Bertemu kita kembali di minggu baru.. Ada yang merangka azam baru.. kalau boleh biarlah minggu ini lebih baik dari minggu lalu.. Semakin bertambah iman dan ilmu di dada. Semakin bertambah produktiviti..
Minggu yang paling ceria mungkin??? seceria.. sang mentari atau seindah sang pelangi.. Walau apapun yang kita rencanakan.. ingat! mulai dengan lafaz Bismillah.. Sucikan hati.. dari semua perasaan hasad dengki.. semoga hidup lebih berbahagia dan ceria...
Ita mulakan minggu baru dengan Rainbow Cake.. hihi kek lagi..
Bersempena B'day kucing kesayangan Dalili.. haha kucing pon nak sambut B'day kan..
Ni Dalili lah sibuk sangat bila nak buat kek untuk b'day kucing kesayangan dia.. emmm... layan aje lah permintaan anak dara ni sorang.. last2 mak dia jugak yang kena makan.. kucing tu suka kek coklat la.. Dalili.. ni mesti Dalili yang nak kek ni kan??? haha dah tau dah....
Hari2 ita tengok rakan-rakan buat kek Rainbow ni.. Ita pernah buat dulu di SINI Resepi dari The Martha Stewart Show, April 2010
Resepi kali ni lebih kurang sama juga tapi sedikit ringkas dan cara membuatnya lebih mudah! Ramai yang dah mencuba resepi kek ni dan ita rasa ramai yang sukakan rasa kek yang lembut dan sedikit lembab2 ni di tambah lagi dengan warna yang cukup memikat!
Pelbagai versi dan idea yang kreatif yang telah di olah oleh rakan2 ita nanti ita senaraikan nama mereka yang telah mencuba resepi Rainbow kek ni supaya mudah rakan2 yang lain untuk buat rujukan. Kepada yang ita tak perasan yang telah cuba kek ni boleh lah linkkan blog atau Fb masing2 pada ruangan komen tak kiralah di blog ni atau di FB supaya kita sama2 dapat berkongsi idea dengan rakan2 yang lain yang juga ingin mencuba! nanti ita akan masukkan link tu dalam blog ita ni untuk dikongsikan bersama2.
Kek ni memang sedap! ita suka sebab dia lembab.. macam kek kukus pun ye jugak walaupun sebenarnya ianya di bakar. Kita boleh mengolah kek ni dengan pelbagai olahan mengikut kreativiti masing2. Untuk kek yang ita sediakan kali ni.. ita tak buat banyak lapisan, ita buat 5 lapisan kek sahaja supaya kek ita sedikit tebal dan tidak kering.. Kita masih dapat rasakan kegebuan kek dan kelembapan kek yang semulajadi..
Ita masih lagi menggunakan kaedah checkered cakek untuk cara melapis kek ita ni. Boleh rujuk di SINI untuk cara penyediaan checkered step by step sama aje kaedahnya. Ita selang selikan warnanya untuk setiap lapisan.
Untuk filling ita guna resepi dari Puteri Manja manakala topping ita guna buttercream yang biasa ita guna. Filling yang Puteri Manja buat ni dia agak sensitive dan cepat mencair kerana menggunakan whipping cream. Bila topping guna whipping cream dia kena sentiasa duduk dalam peti ais.. tak boleh kena panas dan terdedah lama di luar. Cara membuatnya pun kena hati2 kerana dia tak boleh terlebih pukul.. sebab jika terlebih pukul dia akan berair. Tapi topping ni kalau buat memang sedap! sebab dia guna coklat masakan putih.. wallaaa... sedapnya... Terima kasih Puteri..
Ok nanti ita sharekan beberapa resepi topping dan filling yang lain untuk di cuba boleh pilih yang mana satu berkenan di hati..
RAINBOW CAKE
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010
2 sticks (226 g) butter, room temp
2 1/3 c (426 g) sugar
5 egg whites, room temp
2 teaspoons vanilla
3 c (426 g) flour
4 tsp baking powder
½ tsp salt
1 1/2 c (355 ml) milk, warmed for 30 sec in microwave to bring to room temp
Red, orange, yellow, green, blue and purple GEL food coloring. Liquid will not be vibrant enough!
