CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE - masam manis f

Breaking

Dec 20, 2011

CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE

Assalamualaikum...
Salam bersiaran...
Lama tunggu ita masukkan N3 ni.. uii.. ada yg dah menitik2 air liur atas key board tu.. hihi
Lambat sikit.. Sibuk memasak maklumlah anak2 ada di rumah ni mmg lah kena siapkan cepat.. Masing-masing dah menjerit kelaparan..

Sebagaimana yang ita janjikan.. Taraaaaa....


Tak puas lagi.. emmm... kita tengok yang ni pulak..


Ok tak..??
Jom kita rasa...


"emmmm.... sedapnya ita.... dah boleh bukak bakery dah ni..."
"... memang niat hati nak bukak bakery... emmm... tapi modal tak cukup lah..."

"ayang... abang dah dapatkan pinjaman peribadi dari Hong Leong Islamic Bank... cukup untuk buka kedai kek idaman ayang...."

hehehe... lalauan iklan sekejap...

Waaa... ada juga yang dah dapat teka kan.. kek apa??
Pandainyaaaa....
Betul lah tu kepada yang meneka tadi.. nama kek ni Chocolate Bluberry Roulade Torte.
Sebenar kek yang asal namanya Chocolate Orange Roulade Torte, tapi ita ubah namanya sebab ita letak bluberry sebagai filling yang mana resepi asalnya menggunakan chocolate ganache.

Bagaimana rasanya...??
Bayangkan... gandingan antara kek span coklat bergabung dengan kek span oren di apit pula dengan filling bluberry dan whipped cream... emmm... melompat-lompat dan menari2 di dalam mulut.. sungguh mengasyikkan..


Resepi ita ambil dari buku Fruity Cakes. Resepi dari Chef yang tidak asing lagi yang mempunyai skill tersendiri dalam menyediakan kek iaitu Chef Alex Goh.
Membuat kek ni tak lah sukar sangat.. Tapi perlukan konsentrasi dan kesabaran.. yang tinggi. Tapi bila semua bahan dah ada di hadapan mata kerja menyiapkan sebijik kek berjalan dengan lancar..

Untuk resepi kek ni kita perlukan 2 buku kek. 1 kek span coklat dan satu lagi kek span oren. Dalam resepi asal ia menggunakan ganache coklat untuk di sapu atas kek. Tapi ita gantikan dengan bluberry filling supaya terasa masam manis dan tak memuakkan.
Kita juga perlukan Pastry manis bakar bulat tapi ita tak buat pastry ni.. hihi malasss...
Untuk toping pula resepi asal menggunakan krim mentega Prancis. Krim ni adalah gabungan antara krim mentega dan krim vanilla. Tapi ita tukarkan dengan Stabilised Whipped Cream yang lebih creamy dan seakan kita makan ais cream pulak! sedapnya...

Ita akan salin semula resepi asal di sini.. dan ita akan beritahu yang mana ita buat dan yang mana ita tinggalkan..
Dah tak sabar-sabar lagi nak mencuba.. Jom kita intai-intai resepi yang sunguh unik dari Chef Alex Goh ni..



CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE
Resepi asal : CHOCOLATE ORANGE ROLUADE TORTE
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Kek Fruity Cakes






Mula-mula kita sediakan Pastri Manis bakar bulat. Tapi yang ita punya kek ni bahagian ni ita tak buat.. Kepada yang nak buat ita salinkan resepinya.

SWEET PASTRY / PASTRI MANIS

100 gm butter
50 gm gula icing
1/2 biji telur
220 gm tepung gandum

Panaskan oven pada suhu 180 C
Adunkan butter dan gula icing dengan perlahan
Masukkan telur dan adun lagi hingga licin
Tambahkan tepung dan gaul hingga sebati
Tekapkan pastri manis dalam loyang berdiameter 8 inc
Bakar dalam oven selama 20 ~ 25 minit
Bila dah masak keluarkan letak atas redai hingga sejuk. Ketepikan

Sekarang kita sediakan pula Orange Sponge Cake


ORANGE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren ~ ita gantikan dgn orange suncquick
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
 4 biji putih telur
100 gm gula castor
 100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
Tuangkan adunan dalam loyang
Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
Keluarkan kek dari loyang setelah masak
Buangkan lapisan atas kek yang berkerak


Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4 cm ~ ita buat lebar sikit iaitu 6 cm oleh itu ita perlukan 2 keping kek span oren ni. Ita cadangkan buat 4 cm aje jadi hanya perlukan 1 aje kek span.
Sapukan ganache ~ rujuk resepi
Ita tak guna ganache , ita gantikan dengan bluberry filling.
Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm
Balut dengan wraping plastic dan simpan dalam peti ais sekejap

Sekarang kita sediakan Chocolate Sponge Cake

CHOCOLATE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sedikan loyang 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang.
Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
Keluarkan kek segera setelah masak
Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk


Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.
Sekarang kita sediakan topping.

