UP SIDE DOWN PINEAPPLE CAKE - masam manis f

Breaking

Oct 19, 2011

UP SIDE DOWN PINEAPPLE CAKE

Assalamualaikum...

Kat luar hujan lebat.. dalam rumah pula gelap gelita. Sejuk aje cuaca hari ni.
Dah minum petang?? Apa juadah istimewa hari ni..??
Tekak ita ni dah berapa hari terasa macam nak makan kek aje.. Jadi terpaksalah merajinkan diri membuat kek petang ni.. Bila dah sorang-sorang kat rumah bila boring aje ita pun kedapur lah dan cubalah resepi dari kawan2..


Hari ni ita buat kek Up Side Down Pineapple Cake. Sebenarnya dah lama nak buat kek ni. Tapi tau jelah ita ni bukan boleh nampak nenas dalam tin tu memang geram aje nak meratah.. Bila bukak aje tin tengok nenas tu dah terliur hasrat tuk buat kek pun terbantut.. Aii tak boleh jadi kali ni mesti jadi.. kuatkan semangat, tahankan nafsu dan pejamkan mata..


Resepi kali ni ita menyelongkar dari dapur CMG bloger masakan yang sangat di kagumi ramai. Rata2 kalau sebut nama CMG pasti semua terbayangkan teffin biru milik anak muda Sedenak ni kan?? Bloger masakan yang cukup popular dan sangat hebat di dapur.. memang cukup mengagumkan..

Dari masakan tradisional, western, kek dan pastri yang di sajikan buat tatapan setiap tetamu yang bertandang ke teratak Dapur Tampa Sempadannya..
Serba boleh.. itulah ungkapan yang dapat ita katakan tentang CMG. Ita dengar CMG bukan sahaja minat memasak tapi pandai juga dalam seni sulam menyulam.. Memang cukup berseni.


Hari ni kita intai pula resepi kek ni. Kek ni pun sedap pada tekak ita. Rasanya tidak terlalu manis yang sedang-sedang aje.. Kek dengan hirisan nenas dan cerry merah memang membuka selera sesiapa aje yang memandang. Tekstur kek sangat lembut! Tapi ita buat dalam loyang angel pan. Loyang ni biasa kita gunakan untuk membuat kek Chiffon.

Rasa-rasa ramai yang dah mencuba kek ni. Kali ni giliran kek ni singgah di dapur ita. Terima kasih kepada CMG yang sudi kongsikan resepi kek ni dan akak minta izin untuk share di sini pula. Untuk melihat cara-cara membuat kek ni step by step silalah singah ke Dapur Tampa Sempadan mat dah tunjukkan bagaimana nak membuat kek yang cukup simple ni..


UP SIDE DOWN PINEAPPLE CAKE
By : CMG

2 tin nenas berkaleng dalam tin (seperti gambar dibawah), ditoskan
Ceri merah secukupnya
250 g mentega
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
135 g gula halus
135 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
1 camca teh esen vanilla


Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega
Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar
Sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2).
Ketepikan.
Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih
Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Gaul rata dan ketepikan.
Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih
Masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental.
Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
Tuang dalam tin tadi dan ratakan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2.
Sejukkan kek sebelum dihidangkan.
Kek ni memang sedikit turun bila masak.
Kalau suka boleh sapu dengan piping gel atas permukaan nenas untuk nampak lebih berkilat


11 comments:

Nazrah said...

mesti rasa masam manis... macam tajuk empunya blok...menarik kak ita

Wani SK said...

SALAM KAK ITA..

patutla wani dok rasa macam ada orang buat je kek ni ,, neh x sangka kak ita yang membakingya hihi.. kak ita nak tanya yang loyang kek chiffon tu dia ada saiz jugak ke ,, yg ni kak ita guna berapa inci ...

mimie said...

bila2 nak try ler....
suka sangat blog akak ni...
menjadi kewajiban betandang bila ol...
hope you will like mine too ... :)

Kak Ti said...

Bravo kak ita.. Cantik dan tinggi kek nenas terbalik ni.. Ni favorite sy, lama dah x buat. Sy biasa tabur sikit brown sugar sebelum susun nenas.. X pasti jugak effect dia hehe

Totie@Tomy said...

wah sedapnya..tak pernah lagi makan kek ni..nampaknya tahun depan beli oven kena try buat kek ni..

Kak Nik Ja said...

tengok ita buat semua nampak menarik lahh..tak pa salin resepi dulu ekk!

nonierahman said...

aduyai kak ita,nenas mmg kita gemar betol.xdpt 1 slice cake tue dpt 1 slice nenas pon jadila... ngeeee

Liza said...

Sedapnya...kak ita,kek ni ada tak rasa macam kek ciffon?

Mas said...

kak ita...
meh sepotong kek tu..
cantikknya...

Oh Oeya said...

Dah terasa masam manisnya Kak Ita :)

Layla su said...

As salam kak ita.. sya dah try rsepi ni.. sgt sedap n lembut.. tqsm😘

Post Top Ad

test