Preheat the oven to 350F degrees. Oil and line how ever many 9” cake pans you have (I have three and I just reused them).
Sift together the flour, baking powder and salt. Set aside.
Cream the sugar and butter, then add the egg whites (I cracked them all into one bowl) and add them a little at a time. Add the vanilla and mix until fully incorporated. Then, alternating between wet and dry, add the milk and flour mixture in two parts.
Divide the batter amongst 6 bowls (It's about 1 c each, but I did it by weight. Weigh your mixing bowl before you begin adding ingredients and then subtract the weight of the bowl from the final measurement after the batter is completed. Divide that number by six and add that weight of batter to each bowl), and then whisk a fair amount of the appropriate food color into each bowl. Keep in mind that the color of the unbaked batter will be the color of the baked batter. Pour into the pans and bake for 15 minutes each.
When you remove them from the oven, let them rest on the cooling rack, in the pan, for ten minutes. Then flip, cover, and stash them in the fridge to cool quickly.
Resepi yang telah di alih bahasa oleh kak Zu.. hehe TQ kak Zu..
RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Ita gunakan kaedah checkered untuk kek ni yang asalnya hanya lapisan selapi2 aje..
Ok sekarang kita buat pula dia punya topping kali ni banyak versi boleh pilih yang mana satu yang berkenan di hati
COKLAT MOUSSE PUTIH
By : Puteri Manja
* Topping ni kena buat 1 hari awal dan simpan dalam peti ais semalaman
150G COKLAT MASAKAN (YG PUTIH)
1 SUDU BESAR GELATIN
100ML AIR
2 BIJI TELUR PUTIH
200G WHIPPING CREAM
40G GULA HALUS
PENYEDIAAN MOUSSE. MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 100ML AIR. BIARKAN DALAM 5 MINIT. AWAS!!.. JANGAN MASUKKAN GELATIN DULU KEMUDIAN AIR.. INI AKAN MENYEBABKAN GELATIN BERKETUL2 DAN X LARUT SEPENUHNYA.
CAIRKAN COKLAT MASAKAN(YG PUTIH) DENGAN KAEDAH 'DOUBLE BOWL' (GUNA 2 PERIUK, 1 PERIUK LETAK AIR DAN 1 PERIUK LETAK COKLAT. PERIUK YANG ADA COKLAT NI, LETAK PULAK KE DALAM PERIUK YG ADA AIR. KEMUDIAN PANASKAN SEHINGGA COKLAT CAIR).
BILA COKLAT PUTIH DAH CAIR, PADAMKAN API DAN KELUARKAN PERIUK
COKLAT DARI PERIUK YG ADA AIR TADI. MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT PUTIH CAIR. KACAU SEHINGGA GELATIN SEBATI DENGAN COKLAT PUTIH TADI. BIARKAN SEHINGGA SEJUKKAN.
PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG ATAU SEHINGGA BERTANDUK.( KALAU DITERBALIKKAN BOWL, TELUR X JATUH). SAMBIL PUKUL TELUR TU, MASUKKAN GULA SIKIT DEMI SEDIKIT.
DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA JADI BENTUK KRIM.
MASUKKAN ADUNAN WHIPPING TADI DAN COKLAT CAIR KEDALAM PUTIH TELUR YG DAH DIPUKUL TADI.KACAU KAUP BALIK PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA SEBATI. SAPUKAN PADA KEK YG NAK DIHIAS. SETELAH HIAS SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEHINGGA MOUSSE KERAS DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN..
Atau boleh juga cuba yang ni....
ORANGE CREAM CHEESE FROSTING
By : Sheery Dzul
Rujukan : Zuriani Alias
4 package(s) (8-ounce) cream cheese, softened
1 cup(s) (1/2 stick) unsalted butter, softened
4 tablespoon(s) fresh orange juice
4 teaspoon(s) grated orange zest
2 teaspoon(s) pure vanilla extract
4 cup(s) confectioners' sugar
Directions
Blend the cream cheese, butter, orange juice, orange zest, and vanilla in a large bowl, using an electric mixer set at medium speed, until smooth.