Untuk kek ita ni, ita gunakan Stabilised Whipped Cream yang ita rujuk resepi dari Youtube.


STABILISED WHIPPED CREAM

2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.

Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut
Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan

Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi



Ok sekarang kita mulakan proses untuk melapis kek

Letakkan pastri manis atas lapik kek dan sapukan jem oren di atasnya ~ proses yang ni ita tak buat
Letakkan kek span coklat di atasnya
Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas kek span coklat dan ratakan


Kemudian letakkan roulade bluberry di atasnya
Ulang semula langkah yang sama
Sapukan semula cream dan letakkan selapis lagi kek span coklat
Sapukan keseluruhan kek dengan cream
Hias kek mengikut creativiti masing-masing.


CHOCOLATE GANACHE
300 gm coklat masakan
150 gm whipping cream
15 gm mentega

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler ~ letakkan bekas coklat atas periuk yang berisi air mendidih
Dalam bekas lain panaskan whipping cream hingga hampir mendidih
Kemudian tuangkan dalam coklat tadi
Tambahkan mentega dan gaul rata
Biarkan sejuk sekurang-kurangnya 24 jam



65 comments:

azira said...

mabeles! otomatik terliur! hurmmm

Anonymous said...

Fuyoooo...dh banjir dengan titisan atas keyboard tau k ita tunggu post ini....ternyata cantekkkkkk sangat...
ke kreativiti serta kehalusan seni tangan akak mmg terbaeekkk...

Kalau hasil yang mcm ni nak makan pun tenung 10x sure tak gigit lagi kek itu...

Fazlinil Irma said...

betul la kak ita. nanti akak bukak bakery sy pun nak turun jb singgah kedai. jamu mata dgn kek akak yg stsa mengancam. :)

Nazrah said...

rajin teramat sangat Kak Ita.. saya memang peminat akak...

aeinio said...

adehhhh gigil tengokkk....

Miera Cierana said...

sedapnya,akan terhasilkan kek dari airtangan ku secantik k ita

cikNor said...

haduyaiii...ngences tahap gaban nengok kek akak...

Don't Afraid to Try said...

kak ita,

boleh pengsan tgk hasil kerja tgn kak ita...

anonymous said...

canteknye....sedapnye....rase naak wat tp blh kah aku????? hmmmm...kak! tlg.........

MANISMANIS said...

cantik dan sudah pasti enak ya,kapan2 mau coba...thanks uda berbagi resepi...

Juwita Jamaludin said...

Cantik kak.. Geram tgk... Tangan dan hasil kerja akak
Memang magic..:)

JieJa said...

waaaaaaaaaaaa..... kagumnya.. nak try buat tapi termampu ke...

Reen Tart Nenas said...

marvelous habis la kak. mmg creative.

Noor Akma said...

Alahai...!!! kekaguman saya dengsn kek yg dulu tu x abis lagi dah ada yg lain plak... kalau dekat tingin nk berguru dengan yg empunya blog ni..kreatif dan teliti sungguhlahhh!!

Yatie said...

cantik dan kreatifnya Itaaaaaaa...kalau dpt rasa bestnya....bila nak pelawa yatie dtng umah ni...hehehehehe...masa tu dok verangan nak order macam2 ngan Ita..nak makan itu dan ini..leh kan...hehehehe..

Unknown said...

marbelesss...marbelesss...yummyyyyy....

Puan Olynn said...

kalaulah saye punye mase yg cukup utk buat seme ni... :)

najjahomesweetiest-bites-yummy said...

kak Ita sayang!!!!!!cantik x tahan mata melihat..terpukau..jatuh cinta terus...adoii kak ita....lawa tau

Kak Wan said...

cantiknya kek ni kak....agak2 kalau wan buat akan terhasil mcm akak wat ke hahaha...tgn wan ni tak berseni mcm tgn akak.adehhh.....terliur banget ni....

dZana said...

aduhai ita.. boleh frame kek ita ni.. cantik..buat mulut akk ternganga..

