PURPLE SWEET POTATO ROSE PAU - masam manis f

Breaking

Oct 17, 2011

PURPLE SWEET POTATO ROSE PAU

Assalamualaikum

Sekuntum mawar merah...
Sebuah puisi..
Untuk gadis pilihan... oooooooooo
Di bulan Febuari.. oppsss.. dah Oktober lah... hihi

Selamat malam semua.. belum  tidur lagi??

Malam ni ita nak sharekan satu lagi resepi yang pada ita sangat istimewa. Rasa2 ramai juga yang dah mencuba resepi ni.. Resepi dari Wendyywy bakal Bloger Masterchef good luck to you Wendy..!!
Singgah aje ke blog Wendy terus teruja.. banyak yang nak di cuba dan banyak yang nampak sangat menarik! Wendy memang sangat berbakat dan sangat kreatif!


Menarikkan nampak pau ni! Hasil sentuhan wendy yang cukup berseni. Sampai ita pun teruja nak mencuba! yang paling ita suka sekali pau ni sangat lembut dan gebu! Kerana ia menggunakan keledek! Wow! menarikkan?? tak pernah lagi ita buat pau guna keledek dan tak pernah pun terfikir sebelum ni..

Rupanya penggunaan keledek dalam pau menjadikan pau tu lebih lembut dan gebu! Ada yang berhajat untuk mencuba! cubalah mudah je buat dia tak sakit pinggang... hihi
Mesti tersenyum simpul bila pau ni dah siap depan mata! waaa... tak berkelip memandang.. sampai nak makan pun terasa sayang pulak.. uk alahai...


Pau ni di buat menggunakan keledek manis yang berwarna purple. Jadi tak perlu kita tambahkan pewarna dalam adunan tu.. Warnanya akan menjadi warna pink bila pau dah siap dikukus! cantik!
Dalam resepi asal Wendy tidak meletakkan inti dan adunan untuk gula agak banyak. Bila ita buat ni ita letak inti dan ita kurangkan sukatan gulanya.

Adunan ni dapat banyak jugak! Kalau rasa family tak ramai bolehlah  buat setengah adunan. Terima kasih kepada Wendy yang sudi berkongsi resepi dan sentuhan magiknya! ita minta izin untuk sharekan di sini sebagai rujukan ita dan rakan..


PURPLE SWEET POTATO ROSE MANTOU
By : Wendyywy

250gm steamed purple sweet potato
200gm water
500gm pau flour
1 tsp baking powder
100gm sugar
50gm shortening/Crisco
1/4 tsp salt
11gm instant yeast

1. Mash sweet potato, or blitz sweet potato with almost all the water to get a fine paste. Purple varieties tend to be firmer than orange ones.
2. With balance of water, mix with yeast.
3. Combine everything except shortening and mix to form a dough.
4. Put in shortening and knead until dough is smooth. Add slightly more flour is dough is way too sticky to handle. If the dough is sticky but can retain its form, like not slacking down, just continue to knead, the gluten just hasn’t form, there’s no need to add extra flour.
5. Cover and let dough proof until double, about 1 hour.
6. Punch down dough and knead for 1-2 minutes.
7. Divide dough into 50gm portions and form as you wish. For rose bud formation method, please read instructions below.
8. Cover and let the formed dough proof until doubled for another 45 minutes.
9. Steam on high heat for 12 minutes.

Di sini ita akan terangkan bagaimana cara ita buat pau ni. Ita gunakan bread maker untuk buat pau ni. Tapi kalau yang tak ada bread makaer boleh uli guna tangan.


PURPLE SWEET POTATO ROSE PAU

250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
Ita masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
Kalau guna tangan.
Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.
Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara dan step di bawah.


Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih seperti gambar.


Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. Ita letak inti kacang merah
Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun.
Perhatian! sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yamh berada di sebelah bawah, sila lihat gambar.
Gulungkan doh.
Untuk mengelakkan inti dari terkeluar ita gulung seperti nak buat kuih dadar pada permulan doh.
Kemudian gulung doh hingga hujung.


Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstick seperti yang di sarankan Wendy
Ita potong  menggunakan pemotong doh, seperti dalam gambar.


Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.
Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.
Kukus pau selama 10-12 minit

 

45 comments:

aeinio said...

mengancamnya pau ni.... rajinnya kak ita...

Fazlinil Irma said...

waahh.. pau pun ada bentuk roses.. bukan kek je ada roses ni. hehe.

Sheila Shafeareen said...

salam kak ita mmg cantik baru kemarin npk sapa yek buat dah lupa dah..pau rose ni....akk punya npk kemas..bunga2 ditaman hhehehhe kalau buat hantaran cantik ni kak ita...ada lg tak heheh

iedaoshin said...

alahai cantiknyer pau

Ummi said...

MasyaAllah weeeeeyyy Ita weeeyy...lawoonyaaa pau rose Ita tuh...adeeeii...bila la nak mengepau nih...bulat2kan pun akak x kuasaaa ni pulak pusing2 bunga rose bagaaiii...adeeeii...Santeeeekk sunggguh lerr Ita cayang oooiii :)

IRENE said...

gerammnya tgk pau ni....cantik sgt :)

rahel said...

Kalau dapat kuih pau cantik cam ni..skejap je dah habis dingap..kreatip betul kak Ita.

izahdaut said...

sanagt cantik. ujung mingu baru ni mengepau jugak. tapi tak cantik mcm ni. jauh la sangat standard nyer..hehee

nurul huda said...

wahhh,, tak pernah tengok lagi yang cantik mcm nie taw.. berseni sungguh taw tangan kak ita nie.. :)

cik cek said...

aduh! Pengsan kak cek nengoknya....memang byk sungguh vitamin R kat Ita ni...he he ...ape2pun nak tabik toing2 kat Ita atas kerajinan dan tunjuk ajar step by step camana nak buat bunge ros yang mengancam tu...tak sakit pinggang tapi rasanya terkucil jari lak nak buat kelopak bunge ros tu..he he..macam2 la kak cek ni ek....

Wani Sukarno said...

SALAM KAK ITA...Puan wendy tu dah jadi juara blogger masterchef baru-baru ni.tahniah untuk beliau... cantiknya pau ros tu x pernah tengok orang buat pau ros ... ingatkan macam mana la kak ita buat pusing2 macam tu ..alih2 dah ada step by step kat bawah tu .. nanti nak cubalah ..:)

Unknown said...

wahh kak ita, sungguh menawan kalbu...suka colour pau ni. dulu pernah buat juga yg jenis rose ni tapi tgk teknik ni berlainan pula.

Fiza Nordin said...

cunnye k ita... sayang nak ngap!

quinnie said...

cantik nya kak ita..saya pun teringin nak buat mantou ni..resepi dah lama ambik...hehhehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Subhanallah.. terbaiklah.. Kak Ita!

Juwita Jamaludin said...

lawa la kak.. suka nya tengok bersemangat nak makan

Mas said...

masyaAllah.....cantikknya pau tu kak..
mas pun teringin gak nak buat...
tungguuuuuuuu..he3

Gee® said...

comey...

Chah said...

Mmg teruja masa tengok pau ni kt blog wendy, ni akak pulekkk dh cuba....cantiknya....paupun kena romantika de amor......aduhhh terus jatuh cinta lg sekali....

Chah said...

Lupe kak, memang wendy yg menangpun blogger masterchef tu....

fazian.batrisyia said...

Mengancam habis...cute sangat pau ni...bila nak cuba yg ni pulak nih...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduhhhh makkkk... santeeekkk!!!
sayang nak ngappp... kita pakat tenung jelah yer ita.... hehehh...

ohh.. patutlah wendy buat takde inti.. namanya pun mantou... hehe..

