Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Selepas menikmati hidangan tengahari tentu para suri rumah sedang mencongak-congak apalah hidangan yang akan di sajikan untuk minum petang. Kalau boleh biarlah ianya mudah, ringkas dan sudah semestinya sedap! ye tak?
Adakalanya, ramai juga suri rumah yang rajin menjemput kawan-kawan untuk minum petang di rumah atau atas katanama lain di sebut 'high tea'. Dulu ita pun rajin jugak gi rumah member2. Dorang memang rajin sungguh buat high tea sambil borak2 kosong. Tujuannya adalah untuk merapatkan lagi hubungan dan semangat kejiranan. Tapi sekarang dah kurang sikit, kalau ada pun ita dah jarang dapat menghadirkan diri almaklumlah bila anak2 dah sibuk dengan peperiksaan ibunya pun tumpang menyebuk sekali hihi.
Hari ni ita nak sharekan satu lagi hidangan yang sangat sesuai kalau kita nak buat high tea. Sebab utamanya ianya mudah dan ringkas dan yang paling penting sekali rasanya sudah tentulah sedap!
Sesuai dihidangkan sejuk atau panas. Tak kiralah bagaimana cara untuk kita nak hidangkannya.. yang pasti biarlah ianya nampak menarik dan membangkitkan selera keluarga atau tetamu yang bertandang ke rumah.
Resepi ita intai-intai dari YouTube. Resepi dari selebriti Chef yang popular siapa lagi kalau bukan Nigella Lawson. Aduyaiiii... ita memang minat sangat dengan Nigella ita suka sangat menonton rancangan masak-masak beliau. Resepi Nigella kenbanyakkannya sangat ringkas dam mudah sangat penyediaannya. Resepi ini pun dah 2 kali ita buat kerana suami ita suka sangat!!
Resepi ni tak terlalu manis. Oleh kerana suami ita suka sangat makan yang manis2 jadi ita tambahkan sukatan gulanya. Kepada yang tak suka manis boleh ikut resepi asal dari Nigella. Puding ni sedap! pulak bila diletakkan choc chip lagi lah.. walla.. emmm... yummy! Sedap makan masa panas2 atau pun sejuk! Suami ita pula kalau makan bread puding dia suka letak vanila syrup. Bau vanila syrup tu yang membangkitkan lagi kesedapan puding ni.. Vanilla syrup ni ita beli yang ready made.
Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan, pas ni bolehlah godek2 kat dapur tu ye!
CHOCOLATE CHIP BREAD PUDING
By : Nigella Lawson
Rujukan : Youtube
250 gm roti - anggaran 8- 10 keping
500 ml susu cair
125 ml double cream
40 gm gula perang - ita tambah 20 gm lagi
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
100 gm choc chip
2 sudu gula pasir - untuk tabur atas puding
Panaskan oven 170 C
Sediakan loyang berukuran 23 cm atau 9 inc
Leserkan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Boleh juga gunakan ramekins atau casserole.
Roti di potong kecil
Ita bakar dulu roti tu sekejap supaya roti tidak terlalu lembik bila di rendam. Dan kita juga akan dapat tekstur puding yang agak padat.
Susun roti dalam loyang, atau ramekins atau casserole.
Taburkan 100 gm choc chip.
Dalam satu bekas yang lain kita satukan, susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanila.
Pukul sehingga adunan rata.
Tuangkan perlahan2 atas roti tadi supaya ia meresap dalam roti.
Teka-tekan rori supaya ia meresap adunan.
Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20 minit
Taburkan gula pasir atasnya.
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 40 minit
Sedia untuk di hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
21 comments:
puding roti MEMANG SENTIASA menggiurkan...lagi2 makan dengan soso caramel...TERBAEK...hehehe
mengiurkan la kak, slurppp..
memang sesuai kudap-kudapan petang2 nikan..
berdesup akak lari ke rumah ita ni... mesti ada lagi kan kan? lehla tapaukan akak sepotong utk minum petang.. hahaha........ manyak cantikk muka! kakaka..
As'salam Ita
Nak tumpang makan boleh ya. Kiranya high tea kat dapur Ita jer...hehehe. senang lepas makan terus cuci tangan kat sink..hahaha
kak ita..
klu mas, suka makan puding ni suam2...sedappnya...
Fuuuhhh...mengancam gilooss tengok bread pudding ni Ita, nnt nak belek2, ada lebih roti x, kalau xda akak rela pi beli dan buat2 lebih...hahahhaa
akak..LadyD nak kopi resepi ye..sedaplah.
Suker! Suker!
Sedapnya puding roti...suka sangat...Pasal kek benji roll tu kalau kena jari jemari kak ita yg buat mestilah lagi cun....silakan mencuba...
wow..sugoiii!!
gamba gamba tu memang mengancam...pandai amik gambar...nampak sedapppp...
kan best gak kalu pandai masak~=D
wah....sedapnya..
resepinya agak ringkas..but menarik..dah banyak resepi ita dah saya cuba..terimakasih yang tidak terhingga atas tunjuk ajar dan juga menu menu yang begitu menarik...
blog ita dah menjadi kemestian bagi saya membacanya..setiap hari..
Thank you so much...
kak ita , kalau tade double cream tu boleh gntikan dgn fresh cream tak ?
Kak Ita masak apa pun semua nampak sedap dan menarik..suka tengok cara kak Ita present makanan..memang marvellous!
salam kak, bagi sample/brand double cream tak?
salam kak Ita, double cream tu macam mana rupanyer? thx kak ita.
Salam kak ita, saya mohon pinjam gambar puding roti kak ita sekeping.
Saya masuk dalam sini..hehehe...sukee!
http://loyaliris.blogspot.com/2011/11/jangan-gusar-kalau-tak-pandai-buat-kek.html
salam
kak, tumpang tanya.. double cream tu apa kak? tq
Soo yummy!!
Post a Comment