Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Bila hari hujan perut anak-anak cepat sangat berkeroncong.. sama kuat dengan bunyi Sang Kodok memanggil Sang Hujan
Alangkah sedapnya jika dapat menikmati sepotong Lasagna yang harum semerbak baunya.. Dengan filling yang lembut dan mengasyikkan.. Pulak bila di sulami dengan secawan espresso panas, alangkah nikmatnya..
Membuat lasagna tidaklah sesukar yang kita sangkakan. Penyediaannya cukup mudah! Rasanya pula wallllaaaa.... seolah-olah kita berada di France..olala... Memang sedap! lebih sedap dihidangkan hangat2..
Baunya yang harum semerbak satu rumah tu membuatkan anak2 dok mundar mandir di dapur.. sesekali menjenguk di balik kaca oven menunggu dan terus menunggu loceng masa berbunyi..
Emmmm... wanginya bau... tak sabar nak merasa.. Saat dikeluarkan dari oven, masing-masing sudah menadah piring minta di isi.. sabar... sabar... kita kena tunggu 20 minit lagi.. hingga ia suam dan barulah boleh di potong dengan cantik!
Aduh... masing-masing mengeluh.. perut sudah menari irama keroncong.. semakin harum bau lasagna semakin kuat irama keroncong itu berkumandang...
Sepotong-sepotong lasagna di hiris.. berpotong-potong pula yang belari2 dan menari2 riang di anak tekak.. dan akhirnya... habis licin tidak bersisa.. itulah penangan Lasagna hasil perkongsian Nihadriz di My Resepi. Terima kasih yang tak terhingga kerana melahirkan resepi yang cukup hebat dan lazat untuk sajian ita sekeluarga...
LASAGNA
By : Nihadriz
Rujukan : My Resepi
Mula-mula kita sediakan kuah daging dulu
KUAH DAGING
300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce
CHEESE SAUCE
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api.
BAHAN HIASAN
1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas
Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter
Lasagna tak perlu di masak ye!
Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.
Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.
Tips tambahan dari tuan empunya resepi
Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat
Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp
Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce. Curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye!
Dec 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
35 comments:
T.KASIH DEK ITA UCAPAN UTK ucapan ULANG THN RSJY...
tahniah dgn adanya paparan terbaru dimukadimah dapo masakan ita nie..suka kak tengok kesemua isi keluarga berkerjasama dlm penerbitan dapo cun ita nie.... makin ada kemajuan..penambahbaikan yg tak pernah kak pk kan..walaupun setahun jagung.. mcm dah bertahun2 ..segannye kak ilah yg dah cecah 3thn ni... huhuuu
tapi yg ptg perkongsian ilmu masakan ini yg lebih ptg dan semoga persahabatan kita terus berkekalan hendaknya...t.kasih..
salam kak..morning...waduh..belum sarapan..dah disogok dgn lasagna peberet saya..makin berkeroncong bunyi usus pewut nih..haiz
assalamualaikum kak ita...
hmmm sedapnya.atie skali je seumur hidup wat lasagna.. hmm kurang dapat sambutan en.suami
As'salam Ita
Salam selamat pagi, semoga rakyat Johor sentisa dalam lindungan Allah hendaknya..A-minn
Alhamdulillah...sedapnya hidangan pagi ni Ita, walau pagi ni dah bf berat namun terasa lapar bila terhidang lasagna tu...hehehe
KL ni dah 2-3 ari tak menangis Ita, tapi mendung jer seakan menahan situasi supaya rakyat KL disuruh tidor dan diulit mimpi indah dan berat nak melangkah ke tempat kerja..hehehe
Tadi dah komen trpaksa didelete sebab Hubby CT lupa nak sign out..hehehe
wah sedapnya...entah bila nak cuba...nak cari barang dulu..tak lengkap tak sedap pula kan..
salam pagi ita. Pagi-pagi dah tengok lasagna. Sedap pula tu...
complicatednye nak buat.... tp nak try la sbb xbiasa makan lasagne maklumla cikna org kampung...