CT Delima said...

As'salam Ita

Amboii sakan Ita buat kek ya, meh hantar sepotong kat Majidi nak rasa ni..hehehe. Ingat nak turun jb sabtu ni, tapi tengoklah kalau keadaan mengizinkan kita jumpa okey tak..hehehe

sori lambat singgah, dok terbaring jer satu hari ni sebab pusing kepala, bukan pening kepala ker..adoiii. tu yang tak sempat nak BW semua dah petang2 baru menjengah ni.

cantik lah suka sangat2 sedap dan kretif wallahhh!

It's me... said...

kelaaasssssssssssssssssssssss.....

menjejes air liur!!!

Bang Hassan said...

Salam Sejahtera
Blog yang menarik ~~~

sedapnya !!!

DiraBakers said...

Caya la..mmg tabik la dgn k.ita....

DiraBakers said...

Caya la..mmg tabik la dgn k.ita....

Gee® said...

wallaaa....

Mat Gebu said...

Terrpenggsannn >__<

eLyza said...

ya Allah! tensennnyer tengookkk!!! arghh! cemana la leh buat kek cantik mcm ni??? ish ish ishh...

Nur-nba said...

Salam. Kak Ita, tengok gambar je dah buat Nur terliur.. Ermm akak amik tempahan tak.. Nur nak order. Serius nih.. :)

icaland pelangi indah said...

nnt saya pun nak buat jugak lah!

fizah said...

As salam Ita, terkagum la tgk hasil kerjatangan ita ni. berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan kek ni.

zilazaki said...

salam kenal...kak ita

sebetulnye sy mmg x suke blog ni..menyampah pon ade..benci....disebabkan ape???!!
sebab sy sukeeeerr sgt tgk gambar2 makanan yg kak ita letak kat entry..x kire la bukan gambar makanan sekali pon..klu makanan tu rase nk makan2 je gambar tu..hehe..klu gambar selain makanan mmg sedap mate memandang..hehe..lawak aje yer kak ita..jgn mara..

alinsha said...

Salam kak ita, mula2 tengok memang nak terpengsan...cantiiik giler lah kak...berjuta bintang sha bagi kat akak...mmg terbaek...:D

Junaidah Abu Bakar said...

As salam..
sangat teruja nak membuatnya...cantik sangat dan pasti sedap. Tahniah kerana sudi berkongsi...Perkongsian 1 Malaysia!

Ummi CT said...

Assalammualaikum kak ita terima kasih kak kerana sudi berkongsi resepi ngan kami semua .semua resepi akak sedap2 belaka dan senang kami nak ikut sebab akak tunjuk cara2 bagaimana nak buat dan masak.saya yang zero ni tak tau masak pun dah boleh sikit2 masak dan family pun suka rasanya.terima kasih kak sekali lagi saya ucapkan dan semoga ALLAH jua membalas jasa akak pada kami.amin......

quinnie said...

memang dah lulus sgt ni kak ita kalau nak bukak kedai kek..hehehe..cantiknya kek...ingatkan macam mana la akak buat belang2 tu..rupanya ada filling kat dlm dia...kalau saya yg buat agaknya hancus rupa kek ni...hahaha..tahniah kak..cantik sgt..:)

sweetazezah said...

salam kak ita..hadoii...kurasakan mcm d perancis pulookk..bak sketoi dua ktoi kek yang hensem iteeww!!pep0n,tabik spring 44kali!!

Unknown said...

terpegun jap nengok kek yg cun ni kak..kalau saya buat cam ner lah rupanya yer..maunya mimpikan kek ni mlm ni:)

Ummi said...

Ita cayangggg....ada x lg bahagian akak punya? Lambat dtg ni..x on9 pun mlm td...bz wat dessert sikit tuk parents nak datang...hehehe, masak nasi pun lauk cincai2 jek, x cukup masa dah...pastu sidai kain, lipat kain...tgk jam dah kul 10 mlm...letisss...hahahaa

Weeeee, lawaaa cantik menawan sungguh kek ni...speechless! Sungguh kreatif Ita, mmg patut dah buka bakery Ita, tambah2 kedai org Islam dan Bumiputera kurang kan...elok sgt tu taauuu... Nnt nak rasmi kedai, pgil Chef tu potong riben eh...akak pegang tepi riben pun jadi laa...hehhee

Zue El Razak said...

terpegun.. terpedaya .. dan teruja...

