh yg menghiburkan... bravo Ita!!

Fauziah Samad said...

Yahooo dah 1 tahun. Kalau anak tu, time ni sedap nak lembung2 dia ke udara, gomol2 dan yang sewaktu dengannya.
Tahniah Ita. Teruskan memasak dan pamerkan kreativiti anda untuk dijadikan contoh kepada semua.

Faeez said...

Happy anniversary! Baru setahun tapi dah macam pro! Terima kasih kerana berkongsi resepi & idea. Semoga terus berkongsi!

cek chun said...

salam k ita, tahniah.
banyak berjasa pada semua pengunjung blog termasuk cek chun juga.

blog wajib masuk hari-hari walaupun komen jarang diberi. hehe

kreatif, kreatif, kreatif!!

zarina said...

Happy anniversary kak. Thanks sebab menceriakan hari dgn resepi yang cantik & menariksssss sekali :-)

Azlita Aziz said...

Terima kasih Hanim...

Azlita Aziz said...

Wasalam Lina..

AMIN..

Terima kasih lina.. terharunya..
tinggi sangat penghargaannya tu lina.. :D
Insyaallah.. semoga semua yang kita lakukan mendapat keberkatan dariNya

Azlita Aziz said...

Terima kasih Cik Eka :D

Azlita Aziz said...

Terima kasih ibu lala

Boleh contact akak kat FB :D

Azlita Aziz said...

Terima kasih Tamar

Azlita Aziz said...

Terima kasih myamyza

Azlita Aziz said...

Terima kasih CT NoArizAh

memang banyak cabaran bila kita jadi bloger masakan..

tapi bila kita dah memilih untuk jadi bloger masakan kita kena lakukan dengan ikhlas dan sabar dgn segala dugaan.. betul kan?

Azlita Aziz said...

Terima kasih juga dari ita Yanti

Azlita Aziz said...

Terima kasih maria..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Yati

suka akak dengan bila blog ini memberikan semangat untuk mencuba kerana itu lah yang akak harapkan agar semua rakyat Malaysia mahir dan rajin memasak..

insyaallah akak akan cuba berikan segala tunjuk ajar selagi akak termampu utk melakukannya..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Zihan..
Ita sangat2 menghargainya..
salam perkenalan juga dari ita..

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak ilah..

akak juga adalah mentor ita..membuatkan ita sentiasa bersemangat setiap hari bila memasak..
terima kasih juga kak...

Azlita Aziz said...

hahaha umi..

abang gurd yang terpaksa dalam rela...
sabor je le... hihi

Azlita Aziz said...

Terima kasih Kintan...

Salam sayang juga dari ita temanmu..
bilalah kita dapat jumpa ye kintan..??
rindu pulak nak jumpa rakan2 lama..

Azlita Aziz said...

terima kasih ibundo... :D

Azlita Aziz said...

Terima kasih Rinah.. :D

Azlita Aziz said...

Terima kasih mrs azmi :D

Azlita Aziz said...

terima kasih norhayati

Azlita Aziz said...

Terima kasih sue...

terharunya ita rasa.. :D

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak azizah..

boleh kak.. nanti ita link blog akak juga ye!

Adnazthie said...

Assalam Puan Ita,

Memang best sesangat g blog ni, keikhlasan tuan rumahnya share resepi n cara membuatnya sangat dikagumi beserta gambar-2 yang sangat menarik, tertarik..memang MALATOP.

Semoga disihatkan dan sentiasa diberkati setiap hasil kerjanya...SELAMAT ULANGTAHUN

ummie-shoppe said...

tahniah kak ita.. kami semua penyokong kak ita.. teruskan berblog.. i love masam manis.. ^_^

Wanieyra said...

Tahniah ye kak....

Ira mmg wajib singgah sini..

S-H-I-M-A said...

tahniah kak ita...blog kak ita masam manis dah setahun....saya suka sngat blog akak smpai satu hari berulang kali tngok x jemu....dan saya slalu mencuba resepi2 kak ita...kak ita x lokek unk kongsi resepi...gambar pon menarik dan mmg jatuh cinta 1st time buka blog kak ita...harap kak ita akan teruskan....muahhh!!!!!!!!

chefamer said...

Tahniah Kak Ita..! blog yg menarik, ringkas, padat & bercahaya dengan gambar yg cukup menarik...(pada mulanya saya sangka ia diambil oleh professional..). Teruskan usaha murni ini, semoga Kak Ita diberikan kesihatan, kelapangan, kebahagian & kejayaan olehNYA.

hani said...
This comment has been removed by the author.
hani said...

happy 1st anniversary kak ita....sy suka tgk blog akak kalau boleh tiap2 hari mesti x miss punya la jenguk blog akak nie...ada jg sesetengah resepi dr k.ita sy dah cuba..alhamdulillah menjadi..so teruskan memblog dan berkongsi resepi yer..tahniah sekali lg..

RYOVZHVR said...

Happy Anniversary kak ITA!!!Dah setahun masam manis yer....tetap manis rasanya..TQ kerana selitkan jugak resepi ryo.Hihi....part macaroon tu,terasa pulak diri ini sebab dam ambik resepi tapi x cuba2 jugak.hahaha...

