Orang yg hidup mengekang diri dgn satu gaya hidup sudah tentu akan dilanda kebosanan. Ini adalah kerana pada dasarnya, jiwa manusia memang mudah sangat berasa bosan. Tabiat dan sikap manusia itu sendiri yang memang tidak suka berada dalam keadaan yang sama setiap masa. Oleh itu Allah, memutar zaman dan tempat bagi manusia, memberikan pelbagai bentuk makanan, iklim dan cuaca yang berbeza-beza. Menciptakan makhluk dengan belbagai rupa dan beraneka ragam. Ada malam dan siang, ada dataran tinggi dan rendah, ada putih dan hitam, ada panas dan dingin, dan ada masam dan manis.
Perbezaan ini seringkali di sebut Allah dalam beberapa firmanNya :
..... dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya...
An-Nahl - 69
.....dari pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang..
Ar - Ra'd - 4
.....yang serupa ( bentuk dan warnanya ) tetapi tidak sama ( rasanya )
Al - An'am - 141
Oleh itu , sesiapa yang menginginkan kepuasan , semangat yang tinggi dan produktiviti, maka hendaklah dia mempelbagaikan di dalam pekerjaannya, membaca buku yang berbagai jenis dan menjalani kehidupan ini dengan beraneka kegiatan...
Assalamualaikum....
Dan salam satu Malaysia...
Dah bersarapan? Sarapan di mana????
Ita sarapan di rumah aje.. jarang- jarang atau kadang-kadang .. aje bersarapan di luar.. itu pun jika anak2 balik bercuti dan sesekali ingin bertukar selera.
Biasa hidangan sarapan ita ringkas aje.. sebab tu jarang-jarang ita sajikan menu hidangan sarapan pagi, kerana kadang kala asyik menu yang sama aje.. pun takut bosan pulak kan..
Dalili memang payah sikit bab-bab makan ni, biasa sarapan paginya cereal. Suami ita pula tidak suka ambil sarapan pagi, cukuplah hanya secawan Nescafe panas. Ita pula hanya roti bakar dan Milo sudah memadai.
Berlainan pula kalau bujang-bujang tu balik, ita kena sediakan sarapan yang agak berat. Biasalah anak-anak yang tengah meningkat naik ni suka makan makanan yang berat. Mungkin juga dia dah terbiasa dengan situasi asrama yang pagi bersarapan dgn hidangan yang berat, macam nasi lemak, nasi goreng, epok-epok atau roti canai.
Sajian hidangan ita pagi ni, Char Kuetiau. Ita sediakan hidangan ni untuk makan malam. Kalau makan malam biasa kami sekeluarga suka menu ala carte. Ringkas dan mudah di sediakan. Menu ini juga pernah mendapat permintaan dari rakan FB. Hari ni ita kongsikan penyediaan hidangan Char Kuetiau yang sangat mudah, ringkas dan yang paling penting ianya sedap!
Resepi macam biasa ita ambil dari buku masakan 1 Hari 1 Resepi dari Kak Liza. Biasa hidangan dari kak Liza cukup mudah dan simple dan memang tidak pernah mengecewakan. Buku kak Liza juga dah menjadi jantung ita hihi kalau buku ni ilang aiiii... tak berasap lah dapur ita tu..
Resepi asal tidak menggunakan kerang, ita tambah kerang kerana suami ita sukakan Char Kuetiau kerang.
Jom kita intai penyediaan hidangan yang cukup ringkas ni..
CHAR KUETIAU KERANG
Adaptasi dari resepi : CHAR KUETIAU
By : Kak Hanieliza
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
1 bungkus kuetiau
300 gm udang - di buang kulit
1 cawan kerang - ita tambah
3 tangkai daun kucai - dipotong 1 inc
1 cawan taugeh
1 keping tauhu basah - digoreng dan dipotong kecil
1 butir telur
1 biji tomato - dipotong baji
Bahan Tumis
2 sudu makan cili kisar
4 ulas bawang putih
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan minyak masak - untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi
Masukkan cili kisar dan kicap
Masukkan udang, kerang, sos tomato dan sedikit air
Kenudian kacau rata
Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar
Kemudian kacau sebati
Masukkan kuetiau, tomato, tauhu, taugeh dan kucai
Kacau rata dan matikan api
Hidangkan panas-panas bersama cili jeruk jika suka
Post Top Ad
test
12 comments:
ni kiranya makan malam bawa ke pagi ya?? hehe.. sy pun biasa gak buat mcm ni..
salam ziarah dan salam kenal dari rasta...
Lapo singgah sini....
nice blog sis....
Tips mencantikkan payu dara
Semoga Ceria dan senyum selalu
Terima Kasih singgah....
kak, sy suka basah2 sket...mak mertua masak pun basah2 jek. kdg2 dtg umah mak semata2 nak makan kueh tiau mak. hehehehehe...siap request lg tuh..
sedapnya udang tuh...
Assalamualaikum akak...
terus lapar tgk char kuetiau kerang yg akak masak nie tau.. sedaaapnya tgk....
kalau hari kerja biasanya kami sarapan yg ringkas2 juga.. hari cuti je sempat masak yg agak berat.. maklumlah.. hari kerja kelam kelibut nak bersiap diri & anak2.. hehe.. resepi kak liza mmg tak pernah mengecewakan..
Ita...dgn udang yg melengkau2 tu...nampak sedap sangat..
blog yg selalu buat saya teruja dr segala segi. Salam perkenalan
Nampak udang beso2 ...sedapnya...:D
Udang bergelimpangan yg x tahan tuhh...
kuetiaw yg menggoda perasaanku...huhh tetiba lapo...hihihihi
udang tu menggoda la.nak sebekas ;p
Post a Comment