NASI GORENG TOMYAM - masam manis f

Breaking

Oct 19, 2011

NASI GORENG TOMYAM

Assalamualaikum...

Ingatkan nak masukkan N3 ni awal sikit, tapi disebabkan kesibukkan pada awal pagi, ita dah tertangguh sampai nak masuk petang dah pon kan.. Orang pun dah makan tengahari..  Ita biasa lah kalau dah pegang penyapu dah pegang mop memang tak ingat apa lagi dah mmg akan ralit mengemas rumah..
Lama dah tak kemas rumah.. banyak betul sawang kat siling.. hihi dah macam rumah Dracula pulak!


Sebenarnya ita masak nasi goreng ni semalam, belen nasi tengahari sayang pulak nak buang.. lagi pun kata orang tua-tua tak baik buang nasi nanti rezeki lari.. dari membazir baik ita goreng aje nasi ni dapat juga dijadikan hidangan makan malam kami sekeluarga...

Nasi goreng ni penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Ialah bila balik kerja penat dah petang nak masak pulak menu pelbagai pasti amat memenatkan. Bila memasak dengan muka yang kelat pun kata orang tak baik juga kan.. jadi untuk hilangkan rasa penat dan rasa bersalah dari tak menyediakan hidangan buat keluarga tersayang baiklah kita sediakan hidangan yang ringkas dan cukup lengkap dengan ayam, udang dan sayur- mayur nya..


Resepi kali ni ita ambil dari buku memasak oleh Chef terkenal siapa lagi kalau bukan Kak Liza. Buku 1 Hari 1 Resepi ni adalah antara pruduk terawal kak Liza dan hingga kini ita rasa dah banyak dah buku masakan dari kak Liza di pasaran.. Cubalah dapatkan senaskah.. mudah sebagai rujukan dikala kecemasan.. dan semua resepi cukup mudah dan memang memikat selera.. Tak pernah menghampakan..

Dalam resepi Nasi Goreng Tomyam ni,  kak Liza menggunakan daun ketumbar sebagai pembangkit aroma. Tapi ita ni biasalah kalau bahan dah tak de tu memang malas nak keluar, setakat nak beli secekak daun ketumbar rasanya tak berbaloi.. Sebagai alternatif lain ita gantikan daun ketumbar dengan daun selasih. Uh! sedap jugak tau! harum bau daun selasih juga membangkit selera.. tak nak cuba ke!


NASI GORENG TOMYAM
By: Chef Hanieliza
Sumber : Buku masakan 1 hari 1 Resepi

6 cawan nasi sejuk - diperoi
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm isi ayam
100 gm lobak merah - dipotong dadu
100 gm kubis - dihiris
2 biji telur
3 tangkai daun ketumbar - diracik - ita ganti daun selasih
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering - rendam lembut
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan udang kering

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau
Masukkan isi ayam dan lobak merah kacau rata sehingga masak.
Masukkan daging, sotong, udang, kubis dan garam secukup rasa.
Kacau rata.
Masukkan nasi dan gaulkan hingga rata.
Pecahkan telur di tengah dan kacau rata dengan semua bahan
Rasakan garam
Taburkan daun ketumbar dan gaul semula hingga rata.
Sediakan untuk hidangan keluarga.

17 comments:

Fazlinil Irma said...

kak ita.. udang tu untuk sy ke..? hehe.

JaSSNaNi said...

nyum nyum... kak ita.. sedapnyer nasi goreng tom yam ni.. merah plak tu.. udang bertonggek2 tu yang best.. eheheh

psttt... sama la, nani pun bizi pepagi tadi.. sampai tak sempat nak publish awal2.. ingatkan nak buat awal2 tapi tak mengizinkan...

MamaZana Baharum said...

kak ita.. gbr cantik + menyelerakan.... nyumm...nyum...

Nina Mirza said...

Kak Ita nie sajerr tau!!!
part gambar last - udang nan sekor tuu ....
menggugat sungguh, terliur dah nie...
notty arrr kak Ita nie ;p

liemaopurut a.k.a ana said...

memang mudah tergoda tengok makanan..lagi2 yang ada udang.sotong atau ketam... nampak sedappppp ni.

liemaopurut a.k.a ana said...

memang mudah tergoda tengok makanan..lagi2 yang ada udang.sotong atau ketam... nampak sedappppp ni.

Zalieda Zaliedana said...

Amboi kak ita,sedapnyer nasi goreng..A"ah kak nasi mmg xbaik dibuang,daripada membazir,bek dijadikan nasi goreng yg enak bangat nih kan..

CT Delima said...

Assalamualaikum Ita

Amboiii...makan sedap2 lupa kat ct eh, tak apa ...hehehe

nampak berselera betul nasib baik masuk dapur ita ni perut dah kenyang kalau tak dengan pinggan ayan tu sekali ct telan.. hahaha

dah habis sapa yang makan sampai licin tu ita oii...

ANR said...

wah, ade lagi pinggan ayan ni kak. kite kat umah ade 2 je tinggal. dlu slalu berebut sbb pinggan ni buat nasi cpat sjuk. hahahah

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita..simple tapi janji sedapppp kannnn....

Misz-ella said...

Kalau kita tmbh daun limau purut pastu perah limau dlm cili mesin tu agaknya lg sedap, kan??

icaland pelangi indah said...

mmg sedap nasi goreng tomyam ni. senang,,mudah dan cepat! yg penting sedapppppppp.....

Ummi said...

Weeehh licin dah Ita? Baru jek nak ngendeng ni ha..perut tetiba lapor la pulak...akak pun x buat lgk nasi goreng tomyam resepi kak liza ni kot, lupa daaah...hehee..ke dah penah buat ek...adeeii..kena semak balik...hehehe, meriahnya udang tu Ita oooiii...terus gataii2 rasa...

Martika Diyana said...

nasik goreng tomyam nih maknanan feveret saye.... selal masak kalau takde idea nak makan ape.. yummy.. tq kak :) leh saye advancekan lagi masakan saye :)

mieoney said...

nyum2 sedapnye wpun smlm baru jer mkn...tp bkn sdri masaklah tp sdri order hehe...beli kat kedai tp mmg sedap tul nasi grg tom yam nie...letak sotong and udang mmg mabeles..
tgk akak punye entry nie wat saya lapar nasi grg tomyam...huhu

kavis said...

My fav...I'm always using this kinda method to cook a fried rice but I've never knew it's called Tom Yam pulak hehehe....Gambar kak mmg cantek n very appetizing:)

Sakinah said...

kesukaan saya ni...^.^

Post Top Ad

test