Tugasan oh! Tugasan.. selesai jugak! - masam manis f

Breaking

Oct 2, 2011

Tugasan oh! Tugasan.. selesai jugak!

Assalamualaikum

Semalam ita gi melawat anak ita Azrul di asramanya. Sekolahnya telah menganjurkan bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk semua pelajar dan ibu bapa yg mana anak2 mereka akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.


Pelajar PMR akan menduduki peperiksaan bermula pada hari Selasa ini. Besar harapan ita agar anak ita Azrul dapat menjawab setiap soalan peperiksaan dengan tenang.. dapat memahami segala kehendak soalan, tidak melakukan sebarang kesilapan dan dapat menjawab setiap soalan dengan jawapan yg paling terbaik. Doa dari ita yg tak putus2 agar Azrul berjaya dengan cemerlang dan menjadi contoh terbaik buat adik2.


Nampaknya ita ade tugasan yg harus ita selesaikan. Ita terima award lagi yg meminta ita melaksana kan beberapa tugasan. Award The Versatile Bloger ni ita terima dari Nurul dan Diana Terima kasih kepada adik manis berdua ni atas award yg di berikan.

Tujuh perkara yang anda perlu tahu tentang ita. Emmmm... rasa macam dah banyak kali ita ceritakan.. tapi tak pe lah dah nama tugasan kita siapkan lah seadanya.. Jom berkenalan dengan ita


Ita merupakan anak jati Johor. Di lahirkan di Johor Bahru dan di besarkan juga di sini. Ini lah mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat Johor.


Di sinilah ita dilahirkan 40 tahun yang lalu.  Di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Menurut kata mak ita, melahirkan ita tak susah. Membesarkan ita juga tak susah kerana ita tak banyak kerenah dan mudah di jaga.. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ita yg tak terhingga kepada Doktor yg menyambut kelahiran ita dan juga kakitangan Hospital Sultanah Aminah.

Di sini juga merupakan tempat permainan ita kerana bapa ita seorang pemandu Ambulan di sini dan ita juga sering di pinjam oleh misi2 kat sini untuk di buat main.. hehe kelakor kan ade jugak yg nak main pinjam-pinjam.. Menurut mak ita misi yg selalu pinjam ita tu namanya Misi Queck dan yg sorang lagi ita panggil Mak Peah. Kedua2nya pun dah tak de dah..
Seumur hidup ita, ita pernah sekali aje potong kek hari lahir itu pun kek tu di buatkan oleh Misi Queck. Itulah kek hari jadi ita yg pertama dan yg terakhir.


Di kaki Bukit Timbalan ini lah ita di besarkan. Ini adalah Bangunan Sultan Ibrahim. Dulu ia merupakan bangunan  Kerajaan. Bangunan ni sangat cantik tau! dan ita tak pernah lagi jumpa mana2 bangunan yg secantik bangunan ni di Malaysia. Ita berharap sangat janganlah bangunan yg indah ni di robohkan..
Disini jugalah tempat ita bermain masa ita kecik2 dulu.. di kaki Bukit Timbalan..suka sangat main2 kat sini dan kebanyakkan kakitangan kat bangunan ni dah kenal dah dengan ita adik beradik


Ini lah tapak rumah di mana mula2 ita di bawa pulang dari hospital. Banyak sangat kenangan ita di rumah ni. Dan ita sangat suka rumah ni. Rumahnya sedikit unik kerana dapurnya terpisah dari ibu rumah. Hanya ada sebuah bilik sahaja di rumah ni. Sekarang dah tak de lagi..

Nampak tak kat belakang tu ada bukit. Kat situ lah ita , abang dan kakak2 selalu main gelongsor bersama kawan2. Dulu2 mana lah ada playground jadi kita gunakanlah apa2 aje yg ada tuk main.. hihi tapi seronok sangat. Nanti kita akan cari kotak kat kedai. Pas tu masuk dalam kotak tu ramai2 dan melunsur dari atas bukit.. waaaa weeeeee.... seronok betul.. walau habis badan calar balar cili bili culu bulu tapi tak pernah serik dan tak pernah puas bermain..