Add the sugar and continue to beat until light and creamy -- about 3 more minutes.
Add the food coloring and gently stir until the color is uniform.
Chill the frosting until ready to ice the cupcakes or cake.
Atau dari resepi asal yang ni..
LEMONY SWISS MERINGUE BUTTERCREAM
By: Whisk Kid
To fill and crumb coat:
9 egg whites
1 ¾ c (350 g) sugar
4 sticks (452 g) butter, room temp
2 tsp lemon extract
To frost:
5 egg whites
1 c (200 g) sugar
2 sticks (226 g) butter, room temp
1 tsp lemon extract
Cook the egg whites and sugar in a small saucepan over medium heat, whisking constantly, until the sugar is completely dissolved (test by rubbing some between your fingers. If it's completely smooth, it's done). Pour into another bowl (a stand mixer is preferable) and whip on high speed until room temp. Then, on a medium-slow speed, add the butter, waiting until each piece is completely incorporated before adding the next. After all the butter has been added, turn the mixer back to high speed and whip until it has come together, about five minutes. Add the extract, beat briefly and then use.
If the buttercream seems soupy after all of the butter is added and does not come together after whipping, refrigerate for 5 to 7 minutes and continue whipping until it becomes fluffy and workable.
Atau resepi dari kak Cek
FRESH CREAM FROSTING
By: Wilton
Rujukan : Kak Cek
2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila
Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
Decoration ikut citarasa memasing ya...
Boleh kunjungi laman web berikut untuk melihat mereka-mereka yang telah berjaya hasilkan kek rainbow yang cantik dengan pelbagai versi dan idea
Semanis Gula ~ Zuraini Alias
Step by step Rainbow cake ~ Puteri Manja
Rainbow Cup Cake ~ Kak Cek
Rainbow Cake ~ kak Cek
Checkeredbord Rainbow Cake ~ kak Cek
Cakesville ~ Umieaisyah
Citarasa Wan
Ell Joella
Happy Birthday kepada semua yang sambut ulang tahun pada bulan Desember ni...
81 comments:
akak menariknye! sooo eye-candy....rasa sayang je nak makan...hihi
cantik dan menariknye kak..adoii..mesti sedap..
Happy birthday kucing!!!! siapa nama kucing kesayangan dalili nih? Nice cake and layering kak!Good work
cantiknya kak ita....bila la wan merainbow jgak ni...minta sepotong ye kak :p
cantiknya kek ni Ita...tq atas ucapan birthday bulan disember..nape tak buatkan kek utk Yatie dan Hamka...huhuhu..bertuah sungguh kucing Dalili..meh bagi rasa sepotong..
perrrghhh..mmg salute giler dkt kak ita...cantik sgh corak batu bata tue...mmg teliti...tk pe kak...bg ina share kek besday tue ye...tq kak ita...
terbaekkk kak......sgt gorgeous kek kucing nie....tp sian kn sbb kucin x dpt nk mkn...cume tuan die jek leh mkn....hiihihi
As'salam Ita
Wah best ni ..selamat ulang tahun buat KUCING tersayang tu ya. Dalili comel mesti happy jer sebab dapat makan kek yang cantik ni kan. Sampai hati Dalili tak bagi aunty ct sepotong ya.. hehehe
ct dah amik resipi dari Kak cek tapi masih tak sempat nak buat ni Ita. Nanti nak godek2 juga nak cuba try test .. hahaha
cantik nya kek kak Ita ni..geram tgk semua kek dlm blog kak Ita. Anyway..happy b'day Kucing!!! hehehe..
akak,
saya silent reader blog akak.. best la.. blog akak ni.. very informatif dengan resepi...