Zarina said...

Mabelesnya... memula tengok mcm lukisan, tak caya kek betul... Ita bukak kelas yea, akak nak belajar..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita..wordless wednesday..tergamam hingga tak terkata-kata..Tabik spring..Kak Ita memnag rajin dan kreatif

Ida,Japan said...

asyik terlambat jer......boleh pengsan tgk kek k'ita ni..kui3
really hardworking k'ita ni...ohh tidakkk, kalau ida buat mesti b'jam2 nak siap, jadi rupa apa pun tak tau.he..he

Roses_Leo09 aka Hanim said...

tak sanggup rasanya nak tengok kek ni. marvellous .... bila la hanim nak rajin mcm kak ita yer. checkered cake pun tak cuba2 lagi. adoi .. boleh batal puasa mcm ni

maklang azie said...

chopppp...nak tanya 1 je...kurang paham skit..maklum le dah berusia ni kan.....lepas potong 4 kek span oren tu kan...sapu ngan bberi or ganache pastu gulung...pastu ambik lagi 1 span oren sambung balik gulungan tadi dan seterusnya buat hingga abih...gitu ke?

idafirdausi said...

kompem terlioq!!


cepatlah bukak kedai bakery kak ita.. x sabar nak rasa kek-kek kak ita yang mebeles ni!

RamRamCute said...

sedapnyer...terernya kak ita buat kek ni...memang sah-sah kena, wajib dan harus bukak bakery...

Tengok aje dah tau mesti sedap...huhuhuhu...terliur tahap air sebaldi dah.. :-0

wanmar said...

k.ita so sweet...cantik sesangat...setiap sentuhan akak memang menjadi..k.ita adalah idola maria dlm dunia masakan...u're the best akak

ismabaizita said...

suke tgk..semua hasil tangan ita mnjadi cantik2..kemas plak tu...!!kalau dekat pasti akk datang belajar ngan ita...tak kisah kena berapa pun...heee

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

baru sempat tengok cara2 buat kek ni.. smlm bz banget.. sempat jeling2 kat fb je kejap.. hehe..
mcm tu rupanya cara2 dia.. mmg kalau ita tak tunjuk cara2 tu mmg blur abis cemanalah dpt kek yg cantik gitu... mcm nak try tap mampu tangan akak ni sekreatif tangan ita.. mesti hancus jadinya.. hahahaha... akak tabik ngan ita.. tangan mmg berseni! akak sokong 110% ita buka kedai bakeri... jangan lupa jemput utk open ceremony.. hehehe....

CEOMesinTaip said...

salam kenal sis...

cantik sangat hasil kerja akak tu.. saya mmg dah pasang niat nak try..
mohon salin yea kak..

lagi satu kak..nak tanya kan dalam cara2 tu ade buat pastri manis... pastri tu sebenarnya utk letak dibahagian mane yea..??

damiarissa said...

slm perkenalan..slalu saya jd silent reader jek..suka sgt tgk hasil keje akak..cantik2 semuanya...

damiarissa said...
This comment has been removed by the author.
faa.rosli said...

salam kenal...

suka r tgk hasil air tgn akak...

urmmm...ni kalo sy yg buat, breakfast start, dinner baru dapat makan..huhuhu

aulia said...

sis, sis punya kek smua nye mengancam + buat org terliur.. bila lh nk jd rjin mcm sis ni.. tabik spring lh kat sis

Nor Haryati said...

mohon share resepi...teringin nk buat utk besday hubby

Unknown said...

sedapnya...

Kreativa Silvija said...

I love the picture of this cake.Would you,please write the recipe on english or put the translator gadget on your blog.I would really like to try this recipe.

Queridamiriam said...

PLEASE POST IN ENGLISH OR SPANISH,,,,I WANT TO TRY YOUR DELICIOUS RECEPIES!!

Moritz said...

Assalamualaikum... 2tortendeko.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum... tortendekokindergeburtstag.blogspot.com

Unknown said...

Hello - I'd love to try your chocolate cake! can you please post the recipe in ENGLISH ?? THANK YOU.

Nancy said...

Is there a way to translate this page??? For the Blueberry Roulade Torte.
Sincerely,
Nancy

Janae said...

Beautiful! I don't like jam in cakes very much, but a chocolate frosting filling would be lovely! Thanks for posting!

Unknown said...

mmg x pakai baking powder n soda ke sis..maaf sy budak baru belajar

Post Top Ad

test