Tangga menuju ke bukit ini juga banyak kenangan untuk ita. Di tangga ini lah ita selalu berkelah bersama kakak2 ita dan kawan2. Masa ita kecik2 dulu kita selalu berkelah di sini. Nanti mak ita akan sediakan bekalan nasi dan lauk pauk dalam tepen. Semua bekalan makanan  dan minuman tu di letakkan dlm bakul di berikan tikar untuk kita duduk, kemudian kita akan bentang tikar kat tangga ni dan makan lah bersama kawan2 yg lain yg juga akan membawa bekalan dari rumah yg di bekalkan oleh ibu2 mereka. Kita akan tukar2 lauk-pauk kat sini sambil main pondok2..  seronok kan..!!

Tak sangka pokok yg selalu ita ajak berbual tu masih gah lagi berdiri di tepi tangga tu.. aduyaiii...
Jom ita ajak ronda2 tengok keindahan Bangunan Sultan Ibrahim ni.. Sebenarnya bangunan ni dah tak di benarkan masuk tapi atas budi bicara ita di berikan kesempatan untuk merakamkan keindahan bangunan ni untuk tatapan semua Jom!







Ni meriam betul tau dan masih boleh berfungsi hingga kini. banyak lagi meriam yg ada di sekeliling bangunan ni..
POOOOOMMMM KEDEBOMMMM!!! tepiiii.... ita nak bom ni!!






Cantik kan?? Kat sini jugak ita selalu ikut abang ita gi cari stem. Kebanyakkan stem dari luar negara. Cantik2 stem tu.. Stem2 tu akan kita peketkan dan di jual dengan pelancung2 yg datang terutamantya dari Jepun.. hihi kecik2 dah pandai cari duit jajan tau!


Rumah ita juga berdekatan dengan Istana. Tapi ni dahulunya hanya Istana Rasmi di mana segala urusan Istana dilaksanakan di sini. Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj @ Sultan Ibrahim III , Sultan Johor sekarang ni juga melangsungkan perkahwinan di sini. Upacara perkahwinan Di Raja berlansung sangat meriah di saksikan seluruh rakyat jelata. Sekarang ia telah dijadikan Muzium Diraja.


Ini pula adalah sekolah di mana ita mula2 mendapat pendidikan agama. Sekolah Agama Bukit Zaharah. Sekarang sekolah ni dah ditutup. Bangunan ni juga dikawal ketat oleh anggota polis yang bertugas.


Sekolah ni merupakan sekolah agama yg pertama di Johor. Sekolah ni bukan sahaja menempatkan pelajar2 dari golongan biasa tapi juga menempatkan anak2 Sultan, anak2 menteri dan anak2 orang kenaman Johor.


Di sekeliling sekolah ni banyak terdapat kubu, tempat Askar Melayu dan British berlindung ketika bertempur dgn tentera Jepun pada Perang Dunia ke 2.





Sekolah ni juga di kelilingi hutan kecil yg di jaga rapi. Cantik! sangat pemandangan kat sini..


Buah beracun. Masa ita sekolah dulu Cikgu2 melarang kami, pelajar dari menghampiri pokok ini yg dikatakan buahnya beracun. Ita tak tahu ni pokok ape..tapi nampak pelik buahnya



Kantin sekolah yg semakin uzur.



Bangunan sekolah ni sangat cantik! sayang ita tak dapat merakamkan gambar dalam bangunan kerana tidak dibenarkan masuk kerana bangunan ni dikatakan tidak selamat untuk dihampiri.



Inilah bangunan TSN atau JMF Johor Military Force.


Disini lah pula tempat di mana mula2 ita mengaji mukadam dan Al Quran. Ita belajar dengan seorang pak cik yg tingal di sini namanya Pak Noh. Pak cik ni pun dah arwah. 


Ini adalah jalan yg selalu ita lalui untuk ke sekolah kebangsaan. Ita jalan kaki aje ke sekolah. jauh jugak tau!
Masa ni ita tinggal dengan mak Cik ita di kampung Mohd Amin.


Sebelum sampai sekolah ita selalu rehat kat jambatan ni. Air sungai ni sangat deras dan selalu buat sekolah ita dilanda banjir kadang-kala sampai mencecah bumbung sekolah.