***psst psst...
smlm akak ada g daiman bowl tak?[ahad 11 dis]..
kita ada pasan cam akak la.. tp nk tegur takot salah org... hihihi kita tgok dr jauh jek :(
cantik dan menarik sgt kek rainbow yg kak ita buat ni..color pn soft jer..mmg terbaik lah..mesti sedappp..
alahai... so cute sgt cake nie. bertuah nya kucing dalili dapat kek bday nie.
rajin sgt kak ita mendeco kek smpai camni comei. kalah yg ada kt kedai.
brapa lama amik masa utk sediakan kek ni kak??
cantiknya!!!!!!! meriah sungguh...bahagianya jadi kucing dia... he he hehhh
cantik dan nampak sedap sangat, kalau saya mesti sayang nak makan..
laaaa....untungnya jadik kucing dalili...tuan yang prihatin & penyayang....dia pandai tiup lilin & potong kek sekali tak? Moga kucing dalili ni menjadi teman penghibur lara, sihat & panjang umur...kirim salam kat dalili ye kak ita...
cantik nyeeee...usah nak buat camni..nak buat kek yg satu kaler pun masih fail...huhuhu....
cantik nye.sy silent reader akak.sy suka tgk kek2 dlm blog ni..cantik2 n nmpak sedap..akak xde amik order ke..tringin skali nak mkn kek akak ni..nyum..nyum..mngidam plak ye..hehe
Subhanallah...cantiknyaaa kek tu Ita weeeyyyy....adeehhh nak fengsaaaann atas sofa terus laaaaa....eh nak fengsan tepi kek la Ita... Mmg tabiiiikkk kerajinan Ita nih...bertuahnya laaaa Dalili dpt makan kek ni dgn kucing kesayangan...hehehhe
salam
hari2 sy ngintai dapokita..tp br hr ni tinggal jejak..
buat kek rainbow ni mmg syok..esp bila tgk hasilnya
tp sy punya x meriah cam kita punya..huk..huk
http://sweettouchcake.blogspot.com/2011/12/rainbow-cake.html
cantiknya kek ni!!!!bertuah kucing Dalili....Bilalah saya ada kekuatan nak wat kek rainbow cam Kak Ita ni?
Terbaik....
Terimakasih ya..birthday hanim 15hb ni..kira dapat kek awai la ye..
cantik..cantik.cantik sangat
Rajin betullah Ita ni.... Kagum betul dengan kerajinan Ita.... Cantik sangat.
menggoda betullah n3 kak ita ni..
sgt teruja....... terbaik
SUBHANALLAH KAK.....sgt2 cantekkkk...hihihihi...kak ita,nk adres fb blh x?
Itaaaa....jap2...mengeluh dan tarik nafas panjang2 tgk kek Ita ni...adoiai! rajinnya adik akan nan satu ni...siap buat checkered rainbow cake guna manual punya cara lagu...nak tabik apring banyak kali kat Ita ni...he he...emmmm...dah terasa kesedapan kek ni...ape2pun tq bebyk linkkan blog kak cek kat n3 Ita ni...tetiba teringin nak buat lagila pulak...he he =)
cantik! belum berkesempatan lagi nk cuba kek ni:)
aduhhhh...nak pengsan menengok kek kak ita ni, mula la nak pk camana akak buat tu, perfect 10 tau.... saya ni entah bila nak cuba he he he..
Amazing :D Kalau nak order akak ambil tempahan tak? Kat mana akak dapat topper clown tu? Suka sangat
Ya Allah kak sungguh sedap mata saya memandang.. akak xnk buat kelas ke buat2 kek dgn topping ni? sy berminat sgt cuma itulah xda yg bt kelas..
Salam Itaaaa, sign in blog trus ternampak ntry ita dgn kek rainbow.. aduhai itaaaaaaa rasa terkesima dgn keindahan kek tuh dan pasti nya Ani terliur Ita oiii.. adehh seremban n johor jauh tu... Ita keep it up ya.. mmg selalu Ani tertunggu tunggu ntry dari Ita..
Selamat malam Kak Azlita...
diam tak perlu cakap apa2...senyum2 jer tengok kek yg cantek ni...nak mintak sepotong tp jauh..so kena merajinkan diri la buat rainbow cake..toooolong.