Tahniah beribu tahniah diucapkan.penulisan pun sgt menarik.suka..........jeles tengok dapur yang cukup indah..Hihi....gigih kak ita berperibahasa..tahniah sekali lagi.

Mieza said...

Happy first anniversary kak ita :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TAHNIAH Ita.. Happy 1st bloggersary.. hehe..

p/s: berdebar2 jugak membaca sorotan sepanjang setahun berblog.. kot2 resepi donut labu akak termasuk dlm list resepi yang mengecewakan Ita.. kekekee... apa2pun.. blog ita adalah antara blog masakan yang paling best sekali yg pernah akak jumpa. Bukan saja masakan yg sedap2 dipaparkan di sini tp juga hasil gambar yang sangat2 menawan hati..

Lelord said...

happy anniversary... tahniah kak ita

izahdaut said...

Happy 1st blogesary.. Smoga trus suksess dan suksess.. Smoga menjadi resmi padi, makin berisi makin tunduk.. Happy alwaz

MyMekar.com said...

Salam Kak,

Selamat Ulangtahun yang pertama.Tahniah. Tapi bila sya dok baca dan belek di sini seolah2 blog ni dah lebih 5-10 thn pengalamannya.

From : mymekar.com

Sheery Dream Cakes said...

Tahniah akak... Happy 1st anniversary buat Masam Manis... Moga terus melangkah maju kehadapan dengan jayanya...

live.love.laugh said...

hepi besday Masam Manis... u r my inspiration.. gud luck

Zarina said...

Happy anniversary... Reading your blog selalu bagi inspiration! Bila tengok jek mesti tergoda nak buat, walhal dah tengok resipi yg sama kat tempat lain tanpa terpanggil untuk membuatnya. Maybe it's your way of wording it, nampak super simple dan very easy to visualize. Keep up the good work.. It's a pleasure to visit your blog...

Unknown said...

Assalam kak ita, sorry tertinggal ketapi saya ni kak..lama tak bw..btw nak wish juga Happy 1st blog anniversary buat masam manis dan tahniah buat kak Ita. semoga Akan terus maju ke depan dgn perkongsian resepi dan gambar yang lebih mantop lagi nanti..Amin.

VeryLawa (Scarfs) said...

Salam akak.

Happy 1st anniversary to MASAM MANIS. blog ni memang best, kawan2 kat opis saya pun dah selalu melawat blog akak sekarang! :)

go kak azlita~ :)

azrinna basri said...

happy 1st blog anniversary to MASAM MANIS...saya doakan akak akan terus menulis lagi sebab saya tiap-tiap hari buka blog akak sebab blog akak salah satu blog yg saya sangat suka baca,juga saya doakan akak sekeluarga bahagia dan dilindungi Allah selalu..amin...

Azira...Nozie...Kechik said...

salam....suuuuuuuuuka sangat. akak nak tahu tak? sebab tgk blog akak la saya pergi buat kek n kuih raya tak pasal-pasal.

Mak, adik2 semua hairan sejak bila anak perempuan dia pandai main tepung...

bertuahnya akak...jadi anak2 akak pon bertuah gak sebab masak mcm2..heheheh

TQ

I LIKE....

Ummi said...

Assalam Ita cayanggg...sori banyak2...baru sempat menjengah sbb akak bercuti ke KL baru2 ni...x on9 langsung...sakan berjalan, hehee... Akak sangat kagum dengan apa yg Ita capai dan kongsikan di Masam Manis selama ini...Ita punya bakat yang sangat istimewa....akak menjadi salah seorang fan Masam Manis jugak...sehari x jenguk x sah nak tengok gambar2 menarik Ita selain resepi yang meletoppsss!! Akak bangga dengan kehadiran Ita di Masam Manis dan berkongsi apa saja dengan seikhlasnya...Moga ikatan ukhwah ini akan berkekalan dan jika ada jodoh, kita berjumpa pula satu hari nnt...Tahniah Ita..Happy 1st Anniversary!! Teruskan kerajinan mu...muaaaahhh!

HaSue said...

Salam kak ita..
sori tertinggal ketapi..
selamat ulangtahun yg pertama buat blog masam manis..
dalam byk2 cabaran tu cabaran internet mmg sinonim ngan blog sy..hehe..

apa2pun semoga blog akak terus cemerlang lagi pas ni ye..n teruskan usaha meninggikn martabat blog masak2..TAHNIAH buat akak n keluarga

Ummi Ayah Baking Spot said...

Tahniah Ita.. memang blog yang menarik tertarik dan debom..

bel said...

salam kak, tak terlambat kiranya zaza nak wish tahniah dan selamat tahun bari 2012...blog yang mendamaikan, kaya dengan ilmu, gambar2 yang hebat. tak kenal pun nakcakap love u jugak....

atymif said...

Tahniah Kak ita, happy 1st anniversary buat blog masam manis, nilah 1st time saya google nak cari crepe durian tapi terjumpa blog Kak ita....first resepi yg saya jumpa is kek coklat indulgence...Sedap bila memandang...belum lagi mencuba...anyway...congrats Kak...teruskan berblog... Tq so much atas perkongsian resepi dr akak...Tq :)

Post Top Ad

test