Assalamualaikum...
Selamat pagi semua..
Hari ni ita nak share resepi nasi yang ita makan bersama lauk Ayam Sos Siam. Satu gandingan yang cukup serasi bagai pinang di belah-belah memang meletuppss!!
Sedap tau resepi nasi ni.. harum dengan bau daun limau purut dan amat serasilah namanya Nasi Limau Purut.
Resepi dari Chef yang cukup popular dan juga adalah antara Chef yang menjadi kesayangan ita. Orangnya cantik manis dan ada tahi lalat pemanis di tepi hidungnya yang mancung bak seludang..
Sangat lemah lembut sekali tuan punya diri baik dari segi tutur kata dan perbuatan dan memang menjadi idola ita..
Chef yang ita maksudkan ialah Chef Zaidah Mohd Noor. Resepi, ita ambil dari buku masakan beliau Citarasa Malaysia 1000 Resepi Unggul. Buku ini merupakan koleksi terbaik dari beliau dan menghimpunkan 1000 resepi yang perlu di cuba dan dirasa. Insyaallah ita akan cuba satu persatu kerana semuanya nampak sedap dan semestinya sedap sebagaimana resepi yang akan ita kongsikan ini.
Kepada yang suka masak2 tu bolehlah dapatkan senaskah buku ni sebagai koleksi kesayangan. Tak rugi beli buku masakan ni kerana ia adalah koleksi yang boleh di simpan turun temurun..
Dah tak sabar rasanya nak sharekan resepi ni pada semua! cuba tau! berbaloi mencuba sebab memang sedap nasi ni..! Cara penyediaannya juga cukup mudah dan ringkas dengan bahan-bahan yang memang dah tersedia di dapur..
NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul
2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau
Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.
Post Top Ad
test
16 comments:
Salam Kak
Limau PERUT ke limau PURUT kak? Hehe...but I guess mesti sedap nih..must try..
p.s: I am your silent reader...suka with your food photography...
sedapnya kak ita...boleh cuba nanti.nonie panggil limua purut,limau perut rupanya...
As'salam Ita cayangg
Salam pagi untuk Ita juga, datang sini terus tertelan air liur sebab nampak limau nipis tu atas nasi..hahaha. Emm..hidangan yang amat mudah nak disediakan bolehlah cuba ni Ita. Tr kasih berkongsi resipi yang ringkas dan sedap ni Ita. Insya'Allah ct akan cuba masak untuk hidangan keluarga. Tapi beras tu nak tukar beras wangi jer ..okey Tak..?
aduhaiiii... menggodanya nasi ni pagi2. baby dlm perut ni melambai2 je nk mkn nasi nie. huk huk huk
salam kat ita..
sedapnya masakan kat ita tu..
nyam nyam nyam
terliur di buatnya..
kak ita ni rajin teramat la =)
untung sangat2 family akak.
arap2 saya pun bole serajin akak..insyallah
patut ler dari jepun dh bau semerbak daun limau purut...umah k'ita rupanyer...emmm, berselera tgk tu belum try mkn lagi....ida pakai daun limau purut yg frozen jer kak..sbb itu jer yg ada jual..sib baik wangi dia masih ada
Salam puan...waaa..menarik nih...
sangat2 suka menjengok blog kak Ita. hari2 jengok kecuali hari cutiu. dah ler masakkan sedap2, gambar chantik2, lagu pon best. sejukk hati
Yummy, flavourful rice. Nice presentation.
Assalamualaikum Ita,
Waaaaaa! Mesti Sedap Bau Aromanya..Nasi Belum Masak Perut Dah Nyanyi Lagu Dondang Sayang...
Selamat pagi Kak Azlita...tengok pun dah tau yang nasi limau purut ni memang sedap dan harummm..hehe..
salam.....mesti harum bau nasi ni kan...gambar pun cantik sgt
Nampak sedap dan menyelerakan...nak gak kak cek mencuba nanti...:)
Ita, terbau2 daun limau purut tuh...waaaah menarik utk dicuba nih...! Hiasan pulak tip top menggoda kalbu dan nafsu jek...adeei ^____^
assalam kak Ita, dah buat dh nasi ni...sedap!tq sharing:)
Post a Comment