Cantikkkk sangat.....
untung nye kucing Dalili.. siap dapat kek lagi untuk birthday.. hehe
tapi memang cantik lah kak ita.. air tangan kak ita nie macam ade magic taw.. buat lah pape pun.. semua nye nampak sedaaap dan menarik.. :)
cantiknye kejadian...terliur nengoknya....nak diet mcm mane nie...aduhaiiii..:)))))
cantiknya kek..untung kalau dpt jadik kuching cam gini...hehhehe..saya tak pernah buat lagi rainbow kek ni..duk tengok org je buat...kekeke
sedap nyer kak...nak satuuu
roses_leo09 aka hanim
adoi ....
rasa nak pengsan tengok kek kak ita ni. geramnya ...... minta sepotong kek tu boleh kak ita ....
wow!!!dari jauh ku udah terpegun melihatnya..apatah lagi bila dipandang dekat2 gini...kalau la ada depan mata lagi la...tak tau nk kata apa dh..sesuai bangat utk si comel miow2..suka la Dalili bila tgk kek yg sgt cuteeeee ni.
marvelous.....kat secret recipe pun blm tentu jmp design kek camni..br birhday kucing, kalau birthday dalili lg meletup la kek nyer...kagum2
TERBAIK!!! kek akak sgt cute mcm akak..saya pun dh cuba Rainbow Cake resepi Martha Steward ni melalui blog akak...bila dipotong kek nya sgt gorgeous!!! Like..like..like..
salam dek ita lawa
t.kasih atas doa ita..amin semoga kita semua sama mendapt rahmat dah hidayah dan sentiasa dilindungiNya..aminnn
apa yg ptg kak dah lama masuk dapo ita dan print kek terlawaaaaa nie..tapi kak tak komen sebab baru nak panaskan mood ni huhuuu.. tahniah kerja tangan yg amat berjaya.. kak ilah tunggu hasil kek gulung zirafah pula pas ni yaa...emmm
cantiknyaaa..teringin nak buat :)
Motivating sungguh dapur u ni... Hari2 nak kena tengok kek kat sini sambil pasang angan2...
Kak Ita , try buat Angle Food cake .. nak tgk macam mane , pernah tgk martha steward buat , very healthy pasal tader gune telur kuning and butter ..
Salam, saya silent reader. Just nak tanya boleh tempah tak kek ni? how much? thanks
Salam..
Cantiknya kak!!!!!!
kak itaaaaaaaaaaaaaaaa
teruja tengok kek ni...nasib la kucing xpandai cakap..lau tak dia pun kata cantik n sedap...
aslmkmm..mmg cantikk kek nih sis..
tersangat shantekkkkkkkkk....andai sy punya tgn yg lmh gemalai spt kak ita..bahagianya en.asben n ank2....
cantik nye....blog ni mmg best la.gmbr pun cantik2...terus follow.
from;
http://life-of-einazarina.blogspot.com/
ala... i wish you were in KL.. nak order rainbow cake ni :(
salam..minta izin copy resepi dari blog ini...teringin nak mencuba kek rainbow dh lamaa cari.
salam kak ita...menariknye kek rainbow ni....mcmne nak susun mcm tu?? tunjukkan caranye...he..he...x tido mlm dok pk cara nk susun...
As salam kak azlita.sy dah try buat ikut resepi akak tunjukkan.mmg leceh kan nak buat checkered tu,dah la guna byk color..sonokkk sgt bila jadi...tapi x secantik akak buat,kemas je tgk..terima kasih kak azlita^^
Salam Ita...sy teruja sgt bila melayari blog Ita ni...mesti singgah although as a silent reader...Now sy teruja nak buat rainbow cake ni..nak ambil semangat sikit nak merainbow..suker sgt!!!...Semoga Ita dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik utk terus berkarya coz resepi Ita semua best2 dan tulus serta ikhlas...Thanks Ita sudi berkongsi....
