Selamat malam semua..
Dah malam2 baru dapat mengadap komputer.. Masa siang ita sekarang memang sangat sibuk.. Kadang-kadang rasa macam nak cuti sekejap dari berblog.. hehe tapi nanti ita pulak yang tak keruan.. Satu hari tak bukak blog rasanya macam setahun lamanya..
Malam ni ita nak sharekan satu resepi prosperity burger yang sangat di gemari anak-anak ita. Dalam cuti sekolah ni dah berapa kali buat tapi tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah tak sabar nak makan. Kadang-kala ita buat untuk jajan2 anak dan suami sambil dorang tonton bola malam-malam kan.. Bila dah buat malam memang tak sempatlah nak ambil gambar.
Hari ni di minta buatkan lagi.. Jadi petang tadi ita buatkan lah prosperity burger ni.. Buat dia senang aje! Kalau rajin boleh buat roti sendiri kalau agak2 macam malas aje.. boleh lah guna roti burger atau roti hot dog. Ita pun macam tu jugak! ada masa kalau macam angin malas sampai ita beli aje roti yang dah siap tu.. mudah cepat dan ringkas..
Tapi anak2 ita ni sekarang dah pandai dah! Sebab dia tau ada bread maker, dah tak mau lagi dah roti yang beli tu.. Jadi roti ni ita buatlah sendiri.. Resepi roti, ita guna resepi roti burger yang dah pernah ita buat sebelum ni.. di SINI
Kali ni roti ni Dalili yang buat.. Dia sekarang mmg rajin betul nak buat roti. Pantang kalau ita kata Dalili buat roti cepat aje dia capai tepung.. Dia lah yang sukat semua bahan dan bubuh dalam bread maker tu! Senang aje bila buat roti guna bread maker.. Dalili can cook so can you! haha
Oh ye! hampir-hampir ita terlupa.. Ramai yang tanya bread maker brand apa yang ita gunakan.. Ita ni sebenarnya serba salah juga sekarang ni kalau nak tunjuk peralatan memasak ita.. Nanti ada pulak yang kata ita nak tunjuk harta karun.. Sebenarnya tiada niat pun nak menunjuk2. Sebelum ni apa yang ita tunjukkan itu semua adalah atas permintaan rakan2 fb ita juga.. Ita tunjukkan atas dasar atau rasa perkongsian.. ialah ada antara rakan2 yang nak beli peralatan memasak tapi tak berapa pasti jenama apa yang sesuai.. Jadi mereka akan menanya pada orang yang dah biasa gunakan peralatan tu.. Ita rasa tak salah jika ita tunjukkan untuk memberi idea pada mereka yang masih mencari2, dan jangan lah pula ada yang tersalah tafsir.. perkongsian ini..
Pada yang bertanya, inilah bread maker yang ita guna. Ita ambil gambar kat google sebab ita baru perasan msg dah petang, tak sempat nak ambil gambar bread maker ita tu.. tapi sama aje.. dari google atau ita punya ia adalah bread maker yang sama. Ita guna brand Kenwood BM450 Stainless Steel Breadmaker. Bread maker ni ada 15 program untuk membuat roti, dough, kek dan juga jam. Dia menggunakan touch screen dan kita boleh bakar terus kek atau roti kita dalam bread maker ni. Tapi roti dan keknya tu bentuk empat segi je lah kan.. kalau kita nak buat bentuk2 lain kita kena lah bakar dalam oven.. Cara menggunakannya kenalah baca buku panduan yg di berikan.. Kalau dah tau guna cukup mudah dan senang!
Ok lah jom kita intai pula resepi prosperity burger ni..
PROSPERITY BURGER
My Style
Daging burger ~ secukupnya
Roti burger atau roti hot dog ~ secukupnya
Bawang benggala ~ bawang besar berwarna kuning
Black pepper sos
Roti di potong 2 dan bakar sekejap permukaan yang di potong atas pan
Daging burger di masak atas pan hingga masak
Jika suka boleh di letakkan sedikit butter dan seasoning
Hiris bawang benggala ~ ini terpulang pada citarasa kita nak hiris bulat atau dadu, boleh juga di layurkan sedikit jika suka.
Celupkan daging burger dalam black pepper sos dan letakkan atas roti
Taburkan bawang bengala
Siap untuk di nikmati
ROTI BURGER
by: Ros Jintanmanis
250 gram tepung high protein atau tepung roti
50 gram tepung gandum ~ ita tak letak tepung gandum ita letak 300 gm tepung roti terus
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) ~ tinggalkan sdkit utk gliss pd roti
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam ~ ita tak letak air suam, ita letak 160 ml susu segar terus
1 sudu kecil bread improver - ita tambah
1 sudu kecil softener - ita tambah
Boleh juga sekiranyer nak letakkan water roux
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ~ kilat nnt roti tu
Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.
Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
Untuk roti prosperty
Ita buat bentuk selinder. Satu adunan ni dapat 4 roti yang besar. Kalau nak kecil buat 5 atau 6.
Bila dah siap biarkan ia rehat sekejap hingga dough naik 2 kali ganda
Kelar atas roti dengan pisau yang tajam
Sapukan gliss
Taburkan lada itam yang di tumbuk halus
Kemudian bakar.
BLACK PEPPER SOS
1 labu bawang besar ~ di hiris halus
1/2 botol sos lada hitam Life ~ botol besar
1/2 cawan susu segar
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
Boleh tambah sedikit lada hitam jika sukakan lebih pedas
Tumis bawang besar hingga harum
Masukkan sos lada hitam dan kiub ayam kacau rata
Tambahkan kicap manis dan susu segar
Perasakan garam dan gulanya
Boleh tambahkan sedikit lagi lada hitam yang di tumbuk jika sukakan rasa lada hitam atau sukakan sedikit rasa kepedasan.
Jika kuah pekat tambahkan lagi susu.
23 comments:
cantiknya roti dalili buat,pandai dalili meroti :)
sedapnya...kebetulan mcd sekarang pon tgh promosi prosperity burger.best nya kalau ada BM sendiri.senang nak meroti
aiii.. nasib baiklah baru jer makan Prosperity Burger tadi, kalu tak meleleh jugak ni.. Dalili ke buat roti tu??? Alamak!! Kalah auntie.. malu ngan Dalili.. mcm ni, McD leh tutup kedai ni, bukalah satu kaunter drivethru kat tepi tingkap umah Kak Ita, Dalili!!! jadi cashier okeh!! hehe
hehe... dalili dok masuk kan dalam BM aje.. yang lain maknya yang kena sambung... haha
Selamat malam Kak Azlita...mau fengsan dulu sebelum makan burger tu..hehe..nampak sedap sangat..ni klu my hubby nampak ni..disuruhnya Rahel buat...
sedapnyaaaaa...
malu la camni, dalili pun pandai wat roti hihihhi. jenama Kenwood memang bagus yea kak? memang berhajat jugak nak beli BM nanti. tapi masih survey jenama apa yang sesuai.
sungguh menyelerakan la prosperity burger akak.telan air liur di buatnya.
Salam. Burger kegemaran puteri sulong kak Ros dan tanda chinese New Year is around the corner.
PENGGSANNNNNN >__<
Ai...tgk pros burger tu tetiba perut keroncong...mengancam!!
Salam Kak Ita,
Hai rajin Dalili...sure dah besar nanti pandai masak macam maknya juga.Anak teruna bongsu saya pun sebaya Dalili...pun kecoh kalau saya nak buat kek kat dapur tu, tak tentu arah jadinya dia nak menolong...tapi anak2 ni perlu diberi galakan dan sokongan untuk perkembangan EQnya.
Anyway, memang mengancam roti2 Kak Ita ni...
nyum2...teruja sangat2 dengan hasil air tangan kak Ita. Pandangs aja dh menyelerakan
as'salam Ita
Dalili meh tolong aunty ct pulak meroti meh...hihihi
ya allah kak ita, creative nya akak. kena ikut ni, at least jimat belanja kan. kalau beli mcd dah banyak habis ni.. al maklumla family ramai. hehe :)
salam kak ita,
tq recipe black pepper sos tu.. nanti nak try lah... :)
salam kak ita....bestnya prosperity burger ni...tp malas nak buat tang sos tu...tp bila tgk sos kak ita nmpk simple jer, nnt Liza nk try la...thanx yer kak...
aisehmen, sy mmg kalah dgn Properity Burger nih! Adeyyy... mintak nyawaaa :P
bm450 mmg the best! :)
Ita cayanggg...terlepas entry ni laa...waaaa nak la burger Dalili adun tuh..hehehe.. Bagus jek kita berkongsi apa2 dgn niat yg baik, wpun kadang2 kita kena mintak izin suami kita kan... Biasalah Ita, niat ikhlas kita dikatakan menunjuk2...nak kondem bab resepi2 je la kan...xyah sebut bab harta karun kata kita nak tayang, tu mcm ada kejelesan namanya dan sedikit bz body jgk la kan...hahahha...adeeeii, sabauu Ita yea...
Salam fara suka sangat tgk blog kak ita ni....
Askum..puan ita...nampak sedap sgt...nk buat jugakla..mintak halalkan resepi ya...
sedappnyeee
sedappnyeee
Post a Comment