Setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga , ada tidur yang nyenyak dan setelah sakit pasti akan ada kesembuhan.
Setiap yang hilang , pasti akan ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan terang benderang...
Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman... dan kegelisahan akan ada sinar kedamaian...
Assalamualaikum...
Terlebih dahulu jutaan ampun dan maaf andai Masam Manis membuat hidup kita terkesima sejenak!
Aduyaiiii... Masam Manis... mujur masam nya hanya sementara dan manisnya muncul semula...
Happy hati ini tak terkata.. bersyukur ita pada yang maha kuasa...
Ini lah dunia ita, ini lah nyawa ita.. segala-galanya ada di sini.. segala-galanya ita semadikan di sini. Ianya semua sebagai kenangan terindah ita buat anak2 dan rakan-rakan.. apabila jasad ini menemui penciptanya...
Gelap terasa dunia ini seketika.. lemah dan longlai lutut terasa.. ketar semuanya... Apalah kesalahan yang telah ita lakukan.. ?? Mengapa blog ita tak boleh di buka....
Terima kasih, kepada semua rakan-rakan yang mendoakan.. Kepada adik-adik dan rakan2 yang telah membantu.. atas tunjuk ajar kalian semua dapat lah ita temui buah hati pengarang jantung ita ni..
Ada sedikit masalah pada informasi privasi pada akaun ita. Ita kena daftar semula dan kemaskini semula akaun ita. Mungkin agaknya Cik Google merajuk sebab ita ni asyik masak aje.. tapi dia tak pernah dapat merasa.. sekarang setiap hari kena hantar sepinggan bagi cik google rasa dulu pas tu baru boleh hidangkan untuk tetamu yang singgah kat Masam Manis pula.. aaaii.. macam-macam.. :)
Mungkin ini satu pengajaran buat ita juga pada rakan-rakan yang lain nya.. Pasti lepas ni ita kena save semua resepi yang ita sayang dalam Masam Manis, takut pisang berbuah semula...
Kepada semua pengunjung dan sahabat handai sekalian terima kasih kerana kata-kata semangat yang kalian berikan. Ia sedikit sebanyak dapat mententeramkan hati ita yang telah remuk redam tadi..
Syukur juga kehadrat Allah yang mendengar rintihan hambanya...
Wahai insan-insan yang matanya selalu digenangi air mata, hentikan aliran air mata itu dan berikan kenikmatan kepada kedua-dua bola matamu..
Tenanglah.... kerana anda berhak mendapatkan pelindungan dari Nya.
Tenanglah.... qadak telah selesai, kebijiksanaan telah dirumuskan, rintangan telah dapat dihilangkan, otot-otot kekuatan telah kembali segar...
Insyaallah.... pahala telah ditetapkan bagi mereka yang berusaha...
Nov 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
26 comments:
syukur ye ita....blog da bole buka...
hehe sy yg gelabah smacam sbb xdpt msuk blog kak ita ni,
dah agak mesti ade mslh blogspot ni,
xkan la akak nk delete blog ni sewenang2nye kan? hehe
alhamdulillah.. :)
alhamdulillah..
pelik gak tadi bila nak bukak tak boleh...
yeay!!! dh boleh sambung masak
akak pun lalui perkara yang sama beberapa bulan lepas.. syukur lepas dah godek2 sendiri (tanpa bantuan sesiapa pun.. hehe) & lepas masukkan semula kod yg dia sms kat handphone barulah boleh masuk semula.. syukur sangat2..
alhamdullilah.. masam manis dh kembali.
huh...!!! lega... ingat tadi masam manis dh merajuk... heee
alhamdulilah
Neno.. neno... baru datang nak bawakan first aid, dah baik punnnn... hehe
alhamdulillah..
Waaaahhh akak tadi pun duk bercakap dan tercari2 Ita dan CMG pun siap call no. Ita, katanya x angkat... Apa masalah sebenarnya Ita? Alhamdulillah semua setel dah eh...seriaau lak akak dgr sbb CMG kata mmg ada jgk blog2 personal terkena mcm ni....blog mereka umpama didelete dr alam maya nih...owh sungguh tidak dapat akak bayangkan..huhuuu, kenapa jadi camtu eh Ita?
Alhamdulillah masam manis muncul kembali..suke3!
Alhamdulillah...syukur, gembira tak terhingga masam manis dah kembali
alhamdulilah..kak ita, untuk lebih selamat boleh copy semua entry masuk dalam hard disk. Akak buka dashboard, setting dan export blog, automatik dia akan download semua entry dlm blog kita kepada hard disk. So lepas ni kalau ada apa2 yang berlaku, akak boleh buka blog baru dan download balik entry-entry tersebut :)
terkejut jugak tadi.. apa dah jadi kan... baru semangat nak masakmasak cantik cnatik tetiba hilang....
Syukurlah dah ok semula..risau jugak klu2 kita pulak yg terkena mcm tu.
Kak Azlita..mekasih krn sudi follow dapur Rahel..lepas ni Rahel akan follow gak dapur Azlita.
alhamdulillah.. dapat balik menatap blog akak. mmg kurang seri pagi ni bila x dapat menatap blog akak. :)
alahamdullilah , bila bukak tadi tak boleh tension juga tadi.
terkejut hoke. rasanyer baru pagi tadi tgk blog nie
a'aha kak. sy pun terkejut pagi td. kalau blog akak takde, tak tau la kt mana lg sy nak menjamu mata dengan menu2 yg secantik dan sesedap dalam masam manis nie. ehehehhehe
syukur sangat2 k.ita sebab dh dpt kembali apa yg hilang, maria td betul2 terkejut & sedih bila tak dpt masuk blog k.ita sampai officemate dok pujuk maria..memang sedih sangat2 td sbb k.ita sumber inspirasi maria dlm dunia masakan,rasa macam perpisahan yang tidak direstui...
Alhamdulillah..Allah sentiasa dengan orang2 yang sabar dan bertawakal macam kak ita
ye la kak... ape berlaku semalam? sy yg jd silent reader senyap2 selama ni... terkujat jap sebab bila klik x leh open... huhuhu... ingatkan dah tukar link ke... risau juga kalau berlaku kat sy yg "celik" it ni... ape2 pun, tahniah kak ita sebab berjaya meneyelesaikan ape yg berlaku tu... pasni x mo jadi silent reader curi2 baca dah la... hehehe
akak kena buat back up...dah ada blogger bgtau kt atas tu...in case apa2 jadi masih ada..
Salam,
Cara terbaik yang boleh kak ita lakukan..back up blog sebaik up entri terkini..boleh tengok tutorialnya kat sini.. tutorial backup blog
p/s sayang kalau blog masam manis ni tetiba hilang begitu sahaja..
a'ah sis, aritu daye x boleh nak bukak. keluar mcm tu. ni dah ok ^_^
Post a Comment