Salam Ita...as a silent reader tp sy teruja sgt dengan resepi2 Ita di sini...tahniah!...kali ni sy nak mencuba this rainbow cake..hopefully saya memiliki kesabaran yg kuat mcm Ita utk merainbow..Oh Ya!..cawan Ita kat apam Indon tu..cantik la!....Teruskan semangat Ita ini untuk berkongsi dengan rakan2 diluar sana...resepi Ita mmemang tulus dan ikhlas...saya suka sgt!
Hi, I was searching for a Checkerboard Cake and eventually it brought me here to you. Just want to tell you that I am so impressed with your this rainbow cake. You have done so well and perfect with this cake. Such a lovely colours! You are so pro!!
Salam perkenalan Ita,
Akk ni sampai ke blog Ita masa BW dari blog2 yg lain klu x silap dr blog Ayu @ curlybabessatisfaction...dan akk mmg silent reader je sbb blog sdri malas nk update but ckup teruja dgn resepi2 yg U share esp cakes...2 thumbs up to U n ur workmanship...terliur dgn tgk gambar je...
Akk mntk izin utk guna pakai ur resepi ya...mntk halalkn dan moga Allah mudah dn bykkn rezeki U lg dgn perkongsian ini...aminn
hi there, do you take order? please let me know. thank you. my son's birthday in june. Love this checkered cake. its so beautiful and professionally baked!
kak ita, sy nk tnya ni, klau sy kukus bleh x? sy xde oven la. die melekat x kt loyang nti? method die same je kan?
kak ita, sy nk tnya ni, klau sy kukus bleh x?
sy xde oven la.
die melekat x kt loyang nti? method die same je kan?
Akak sgt pandai masak..semua resepi akak comel..nak jadi anak murid je rse..:)
Akak pandai sgt msk..resepi akak semua comel2..
assalamulaikum kak...sy dah try resepi ni then memang seronok nak watnya dan sedap. sy nak copy n paste resepi ni k untuk rujukan sy. tq.
akak, shud tak paham la mcm ne akk blh buat dia jd mcm tuh.. nk susun mcm ne????
Salam ,tahniah cake anda telah memasuki laman fb cake appreciation society, banyak mat salleh tu dok cari step membuatnya...
Salam terlebih dahulu tahniah kerana cake ini telah terpilih masuk dalam fb cake appreciation society ,mat salleh kebingungan kerana tidak tahu bahasa Malaysia dan mereka ingin tahu macammana kek dam itu dibuat...
Aduhhhh geramnya tgk cake ni ...tergoda tp sayang i xpandai nak buat kek sure xjadi .... uhuhuh
Cantikkkk
salam...saya dah cuba resepi ni.. sangat tertarik dengan gambar2 kek dalam blog ni... hahaha. terima kasih sbb share!!! teruskan mensharing lagi!!! semoga murah rezeki selalu =)
salam...cantiknyer.....mesti sedap bila susah nak buat....akak terima tempahan keka tak?
Omg. This has been the most amazing cake i have seen in my life. I don't understand the language here. Do you have step by step pictures posted too?
Again, Great job on the cake!
rainbow cake Kak Ita yg paling the best dlm google...Kak Ita menjadi inspirasi dan idola sy dlm dunia bakery,hasil Kak Ita selalu kemas&cantik!!!God bless
That looks amazing; and thanks for the recipe.
However, I don't speak or read your language [Indonesian?], sorry - and I can't figure out how to make it look chequered. Can you help?
Knp mase sy pukul butter dgn castor sugar x tukar warna putih pon???
Knp sy pukul butter dgn castor sugar warna dye tak tukar pon jadi warna putih??
Assalamualaikum.
Eid Mubarak
Could you kindly translate the recipe please.
Shukran
Knp sy pukul butter dgn castor sugar warna dye tak tukar pon jadi warna putih?? http://www.sabkitube.com/
Salam k.ita..semlm sya buat kek ni..sya bhagi 5 warna..cuma sya nk tnya..bila kek dh msak stiap lpisan tu brapa ktebalannya??sbb tgok k.ita pnya cm tebal..sya lbih kurang dlm 0.7 ke 1cm??btul ke??
Cantiknya comel
Post a Comment