Assalamualaikum...
Pagi yang dingin...
Hujan yang turun tanpa henti.. dan cuaca yang sejuk dan dingin.. buatkan..
arghhh... malasnya nak bangun.. alangkah seronoknya dan indahnya dunia kalau dapat berguling2 dalam selimut tika dan saat ini..
Pagi-pagi lagi anak2 dah bertanya.. "mak masak apa hari ni??"
Pertanyaaan beginilah yang membuatkan rasa sayang meninggalkan kamar beradu bertukar...
Apa ye nak masak??
Musim hujan...
Perut memang begitu cepat mengalunkan irama keroncong..
Mundar mandir di dapor.. mencari.. apa lah yang sedap buat kudapan anak2..
"Mak... buatkan donut boleh??"
emmm... donut.. lama jugak tak buat donut
Sedap juga kalau makan donut yang hangat sambil menghirup secangkir teh O kosong
Donut Taufu??
Nampak menarik.. Perlu di cuba ni.. sesuatu yang baru dan tak pernah terlintas dalam kotak fikiran nak buat donut menggunakan taufu lembut..
Apalah rasanya dan bagaimanakah teksturnya..??
Adakah selembut dan segebu donut2 yang pernah ita cuba sebelum ini..
Ini lah yang perlu ita cuba untuk menilai dan membezakan setiap resepi yang disajikan..
Resepi dari Ros Jintanmanis yang sememangnya pakar dalam membuat doh. Tak kiralah dalam pembuatan roti atau donut.. Ros memang berbakat!
Banyak juga resepi dari Ros yang telah ita cuba! dan semuanya menepati selera ita dan keluarga..
Terima kasih Ros..
Kali ni ita cuba resepi Donut yang menggunkan Taufu Lembut sebagai heronya..
Kejadian yang diluar jangkaaan..
Doh yang terhasil sangat lembut dan mudah untuk di canai.. Ita suka kejadian dohnya.. ia naik cantik! perfect!
Doh yang berenang-renang dalam kuali juga sangat cantik mengelembung dan kuning keemasan..
Kala di angkat, jari jemari terus mengapai seketul dan mencampakkan ke dalam mulut..
emghhhh.... lembutnya... ia seakan melompat-lompat keriangan dan menari2 dalam anak tekak ni... memang sedap! dan seharusnya di cuba!
DONUT TAUFU LEMBUT
By : Rosmarlina
300 gram tepung gandum
125 gm taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ~ dipukul sedikit mengunakan garpu
160 ml susu suam atau air suam
40 gm shortening
4 sudu besar gula
6 gm yis
100 gm tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker ~ BM
masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
Kaedah 2, Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Post Top Ad
test
17 comments:
As'salam Ita
Selamat pagi, cuaca di Johor hujan jer ya. Tu lah semalam call keluarga disana katanya asik hujan jer hari2 nak gi kerja pun payah sebab kereta banyak dengan cuaca yang lembap.situasi di Kl pun sama ni Ita ct nak bangun pun liat jer kalau tak pikir anak2 dan suami nak gi kerja mahunya sambung tido..hehehe
Donat taufu ni ct pernah buat tapi tak publis sebab tak sempat nak amik gambar. biasalah kalau dah ramai2 ada dirumah memang tak sempat nak snap2 segala. Tapi nanti Ita cuba donat mayo dari Ros pun sedap juga. MIL ct kata pun sedap lembut dan gebu jer..hehehe
Kak Ita..
saya baru siap menguli donut keledek..kak Ita dah siap donut taufu lembut dan gebu nie... mana aci. Pagi dah tayang donut mengancam...
Assalam Ita....waaah ada donut tofu lak...tumpang sarapan sini gak laaa...buatkan akak kopi O la yea...hujan2 nih kena cerahkan biji mata, takut lentok jek lepas makan...hehehe
Kak Itaaa.... I loveeeeeeeeeee donuttt...sedapnyerr...nti nk kene uli gak nih,....
Thnak kak...Resepi ni saya dah cuba...Memang menjadi..sedap..saya buah dalam 20 keping,letak je pinggan ,,habis,....
Eermmm...sedap nyaaa....
wah..sedapnya donut..saya pun suka guna resepi kak ros..memang hasil donut lembut dan gebusss..:)
Betul2.. Memang lembut donut ni.. Suka resepi ros ni.. Donut mayo resepi ros pun lembut juga donutnya ita suka..:)
cam menarik jer resepi ni kak ita.. leh try
terbayang kelembutannya tu...rasanya bolehlah try.
Salam singah dri baharin kak ita....bru bksmpatan nk jnguk dpur kak yg cukup menawan skli ni...pic2pun ckup hebat..kita suke tgk kakkkk....smga kak xpatah smngat utk trus brblog....buat apa yg kak rsa nk buatt...dpur kak kan...muahhh..
Salam Kak Azlita...
kat Sabah pun sering turun hujan...berpanjangan pulak tu...
waa cantik kejadiannya donut taufu tu..bikin gue penasaran..pengen cuba gak..masak yok..
Cik Azlita, setiap kali masuk blog ni, terhidang cantik masakan yang disajikan. Memang mengiurkan sesiapa saja yang membaca apatah lagi kalau dicuba harus sedap kan.
salam kak ita..mmg bes donut ni..saya selalu buat..donut mayo dan lain2 donut ros pon mmg meletup hihihi
salam kak..
tengok kat sini terus teruja nak buat...huhu..pernah tengok kt dapur k.ros jintan manis b4 ni..hari ni baru sampai seru nak buat huhu...
memang gebu la donut ni...ni pon x habis uli dan goreng, anak dara dok kacau je hehe
link exchange to ur blog...http://apamenuhariini.blogspot.com
Fabulous!!! Tried n everyone loves it.... Including my neighbors n frens. Thanks dear!
Post a Comment