TALAM KELADI - masam manis f

Breaking

Oct 20, 2011

TALAM KELADI

Assalamualaikum...

Salam di pagi Khamis..
Selamat sejahtera semua...

Macam mana mood hari ni Ok tak? Ita ok aje..
Kadang kala mood mempengarahi hidup kita jugak kan?? ada kala kalau mood tak berapa nak Ok, kita rasa macam malas dan tak bersemangat aje.. Ita malas sangat nak melayan perasaan yang macam tu.. ia bukan sahaja buat ita makin malas malah buat ita bertambah stress.. jadi jangan layan sangat mood kita tu.. happy2 dan ceria2 kan diri anda selalu.. secerah dan secerianya sang mentari pagi..



Semalam ita buat talam dah lama tak makan kuih talam. Buat kuih talam ni mudah aje sebenarnya kalau kita tau caranya pasti talam tu jadi dengan cantik!
Ita buat talam keladi. Hihi tapi terlebih rajin pulak semalam ita dok warnakan keladi tu dengan warna purple.. tu lah kalau dah tak de kerja.. memang ita suka buat benda bukan2 saje2 hilang2kan boring.. Pulak bila cuaca yg hujan lebat semalam kan.. tak tau nak buat ape? ita mulakan lah projek merapek meraban ita ni.. haha

Tapi aduyaiii... ita rebus keladi tu kejap sangat kot! sebab exicted sangat tengok hasilnya. Pas tu bila dah dijadikan talam keladi tu belum cukup empuk pulak! tu lah payah sikit nak potong, dia ada keras sikit. Pulak tu talam ni lembutnya bukan main lagi.. menambahkan lagi payah nak memotong..


Resepi talam ni ita ambil dari dapur Yatie. Memang cantik sangat talam yang yatie hasilkan dan bertambah semangat nak mencuba! Ita ni sebenarnya tak pernah buat talam keladi ni. Sebab ita tak berapa suka sangat sebenarnya.. Tapi bila tengok Yatie punya talam tu macam memanggil2 pulak suruh ita mencuba! Ita ikut cara yatie juga ita tambbahkan gula kat lapisan bawah tu supaya lemak manis rasanya. Dan tak sangka sedap jugak talam keladi ni kan..! Tu lah kata orang kalau tak cuba tak tau..  Jangan bila tengok macam tak menarik aje terus buat kesimpulan yang kuih tu tak sedap! Tu lah yg ita selalu khabarkan pada anak2 supaya  cuba dulu.. rasa dulu... baru lah kita tau sama ada ia serasi dengan kita atau tidak.. bukan sahaja dalam bab makanan tapi dalam apa2 juga yg kita lalui hari2..

Jom lah kita intai resepi dari Chef Asma yang ita copy dari dapur yatie. Dan dengar katanya yati ambil dari dapur Ayu. Terima kasih semua kerana panjang2kan resepi yang sedap ni.. Ita minta izin untuk sharekan di sini pula..


TALAM KELADI
By : Chef Asma

Bahan-Bahan UtkLapisan Bawah
220 gm tepung beras (Yatie guna 2 cwn)
40 gm tepung ubi(Yatie guna 3 sudu besar)
1 1/2 tsp garam
5 sudu besar gula pasir (Yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
300 ml santan pekat
700 ml air
 250 gm keladi - lebih sikit pun tak apa - buang kulit, basuh, basuh dgn air garam untuk tidak hitam potong kiub dan kukus selama 5 minit.- kukus baru timbang

Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati kecuali keladi
Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi
Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
Kukus selama 25 minit

Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum (Yatie guna 1 1/2 cwn je)
250 gm gula halus
3-5 biji telur (Yatie guna 3 biji telur je)
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)

Ita buat 1/2 adunan sahaja dari resepi di atas dan ita gunakan loyang 8 inc. Kat bawah ni cara bagaimana ita warna kan keladi tu.


Keladi yang telah kita potong kiub tu ita gaulkan dengan pewarna unggu. Kemudian ita gaulkan dengan tepung ubi, gaul rata2 kemudian ayak. 