Ini lah sekolah rendah ita. Sekolah Kebangsaan Nong Chik. Sekolah ni sekolah perempuan sahaja ye! Sekarang dah tak de dah. Bangunan sekolah ini dah di gantikan dengan Unit Sukan Jabatan Pendidikan Johor


Ni lah padang sekolah ita. Kecik aje.. sebelah tu kantin.


Ini pula bukit yang hari2 ita daki untuk ke sekolah menengah.


Ini lah sekolah menengah ita, Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah.


Sekolah yang banyak mengimbau kenangan ita di alam remaja. Ini pun sekolah perempuan.. aiii.. tak de can yg dapat sekolah campur!! hihi


Ini pula sekolah ita sewaktu berada di tingkatan 6. Sekolah Menengah Aminuddin Baki Johor.



Ni pula bukit yg terpaksa ita daki ke sekolah ni setiap hari.. Rasa2 kalau di ukur ita rasa perjalanan ita ke sekolah dah sama macam ita berjalan mengelilingi dunia..
Anak2 sekarang beruntung kerana mak dan ayah hantar sampai depan pintu gate!


My dream bicycle...
Ini pula hadiah yg ita idam-idamkan dari kecil tapi ita tak pernah dapat! kakak ita semua dapat sorang satu, tapi ita tak pernah merasa...

Ok! selesai sudah tugasan ita..
Ita nak tag kat kawan2 pun rasa semua dah selesaikan tugasan ni ita juga yg tertinggal..
Kepada yg belum di tag sudi2 kan lah menerima tugasan ni pula ye!

21 comments:

Fazlinil Irma said...

basikal tu sama dgn basikal yg sy dapat hadiah masa darjah 2. rasa kampung naik basikal tu walau duduk di kl. :)

icaland pelangi indah said...

waa..betul2 membesar di tgh bandar JB. bangunan yg kak ita kata bangunan kerajaan lama tu.. ica selalu tertanya bangunan ape. kalau lalu situ..selalu usha dr jauh. mcm bangunan berhantu. tp..bila tgk gambar2 yg kak ita amek dr dekat. cantik sgt bangunan tu.

noorsafone said...

salam Ita...rajin ita buat tugasan kan...suka mama baca.

Yatie said...

uwaaa...Ita pnjng lebar bercerita...ini betul2 anak murid yg bagus bila di beri tugasan...
Sama2lah kita mendoakan kejayaan anak2 kita, moga mereka di beri ketenangan semasa menjawab soalan PMR dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dngn kehendak soalan dan berjaya dngn cemerlang. Aminn...

rahel said...

waaaaa...panjangnya cerita...tapi saya kagumlah dengan kerja kak ita..

Unknown said...

seronok baca kisah kak ita ni.....rasa mcm ikut 'masuk' ke zaman kak ita kecik2 dulu.... :)~ lia ulang baca 3x...heheeee....

Unknown said...

Assalam kak Ita, menarik baca kisah akak dgn gambar kenangan sekolah lama tu.

didoakan juga semoga Azrul dapat menduduki exam PMR dengan mudah dan mendapat keputusan yg cemerlang nanti...amin.

Hajar said...

Salam...naper ekkk kak ita tak dpt beskal tu...cer citer...cer citer :)

K.zai said...

wah panjang citer dan byk gmbr..seronok baca...teringat zaman silam..
semoga asrul beroleh kejayaan dlm exam nya..
ita..akak mcm teringin plk nak tengok rumah mak ita dan kwsn sekitan nya skrg..mesti byk kenangan kan..
kalau ita nk tahu kan..byk2 negeri..negeri johor nilah yg akak x pernah sampai lg..kelakar kan..tp hrp suatu hr akan sampai jugak..

inahar ali said...

salam ita..waduh bila baca kenangan ita nih..mmg teringat akak zaman dok JB dulu..akak pun sekolah nong chik & SETA gak..tp bila naik form 3 pindah penang pastu dh x balik2 JB dh..rasanya last akak pi JB masa interview JPA pas spm thn 84..masyaallah dh hampir 30 thn uu! mmg bnyk sgt memori suka duka ktjb tu..kami duk kuarters guru kt belakang English College (EC @ MSAB)pi sekolah jalan kaki jek..hehe!

