Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu:
- Jika berkata ia berdusta
- Bila berjanji ia mungkiri
- Jika berjanji sumpah ia langgar
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Malik berkata: "ketika Luqmanul-Hakim ditanya: "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Jawab Luqman: "Dengan benar dalam berkata-kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa yang bukan kepentinganku."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya: "Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w. : " Ya." Ditanya pula : " Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w. " Tidak".
Assalamualaikum...
Sekali lagi kita bertemu di pagi Jumaat penghulu segala hari.. Dengan lafaz Bismillah.. mulakan hari anda dengan senyuman...
Hari ni ita nak sharekan 2 resepi yang sangat sinonim bagi rakyat Johor khasnya. Kita mulakan dengan resepi pertama dari ita iaitu begedil.
Begedil sebagaimana yang kita ketahui di makan bersama soto ayam atau daging. Begedil di buat menggunkan kentang yang dilecek, daging cincang atau daging ayam yang di siat halus. Rangup di luar dan lembut di dalam dengan aroma rempah ratus yang menyelerakan.
Bagai aur dengan tebing, begitulah kombinasi antara begedil dan soto. Dimana ada soto di situ pasti ada begedil. Jika kurang salah satu darinya ibarat lagu yang tak berirama... Tiada kenikmatan ketika menghayati keenakan soto itu sendiri.
Banyak versi dalam pembuatan begedil dan kesemuanya mengikut kreativiti dan selera masing-masing. Hari ni ita nak sharekan begedil yang biasa ita buat, yang ringkas-ringkas aje..
BEGEDIL RANGUP
3 biji kentang
3 keping daging buger atau boleh guna daging cincang
daun sup ~ di racik halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu rencah soto yang telah ditumis
garam secukup rasa
1 butir telur ayam ~ dikocok
sedikit lada hitam
serbuk roti ~ untuk menyalut
minyak ~ untuk mengoreng
Kentang dikupas kulitnya di hiris bulat nipis dan di goreng terendam
Angkat kentang, toskan minyaknya dan lecek halus
Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa dan sedikit perencah soto yang telah kita tumis ( perencah soto ni ambil dari soto yang kita tumis untuk jadikan kuah soto )
Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil.
Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum
Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil
salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti
Kemudian celupkan ke dalam telur
Salut sekali lagi dengan serbuk roti
Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam
Angkat dan toskan
Siap di hidangkan bersama soto nasi atau mi.
Enak juga di makan bersama sos cili
14 comments:
sedappppnye kak....feveret sy plak nie...kne try cbe nie..harap2 menjadi.. :)
sedappp.
:D
bestnyaaaa.....
begedil versi lain plak nih. teruja nak cuba menyalut cengituh..cam best je..
Bila Ita sebut yang ringkas2 je tu yang akak suka...bergedil rangup lagi...amik resepi dulu walaupun buatnya lum sampai seru...Insyaallah mesti buat ni nanti...thanks Ita share2 resepi...:)
Happy New Year....
sy pun suka pegedil. Kalau rajin mmg buat sebagai pelengkap soto. tapi tak pernah cuba salut dgn bread crump lg...bahan ada, kalau rajin nak buat jugalah..
wahhhh nmpk sedap.nk try lah =)
cantek jer begedil tu...buatkan kita berselera nak cicah ngan sos cili jer..
sedapnyer makan soto ngan begedilrangup nie...mcm teringin jer nk tru begedil nie ptg nanti...bahan2 semua dah ada nie...
Assalammualaikum wbt...
Saya Nora ingin minta permission untuk mencuba resepi yg looks so delicious dan halalkan dunia akhirat ilmu ini...x sabar nak mencubanye...hehehehehe
untuk resepi2 didalam blog ni tau...bukan bergedil sahaja...hik3
Assalam Ita, Selamat Tahun Baru 2012...sedapnya tengok soto tuh...ujan2 sedap makan yang panas2 gini...ala2 sup gitu kan... Semoga tahun 2012 lebih menceriakan dapur Masam Manis dan lebih meriah hendaknya... Salam sayang dan ingatan dr akak... muaaahhhh! ^__^
soto + begedil rangup... sdpnyer!! Anyway, luv all ur recipes.. n ur photo tersgt la cntk!! seronok tgk blog Masam Manis ni.. ;)
salam akak,
nak mintak izin untuk amek gambar begedel yg akak tangkap ni bole tak?
Untuk projek Entrepreneurship
Post a Comment