PENGAT LABU WARISAN - masam manis f

Breaking

Nov 8, 2011

PENGAT LABU WARISAN

Assalamualaikum..




Cuaca sekarangkan asyik mendung aje.. Kalau mendung macam ni sedapnya bila dapat makan pengat yang hangat-hangat. Dah lama ita tak makan pengat.. bila dapat memang tak cukup semangkuk. Pulak bila dimakan dalam cuaca yang sejuk dan dingin macam sekarang ni..

Semalam ita merajinkan diri membuat pengat labu ni. Masa singah di Cold Storage ita terpandang lah labu yang comel ni.. Ita pun capai lah sebijik.. Dalam kepala mmg dah bercadang nak buat pengat labu. Ita beli sebijik aje.. harga pon boleh tahan..


Resepi pengat labu ni ita ambil dari buku Juadah Warisan Nenek. Kesemua resepi dalam buku ni adalah sajian dan resepi warisan nenek moyang kita yang kata orang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Begitulahkan tingginya martabat dan pengaruh masakan nenek moyang kita dulu-dulu kepada kehidupan cucu-cicit mereka hingga ke akhir ini. Ia umpama darah yang mengalir dalam tubuh dan tidak mampu untuk mengatakan tidak kepadanya..

Resepi ni pada ita cukup serasi dengan citarasa ita sekeluarga. Suami dan anak-anak ita pun sukakan rasanya yang lemak-lemak manis. Ditambah pula dengan harum bau daun pandan dan manisan dari labu itu sendiri. Dalili pun suka jugak! payah kan anak-anak nak sukakan pengat tapi, memang berlainan betul citarasa anak dara ita sorang ni.. memang lain dari yang lain.. Selera anak dara ita ni memang susah nak dijangkakan 


Bila kita menyajikan hidangan kepada keluarga kadang-kala kita terlupa apakah khasiat yang terkandung dalam setiap hidangan yang kita sajikan. Jom kita intai-intai apakah khasiat labu ni..
Dalam buku Vegetables : For Health and Healing nukilan Ong Hean Chooi, 
Isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dapat mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand. Mereka mendedahkan hanya 5 hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang  khasiatnya ialah untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur. Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.


PENGAT LABU WARISAN
Rujukan : Buku Juadah Warisan Nenek

800 gm labu kuning - dipotong dadu
120 gm gula kabung - dihiris halus
50 ml air
40 gm gula
2 helai daun pandan
1 biji santan kelapa
garam secukup rasa


Tuangkan sedikit air ke dalam periuk
Kemudian masukkan daun pandan dan gula kabung
Kacau hingga rata
Masukkan buah labu dan biarkan sehingga mendidih iaitu selama 15 minit atau sehingga labu empuk
Kemudian tuangkan santan dan kacau perlahan-lahan
Masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan
 

16 comments:

Gee® said...

sedapnya pengat labu.. thanks ita for the info kesihatan tu...

G.Schmackvoll said...

Visit here... visit me back :) I also recommend: http://linkchronicle.blogspot.com/p/add-your-link.html to promote your Blog.

Unknown said...

kak ita,.. ayu pun skrang nie cuba try utk anak ayu ambil biji labu untuk kesihatannya

lagipun ayu amalkan untuk arah diet ayu..

PS: awat ayu rasa macam lapar sangat bila pandang pengat kak ita?????
adooooooii

liemaopurut a.k.a ana said...

sedapnya pengat labu kak ita....mintak semangkuk!!

NoorMasri said...

adussssss...terliur sudah !

sya said...

erk....jom tukar nama kak ita...pengat halloween...hehehehe

rahel said...

Mat malam Kak Azlita...
sioknye mkn labu n hirup kuahnye..emm tengok je la..

nurul huda said...

sedap nye kak ita.. favourite huda jugak pengat labu nie.. tgk bahan2 pun simple je.. boleh buat nanti nie.. huhu

Cik Puan Izan❤ said...

sedapnya kak pengat labu...pengat ni mmg feveret saya tp jrg buat sbb org kat rumah kurang suka... kalau nak buat juga semanggkuk...

Anonymous said...

oh tak penah makan pun pengat labu sebab tak brp minat pengat2 ni

~Pastries Delight~ said...

sedap nampak pengat tu dah terbayang rasa manis bila mkn pengat.sib baik sy jenis tak suka mkn pengat2 bagai sbb nya manis.dr kecik sampai tua kureng bab2 pengat ni

Cho Zila said...

ha cam kena buat gak petangni sebab labu dah adatu ingat nak buat masak lemak... tapi rasanya buat pengatpun baguih gak...

Teacher Basariah said...

wah..nampak sedap..

nam@along said...

salam..cantik nyer buah labu tu ...mana nak dapat labu cantik cam gitu..:)'

nonierahman said...

salam kak ita..wahh pengat labu pulak yer..nonie kalau pengat kurang sikit,kalau masak lemak,laju jer

Ct Arina said...

biase jumpe labu bulat. ni lonjong plak. ehe

Post Top Ad

test