Pancitkan dengan air dan kemudia ulang balik langkah tadi iaitu gaul semula dengan tepung ubi lebihan ayak tadi. Kemudian rebus hinga empuk. Masa merebus tu kacau supaya ia tak melekat.
Selepas keladi empuk Toskan dan rendam dalam air ais. Siap untuk di letakkan dalam talam.

20 comments:

Gee® said...

aisayman...cam janji jer...gee pon buat talam keladi tp tak sempat ambik gmbar pg td... talam Ita cantek sangat... cun melecun kaler purple dia...

Anna Qawina said...

sedapnya....

mimie said...

eiyyy..... cantik lah kak ita...
terang benderang picnya...
slalu kagum dgn ft kak ita...
simple but elegan... #pakai kamera DSLR ke kak...
huhuhu...nak sangat beli kamera model macam tu..tp ..."mahal gella" kata orang indonesia...

Family Pastry Bakery said...

sedapnyer...tengok gambar bertambah2 lg ghairah nak makan...

Roses_Leo09 aka Hanim said...

kak ita punya presentation memang tak pernah mengecewakan. tengok gambar jer dah buat kita tertarik nak mencuba. tahniah kak ita ....

zura said...

Amboi mak!! comelnyer talam akak nih..

mala said...

cantiknya warna talam

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum kak..cantiknyer kuih talam ni..Tun mmg suka kuih talam..nak2 talam keladi ..suka sangat yam..klu masak apa2 pun tun suka makan. nnt leh la cuba resipi ni..tq kak.

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
ada lagi ke kuih tu...kalau dok dekat mcm dulu, mesti dapat rasa kuih Ita ni....cantik dan menawan betullah kaler pepel tu..geram tngk...

Wanieyra said...

Salam kak ita...

Sedapnya...ira ni pantang tgk talam keladi ni, mmg feberet...

Ummi said...

Itaaaaaaaaaaa...lajunyaaa masaaaakk...x terkejar akak...adeeh fenat2 jek..mentang2lah dia duk rumah...kejiii tau tayang2 kek nenas tunggang terbalik lgk...talam keladi lagik...adeeeeiii, lawwwoooooo bebenoooorrr.... ^__^ rajinnnn teramat sgt dah Ita ni... hehe, bagus..bagusss...layan perasaan yg boleh menghasilkan sesuatu yg hebat cam kuih ni...betuiii, betuiii, betuiiii...

CA said...

Perghhh..memang comeii je talam keladi kak ita ni..and resepi talam chef asma memang semua sedap2!!!

saya pun baru cuba buat talam keladi, talam suji, talam roti resepi chef asma..yummy..memang besT..

Tapi kalo kak ita yg buat sure cantikkkkk banget sgala hasilnya...sy keras tangan skit...huhu..

Lieya said...

Amboiiiiiii rajinnyeee....

ZarinAziz said...

mabeles sgt...rajin betul akak warnakan keladi tu ye...

izahdaut said...

akak..pancit tu sembur kan. hehe biasa saya guna pancit tu untuk tayar pancit.. bagus jugak banyal slang negeri ni. tambah ilmu. hehe
cantik kuih

Oh Oeya said...

Wow!!

RINDU MAMA...semasa ada dihargai,setelah tiada jangan ditangisi said...

Salam kenal Dik Ita...baru beberapa kali bukak MASAM MANIS hati dah terpikat.....yang menarik persembahan gambar2 masakan...macam profesional!!harap dapat bersahabat dan mengikat silatulrahim sesama kita ...

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
suka kuih talam tapi malas nak buat sebab takde orang nak makan kat umah ini

WendyinKK said...

adoi,
Warna pemancit siap sedondon dengan talam...padan sangat theme gambar tu, lawa!
Tapi I paling suka gambar kuih atas basket tu (basket ke? nampak macam anyaman)

monalea said...

salam kak ita.saya ni silent reader blog ni. nak tanya kak ita letak talam keladi ni dlm acuan apa.cantik je

Post Top Ad

test