BIHUN GORENG KUNYIT - masam manis f

Breaking

Nov 12, 2011

BIHUN GORENG KUNYIT

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu. Minggu cuti persekolahan dah pun bermula bagi sesetengah sekolah. Anak ita, Azrul pun dah mula bercuti.
Bila cuti bermula terasa tugas ita semakin berat dan bertambah2. Kain baju dah semakin bertimbun nak di basuh. Lepas tu nak melipat pun satu kerja jugak, dan ini lah tugas rumah tangga yang paling ita tak suka buat. Lipat baju dan gosok baju.. aduhhh!! memang bercinta betul nak buat kerja tu.. semua.

Kadang-kala ada jugak terfikir tak de ke orang nak mereka cipta alat yang boleh melipat baju. Masuk semua dalam mesin pas tu keluar semua dah bergosok dan berlipat.. alahiii... bestnya.. !!
Ita rasa kalau mesin tu ada jual di pasaran ita lah orang pertama yang akan beli dulu.. hihi Rasa2 ramai yang sedang mencari mesin tu.. kan??


Hari ni ita masak yang ringkas dan simple aje.. Tak boleh dok lama2 kat dapur sebab banyak sangat kerja dah tertunggak. Semua harus di selesaikan dengan kadar segera. Bihun Goreng Kunyit itulah resepi ringkas yang telah ita sajikan buat hidangan keluarga. Resepi hasil jalan-jalan cari makan ita ke dapur Madiha atau lebih senang di panggil Ratna. Seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Seorang wanita yang berkejaya, tapi tetap meluangkan masa untuk memasak buat keluarga tersayang. Bukan itu aje.. Ratna juga sangat berseni orangnya dan amat meminati kerja2 seni seperti gubahan hantaran.

Kadang-kala ita selalu terfikir hebatnya wanita ini.. walaupun sibuk di pejabat masih lagi punya waktu menerima tempahan dan melangsaikan segala tugasan dengan baik! kalau ita di tempat Ratna mungkin ita dah pengsan kepenatan..


Bila bercerita tentang resepi ringkas ni, hidangan ni memang sesuai di sajikan untuk anak2. Bihun ni tak pedas dan sesuailah untuk anak2 kecil. Warnanya yang kuning keemasan juga amat memikat selera. Tapi untuk resepi ni ita tambahkan sedikit cili api pada bahan tumisan agar terasa sedikit kepedasannya. Ita gantikan ayam dengan daging dan lain-lain bahan ita ubah suai mengikut bahan2 yang ada di dapur ita aje.

Terima kasih kepada Ratna yang sudi sharekan resepi ni. Ita minta izin untuk sharekan resepi ini di sini pula untuk rujukan ita dan rakan-rakan yang lain juga yang mungkin ingin mencuba dan merasa.


BIHUN GORENG KUNYIT
by : Ratna
Rujukan : Dari Dapur Madiha

1 bungkus bihun  ~ direndam hingga lembut/semalaman ~ toskan
1 keping dada ayam ~ dipotong kiub kecil
2 bungkus fish ball / 4 keping fishcake ~ dihiris tebal
2 biji telur
¼ biji kobis ~ dihiris halus
1 ketul brokoli ~ di potong
2 ~ 3 biji cili hijau ~ dihiris
6 ulas bawang merah ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis/cincang
1 s/k serbuk kunyit
1 s/k lada sulah
1 ½ ~ 1 ¾ s/k garam 
½ s/k serbuk perasa
1 kiub ikan bilis
2 cawan air
½ cawan minyak masak

Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam dan  kacau2 hingga ayam bertukar warna. 
Masukkan fishball atau fishcake. Kacau2 lagi hingga ayam masak. 
Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak. 
Kacau2 sikit telur biar jadi agak hancur (scramble) dan  berketul2. 
Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
Masukkan semua sayuran & air biarkan sebentar. 
Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak. Sambil dikacau boleh potong bihun yg panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. 
PERINGATAN : Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.
Sedia untuk dihidangkan.
Boleh juga di hidangkan bersama telur dadar dan cili jeruk

14 comments:

yuyu aziz said...

Untungnye family kak ita.....

Saya suka mihun! :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ita,walau pun ringkas tapi nampak sedap.kak Ros juga suka ke dapur madiha.

Ayu Surya Abd Rahman said...

Salam Kak Ita, tengok kak ita masak mihun ni terasa rindunya kat mak saya..sedapnye la hai..isk iskk nak g kedai la beli bahan! hehe

Sunah Sakura said...

tak pernah buat lagi goreng kunyit ni...pernah makan aje..sedap2~ nanti leh try~

rahel said...

Salam Kak Azlita..
segarnya nampak mihun goreng tu..siap ngan lauk skali...klu Rahel mkn mihun yg cam ni..boleh tahan sampai tak mkn tengahari wo..

Betullah..untung famili Kak Azlita..mkn sedap2 selalu..emmm.

liemaopurut a.k.a ana said...

kak ita, sy yang duk berdua ngan hubby pun paling bercinta nak sidai n lipat baju....tak suka la ...tapi suka tak suka kene buat jugak eh. kalo betul la mesin tu wujud kan, sy orang kedua yang peegi beli selepas kak ita hahahah.

meehon tu nampak yummmey

Nazrah said...

Telur dadar tu menarik sangat...sesuai dengan mehon

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Mesin lipat kain tu ada juallah, kak ita. Kak ita berminat ke????

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ita..kat umah atie klu xder meehoon yg brkaler merah..xselera la nk mkn..ngeee

salam kenal...

Lieza said...

salam kak ita...sedapnya mihun kuning tu...betul la kak ita lipat kain ni lah diantara tugas rumahtangga yg lieza bercinta nak buat tp kalau kita tak buat sapa lak nak buat kan k.ita...kalau la ada mesin lipat kain..bahagianya..hehehe

MrsAziran said...

Assalamualaikum Kak Ita, blog akak ni memang berhantu la, tak sah kalau tak tengok. Macam angau la kalau akak tak post satu hari!
Terimakasih jugak kerana akak telah berjaya memberi motivasi danmempengaruhi saya untu memasak! Hubby dan anak-anak saya sangat suka. Terimakasih Kak Ita..

MsDila said...

salam kak ita.
betul kata MrsAziran.. blog akak ni mmg berhantu. bersarang2 hantu ni kot sampi sy jadi ketagih nak bukak blog akak ari2.
kenapa la sy tak serajin akak nak masak dan deco camtu ek?
jeles ni.. huhuhu
nampak senang je nak buat, tp.... tettt..sy yang malas kot.
tapi suatu hari nnti, sy kan try resepi akak yang sedap ni.
tq kak ita

norhanim md zain said...

salam ita..

nice presentation...i like bihun..all type off bihun...thanks for sharing...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kita samalah ita.. menggosok & melipat pakaian yang paling bercinta sekali nak dibuat.. tp terpaksa jugak dibuat... kalau ita org pertama nak beli mesin tu.. akak org kedualah! hahaha...

terima kasih ye ita cuba resepi sempoi akak tu.. ni antara bihun goreng yg paling kerap ada dimeja mkn kami time sarapan... dua beradik yg kecik tu mmg suka sbb akak buat tak letak cili.. kalau anak2 boleh mkn pedas mmg lebih sedap kita letakkan hirisan cilipadi tu.. barulah terangkat.. hehe..

Post Top Ad

test