Assalamualaikum...
Selamat petang semua...
Lama rasanya ita tak buat puding maklumlah bila musim tengkujuh puding ni kurang laku.. sampai naik kecut kawan tu dalam peti ais..
Bila cuaca dah semakin panas terik mula lah tekak ni terasa nak makan yang dingin-dingin. Lalu hari ni ita merajinkan diri untuk buat puding. Kebetulan tekak dah mula terasa perit kerana seharian memandu menghantar Dalili ke sekolah dan mengambilnya dalam keadaan cuaca yang panas terik sekarang ni
Selain dari buah-buahan puding juga kerap dijadikan sebagai pencuci mulut selepas menikmati hidangan. Cara penyediaannya yang cukup ringkas dan mudah serta rasanya yang kenyal lembut amat memikat hati. Tak hairanlah jika ia kerap di hidangkan pada hari keraian.
Kali ni ita nak sharekan satu lagi resepi puding yang sedap pada tekak ita lah kan. Kombinasi antara masam manis dan lemak memikat selera. Resepi ita ambil dari buku masakan The Magic of Agar-Agar. Kali ni apa pula yang buatkan ita tertarik untuk mencuba.. Selain kombinasi warna yang menarik penggunaan susu dan santan yang di gabungkan adalah faktor penyumbang utama kenapa ita teruja sangat nak mencuba.
Rasanya pon sedap masam-manis buah kiwi dan lemak manis santan dan susu.
KIWI FRUIT PUDDING
Rujukan : The Magic of Agar-agar
1 peket agar-agar serbuk
1 liter air
250 gm gula
90 gm santan
90 gm susu segar
2 biji kiwi ~ di kisar
sedikit pewarna hijau
Sediakan acuan yang disukai
Basahkan acuan dengan air
Masak agar-agar dengan air dan gula sehingga aga-agar larut
Bahagikan kepada 2 bahagian 500 ml setiap satu
Satu bahagian campurkan dengan susu dan santan
Masak sebentar hingga didih
Satu bahagian lagi campurkan dengan kiwi yang telah di kisar
Tuangkan selapis adunan kiwi dulu di dalam acuan
Biarkan keras sedikit dan tuangkan pula lapisan putih sebagai lapisan kedua.
Mulakan dari bahagian tepi acuan, kerana bahagian yang tengah masih lembut
lapiskan semula lapisan ketiga dengan lapisan kiwi dan teruskan melapis secara berselang seli hingga habis semua lapisan
Sejukkan sebentar dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
19 comments:
So sweet.Terus jatuh cinta.
sukanya puding kiwi ni... dan nampak cantik.
cantik..cam sedap je..nak rasa boleh..?
sy sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..nak nak nak..terus perut berbunyi mintak di isi..kekekeke
Adeeeehh terkucil mata akak tengok...lawooonyaaaaaaa :))
Saya suka kiwi, mesti sedap puding Ita ni......mengancam nmpknya.
boleh x ganti buah kiwi dgn buah lain?
Tarrraaaa...magic sungguh...kalau kat tgn Ita ..memang hasilnya cantik menawan...tergoda aiii...:)
cantik dan semestinya sedap...:)
Cantiknya puding ni.. Sungguh menawan. Acuan Kak Azlita memang unik.
salam kak ita...terberkenan dgn acuan tu la pulak....hihihihi
assalammualaikum kak Azlita..
cantiknya kak pudding tu..lg2 bentuk dia mcm ropol2. terabayang sy kalau skirt kek barbie doll buat mcm ni mesti cantik kan? hehe..
Assalam Ita,
cantiknya puding kiwi tu... sayang nak makan!
sedapnyer...sayang pulak nak makan... :)
Selamat petang Kak Azlita..
cantik manis je puding kiwi tu...
aduh aduh aduh...cantiknya puding ni kak ita, makan time sejuk2 mesti sedap
Pengssannnnn's >___<
cantik,comel,cuweet!!!!
kak ita, saya dah buat dah tapi tak masukkan susu, guna santan je. memang kekok nak lapiskan kiwi dan santan sampai bocor2 adunan tu ( bercampur aduk). tapi sabar je dan teruskan buat, alhamdulillah menjadi dan anak dan suami suka sangat. tq kak ita bagi idea nak lapiskan tu
Post a Comment