smell delicious! a.k.a inachomel said...

salam ita,

wahh .... tak sangka eehhh, kita ni dari sekolah rendah dan sekolah menengah yang sama! ita masuk sekolah rendah tahun bila ek? saya masuk tahun 1979 & sekolah menengah tahun 1985. saya pun bila lalu kat sekolah lama, selalu cite kat anak2 & hubby zaman sekolah dulu2 ..... kenangan indah sungguh buat saya, rasa macam nak balik semula ke zaman sekolah .... baru tahu, bila dah kerja ni penat sesangat, pegi sekolah lagi best !!!

Mas said...

tugasan kak ita memang terbaik....
mesti dapat markah penuh ni..he3

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaahhh...cantik2 gambar yg Ita paparkan...barulah akak tau Johor ni byk lg tinggalan bangunan2 berseni.. Sonok baca citer Ita... Kalau Ita nak tau, Johorlah satu2nya negeri yg belum akak tempuh di Semenanjung ni...kecuali ke Sedenak, tu pun sbb kenal CMG di dunia cyber ni..kalau x haram x menjejak... Ok, satu hari nnt, akak nak terjah, Ita bwk akak jalan2 eh...naik basikal comey tu eh...hehee... cantik lak basikal tu.. Tahniah atas entry tugasan Ita yg menarik ni...rajin tul dia amik gambar...cantik2 pulak tu.. :) rasa mcm akak dah jelajah Johor pulak..x jadi pergi lak nnt..hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita, kenangan kita di padang istana tu hmpir sama cuma sy slalu bkelah jer di situ dgn fmily. Ank jati jhr tak boleh dipisakn dgn bgunan & pdg istana tu, kan. Dan bru sy tau bngunan yg serem tu rupanya bkas sek agama ya, alkisahhhh

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalamualaikum Ita..

Kalau Azrul jawab soalan peperiksaan sama spt mamanya menjawab TAG ni.. sah-sah Azrul akan lulus dengan cemerlang.. hehe...

Rajin betul Ita klik2 gambar yg punyai kenangan dalam hidup Ita ni...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
terima kasih sudi ambik award nie...
wah siap ngan gambar2 menarik lg... sukanyaa... setiap gambar menceritakan sesuatu.. rajin sungguh akak ita cayang nie.. kagum..

n diana doakan moga Azrul akan dapat menjawab semua soalan ngan tenang dan tepat...

Nurul said...

Assalam K Ita...
Terima kasih yer sudi amik award ni dr nurul...
seronok betul nurul baca kisah K Ita ni... memang complete penerangan dengan gambar2 yang menarik lagi... Best... memang best :)

aamalinaazman said...

cantiknye gambor2 akak amik ni
amik sendiri eh
heheheh
baruu je melawat sume kwsn ni kat jhr
sebb dulu ngaji kat UTM
bru je konvo
bawa mak jenjalan JB
sekolah agama penye
saya ingat bangunan ape ntah
seraaam je..hehehe..tapi cantik sebb zmn dolu2 punye =]

ana said...

salam ita. menariknye cerita ita. mengimbau kenangan zaman sekolah masa kanak2. saya pun sekolah kat jb. sek. rendah jln yahya awal (pun sekolah perempuan gak) dr darjah 2 till 6. form 1 patut sekolah kat aminudin baki tp dah pindah ke sarawak ikut ayah. nak sojar le katakan. tp jb antara bandar yg best. anak2 sya suke masa kami g jb 4thn yg lepas hehe.. sama2 kita berdoa semoga anak2 kita beroleh kejayaan cemerlang dlm peperiksaan, amin.

Fizz said...

Salam ita.. ita bersekolah di sek rendah nong chik tu tahun berapa ya. sebab nenek pun brsekolah di situ juga..

rasa2 brjumpa tak dgn cikgu venessa. the only english teacher in that school..

Arena said...

Cantik sangat gambar2 ni kak.gambar pokok pon cantik.

Post Top Ad

test