Kak Rose said...

cantik sangat... sayang nak ngap lak kan... tabik spring toing2 kat ita yg sangat rajin.

mekasih share the cara tu ya, tp vit r kak rose ni entah bila nak datang!

Hanim said...

mmmm cantik3 .... berseni la sentuhan k.ita nih, geram nengoknyer hehehe. leh gak bagi tuk kekasih ati pada lelaki diluar sana, buat tuk kekasih mesti diorg suke hehehe pastu leh ngap hahaha. pandai2 jer ngajar ek khikhikhi.

T-Breakz said...

Very pretty pau. Thank you for sharing the recipe and method!

Oh Oeya said...

Pau Rose yang menawan..
Kak Ita kreatifnya :)

Family Pastry Bakery said...

Salam kak...cantiknyer....tengok je dh menyelerakan. tq.

Shayra Nadia said...

Cantiknya... Kak Ita Ada wat tempahan tak?? Hee

WendyinKK said...

Lawanye...

Wendy tak potong pakai chopstick, tapi mengergaji.
Bila kita mengergaji, dasar tu akan menggolek and terpotong dengan bulat dan kemas seperti dalam gambar Wendy, tak yah picit picit untuk mengemaskan dasarnya.

Adinda Wawa said...

sedapnye kak ita... canteknye kejadian pau nie... tgk bahan2 dh tau..mesti sedap!!!!

Yanti bt Zaini said...

salam, yummyy...bestnya klu dapat makan rose yg ita buat ni.... sy cuma blh buat rose dari reben je...

Yatie said...

cantiknya pau munger2 ni...rajin betullah Ita..tq berkongsi cara2 membuatnya..bila free nnti yatie cuba eehhh...

Mimiey.. (^-^) said...

itu pau sgt cantik..menarikk..mmg debomm la kak ita...
ini nk mkn pn mau belek2 dulu,tenung2 dulu b4 makan..hehehheheh....

ucubakery said...

tergugat jiwa tengok pau k.ita ni..harus dicuba ni (tapi bila ye..?)

zurida said...

Setiap kali (setiap hari) masuk rumah Ita, tak pernah mengecewakan. Just love all your entry...TQVM.

ilahjy said...

jam 12 malam tadi kak dah buka dapo ita tapi anak dara yg bongsu tu tolong buka jadi tak leh naka komen dia kalu dah pegang lappy ni hancus mama.. cuma amam dpt lihat jer munge2 rose ita ni dari jauh tak leh komen2.. mmg kelassss u cantek betoi munge2 ni..siap ada lagu lagi aleycat pula tuuu kak minat gila dgn aley kucing tuuu hehehenak cuba 1 masa buat bunga rose ni...

Wahid said...

too pretty to be eaten..warna dan presentation yang amat menarik.

masmastura said...

mana nak cari keledek kaler purple? tak pernah jumpa la..

Unknown said...

nampak sangat sedap... terase nak buat sekarang jer...

Suzie Saufi said...

ALHAMDULILLAH dah try semalam..pau ni sgt sedap...dan suker2 sbb jadi bunga rosenyer..kak ita mohon share gambar step by step tu yer...

Nadrah said...

cantiknye. boleh tak kalau saye nak buat tempahan

Unknown said...

salam kak...


akhirnya, dah cuba resepi akak nih, cuma ada derhaka sikit di sana sini..

mmg marveles... mak sy smpi suruh buat jual.. heheheheh


terima kasih utk resepi yg awesome!

Hesti HH. said...

Cantiiiik banget paunya Kak Ita. Sayang tuk dimakan...bagus buat pajangan saja, hahaha. Terima kasih juga dah sharing, saya sudah bookmarked...insyaAllah dibuat!

tinta marjaan said...

salam kak,mohon ambil resepi ni boleh? saya nak cuba buat.menarik sangat..tq ya..saye kagum dgn org pandai masak..hehe.=)

Unknown said...

Salam..Kak ita.. minta share ye..

Post Top Ad

test