Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah azab yang amat pedih.
Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah an-Nur, ayat 19).
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu bersaudara. (Riwayat Bukhari & Muslim).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim).
Allah telah memberi amaran dalam surah al-Qalam ayat 10-12 bermaksud; "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, Yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa".
Assalamualaikum...
Salam di pagi Jumaat yang ceria penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih mengembirakan dan menceriakan hidup anda..
Hari ni kena lakukan semua tugas dengan pantas. Hari Jumaat Dalili pulang sekolah awal dari biasa. Kena masak seberapa pantas yang boleh sebab kejap lagi nak gi ambil Dalili balik sekolah.
Masak apa hari ni..?? hari-hari memasak kadang kala memeningkan kepala juga. Nak mencari resepi yang lengkap dan dapat menambat hati insan yang disayangi, bukanlah satu tugasan yang mudah.
Dalam memasak ita sukakan kelainan dan suka mencuba pelbagai resepi yang tak pernah ita cuba. Adakalanya tak dijangka resepi yang baru pertama kali kita cuba telah membuka selera insan-insan yang kita sayangi.. wah! seronok bukan kepalang.. serta merta hilang segala penat lelah memasak di dapur dan mula berkira-kira juadah apa pula yang akan kita sajikan keesokkan hari..
Memasak memang satu keseronokkan bagi ita. Sangat teruja untuk mencuba, dan berdebar-debar menunggu hasilnya.. Nikmatnya terasa bila hasilnya sesempurna yang kita inginkan.. bagai satu terapi emosi dan minda..
Hari ni ita cuba kelainan dalam penyediaan asam pedas. Kalau biasa asam pedas kuahnya mestilah berwarna merah, kali ni ita cuba tukar dari kebiasaan cuba yang baru dan hasilnya.. sangat memuaskan hati. Resepi macam biasa ita masih lagi menggunakan khidmat buku masakan dari Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi.
ASAM PEDAS LADA HITAM
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
500 gm ikan pari ~ dipotong kecil - ita guna ikan kembung
2 biji tomato ~ dipotong baji
1 cawan air asam jawa
2 batang serai ~ dititik
Garam ~ secukup selera
Minyak masak ~ untuk menumis
Daun sop ~ dipotong pendek
Bahan Kisar
15 biji cili api
2 sudu makan lada hitam
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
1 inc belacan
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Basuh ikan dan toskan airnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-banahn kisar sehingga wangi dan garing
Masukkan air asam jawa
Biarkan sehingga kuah mendidih
Masukkan ikan garam dan tomato
Biarkan kuah merenih dan sedikit pekat
Masukkan potongan daun sop
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih
Post Top Ad
test
10 comments:
Assalamualaikum Ita,
pepagi dah terhidang menu asam pedas..menyelerakan sungguh..kegemaran yatie asam pedas ni..arini mmng nak masak ikan pari, salin resepi dulu ya..nak wat gaklah....owww tak guna daun kesum eehh...satu kelainan ni..
Assalamaualaikum Ita, salam perkenalan. Dah lama follow blog u tp br nak komen. I suka cuba resipi u byk yg I dah cuba antaranya blueberry cheese tart yg tlh bg pdptan pd I. Anyway TQ. Semuga selalu berkongsi ilmu.
cili padi + lada hitam perghhh memang terangkat....
asam pedas selalunya senonim dengan warna yang merah...
satu kelainan dalam resepi ni...mesti cuba..sebagai ibu memang memeningkan kepala nak memikirkan resepi yg memikat hati anak anak..
terimakasih share resepi..
lapar kak ita...... bagi sepiring...eheheh...
selalu kagum dgn pic kak ita... ^_^
fav akak lauk simple mcm ni...
selalu akak masak gaya gini utk lauk adik2 masa diorang dlm pantang cuma akak tak letak belacan lah kan.guna ikan tenggiri dan letak asam keping dan halia lebih2..
sedap ni ita.tumpang makan kat sini dulu lah..
psst..
akak dah pegi kedai baking tools kat bangi tu..bestnyaaaaa
wah sedapnya makanan untuk orang berpantang n i..tp sayang tak bole makan lada hitam sbb saya pengidap darah tinggi..lepas pantang ni nak makan jugak teringin...
Asssalamualaykumwbh kak Ita...
MMM asam pedas peberet seme, but never try this one yet....mmmm must be nice ni...
assalamualaikum kak ita..^_^
resipi ni lebih kurang masak asam di sebelah utara..=)
Selamat petang Kak Azlita...
waaa..ini boleh bikin gue..asyik mo tambah-tambah nasi je kat pinggan...leh mkn byk2..
Post a Comment