Assalam Ita cayang...hehehe.. Akak xnak apa2 laaa..tu sume ikhlas jek...tp kalau lasagne ni akak naaaaaakkk, banyaaaaaakkk....hehhehee. (*pssttt akak tunggu entry menu "tu" yeaa...hehee)
salam ita...wah sedapnya..terasa lapaq la pulak....
slmt pagi kak ita.....ida suka lasagna, lama tak buat, tak susah pun kan nak buatnya, walaupun didengar sebegitu namanya ....pernah buat awal2 blogging dulu tu pun utk majlis mkn2 group m'sia kt sini, tak sempat pun nak snap gambar elok2....nyummm2 mkn panas2 mmg best!!Dulu buat letak ayam....len kali nk buat letak daging pulak mcm kak ita...
terlapar..termeleleh air liur...tergoda....dan last sekali..terpenggsannn'ss >___<
wah sedapnya
salam. saya pernah buat lasagna ni, ikut arahan di kotaknya tak perlu masak. tapi lepas dimasukkan dalam oven lebih kurang 30min, kepingan lasagna tu masih keras. setelah hampir 1jam masih juga keras dan saya keluarkan dari oven. hasilnya tak menjadi. bagaimana tu puan? ada nasihat?
sedap..sedap..dah lama gak tak buat ni.
ermmm...ni mknan peberet saya..
belum pernah cuba buat sendiri lg....
mmg sedap ni ita... kalau dah sedap gini terus lupa diet.. lantaklah apa nak jadi janji leh masuk perut.. hehehe.. lama akak tak buat lasagna ni..
p/s: tq mencuba garlic bread tu & link ke blog akak.. terus garlic bread masuk list popular post.. hehe.. TQ ita.. mmg best kan.. akak pun dah buat lagi sekali sbb buat dulu tak cukup! ini pun anak2 mintak buatkan lagi.. alahaii.. anak..
tq for the recipe..anak2 memang suka makan lasagna..:)
Nak cuba buat la nanti...cam best je kan buat lasagna sendiri..tak yah beli kan...akak amik resepi dulu...:)
As salam. Cantiklah..gambar-gambar yang Ita ambil. Yang paling cantik gambar aksi monyet...akak suka sangat tengok gambar tu...Tahniah!
As salam kak Ita...adoiiyai...my all-time feberet ni ka, tapi x reti nak buat..haha...dulu selalu makan kat dave's deli...paling sedap rasa masa tu..ni dah takde kat Plaza Pelangi tu...bawak piring ni, ada lagi belen kak?hee...
as salam kak ita,
kebetulan plak harini saya buat lasagna from leftover kuah spagetti yang beku seminggu dalam freezer tu..hehe..
thanks for the tips macam mana nak potong tu...:)
sedapnya lasagna...memang my fav ni kak..lama dah tak buat:)
assalamualaikum...wah sedapnya lasagna tu rasa lapar plak...:)
adussss....sudah 6 bulan tak makan lasagna...ngences!
salam kak.. sy mmg ske tgk kek2 n mskn akk ni.. menarik sudah pastinye sdp kn.. sy nk tny ckit. sy pn mpunyai mslh yg sma mcm mory.. sy xmsk lasagna tu tp npe xjd lembut ek ms bakar malah makin keras.. da bnyk kali dlu sy wt.. mcm2 cara still xjd..
asalam kak ita, nak tanye la mane akk beli instant lasagna ni? apepun kak ita punye resepi seme cun..
kak mintak copy resepi ek.. tq...
assalam kak..mhn shre gambr....sedapnyer nengok....teringin nk cuba..
Assalamualaikum..
sy sll baca blog kak ita ni..sedapnye nampak lasagna ni..nak try wat ni....hehe..harap2 jadi =D..thanks for sharing!~
assalamualaikum..
sy sll baca blog kak ita ni...baru nak caba wat lasagna ni..harap2 berjaya.thanks for sharing =D
Assalammualaikum sis,, sy dh try byk resepi sis .alhamdulillah semuanya menjadi. Anak2 suke sgt. Tp sy msh xbrani nk try buat kek.. Tgk blog kak ita syok sgt.. Tearing in nk Cuba tp takut xjadi.
Best2,, saya dh try buat lasagna. Dulu buat suke2 utk my kiddos.. Skang ni siap de tempahan lg.. Tq kak ita..
Assalam sis, dah try sedap sgt..anak2 pun suka..tq so much for sharing...
Assalm.k.ita..iya nk share resepi ni ya..nk buat hari ni...utk besday......hehehe tq ya..
Post a Comment